Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 30, 2012

Unusual

This is not my usual entry but it's almost 2 in the morning and I can't sleep (this is also unusual me) but please bear with me this time okay? :) Kalau menyampah pun nak buat macam mana kan. hehe. :p

I miss you so much, I really do. We miss you so much.

But I can't imagine how much YOU miss us. It must be so painful for you and i'm so sorry you have to endure that much pain & loneliness. That what makes you a hero, at least, OUR hero.

Rindu sangat dengan abang, rindu semua-semua pasal abang, nak gaduh dengan abang pun saya rindu :)

Rindu nak tengok TV dengan abang.

Rindu nak layan abang main PS3 sambil jerit-jerit bila abang score.

Rindu nak berebut remote control astro dengan abang.

Rindu nak tengok abang semangat baca news bola kat laptop.

Rindu nak pergi pasar tani dengan abang.

Rindu nak masak untuk abang.

Rindu abang sekejap-sekejap masuk dapur sambil dukung riyadh nak check saya dah siap masak belum.

Rindu abang mintak nak rasa apa yang saya tengah masak. 'baby, sikit sikit, sikit je'.

Rindu nak tengok abang makan banyak. Banyak sangat. >.<

Rindu nak tengok abang basuh pinggan.

Rindu nak jalan-jalan dengan abang.

Rindu nak pergi holiday dengan abang.

Rindu nak solat jemaah dengan abang.

Rindu nak mengaji dengan abang.

Rindu nak dengar abang order 'baby, milo dinasour satu, ais lebih' :)

Rindu nak dengar abang bebel kat saya sebab lambat basuh baju riyadh.

Rindu nak tengok abang lipat balik baju riyadh sebab saya lipat tak betul.

Rindu nak dengar abang bebel sebab saya main letak je baju abang & riyadh tak ikut 'giliran'. :p

Rindu nak tengok abang sembang dengan riyadh.

Rindu nak tengok abang pujuk riyadh nangis.

Rindu nak tengok abang dukung riyadh.

Rindu nak tengok abang mandikan riyadh.

Rindu nak tengok abang siapkan riyadh.

Rindu nak TUNGGU abang bersiap. Lama tau. hik.

Rindu nak tengok abang refill air sejuk dalam tupperware.

Rindu nak tengok abang refill air dalam ice cube.

Rindu nak dengar abang bebel kat saya bila tengok saya pegang handphone : "facebook, facebook, facebook". Hehe. 

Rindu nak baca SMS abang hantar kat saya biar abang kat sebelah saya je pun time tu.

Rindu nak dengar abang basuh bilik air SETIAP kali lepas abang mandi. :p

Rindu nak tengok muka berkerut abang bila nampak kereta kita kotor.

Rindu nak dengar abang gelak tengok edisi khas.

Rindu nak dengar abang ceramah kat saya pasal 'business' & uzar.


And the list goes on.

Rindu sangat.

I won't ask you to come home.

I will WAIT for you to come home.

Because I know you WILL come home when your turn is up. Insyallah.

And that's what a wife to a seafarer is best at, we WAIT and will never be tired of waiting.

Thursday, May 17, 2012

Diva Celop

Wuhuuu. Kecoh kat group PGK kat FB pasal statement panas dalam entry salah seorang tunang kepada seorang seafarer baru-baru ni. Mula-mula aku ingatkan dia nak tujukan entry dia kat sesetengah pihak je tapi bila baca entry dia mak aihhh punya berani mati, di aplikasikan kepada kesemua wives orang kapal tuh, mane boleh camtu dik non, mananye tak mendidih semua orang dalam PGK tuh. Memang patut la dia kena maki and kena tegur dengan seniors tapi kalau dah namanya kurang ajar memang takde la dia nak minta maaf ke nak dengar nasihat ke ape ke kan, menjawab lagi noksss, lancar je dia menjawab, pendek kata budak ni memang kurang ajar. Mungkin kaya dengan harta benda tapi serious terkurang dalam budi pekerti.

