Wuhuuu. Kecoh kat group PGK kat FB pasal statement panas dalam entry salah seorang tunang kepada seorang seafarer baru-baru ni. Mula-mula aku ingatkan dia nak tujukan entry dia kat sesetengah pihak je tapi bila baca entry dia mak aihhh punya berani mati, di aplikasikan kepada kesemua wives orang kapal tuh, mane boleh camtu dik non, mananye tak mendidih semua orang dalam PGK tuh. Memang patut la dia kena maki and kena tegur dengan seniors tapi kalau dah namanya kurang ajar memang takde la dia nak minta maaf ke nak dengar nasihat ke ape ke kan, menjawab lagi noksss, lancar je dia menjawab, pendek kata budak ni memang kurang ajar. Mungkin kaya dengan harta benda tapi serious terkurang dalam budi pekerti.
Apa yang aku kesalkan ialah dia tak sedar, or mungkin dia sedar tapi sebab dah bangga diri sangat dia buat-buat tak sedar, yang entry dia tuh dah memburukkan nama tunang dia. Mungkin bagi dia, dia boleh hidup tanpa komuniti partners seafarers ni sebab dia boleh hidup sendiri kat utagha nun tapi dia tak fikir impak entry dia kat tunang dia, or husband to be dia nanti.
Kat atas kapal nun hidup diorang dipendekkan cerita memang tak indah. Kerja, laut, kerja, laut, kerja, laut, masuk port, kerja, keluar port, kerja, laut, kerja, laut. Entertainment yang ada selain main games, karoake, sukaneka & layan movie adalah berborak bersembang dengan orang-orang atas kapal, tak kira officers atau rating, mereka memerlukan antara satu sama lain.
Bila si diva wanna be tu buat entry macam tu, aku pasti semua partner yang baca akan berdesuppp bagitau suami masing-masing, sama ada through email atau menunggu suami masuk port untuk bercerita. Kalau suami yang dah ada kat port tu tak payah cerita lah kan, memang confirm dah bagitau punya sambil update berita terkini hiburan sensasi ngeh ngeh ngeh.
Bila berita macam ni dah sampai atas kapal, nak tak nak memang tunang si diva ni akan terkena tempiasnya. Walaupun suami-suami kami ni takde la nak amik port pun cerita-cerita gosip mak jemah ni tapi bila tunang budak tuh naik kapal tak lama lagi, mesti ada yang akan teringat gosip ni lalu berkata "ooooo..tunang ko la ekk yang cakap kitorang ni tak reti nak ajar bini sebelum naik kapal ekkk???".
Yes, itu yang budak gems tu cakap "orang kapal ni tak reti nak ajar bini masing-masing untuk jadi educated sebelum naik kapal". Very the kannn????
Yes, itu yang budak gems tu cakap "orang kapal ni tak reti nak ajar bini masing-masing untuk jadi educated sebelum naik kapal". Very the kannn????
Tak kisahla dik non, ko pun baru sebulan je bertunang, tak rasa lagi pahit masam bergelar isteri seafarer ni, sekarang ni yang ko rase manissssss je. Aku pun baru nak masuk 2 tahun kahwin, anak baru seorang tapi aku takde la nak kurang ajar dengan seniors, aku respect diorang semua, semua berpelajaran tinggi, bekerjaya hebat bagi yang bekerja tapi yang paling penting diorang ni tabah. Sangat tabah. Sebab tu kadang-kadang tu kalau aku nak tanya apa-apa aku akan tanya kat a few yang aku rapat or terus post persoalan aku kat group tu, ramai lah yang sedia membantu nanti.
Bukan nak membelakangkan family sendiri tapi kadang-kadang tu hanya yang mengalami akan memahami. Serious.
