Oh my oh my oh my! Dah sembilan bulan dah Riyadh.
I'm happy but i'm not. Apo ko merepek nih.
Seriously, sangat sekejap masa berlalu. Lepas ni dengan izin Allah, 10 bulan, 11 bulan, setahun, 2 tahun. dapat adik, eh, masuk sekolah, masuk sekolah asrama, masuk oxford (gitew), dating, clash, couple, clash, curang, eh tak, couple, tunang, nikah. Adoi adoi adoi.
Over kan.
Hehe, walaupun over dan gedik, mama ingin mengucapkan selamat umur 9 bulan buat buah hati pengarang jantung mama, riyadh yang nakal. Sigh. Serious makin nakal. Habis satu rumah dah round, mengutip bagai, menjerit, semua semua lah yang budak umur dia buat. Diva tau. Eh diva diva jangan sebut ye mak jemah, kang ada orang meroyan ekeke.
Riyadh's milestone? Hmm ape ek, makin laju bergerak dengan pelbagai method i.e mengengsot, merangkak gear reverse, gear D, bergolek kalau dah malas, suke memerintah orang, hehe, suke balling botol susu bila dah habis minum, tapi sekarang dalam separation anxiety phase, please jangan tinggal saya sorang-sorang ye.
Oh juga dalam mogok makan, a normal phase untuk baby 9 months. Kalau dulu semangkuk ialah 6-7 oz of solid food, sekarang dah turun jadi 3 or 4 oz, kadang-kadang 3 oz pun berchenta nak habiskan, itu pun kalau habis.
Oh dah pandai minum pakai cawan plastik dari 8 bulan hari tu, tahniah atas kemalasan mama yang malas nak menyudu air ke mulut riyadh bila meal time akhirnya riyadh pandai bawak diri dengan minum pakai cawan, syabas bette!
Oh juga dah pandai salam. Salam cium tangan pastu makan tangan huehuehue. Bye-bye tak berapa nak pandai lagi sebab tau nak mengikut orang je, so i tamau bye bye. :p
Oh muka juga dah berubah, no more mama-alike, now dah berevolusi ikut muka papa. Sobs. Pasni ikut muka mama semula ye riyadh. >.< Eh bang, bukan saya tak suka riyadh ikut muka abang, of course saya suka, abang kan hensemmm hihi.
Hai, saya anak razmin aka mat min.
Dan akhir sekali, makin meninggi. Tak ada lagi orang cakap dia ni umur bawah setahun, semua tanya "dah setahun ye?". Memang tinggi, lagi tinggi dari anak pengasuh yang umur setahun lebih, dari anak kawan2 yang nak masuk setahun pun riyadh lagi tinggi. Nanti kat sekolah mesti kena duduk kat belakang sekali hihi.
Okay, ni nak show off sikit, sempena riyadh masuk 9 bulan, riyadh dapat stroller baru yeay. Thank you papa. No more pinky flowery stroller. Eh aku sayang laaa stroller graco tu, cuma tak muat nak masuk boot myvi. Nanti ada baby girl boleh pakai lagi, tapi papa kena beli alphard la dulu. Ha ni baru betul diva. Ko ada scha nur? Opps terkeluar nama sudeh. ngeh ngeh ngeh.
Anak mat min lagi.
Konon-konon syok la tu pejam-pejam mata pulak dapat stroller baru. Gigit kang.
See, panjang kan budak ni?
Happy 9 Months Young baby.
We love you so much!
Semoga terus berada di dalam lindungan Allah, amin...





No comments:
Post a Comment