Apa yang aku kesalkan ialah dia tak sedar, or mungkin dia sedar tapi sebab dah bangga diri sangat dia buat-buat tak sedar, yang entry dia tuh dah memburukkan nama tunang dia. Mungkin bagi dia, dia boleh hidup tanpa komuniti partners seafarers ni sebab dia boleh hidup sendiri kat utagha nun tapi dia tak fikir impak entry dia kat tunang dia, or husband to be dia nanti.

Kat atas kapal nun hidup diorang dipendekkan cerita memang tak indah. Kerja, laut, kerja, laut, kerja, laut, masuk port, kerja, keluar port, kerja, laut, kerja, laut. Entertainment yang ada selain main games, karoake, sukaneka & layan movie adalah berborak bersembang dengan orang-orang atas kapal, tak kira officers atau rating, mereka memerlukan antara satu sama lain.

Bila si diva wanna be tu buat entry macam tu, aku pasti semua partner yang baca akan berdesuppp bagitau suami masing-masing, sama ada through email atau menunggu suami masuk port untuk bercerita. Kalau suami yang dah ada kat port tu tak payah cerita lah kan, memang confirm dah bagitau punya sambil update berita terkini hiburan sensasi ngeh ngeh ngeh.

Bila berita macam ni dah sampai atas kapal, nak tak nak memang tunang si diva ni akan terkena tempiasnya. Walaupun suami-suami kami ni takde la nak amik port pun cerita-cerita gosip mak jemah ni tapi bila tunang budak tuh naik kapal tak lama lagi, mesti ada yang akan teringat gosip ni lalu berkata "ooooo..tunang ko la ekk yang cakap kitorang ni tak reti nak ajar bini sebelum naik kapal ekkk???".

Yes, itu yang budak gems tu cakap "orang kapal ni tak reti nak ajar bini masing-masing untuk jadi educated sebelum naik kapal". Very the kannn????

Tak kisahla dik non, ko pun baru sebulan je bertunang, tak rasa lagi pahit masam bergelar isteri seafarer ni, sekarang ni yang ko rase manissssss je. Aku pun baru nak masuk 2 tahun kahwin, anak baru seorang tapi aku takde la nak kurang ajar dengan seniors, aku respect diorang semua, semua berpelajaran tinggi, bekerjaya hebat bagi yang bekerja tapi yang paling penting diorang ni tabah. Sangat tabah. Sebab tu kadang-kadang tu kalau aku nak tanya apa-apa aku akan tanya kat a few yang aku rapat or terus post persoalan aku kat group tu, ramai lah yang sedia membantu nanti. 
Bukan nak membelakangkan family sendiri tapi kadang-kadang tu hanya yang mengalami akan memahami. Serious.

Bila dah berumahtangga dengan seafarer ni orang jarang nampak yang elok-elok. Sebabnya kita sebagai isteri yang 'ditinggalkan' untuk berbulan lamanya akan secara otomatik akan memikul tanggungjawab sebagai ayah, ibu dan tidak keterlaluan kalau aku cakap sebagai 'ketua keluarga' buat sementara waktu. Semua keputusan akan bulat-bulat diserahkan kepada kita esp bila keadaan memaksa atau ada emergency. Itu belum lagi orang luar sana yang bergurau senda pasal keperluan 18sx. Apa, ko ingat kahwin ni untuk main je? Tak ada amanah dan tanggungjawab lain dah selain keperluan batin? Sheesssh puhleasseee, so shallow lah uolss!

Anyway, kami tak macam wife lain yang ada suami bersama setiap hari, bila ada apa-apa yang memerlukan jawapan dan keputusan, terus call suami "bang, boleh ke kalau bla bla bla". Kadang-kadang tu aku faham, bukan untuk minta izin sebab dah tau suami akan izinkan tapi sebab itulah sifat seorang isteri, memang akan sentiasa bergantung kepada 'pintunya' ke syurga itu.

Tapi kami, bila bawak anak pergi hospital dan doktor cakap "anak puan kami nak pantau, nak drip air, puan nak kami admit kan ke atau nak stay kat observation bay je?" atau "your baby has viral infection but we are thinking of giving him antibiotic, do you agree maam?", dan kau adalah berseorangan, kau takkan boleh nak call suami time time tu jugak, kau cuma tarik nafas panjang, fikir sejenak dan bagi jawapan kat doktor. Sukar macam mana pun, itulah realiti yang perlu dihadapi.

