Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 15, 2011

3 Month Young Riyadh Iman

Cakkk! Haishh rajin pulak mengupdate blog sejak hantar Riyadh training kat rumah kak Siti.
*
Hari ni Riyadh dah 3 bulan!
Subhanallah... sekejappp sangat masa berlalu.. Rasa macam baru semalam Riyadh lahir. Okay, asyik2 perasaan baru-semalam-Riyadh-lahir. Hehehe.
*
Tapi memang betul pong! Dah besar dah anak aku, walaupun kecik lagi. Dah jauh milestone dia, tapi kali ni, biar gambar bercerita. Seronok amik gambar budak ni, pantang nampak aku pegang phone hala kat dia, dan-dan berhenti main pastu pandang phone sambil sengeh. Ikut perangai mama chu DD dia la nih, vain. Wahahaha.
*
*
Dah pandai berkawan. See, holding hands gitu. Haha ini kira milestone ke? =p
*

Friendly baby. Kuat sembang ni, tengah nangis pun boleh stop kalau orang tegur-tegur dia. Sampai sepet mata tuh kalau dah start bersembang.
*

Dah start buat buih air liur. Tapi tak extreme lagi, maybe sebab gusi tak gatal lagi kot.
*

Kalau bagi EBM dalam botol, jangan lah ko riba dia or pangku dia, nanti kena tendang. Kena amik bantal, support shoulder & spine dia, letak bawah kipas or dalam air cond, kaki angkat sikettt, tangan garu telinga sikettt, hulur botol, fuhhh nikmattt.. 4oz sekali minum tanpa berhenti. Diva.
*

Dah pakai jeans. Hahaha okay ni bukan milestone, ni mak dia over excited riyadh dah muat pakai jeans.
*

Suka baring, TAK SUKA berdukung. Bagussss! Hehehe.. Kalau dah baring tu mula lah kepala tu pusing sana sini tengok sekeliling, pastu ajak orang sembang (apa lagi kan). Kaki tu non stop kick boxing, sebab tu banyak gambar aku amik tang kaki tu mesti gambar gegar. Kecik-kecik tak bedung. Hehehe.
*

Ketokohan lelaki melayu terserlah. Assalamualaikum gadis-gadis. ~
*

Suka naik stroller. Tak pernahnye nangis kalau bawak dia ni berjalan. Kalau tak sengeh, dia tidur, tapi most of the time tidur. Syok agaknye. Kalau time siang kat rumah bukan tidur mana pun, main je lebih tapi kalau bawak jalan-jalan, tidur tidur tidur.
*

Budak tak banyak cekadak. Letak dalam car seat pun senyum. Alhamdulillah, pun tak pernah nangis kalau letak dalam car seat, sengeh je dia tengok pemandangan tapi kebanyakannye, tidur lah, apa lagi.
*
*
*
Walaupun riyadh ni awang sengeh, tapi mama tetap sayangggg sangat kat riyadh. Papa pun sayanggg sangat kat riyadh. Terima kasih sebab jadi anak yang baik, tak banyak ragam & tak suka nangis.. Mungkin ini lah hikmahnya membawa perut seorang diri tanpa suami selama 6 bulan lebih, Allah kurniakan anak yang memahami... Alhamdulillah..Semoga Riyadh terus jadi anak yang baik bila papa belayar semula nanti ye sayang, insyallah...
*
*
Awang sengeh. ^^

Happy 3 month young sayang.

