Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, August 7, 2015

Nasi Kerabu Paling Win & Raya Rumah Cantik

Rumah cantik Meen adalah tempat paling favourite aku beraya sebab rumah Meen cantik. Hehehe. Seminggu selepas raya kitorang bertujuh menyerang rumah masing-masing. Tak ada buat open house pun tapi lebih kepada paksaan haha. Kata till jannah hehe.

Paksaan pertama adalah memaksa Fatin bagitahu ummi dia yang kitorang kemaruk nak makan nasi kerabu ummi dia masak. Mak fatin adalah seorang yang terer gila masak semua dia masak memang taraf chef pun kalah. Serious talk ni. Nasi kerabu ummi adalah paling win. Semua from scratch. Biru nasi tu pun biru bunga telang okay, tak main la pewarna-pewarna ni. Lauk complete semua ada. Dari sambal tumis, budu yang dimasak, cili masak, solok lada, daging bakar, ayam, ikan goreng tepung, keropok, telur masin & segala jenis kerabu memang ada. Suami aku pun cukup suka nasi kerabu ummi ni, sian dia dah 2 tahun terlepas nak makan.

Pukul 10 pagi aku & Riyadh dah terpacak depan rumah Fatin kat Greenwood. Gigih tak gigih hahaha. Bila semua dah ada apa lagi serbu lah kan. Best sebab kitorang & family fatin je yang ada. Tak ada episod kau lah tambah dulu eh kau lah amik dulu. Semua pakat berebut, pakat tambah macam rumah sendiri. Agaknya ummi pun seram tengok hehehe. 

Masing-masing minimum 2 pinggan sorang makan, Sumpah sedap. Tak dapat dah kat tempat lain. Terima kasih ummi & Fatin! Tahun depan repeat lagi ye. Bukan permintaan tau ni tapi paksaan hehehe. 

Lepas kekenyangan kitorang lepak-lepak amik gambar jap pastu terus menuju ke rumah meen, Dekat je, tak sampai 10 minit. Sampai-sampai rumah meen, masuk jap salam mak meen nenek meen makcik meen pastu keluar pergi amik gambar, Tak senonoh sorang-sorang haha. Wehh rumah meen cantik wehh. Kalau korang tengok video Siti Nurhaliza nyanyi lagu Sesuci Lebaran ke Nazam Lebaran ntah, ha kat rumah meen lah tu shooting klip video tuh. Di tengah-tengah kota ada rumah nan permai. Gitu tau konsep. Memang enjoy sangat. Anak aku pun sakan jadi photographer pastu sebok kejar kucing kejar ayam itik segala. Angsa je aku tak bagi kejar kang ada yang kena kejar balik.

Makan kat rumah meen pun sampai sebu perut. Dengan mee bandung tulang nya, nasi putih lauk2 kampung nya, ada gulai lemak nenas dengan udang, ikan goreng, ikan goreng sambal, ikan tenggiri sweet sour, ehh sedaplahhh. Pastu ada buah cherry, ha ni memang aku ngadap sorang-sorang. Dah lah buah mahal, ko buat macam makan rambutan Y hahaha. Mekaseh meen, mmmuaahh!

Lepas lepak rumah meen, kitorang gerak pergi beraya rumah mak aku. Mak ayah aku memang macam kawan-kawan je dengan depa ni. Dari zaman kurus sampai gemok (aku laa) memang rumah aku ni port tidur port makan port parking kereta semua lah. Mak ayah aku pun seronok melayan diorang nih, sama-sama kepala weng hehe. Tapi kat rumah aku takde la makan meriah, mak aku cuma masak nasi himpit kuah kacang makan dengan serunding. Alhamdulillah kenyang, meriah & seronok sangat beraya, terima kasih semua!

Dengan ummi yang sporting. Ummi kat tengah-tengah ye, muda sangat. 


Sedap wehhh. Riyadh pun siap bertambah, Nasi blue dia panggil hehe.
Star of the day!


Tuan rumah feeling sangat kat tingkap hehe
Side of the house
Shocking pink. Bagus kerjasama Riyadh tahun ni, suka dia berbaju melayu. Samping memang bye bye lah, songkok apatah lagi.


Rumah last, mak saya atas meja hehe.

2 comments:

Harimau Belukar said...

Insya Allah...next Raya boleh makan nasi kerabu paling win =)

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)