Sebab tu bila suami pulang ke rumah, aku percaya ramai yang disalah anggap membuat segala keputusan dalam rumahtangga dan bukannya suami. Hakikatnya bukan begitu, kami masih memerlukan izin dan persetujuan suami cuma orang akan nampak kami yang lebih 'lantang' kerana kami dah 'terbiasa' berdikari dan suami memang percaya 120% dengan keputusan yang kami buat. 

Bukan suami kami tidak mampu bersuara tapi itulah indahnya hubungan suami isteri yang bekerja berbulan di lautan ini, kami penuh demokrasi. Tiada istilah 'aku suami, ikut cakap aku' tapi kami akan saling bertanya pendapat antara satu sama lain sebab kami dah terbiasa hidup sendiri-sendiri, jadi bila dapat bersama untuk seketika cuma kami akan berusaha untuk menjaga hati dan perasaan pasangan masing-masing.

Dan suami pula sedaya upaya cuba memenuhi keinginan isteri dan anak yang berbulan ditinggalkan kerana mereka mahu melihat kegembiraan di wajah kami setiap hari sepanjang mereka bercuti. Kerana bila mereka kembali ke lautan, mereka tidak lagi dapat melihat wajah-wajah yang mereka sayangi tersenyum kepada mereka berbulan lamanya.

Sebab itu, bila dilihat dari blog kakak-kakak & kawan-kawan yang suaminya kerja seperti razmin, bila balik memang akan sentiasa nak bersama isteri dan anak, hatta kerja rumah pun suami buat. Basuh baju, jemur baju, lipat baju, kemas bilik, mandikan anak, bersihkan toilet, potong bawang potong sayur, pergi pasar, hantar isteri pergi kerja, hantar anak pergi sekolah, pergi holiday and all other things yang biasanya tugas seorang isteri, suami yang ambil alih. Memang itu nature pelaut ni, mereka terlalu menghargai keluarga mereka, mereka tidak segan silu menjadi house husband buat seketika. 

Tapi bagi yang tidak memahami : "ikut sangat cakap bini sampai sanggup buat semua kerja" atau "buat apa jadi suami kalau kena buat semua tu" atau "benda kecil macam tu pun nak kena tanya bini?" They just simply don't understand. Explain lah macam mana pun, mereka tidak akan faham so you better don't explain, simple as that.

Sebab itu, konklusinya dari entry diva celop tuh, eh, ingatkan dah habis dah ye pasal diva celop tuh ekeke, bila dah berkawan dengan rakan-rakan partner seafarer nih, janganlah rosakkan hubungan yang ada dengan tulis entry bodoh macam tu. Terlalu bodoh sampai aku rasa nak vote ko untuk jadi blogger terbodoh 2012.

Sebabnya bila kau dah berumahtangga nanti dengan seafarer ni, takkan ada siapa pun yang akan faham konsep-alam rumahtangga-tapi-tak-ada-suami-untuk-enam-bulan melainkan mereka yang bergelar isteri kepada seorang pelaut ni. Percayalah, hatta keluarga sendiri pun takkan faham walaupun kita sangat-sangat memerlukan mereka untuk bergantung harap dan menumpang kasih (macam aku) bila suami tiada di sisi. 

Mak, ayah, adik beradik dan keluarga mertua boleh beri kau moral support yang terbaik yang kau perlukan tapi untuk berkongsi rasa dan kerinduan melampau terhadap suami, geng partner kapal adalah tempat kau meluahkan, walaupun tak kenal tapi percayalah, once dah berceloteh, macam bertahun dah kenal.

Buat diva celop, renung-renungkan dan selamat beramal walau aku tahu kau rasa kau terlalu hebakk untuk terima nasihat kami nih, choyyyy!!!

Tuesday, May 15, 2012

9 Months Young Riyadh Iman

Oh my oh my oh my! Dah sembilan bulan dah Riyadh.

