Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, August 7, 2015

Nasi Kerabu Paling Win & Raya Rumah Cantik

Rumah cantik Meen adalah tempat paling favourite aku beraya sebab rumah Meen cantik. Hehehe. Seminggu selepas raya kitorang bertujuh menyerang rumah masing-masing. Tak ada buat open house pun tapi lebih kepada paksaan haha. Kata till jannah hehe.

Paksaan pertama adalah memaksa Fatin bagitahu ummi dia yang kitorang kemaruk nak makan nasi kerabu ummi dia masak. Mak fatin adalah seorang yang terer gila masak semua dia masak memang taraf chef pun kalah. Serious talk ni. Nasi kerabu ummi adalah paling win. Semua from scratch. Biru nasi tu pun biru bunga telang okay, tak main la pewarna-pewarna ni. Lauk complete semua ada. Dari sambal tumis, budu yang dimasak, cili masak, solok lada, daging bakar, ayam, ikan goreng tepung, keropok, telur masin & segala jenis kerabu memang ada. Suami aku pun cukup suka nasi kerabu ummi ni, sian dia dah 2 tahun terlepas nak makan.

Pukul 10 pagi aku & Riyadh dah terpacak depan rumah Fatin kat Greenwood. Gigih tak gigih hahaha. Bila semua dah ada apa lagi serbu lah kan. Best sebab kitorang & family fatin je yang ada. Tak ada episod kau lah tambah dulu eh kau lah amik dulu. Semua pakat berebut, pakat tambah macam rumah sendiri. Agaknya ummi pun seram tengok hehehe. 

Masing-masing minimum 2 pinggan sorang makan, Sumpah sedap. Tak dapat dah kat tempat lain. Terima kasih ummi & Fatin! Tahun depan repeat lagi ye. Bukan permintaan tau ni tapi paksaan hehehe. 

Lepas kekenyangan kitorang lepak-lepak amik gambar jap pastu terus menuju ke rumah meen, Dekat je, tak sampai 10 minit. Sampai-sampai rumah meen, masuk jap salam mak meen nenek meen makcik meen pastu keluar pergi amik gambar, Tak senonoh sorang-sorang haha. Wehh rumah meen cantik wehh. Kalau korang tengok video Siti Nurhaliza nyanyi lagu Sesuci Lebaran ke Nazam Lebaran ntah, ha kat rumah meen lah tu shooting klip video tuh. Di tengah-tengah kota ada rumah nan permai. Gitu tau konsep. Memang enjoy sangat. Anak aku pun sakan jadi photographer pastu sebok kejar kucing kejar ayam itik segala. Angsa je aku tak bagi kejar kang ada yang kena kejar balik.

Makan kat rumah meen pun sampai sebu perut. Dengan mee bandung tulang nya, nasi putih lauk2 kampung nya, ada gulai lemak nenas dengan udang, ikan goreng, ikan goreng sambal, ikan tenggiri sweet sour, ehh sedaplahhh. Pastu ada buah cherry, ha ni memang aku ngadap sorang-sorang. Dah lah buah mahal, ko buat macam makan rambutan Y hahaha. Mekaseh meen, mmmuaahh!

Lepas lepak rumah meen, kitorang gerak pergi beraya rumah mak aku. Mak ayah aku memang macam kawan-kawan je dengan depa ni. Dari zaman kurus sampai gemok (aku laa) memang rumah aku ni port tidur port makan port parking kereta semua lah. Mak ayah aku pun seronok melayan diorang nih, sama-sama kepala weng hehe. Tapi kat rumah aku takde la makan meriah, mak aku cuma masak nasi himpit kuah kacang makan dengan serunding. Alhamdulillah kenyang, meriah & seronok sangat beraya, terima kasih semua!

Dengan ummi yang sporting. Ummi kat tengah-tengah ye, muda sangat. 


Sedap wehhh. Riyadh pun siap bertambah, Nasi blue dia panggil hehe.
Star of the day!


Tuan rumah feeling sangat kat tingkap hehe
Side of the house
Shocking pink. Bagus kerjasama Riyadh tahun ni, suka dia berbaju melayu. Samping memang bye bye lah, songkok apatah lagi.


Rumah last, mak saya atas meja hehe.

Tuesday, August 4, 2015

Raya 2015

Selamat Hari Raya! Syawal lagi kan, valid lagi ucapan ni hehe.

Raya tahun ni raya hari ini dalam sejarah. Sejak kahwin tahun 2010, tahun 2015 ni pertama kali raya tanpa insan tercinta bergelar suami. Gitu. Tapi alhamdulillah tiada drama air mata berlaku di kala takbir bergema. Ingatkan nangis tapi rupanya mak is cool. Haha. Suami call di petang raya masih mampu bergelak ketawa. Sebab dia enjoy makan nasi dagang atas kapal hehe. Kan bang kan?