Monday, November 14, 2011

Kisah Babysitter

Sebenarnya ni cerita khamis lepas tapi time tu angin sangat dengan makhluk Allah yg run business taska dekat-dekat dengan rumah aku ni. Nama je ala-ala gempak tapiiiii.. eiiii... sebab tu tahan diri dari blog pasal benda ni khamis lepas, kalau tak memang memaki sajork!
*
*
Aku kan dah nak masuk kerja. Ye, 3 bulan cuti bersalin dah ke penghujungnya, sobs. So nak cari lah orang nak jaga Riyadh kan. Mak aku ada je kat rumah, tak kerja, cikgu pencen katekan tapi tak nak lah susahkan dia, mak suka pergi kelas kat masjid kat rumah ni, pagi pukul 10-12, pastu kadang-kadang petang pun ada jugak, pastu mak ayah aku ni sebulan sekali mesti pergi bercuti, acara wajib la kiranye, so kan susah kalau mak aku takde rumah, kena la jugak cari nursery/babysitter.
*
*
Mula-mula ingat nak amik daily maid, yang datang rumah dari pagi sampai petang kan, so mak aku tanya-tanya kat bibik yang seminggu sekali datang bersihkan rumah, dia cakap ada kawan dia nak, tapi mintak bayar rm800. Satu patah perkataan je aku cakap : GILOS.
*
Pastu mak suruh usha-usha nursery kat area rumah kat USJ 9 ni, mak cakap kalau letak Riyadh kat nursery dekat rumah, boleh hantar half day je, mak balik kelas mak ambik lah, bayar penuh pun takpe mak cakap. So fine lah, aku & hubby pun usha satu nursery ni, dekatttt sangat dengan rumah, jalan kaki pun boleh. Aku pun call.

- Aku : Assalamualaikum, ni taska ***** ke?
- Hakak : Haah ye, siapa ni ye?
- Aku : Saya elya, saya berminat nak hantar baby kat taska **** ni, baby umur nak masuk 3 bulan, boleh ke?
- Hakak : Eh bolehhhhhhhhhh, kat nursery ni memang tak ada baby pun, senang kitorang boleh tumpu kat baby awak.
- Aku (senang hati) : Eh ye ke kak? Alhamdulillah... leganya.. Berapa ye kak?
- Hakak : RM280. Awak datang la petang ni, kita bincang.
- Aku : Okay, petang ni saya datang.
*
*
So petang tu aku & razmin pun pergi taska tuh, siap bawak Riyadh lagi, semangat kann? Sampai je kat taska, aku nampak sorang pompuan ngandung ni.. Aku bagi salam & kenalkan diri tapi MASYALLAH kerek nak mamp pompuan tuh! Memang dia yg aku cakap on the phone tadi, tapi cakap dengan aku tak pandang mata langsung! Ishh, aku dah tak sedap hati, geram pun ada. Aku nak masuk tapi tak dipelawa, siap macam block pintu tapi tak tahu lah dia betul block ke or perut dia yg halang tapi perut dia takde lah besor mane pun.
*
Pastu tibe ada satu parent ni datang amik anak dia, ko tau anak dia besar mana? BABY hokay, BABY! Dalam 4-5 bulan macam tu. Time tu aku dah pelik dah, ade pulak baby, cakap tadi takde baby? Muka hakak tuh dah cuak-cuak dah.. Aku punya hangin, aku berdiri betul-betul depan muka dia, pastu aku jengketkan kaki, julurkan kepala, KANNNNN aku tinggi dari diaaaa, ha, hamik ko, ada baby cot kat ruang tamu and dalam tu ada 3 BABY lagi! Vavi sungguh!