I'm happy but i'm not. Apo ko merepek nih.

Seriously, sangat sekejap masa berlalu. Lepas ni dengan izin Allah, 10 bulan, 11 bulan, setahun, 2 tahun. dapat adik, eh, masuk sekolah, masuk sekolah asrama, masuk oxford (gitew), dating, clash, couple, clash, curang, eh tak, couple, tunang, nikah. Adoi adoi adoi. 

Over kan. 

Hehe, walaupun over dan gedik, mama ingin mengucapkan selamat umur 9 bulan buat buah hati pengarang jantung mama, riyadh yang nakal. Sigh. Serious makin nakal. Habis satu rumah dah round, mengutip bagai, menjerit, semua semua lah yang budak umur dia buat. Diva tau. Eh diva diva jangan sebut ye mak jemah, kang ada orang meroyan ekeke.

Riyadh's milestone? Hmm ape ek, makin laju bergerak dengan pelbagai method i.e mengengsot, merangkak gear reverse, gear D, bergolek kalau dah malas, suke memerintah orang, hehe, suke balling botol susu bila dah habis minum, tapi sekarang dalam separation anxiety phase, please jangan tinggal saya sorang-sorang ye. 

Oh juga dalam mogok makan, a normal phase untuk baby 9 months. Kalau dulu semangkuk ialah 6-7 oz of solid food, sekarang dah turun jadi 3 or 4 oz, kadang-kadang 3 oz pun berchenta nak habiskan, itu pun kalau habis.

Oh dah pandai minum pakai cawan plastik dari 8 bulan hari tu, tahniah atas kemalasan mama yang malas nak menyudu air ke mulut riyadh bila meal time akhirnya riyadh pandai bawak diri dengan minum pakai cawan, syabas bette!

Oh juga dah pandai salam. Salam cium tangan pastu makan tangan huehuehue. Bye-bye tak berapa nak pandai lagi sebab tau nak mengikut orang je, so i tamau bye bye. :p

Oh muka juga dah berubah, no more mama-alike, now dah berevolusi ikut muka papa. Sobs. Pasni ikut muka mama semula ye riyadh. >.< Eh bang, bukan saya tak suka riyadh ikut muka abang, of course saya suka, abang kan hensemmm hihi.

 Hai, saya anak razmin aka mat min.

Dan akhir sekali, makin meninggi. Tak ada lagi orang cakap dia ni umur bawah setahun, semua tanya "dah setahun ye?". Memang tinggi, lagi tinggi dari anak pengasuh yang umur setahun lebih, dari anak kawan2 yang nak masuk setahun pun riyadh lagi tinggi. Nanti kat sekolah mesti kena duduk kat belakang sekali hihi.

Okay, ni nak show off sikit, sempena riyadh masuk 9 bulan, riyadh dapat stroller baru yeay. Thank you papa. No more pinky flowery stroller. Eh aku sayang laaa stroller graco tu, cuma tak muat nak masuk boot myvi. Nanti ada baby girl boleh pakai lagi, tapi papa kena beli alphard la dulu. Ha ni baru betul diva. Ko ada scha nur? Opps terkeluar nama sudeh. ngeh ngeh ngeh.

 Anak mat min lagi.

 Konon-konon syok la tu pejam-pejam mata pulak dapat stroller baru. Gigit kang.
See, panjang kan budak ni?


Happy 9 Months Young baby.
We love you so much!

Semoga terus berada di dalam lindungan Allah, amin...

Monday, May 7, 2012

Abangku pinang Tasha.

Hari sabtu, 5 Mei 2012, abg longku selamat bertunang dengan tasha, alhamdulillah.

Bertunang di rumah family tasha kat seri kembangan, dekat je dengan rumah kitorang, dapat orang dekat je abang aku, alhamdulillah. So adik-adik lelaki ku, korang cari la yang jauh sikit, macam orang kuching ke, london ke, new york ke, baru meriah rombongan meminang, biar rabak poket, janji up sikit masuk facebook kehkehkeh. 