Selama ni memang rezeki sungguh dapat raya sama-sama. Kapal belayar terlajak, kapal tak available nak sign on, cuti masa raya, alhamdulillah dapat raya sekali. Dalam dunia kahwin dengan pelaut ni, raya adalah satu luxury, kalau dapat beraya bersama ibarat dapat minum air limau ais di bulan puasa. hahaha #messeduppriority.

Tahun ni kalau ikutkan turn beraya di Taiping tapi memandangkan suami belayar & keadaan aku yang masih kemabukan di hari raya makanya aku ikut mak abah balik kampung kami di Dungun. 2 tahun berturut raya Dungun. Tahun depan kita raya kat Taiping ye bang.

Balik Dungun hari Khamis, sehari sebelum raya. Alhamdulillah jalan smooth tak jem langsung sebab orang dah pulun balik sehari dua sebelum tu. Kitorang gerak dari USJ pukul 11 pagi, pukul 3.30 dah sampai resort. 

Start dari tahun lepas kitorang anak beranak dah tak ada tempat nak berteduh di malam raya. Sedih tau. Sebab datuk aku dah jual rumah dia lepas arwah nenek aku meninggal tahun 2012 lalu. Sedih sangat sedih tapi ye lah memang tak ada siapa nak jaga rumah tu, kosong ditinggalkan lepas datuk aku ikut tinggal dengan adik abah aku. Rumah makcik pakcik sepupu sepapat ada lah tapi bila anak cucu diorang balik beraya rumah penuh jugak kan so takpelah kami membawa diri. Gitu over.

Tahun lepas duduk kat homestay tepi pantai Teluk Lipat. Scary habis sebab homestay tak terjaga so tahun ni abah decide stay kat resort, Six Villa Inn, di persimpangan Durian Mentangau, dalam 10 minit ke Dungun. Abah book 1 Villa 3 bilik 3 bilik air ha puas hati ramai-ramai stay 1 Villa. Villa bersih gila, ada housekeeping hari-hari so memang puas hati, insyallah lepas2 ni booking duduk situ je.

Tapi raya kali ni memang dugaan buat aku sebab selain mabuk, aku demam 3 hari berturut. Dari malam raya sampai lah nak balik USJ balik raya ketiga tu. Demam pembawakan budak makcik-makcik aku cakap. Demam yang melepek, memang tak pergi beraya except raya pertama tu gagahkan diri ikut pergi masjid pergi kubur pergi jumpa sedara mara & datuk aku. Raya kedua tu memang melepek kat rumah makcik aku je. Family yang lain pergi beraya bawak Riyadh sekali. Aku memang baring tidur je. Nasib ramai nak melayan Riyadh, bab makan minum mandi berak kencing dia semua adik-adik jantans aku uruskan dengan bantuan mak abah. Terserlah bakat kebapaan masing-masing walaupun macam nak berperang basuh berak anak sedara haha. Terima kasih ye adik-adik gagah I.

Alhamdulillah semua okay. Makanan memang meriah. Orang ganu ni rendang2 ni dia kurang sikit. Lebih kepada nasi minyak ganu, nasi dagang & nasi himpit kuah kacang dengan sambal hitam. Seronok dapat makan makanan authentic terengganu ni! Raya ketiga kitorang dah makan nasi putih lauk ikan bakar dengan ulam cicah budu hehe, paling win sepanjang tahun!

Gembira berhari raya walaupun tak sihat sangat, lagi-lagi tahun ni semua ada eh kecuali suami saya & adik bongsu, DD. Tahun ni DD raya kat Jordan lagi. Tahun depan masih samar-samar ye DD hehe. Kitorang dah plan adik beradik, tahun depan masing-masing raya rumah mertua termasuk EE yang insyallah akan bernikah bulan 10 ni so insyallah raya tahun 2017 panjang umur kita semua raya sama-sama kat Dungun dengan pertambahan menantu dan cucu Haji Roslan & Hajah Zainun, insyallah!

Selamat Hari Raya untuk semua! Maaf zahir batin atas kesalahan saya menaip yang mengguris hati anda semua hehe. Ikhlas ni. :)

The family. Adik aku dukung Riyadh yang keletihan beraya. Geng baju biru tahun ni ikut mak abah. Baby bump memunculkan diri. Abang long & Tasha berbaju merah. Tunangan orang tu sorang-sorang baju peach hehe.

Tertinggal adik bongsu. Sulung dari kanan, no,2, no,3 & no.4. Besar bagai juara dah masing-masing. Baju biru tu tempah awal sepatutnya nak pakai time nikah EE nanti tapi memang nan hado lah time tu perut dah 6/7 bulan so kita pakai buat beraya hehe.


Tahun ni songkokless. Mama tak kuasa nak bergaduh dengan yadh nak paksa pakai songkok. Ni pagi lagi ni, baru lepas solat raya dah start berlemuih eiii.


Rumah terakhir di 1 Syawal. Melepek semuanya hehe. 

Lastly, orang jauh yang sentiasa dekat di hati. Dia nak baju melayu je, seluar tak nak. Okay sukati abang. Hehe. 

Salam Aidilfitri, selamat menambah berat badan di open house!