*
Tapi time tu aku rasa macam lemah longlai takbleh nak marah & rasa macam tak ada pilihan, aku cakap kat hakak tu aku akan hantar Riyadh hari Isnin, which is hari ni lah kan, dia angguk-angguk macam tak berminat. FINE!
*
Tapii.....aku balik rumah, malam tu aku memang tak boleh tidur, pukul 3 pagi aku kejut Razmin, aku cakap aku tak sedap hati & aku tak nak hantar kat nursery tu. Razmin pun setuju dengan aku and dia cakap tak payah hantar, lega hati aku bila laki aku pun rasa yang sama..
*
*
Pagi tu aku bagitau mak aku.. Mak aku pun cakap, kalau tak sedap hati tak apa lah, tak payah hantar.. Pastu mak aku call kawan masjid dia, dulu kawan dia ni cakap nak jaga Riyadh tapi last-last tak jadi sebab dia dapat kerja, tak apa lah kan, rezeki dia.. Tapi akak ni baik, bersungguh dia carikan orang untuk jaga Riyadh, so akhirnya dia cakap jiran depan rumah dia willing nak jaga and yang paling best, dia akan jaga riyadh sorang + anak dia yang darjah 1, 5 tahun & 10 bulan, semua anak dara uolsss!
*
So petang tu aku & mak aku pergi rumah kak Aida ni untuk berkenalan dengan kak Siti jirannya. Rumah dia kat Goodyear Court dekat dengan rumah aku, 5 minit drive. Bila aku jumpa kak Siti ni, aku bersyukur sangat-sangat, tenang sangat.. Baikkk sgt, orang Sabah.. Rumah dia pun bersih & lapang je, seronok aku tengok! Pastu tak berkira pun, dia cakap bagi je la berapa-berapa yg aku mampu, dia tak kesah, dia pun suka-suka nak jaga Riyadh & paling dia suka sebab Riyadh kan boy, dia harap Allah murahkan rezeki dia untuk dapat baby boy pulak bila dia jaga Riyadh ni, amin...........!
*
*
So pagi tadi aku hantar anak bujang aku nan sorang tuh ke rumah kak Siti. Tersengeh memanjang budak ni, sampai aku & razmin nak balik pun dia siap sengeh-sengeh, amik gambar dia pun siap terjelir-jelir lidah, tak seswaaiiii ko nak, suke la tuu anak dara ramai, haippp!
*
Aku hantar dalam pukul 8.30, pukul 12.30 aku amik dia, saja hantar sekejap-sekejap dulu, esok tambah lagi sejam dua.. Aku tanya kak Siti macam mana Riyadh, kak Siti cakap Riyadh banyakkkkk sembang, hehe.. Nak jadi abang nara ke sayang.. No no no! Lepas sembang, minum susu pastu tidur, pastu bangun mandi, minum susu, pastu sembang, pastu tidur. Nangis pun tak, cuma time aku datang tu dia nangis, berlakon la tuuuu, dan dan nangis, ekeke..
*
Aku bekalkan EBM aku i.e susu yg aku perah untuk Riyadh, untuk 4 jam tu aku bekalkan 2 botol 4oz, alhamdulillah Riyadh minum habis & tak ada masalah minum susu dengan kak Siti =) Kak Siti pulak memang fully breastfeed baby dia so dia faham bila aku bersungguh nak bagi Riyadh EBM aku, alhamdulillah, dia pun bersungguh belajar cara nak handle EBM =)
*
*
So boleh blah hakak taska penipu, hidup Kak Siti! ^^
*
*
Bye mama! Riyadh ada 3 aweksss, nampak tuuu tepi Riyadh tuuu, baju biruuuu sama uolsss =p