Abang aku pilot dengan MAS, tasha stewardess dengan MAS, so boleh agak dah kan diorang kenal macam mane kan?? Bagus-bagus.

Rombongan belah family aku dalam 8 kereta. Yang ramainya sepupu sepupu yang stay kat selangor/KL ni and family kakak mak aku. Mak cik pak cik aku belah mak abah aku kan semua kat terengganu & kelantan, kesian diorang nak datang jauh kan, nanti nikah & reception boleh la join kan, kasi gegar subang jaya hehe. Plus family bestfriend abang aku & beberapa orang bestfriend abang aku pun datang, alhamdulillah, thank you uols. Eh macam anak aku pulak yang tunang.

Berkumpul kat rumah aku pagi tu, pukul 10.30 gerak pergi umah tasha, berhenti kejap kat tepi jalan tunggu green light dari tasha dah boleh terjah belum rumah dia hehe. 

Kejap je discussion pasal bertunang ni, abang aku pun tak sempat nak menyorok lama-lama dalam kereta hehe tapi semua gambar di bawah adalah dari FB tasha & ada 2, 3 keping dari fon canggih aku, tak boleh nak amik gambar betul-betul sebab ada budak tu perangai dia baikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat hari tu. +_+.

Si riyadh ni takde la nangis meraung tapi dia jadi orang ulu jap, jakun agaknya dengan orang ramai plus dia memang tengah dalam phase separation anxiety (biasanya bila baby 7 bulan ke atas), tak nak langsung berenggang dengan aku. Adeh. Hatta dengan adik-adik aku and abang aku yang menjadi pujaan hati die pun die tak nak. Ekk ekk ekk buat bunyi kalau orang lain amik.

Ada sekali tu mak tasha dukung dia, aku lari cepat-cepat sebab aku nak bergambar dengan abang aku & tasha, boleh pulak riyadh ni buat scene air mata berjurai-jurai tapi tak dengar pun dia nangis, yang dengar cuma "ma ma ma ma ma ma ma ma" pandaiiiiii berlakon, ikut sapaaa ni! Bila dah nak balik dia pun selamat tidur, itu pun lepas aku dah mandikan dia, bagi dia makan & susukan dia, baruu mama boleh makan yadh oii, macam orang kebulur dah aku time tuh, sadis.

Apa-apa pun, congrats abg long & tasha, what a wonderful sweet ceremony. Oh yang tak menahan tu hantaran dua-dua belah SAMA. Hahaha. Aku hantar buat hantaran kat florist kat PKNS, the same florist yang buat hantaran bertunang aku, tasha pulak buat sendiri. Alih-alih bila sampai rumah tasha tergelak semua orang sebab sama color bunga ekeke. Bangga tasha, taraf florist gitu uolss. 

Semoga ikatan pertunangan ini diakhiri dengan lafaz pernikahan yang kekal hingga ke syurga, insyallah. Nikah insyallah bulan 12 nanti, sirius tak sabar!!


Bagai pinang dibelah belah.



Mak abah ku. Cantik kan mak aku? Pulak tuh ramai pulak cakap aku iras mak aku. Kehkehkeh.

 Adik beradik dengan budak kecik. Ko tengok tu, selama ni bukan main dia main tarik tarik rambut dengan tasha, hari tu dia buat buat tak kenal pulok. Not in the picture : Laki aku & DD, adik aku yang di jordan nun.


 Gigit jari telan air liur tengok cekelat patchi. Tasha ada anak sedara, baby girl umur sebulan lebih, riyadh ni dok la mencium baby tuh sebab baby tuh comel pakai baju kurung hehe, nak mama pinang ke yadh? Habis tu fadila macam mane? hihi.
 

Hiyarkkk! Ketua rombongan bersilattt. Songkok size 19 paling kecik hehe. Samping size S, baju melayu utk budak umur setahun sebab budak ni kan tinggi. Uniform riyadh adalah sempena permintaan ayoh Z, nak kena sama dengan dia, tajaan papa sebab mama tak keje hihi.

Okay bang long, behave behave.

