Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 15, 2012

10 Months Young Riyadh Iman

Yeay riyadh dah jadi ben ten! Hehe puloks.

My baby boy dah 10 bulan dah. Alhamdulillah, sihat cerdik pandai sempurna (doa seorang ibu nih, layankan sajo). Walaupun baru keluar ward rabu lepas (13hb) lepas 3 malam di DEMC sebab acute bronchiolitis, riyadh tetap cheeky, playful seperti biasa, tak menyusahkan mama di DEMC jaga riyadh tapi mama yang cengeng nangis ntahapeape mak ko nih.





Riyadh tak jalan lagi, merangkak pun suam-suam kuku, dia lebih suka nak berdiri ala-ala konon dah boleh berdiri lepas tu gedebuk jatuh. Kalau nak gerak ke sana sini lebih gomar mengengsot slash merangkak tapi paling suka kalau orang yang dukung bawak dia dari point A ke point B huehuehue.



Current favourite : video alif ba ta raiyan & sofiya kat youtube, layan ni tak makan minum pun takpe. Speaking of makan minum, dah pandai makan sendiri duduk diam diam dalam high chair yeay high five! Tapi dah menunjukkan minat nak bukak safety belt grrrrrr. Kalau nak tengok riyadh makan banyak bagi dia homemade rusk atau roti wholemeal massimo sambil pasang upin ipin, sambil dia makan suap lah dia bubur apa saja, konfem licin. Betul betul betul! hihi.




Makin rajinnnn mengemas. Takpelah sayang, mama rela. Oh, tiba-tiba makin kuat menyusu siang. Adeh lah, mama kena mantopkan usaha bekalkan susu kat kak siti ye yadh. Kadang-kadang boleh sampai 30 oz *pitam*. Dah la tamau frozen EBM. Takpe takpe, mama akan beri yang terbaikkkk! Speaking of susu, kalau menyusu sekarang macam-macam gaya. Sambil menonggeng, sambil duduk layan tv, sambil sebelah tangan pegang mainan, gigit cik N tak payah cerita lah kan, eh gigi takdop lagi. Takpe takpe, comel je sengeh takde gigi hehe. Bak kata paed riyadh, lambat tumbuh lambat rosak.



Okay okay, nampak sangat mama kering idea kan. Mama tengah pening, papa ni balik ke tak niiii, dah cukup terlebih cukup 6 bulan niiiii. Tak ape la, janji balik boleh puasa, raya & celebrate first birthday riyadh sama-sama, insyallah, amin...

Apa apa pong, happy 10 months young sayang, semoga sentiasa di bawah lindungan & rahmat Allah, jadi anak yang soleh, teguh iman dan pekerti, insyallah.. You are my PERFECT 10!
Muah muah.

Thursday, June 7, 2012

Antilop

Sesi shopping bersambung hari ini di IKEA.

Dah lamaaaa sangat nak highchair Antilop nih. Suka sebab putih bersih, tray luas and paling penting murah sangattt. RM64 sahaja! RM64 kalau dengan tray, kalau tak nak tray RM49 je. Gila kan? Tak sia-sia aku halang razmin dari beli highchair kat mothercare sebelum dia sign on akhir tahun lepas, mahal woo. Antilop ni takda renyah2, nak cuci lap je dengan wet towel, ko nak siram air pun boleh, nak biar tengah hujan pun boleh huehuehue. Of course safety standard adalah tinggi, its IKEA. Senang gila nak pasang, tak sampai 5 minit dah siap, serious!

Selama ni riyadh makan duduk dalam bumbo chair atau sambil main dalam jumperoo dia tapi sekarang rasanya dah sampai masa untuk ajar dia makan dalam highchair, sebabnya :
1) Kena ajar dia makan sekali dengan family, or at least dengan aku sorang je pun takpe. Makan di meja makan, untuk ajar dia table manners.

2) Dia dah pandai baby led weaning i.e makan sendiri atau lebih tepat kutip makanan masuk mulut dan kunyah, bila dah habis kunyah kutip lagi dan masuk mulut. Pincer grasp dia pun dah accurate since dia 7 bulan makanya dah boleh train dia makan pakai sudu. Sekarang ni nampak je sudu bawak masuk sudu dalam mulut tapi tak reti cedok makanan dari bowl dia, ketuk mangkuk dengan sudu pastu tumpahkan reti lah. +_+

3) Sebab paling utama ialah tak lama lagi papa riyadh balik maka mama dah berangan nak makan sekali one happy family. Senang nak keluar makan kat 27 restoran yang mama dah senaraikan bila riyadh dah pandai behave duduk makan dalam highchair. Amik kau, 27 restoran, kalau dapat pergi 7 pun dah syukur hehehe.

Ni gambar antilop.
Before :


After:


Senang okay nak pasang, tak payah screwdriver bagai pun. Aku ingat kena ada screwdriver itu yang keluarkan dari tool box tapi tak payah rupenye.

Okay itu je, sekian. Eh kalau nak pergi IKEA toksah laaa lalu LDP nyah, jem tak hengat sebab Paradgim Mall dah bukak. Lalu la jalan lain selain LDP. Tadi aku guna NKVE, senang je tak jem langsung, balik lalu LDP sebab arah ke Subang Jaya tak jem, yang lorong sebelah lagi lah jem sebab Paradigm Mall arah ke Damansara. Macam bagi info trafik radio pulak dah. Bye.