Sunday, November 13, 2011

Rezeki Dari Allah

Apa khabar semuanyeeeee, harap semua sentiasa sihatnyeeee. Eheh, demam fifi fairuz fuyyo, terjebak dengan encik suami. Biaselah bila tak kerja ni, semua cerita pun layan, jangan tak tau gerak khas pun kitorang layannnn.. satu-satunya skuad yang ada di KL, hehe..
*
Dalam sebulan ni memang sangat sibuk sampai tak sempat nak blog walking, update blog apetah lagi kan, memang ke laut. Oh speaking of laut, orang laut kat umah ni masih happy melayan acara standby nak naik kapal, masih belum ada panggilan, agaknya orang office nak dia cuti 5 bulan, hehe, mak okay jah!
*
Budak kecik pulak hari ni dah 90 hari umurnya. Alhamdulillah makin sihat, makin panjang akal, siapa tak sembang dengan dia siap la ko dia menjerit memanggil, sudahnya bila kita dah depan die tersengeh-sengeh, sambil hisap susu pun nak sembang, siap meleleh susu kat tepi mulut, adeh la, takpe laaa riyadh, asalkan riyadh happy ye. Cuma confuse sikit dia ikut perangai siapa, ye lah kan, aku & razmin kan pendiam, especially aku nih. Ihiks.
*
*
Btw kitorang konon-konon busy sebab sibuk nak beli rumah. Alhamdulillah, dah sign pun S&P, sekarang tunggu rumah siap, insyallah dalam bulan 7 tahun depan.. Sebenarnya macam tiba-tiba je nak beli rumah ni.. Bila tengok rumah-rumah abang aku siap, naik semangat lak kitorang laki bini nak beli rumah.. Survey-survey, berkenan kat rumah kat Bandar Putera 2, Klang.. Kalau ikut highway Kesas tu, exit Jalan Kebun.. Memang sesuai sangatlah location nye, esp dengan tempat kerja aku kat Mahkamah Klang, dalam 15 minit je. Perks yang lain :
1) 1o minit ke Shah Alam
2) 15 minit nak balik rumah mak abah kat USJ, yeay!
3) 10 minit ke Tesco & Jusco Bukit Tinggi (PENTING ni!)
4) 5 minit ke Carrefour Bukit Rimau
5) 2 minit nak masuk highway Kesas, so cepat untuk masuk exit ke KLIA, Shah Alam & USJ
6) 2 minit ke Sekolah Rendah/Menengah
7) 3 minit ke rumah anggota polis yang jaga mahkamah aku, hidup Cik Mat, yeay!
8) 10 saat ke playground depan umah. Ini riyadh yang bersorak nanti. Hehehe.
*
*
Mula-mula nak beli rumah intermediate.. Masa jalan-jalan pergi sales office developer i.e Malayapine Estates Sdn Bhd dari IOI Group, Razmin cakap why not kita beli rumah yang ada tanah sikit, nak main bola & ragbi dengan Riyadh katanye. Aku ingat dia main-main so aku wat pekak je lah tapi tak rupenya, terus dia mintak sales exec tu kira-kira & dia bayar deposit untuk unit end lot with land (ELWL). Tahniah bang, semoga sukses bayar instalment. Hehehe.
*
Takdela, financing yang kitorang dapat pun okay sangat-sangat, dari Ar-Rajhi bank, thank you cik liza sebab kenalkan dengan banker yang comel itu. Cekap je dia. Walaupun ada masalah sebab ye lah, slip gaji Razmin yang paling latest bulan 7 kan, bank nak yang latest i.e bulan 9 time nak apply loan tu tapi nan hado la pay slip bulan 9 maka ke officelah laki aku uruskan apa yang patut. Malas aku nak cite sebab panjang sangat, pape pun alhamdulillah loan dah lulus, rate BFR -2.35, no lock in period, zero entry cost i.e loan totally 90% dari harga rumah, bukan 90%+5%. Tenure pun okay, 35 years.
*
*
Hari Rabu lepas kitorang gi tengok umah.. Before this tengok show unit je tapi kali ni redah je site nak tengok umah sendiri, nasib baik dekat dengan show unit, takde la nak kene menapak dalam scorching hot tuh. Wah speaking koo. Baik pulak mas-mas & neng-neng indon yang kebetulan tengah simen pagar umah aku. Lepas ni boleh lah aku singgah lagi. =p

Alhamdulillah, rasanya dah hampir 65-70% siap, rumah dah naik, sekarang tengah buat drainage & lepas ni buat jalan. Rumah biasa-biasa, 20'x70', 4 bilik 3 bathroom, comel cenonet je rumahnya, alhamdulillah, rezeki riyadh... Kecik pun takpe, mak cakap asalkan usaha sendiri, baru terasa puas hati (& nangis dalam hati sebab banyak duit mengalir macam air) huehuehue..
*
*
Entrance. Ha dinding oren tuh memang tak berkenan aihh. Memang aku nak cat kaler lain. Ish. Oren??
*
*
*
Belakang rumah.
*
*

Riyadh's yard. Mama tak dibenarkan tanam bunga / letak pasu bunga hokayyy. Choyy. Nasib baik mak tak minat tapiiii daun pandan, kunyit & pokok cili kena ada ye uolss.

*
Tuan tanah kedaung dengan handbag coachnye. Awww. Hehe..muka happy, tapi siriessss dinding oren tu buat aku meroyan! Mau tukarrrrrrrr!
*
*
Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan lagi perjalanan kami sekeluarga... Rumah sudah, lepas ni, next project in one year or two, kereta yang selesa sikit.. Biasalah orang melayu kannn, semua nak upppp jeghsss. Hahaha. Bye.