Haha itu je, ke nak aku cite dialog orang meminang? Tak payah lah kan, buang masa korang je baca, baik korang sambung buat kerja huehuehue.

Bye.

Friday, May 4, 2012

Busy busy!

Amboi mak jemah, tajuk bukan kemain eh ko. Busy ape nye, buat buat busy ado.

Mak jemah busy sempena dua orang yang agak senget ni ha.


Esok nak mengikat tali pertunangan setelah 7 tahun bercinta. Eh 7 tahun ke, lupa la mak. Nikah insyallah 21.12.2012 nanti.

Yang laki tu abang sulung aku. Kira ni anak kedua mak aku yang nak kahwin selepas aku. Well, of course aku yg first sebab aku terlebih gatal ekeke. Jodoh maa, jodoh.

Dua-dua ni memang best, sengal tahap kehabisan tahap. Abang aku tak yah cite la kan, memang weng tapi garang maa, suke buat adik-adik kecut perut dengan die, cett! Bakal kakak ipar pulak sempoi, sekepala dengan aku adik beradik hatta mak abah aku pun layan. Orang kuat time aku bertunang, nikah, kahwin, beranak, riyadh masuk spital, dia sentiasa ada, syahdu...... sobs. Pandai masak, pandai make up (tunang & reception kat taiping dia make up kan aku), pandai beli bunga gubah bunga, pandai beli handbag tiap-tiap bulan wahaha. 


Eh panjang lak puji, kembang dik non nanti. Ihiks
Ok lah, nanti esok depa tunang, pastu ntah bila aku nak update pasal tunang diorang ni huehuehue.
Bye, mak jemah nak buat hantaran ni nokss. Kellasssss berseni gitew.

Wednesday, May 2, 2012

Tuhan, jagakan dia...

Ya Allah, kesiannya kat suami aku...
Kenapa kena ada orang macam tu atas kapal?
Bukan laki aku sorang je yang kena, ramai yang kena.
Tapi perlu ke buat macam tu?
Perlu ke?
Macam gampang.

Sorry, tapi aku sangat marah.
Laki aku tak mengadu, sikit pun tak, tapi suara dia sangat lain, seolah-olah terlalu cuba untuk sembunyikan sesuatu tapi mana mungkin, aku isteri dia, aku kenal laki aku.

Bila didesak, akhirnya dia cerita. 
Tergamam aku, berlinang air mata aku.

Kenapa kena buat macam tu?
Kapal tu bukan bapak kau yang punya.
Macam gampang.

Kalau seorang yang kau aniaya doakan kau ditimpa kecelakaan, kau tak fikir?
Kalau dah ramai kau buat camtu, dan memang ramai yang doakan macam-macam kat kau, sempat tak kau nak fikir?
Hmm.

Memang, memang biasalah kan kalau atas kapal kena marah, kena maki, kena caci, biasalah tu.
Bukan laki aku tak biasa, ini bukan kapal 1st dia, ini kapal keenam. Dah 6 kapal, memang dia faham sangat sistem kerja kapal. Dan kau pulak, sah sah lah dah berpuluh kapal kau naik tapi kenapa kau kena buat macam tu?

Dan nanti bila laki aku balik, aku akan bincang dengan dia, untuk report kepada CEO. Ha, bapak aku main golf dengan CEO ofis kau tiap-tiap minggu, ko ada dik non? Huh. 

Sampai ada rating yang nangis. Orang dah berumur, dah baya ayah-ayah kita, dia nangis. 
Kau tak nampak lagi betapa kejinya kau?

Semoga Allah bukakan hati kau untuk jadi manusia. Ini doa aku untuk kau, masih lagi elok tapi aku tak jamin apa doa orang lain yang kau aniaya atas kapal tu.

Dan buat suamiku, semoga sentiasa berada di dalam lindungan Allah.
Sesungguhnya Allah bersama hambaNya yang sabar.

“Sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu sekalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjuang dan orang-orang yang sabar di antara kamu sekalian.” (Muhammad:31)

Sabar ye sayang...
 
Dan Ya Allah ya Tuhanku, jagakan dia..

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepada mu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, akan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku.

(by Motif Band)