Tuesday, June 5, 2012

Jalan-jalan

Sejak cuti 2 bulan dari bekerja ni, aku memang dok terperap je kat rumah dengan riyadh. Ye lah, dah selama ni bertahun kerja kan, bila dapat dok rumah jadi jakun jap haha. Tapi best woo, bangun lambattt tambah-tambah lagi riyadh bagi kerjasama yang mantop sebab dia pun bangun lambat. Kalau dia lapar ape ade hal, pandai la dia datang menyusu dengan aku. *the TOP perk of breastfeeding!*

Pastu dapat masak hari-hari untuk riyadh, memang dia jadi mangsa resepi baby version aku, apa pun dia makan so memang best dapat feeling-feeling jadi donna hay. Speaking of masak, korang tak rasa nak cabut ke specs si azwan ali dalam masterchef selebriti tuh? Bila dia nak kena tendang keluar, siriesssss aku tak faham kenapa dia join. Pandai tau astro ni amik hakak azwan tu, memang naik rating masterchef selebriti malaysia tuh sebab ramai nak kutuk azwan ali, macam aku ni ha.

Hari ahad lepas riyadh keluar outing sempena mothercare ade sale hehe tak lah, sempena takde apa-apa sempena pun. Saja nak keluar sebab tengah cuti sekolah kan. Bila cuti sekolah ni subang jaya memang lengang, mall macam subang parade & empire pun tak sesak mana macam weekend biasa, best lah nak berjalan. 

Parents aku ajak keluar brunch & bawak riyadh jalan-jalan. Sebenarnya aku tak nak pergi sebab aku tau aku MESTI terjebak dalam mothercare punya sales tapi sebab tak nak hampakan mak ayah aku, aku pun ikut. Nampak tak yg aku ni anak yg baik. ptuii. Pastu macam magic jugak sebab abah tak main golf di hari ahad, macam nak celebrate pun ade haha. Sorry bah, me love you.

Kitorang makan kat uncle lim's, pastu dah, tu je. Selebihnya lepak kat sofa depan MPH & Mothercare je. Ayah aku lepak baca newspaper sambil jaga riyadh, mak aku masuk MPH dengan adik aku (tq EE sebab belanja riyadh story book), aku masuk mothercare sebab nak buktikan yang memang aku akan terjebak huehuehue.

Best wooo gila babas diskaun tapi aku bangga dengan diri sendiri sebab berjaya tak beli baju or seluar untuk riyadh, kalau tak mesti aku kena perli lagi dengan laki aku nanti "sayang nak bukak francais mothercare eh kat usj 9 ni?". choy! Aku memang sukaaaa sgt baju-baju mothercare, kualiti tip top. Aku rasa 85% baju riyadh dari mothercare kat mesia, kat jakarta, kat bali, kat london. Eh berlagak pulak kau. Baju-baju time riyadh baru lahir elok lagi tak kusam or berbulu or nampak lama, masih lagi cantik.

Ok dah, itu je ceritanya, malas nih, panas wehhh cuaca. Ngantuknyaaaaa. Riyadh kat rumah babysitter sebab bibik nak datang kemas rumah. Nak tidolah. Bye.


Hi. Saya riyadh, saya makan shortbread ni, tak menyempat2 saya nak makan sampai bergelut dengan mama yang nak pakaikan saya bib.


Pastu saya amik timun dari pinggan nasi lemak mama saya.

  

Pastu saya tak faham kenapa mama saya kena amik gambar dengan saya bila saya tengah makan.


Ini tokki dan tokwan saya. Mereka adalah best. Ala gambar terbalik puloks. Mama saya adalah malas untuk edit. Maaf ye.


Tokki saya baca paper, saya minum susu tapi sebenarnya saya ngantuk sebab saya bosan tunggu pompuan pompuan ni shopping.


Tapi pastu mak saya bagi saya lunch. Mama saya duduk je atas lantai sebab dia memang tak tahu malu sikit. Dia cakap "janji homemade food". Saya makan bubur kurma, ada lauk grilled salmon & sup tauhu.


Tokki saya memang kelakar, dia buat saya ketawa sambil makan. Tokki cakap mama saya gemuk masyhur, macam dalam newspaper tuh. Memang mak saya gemuk dan cantik macam aishwarya rai.


Saya happy dapat mainan baru & dah kenyang. Thank you mama. Abaikan tangan mak jemah saya tuh, mama saya tak reti amik gambar, kelihatan seperti saya sedang menggayakan tangan azwan ali tapi sebenarnya saya tengah tepuk mainan tu sekuat hati. Saya adalah macho ye.


Saya juga dapat topi baru, kasut baru, cawan thomas baru dan truck baru yang saya baling-baling. Saya dah pakai kasut size untuk umur setahun. Kasut saya ada corak anchor kapal kat tapak macam anchor kapal papa saya work. Mama saya tergelak-gelak beli kasut anchor, dia cakap "macam budak-budak sekolah leww" kihkih.

Ok bye.