Bila dah berumahtangga dengan seafarer ni orang jarang nampak yang elok-elok. Sebabnya kita sebagai isteri yang 'ditinggalkan' untuk berbulan lamanya akan secara otomatik akan memikul tanggungjawab sebagai ayah, ibu dan tidak keterlaluan kalau aku cakap sebagai 'ketua keluarga' buat sementara waktu. Semua keputusan akan bulat-bulat diserahkan kepada kita esp bila keadaan memaksa atau ada emergency. Itu belum lagi orang luar sana yang bergurau senda pasal keperluan 18sx. Apa, ko ingat kahwin ni untuk main je? Tak ada amanah dan tanggungjawab lain dah selain keperluan batin? Sheesssh puhleasseee, so shallow lah uolss!
Anyway, kami tak macam wife lain yang ada suami bersama setiap hari, bila ada apa-apa yang memerlukan jawapan dan keputusan, terus call suami "bang, boleh ke kalau bla bla bla". Kadang-kadang tu aku faham, bukan untuk minta izin sebab dah tau suami akan izinkan tapi sebab itulah sifat seorang isteri, memang akan sentiasa bergantung kepada 'pintunya' ke syurga itu.
Tapi kami, bila bawak anak pergi hospital dan doktor cakap "anak puan kami nak pantau, nak drip air, puan nak kami admit kan ke atau nak stay kat observation bay je?" atau "your baby has viral infection but we are thinking of giving him antibiotic, do you agree maam?", dan kau adalah berseorangan, kau takkan boleh nak call suami time time tu jugak, kau cuma tarik nafas panjang, fikir sejenak dan bagi jawapan kat doktor. Sukar macam mana pun, itulah realiti yang perlu dihadapi.
Sebab tu bila suami pulang ke rumah, aku percaya ramai yang disalah anggap membuat segala keputusan dalam rumahtangga dan bukannya suami. Hakikatnya bukan begitu, kami masih memerlukan izin dan persetujuan suami cuma orang akan nampak kami yang lebih 'lantang' kerana kami dah 'terbiasa' berdikari dan suami memang percaya 120% dengan keputusan yang kami buat.
Bukan suami kami tidak mampu bersuara tapi itulah indahnya hubungan suami isteri yang bekerja berbulan di lautan ini, kami penuh demokrasi. Tiada istilah 'aku suami, ikut cakap aku' tapi kami akan saling bertanya pendapat antara satu sama lain sebab kami dah terbiasa hidup sendiri-sendiri, jadi bila dapat bersama untuk seketika cuma kami akan berusaha untuk menjaga hati dan perasaan pasangan masing-masing.
Dan suami pula sedaya upaya cuba memenuhi keinginan isteri dan anak yang berbulan ditinggalkan kerana mereka mahu melihat kegembiraan di wajah kami setiap hari sepanjang mereka bercuti. Kerana bila mereka kembali ke lautan, mereka tidak lagi dapat melihat wajah-wajah yang mereka sayangi tersenyum kepada mereka berbulan lamanya.
Sebab itu, bila dilihat dari blog kakak-kakak & kawan-kawan yang suaminya kerja seperti razmin, bila balik memang akan sentiasa nak bersama isteri dan anak, hatta kerja rumah pun suami buat. Basuh baju, jemur baju, lipat baju, kemas bilik, mandikan anak, bersihkan toilet, potong bawang potong sayur, pergi pasar, hantar isteri pergi kerja, hantar anak pergi sekolah, pergi holiday and all other things yang biasanya tugas seorang isteri, suami yang ambil alih. Memang itu nature pelaut ni, mereka terlalu menghargai keluarga mereka, mereka tidak segan silu menjadi house husband buat seketika.
Tapi bagi yang tidak memahami : "ikut sangat cakap bini sampai sanggup buat semua kerja" atau "buat apa jadi suami kalau kena buat semua tu" atau "benda kecil macam tu pun nak kena tanya bini?" They just simply don't understand. Explain lah macam mana pun, mereka tidak akan faham so you better don't explain, simple as that.
Sebab itu, konklusinya dari entry diva celop tuh, eh, ingatkan dah habis dah ye pasal diva celop tuh ekeke, bila dah berkawan dengan rakan-rakan partner seafarer nih, janganlah rosakkan hubungan yang ada dengan tulis entry bodoh macam tu. Terlalu bodoh sampai aku rasa nak vote ko untuk jadi blogger terbodoh 2012.
Sebabnya bila kau dah berumahtangga nanti dengan seafarer ni, takkan ada siapa pun yang akan faham konsep-alam rumahtangga-tapi-tak-ada-suami-untuk-enam-bulan melainkan mereka yang bergelar isteri kepada seorang pelaut ni. Percayalah, hatta keluarga sendiri pun takkan faham walaupun kita sangat-sangat memerlukan mereka untuk bergantung harap dan menumpang kasih (macam aku) bila suami tiada di sisi.
Mak, ayah, adik beradik dan keluarga mertua boleh beri kau moral support yang terbaik yang kau perlukan tapi untuk berkongsi rasa dan kerinduan melampau terhadap suami, geng partner kapal adalah tempat kau meluahkan, walaupun tak kenal tapi percayalah, once dah berceloteh, macam bertahun dah kenal.
Buat diva celop, renung-renungkan dan selamat beramal walau aku tahu kau rasa kau terlalu hebakk untuk terima nasihat kami nih, choyyyy!!!


4 comments:
akak setuju sgt2 apa yg elya katakan ni...akak ingat lg masa anak akak semput...akak terpaksa ulang alik hospital kul 2/3 pagi sorg2...n sampai 3mlm berturut-turut..dr nak admit tp masa tu akak tolak sbb kl admit sapa nak g uruskan benda2 lain sementara tunggu fmily dtg..akak pun xnak nyusahkan family masa tu..
sbb tu kita jadi kuat dan x takut namun hakikatnya kita ttp memerlukan suami di sisi...
kpd bdk yg x sayang mulut tu..akak mmg xkenal dia sapa tp entry dia mmg kurang ajar malah yg dia jwb balik comment2 tu pun kata2 yg kurang ajar..sian kan kat tunang dia nnti jadi mangsa keadaan..dia blm tahu hidup jd isteri n ada anak2 nnti...
apapun akak bangga ngn PGK..
Hi elya,
Saya nak tanya tapi lari tajuk sikit.
Elya selalu ke bintulukan, cuma nak tanya kalau dari airport tu ke port kapal berapa jauh ya? Siapa yang ambil dari airport? You naik taxi ke or agen datang ambil. Berani betul you fly berdua dengan anak. Saya baru first time nak keBintulu nak jumpa hubby, hubby saya kerja dgn MISC jugak tapi chemical tanker. Emak dan ayah bising sikit sebab dengar perkataan Bintulu tu mcm hulu sangat bunyinya. Selalunya kalau jumpa atau fly kat port2 lain tak lah bising sangat. Boleh tak you cerita sikit pengalaman you kat sana. Atleast saya boleh jadikan panduan sikit. Terima kasih..
Bebehku
Y..tunang diva tu ok x? kenalkan dgn i :P hahahahha...
Hi bebehku, comel je name hehe.
Since i pergi bintulu bawak baby so I tak buat ship visit, hubby yg keluar pergi town so we met up kat hotel je. Hubby cakap since port bintulu ni port LNG so nak masuk mmg strict sgt2, baby tak boleh masuk, nak masuk kene pakai overall bagai (ejen akan arrange) and jauhhh sgt nak menapak from main gate to kapal. kalau tak buat ship visit biasanye kita arrange sendiri je flight tiket & hotel kan. Kalau u nak buat ship visit so mcm biasa la kan mintak hubby inform captain so nnti captain akan inform ofis utk arrangement dgn ejen.
Dari airport to town dalam 20-30 mins. And dari town ke port dlm 15-30 mins, depends u dari town tu dari mana la kan tapi town bintulu ni kecik je hehe.Taxi senang dapat kat airport, ada this one taxi booth nama die Medan Jaya taxi services (I think the only taxi booth kat airport kot). Dari airport ke hotel New World yg I stay tu rm35 kot, i tak ingat, tak pun rm30.
I rasa sebab u nak buat ship visit kan, so let the office arrange kan, nanti agent yg akan pick u up kat airport, terus ke port, senang :) happy ship-visiting!
Post a Comment