Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, March 15, 2013

B.o.s.a.n

Pagi pagi.
Pergi kerja tak tenang.
Drive menangis tak berhenti.
Tak tahu kenapa.
Tak tahu salah apa.

Sepanjang hari.
Mesti fikir kenapa.
Macam biasa.

Nothing new.
Aku bosan.

Sungguh.

Tuesday, March 5, 2013

Abangku kahwin.

Ini cerita kebasian tapi the scale of the story is hugeee. Very important. Event of 2012 lah kiranye. Seperti mana tajuk entry ini, itulah pengisiannya, abang sulungku kahwin dah dengan tasha, alhamdulillah, my only abang pun sebab I anak nombor dua (yes, second child syndrome haruslah ade yooo).

21.12.2012, akad nikah day.

Alhamdulillah all went well. Akad nikah di Masjid alFalah USJ 9, masjid yang sama I akad nikah. Nak jugak tuh. Why tak buat di masjid kariah tasha di Seri Kembangan? Atas sebab logistik dan untuk senangkan semua pihak, makanya dua keluarga sepakat untuk langsungkan akad nikah di USJ 9 & majlis selepas akad nikah di buat di perkarangan masjid, simple & sweet. Sangan convenient untuk semua orang. :)

Dengan 2 kali lafaz, selamat sudah abang aku menjadi seorang suami. 2 kali lafaz sebab lafaz yang first tu ayah tasha tertinggal perkataan apa ntah so abang aku tegaskan dia hanya lafaz sekali je kekeke.

Theme color is white & green. Seperti biasa adik aku si DD tiada di hari kejadian kerana exam buuuuu. Tu lah, jauh sangat belajornye hehehe.

Ini bukan baju pengantin. Ini baju adik pengantin.


Khemah untuk majlis selepas akad nikah. Padang right besides masjid.

Kakak ipar :)


Dengan pengantin baru. Pengantin lama bersama anak. Laki tiada, ada di atas kapal, harap maklum.


Riyadh. Tasha. Siblings (DD di dalam ipad). Abg long & riyadh.


Disebabkan buat tepi masjid majlisnya, makanya sepanjang panjang orang mengaji sebelum azan tu dia semayang :P

 23.12.2012 Tasha's reception

Hari ahad, reception belah tasha. Buat kat Dewan Sapura dekat dengan The Mines tu. Cantikkk. Colorful. Color2 favourite tasha, putih pink purple. Makan pun sedapss. Catering yg sama untuk reception aku. Nak jugak tuh. Catering yg sama jugak utk hari nikah jumaat tu. Memang layan makan je aku. Riyadh pulak memang tengah ngantuk, baik budi dia dok dlm stroller tidor & makan sambil muka pelik tengok ayoh jek dia bersanding. Sedih je muka die, huhu. Dia macam tau2 je ayoh jek dia nak pindah dari rumah tokwan. Favourite person katekan, memanglah dia sedih.




Okay sekian. Next episode, reception belah family aku pulak ye. Reception belah family aku lambat sikit, 19 Januari 2013 baru buat sebab tunggu DD terhegeh hegeh balik dari Jordan hehe. Sebulan gak jaraknya dari hari nikah. So lagi sebulan lah ye aku update wahahaha. Malas tak beragakkk.


Friday, March 1, 2013

Resepi

Hehe atas permintaan ramai (1 komen blog + 3 pm kat FB = 4 orang) kehkeh ramai lah sgt, here I am blogging on resepi untuk riyadh's meals seperti yang sebelum ini. Resepi adalah resepi sesuka hati ye, sebarang ketidaksedapan yang bakal berlaku saya tak akan bertanggungjawab hehehe.

Resepi untuk riyadh ni tiada garam tiada gula apatah lagi bahan perasa. Makanya kalau nak senang masak untuk sekeluarga, sebelum nak masukkan garam gula perasa tu asinglah untuk baby yang berumur bawah 2 tahun. Itu yang I buat bila masak untuk riyadh & bekal untuk lunch I.

Minyak yang I pakai untuk foods riyadh adalah minyak sunflower seed oil or unsalted butter. Before this waktu riyadh baby2 dulu pakai virgin olive oil. La ni dok masak hari2 makan kita kurangkan budget but still way better dari minyak kelapa sawit eh.

Resepi #1 - Kari Kepala Ikan

- Sesuai untuk 10 bulan ke atas sebab ada penggunaan rempah & santan. Actually 8 bulan ke atas pun boleh tapi I start bagi riyadh spices bila dia 10 bulan.
- Sesuaikan serbuk kari untuk tahap kepedasan anak

* Tumis bawang merah 2 biji, bawang putih 1 ulas & halba satu sudu besar
* Bancuh 2 sudu besar serbuk kari (I pakai Adabi) dengan air panas untuk membentuk paste
* Bila bawang dah wangi, masukkan bancuhan serbuk kari tadi
* Masukkan air sikit
* Masukkan sayur yang diingini (trick mak pemalas terlebih rajin, campur sayur dalam kari tadaaa one complete meal hehe) - I selalu letak riyadh's favourite : keledek oren, sawi & tomato.
* Agak-agak keledek dah lembut, masukkan santan segar 4-5 sudu besar
* Masak santan sekejap, then masukkan kepala ikan (I selalu pakai kepala ikan siakap sebab selalu beli seekor, potong 4. The cuts & tail I steam)
* Masak api kecil, sampai ikan masak.
* Ha siap dah lah. :p

Resepi #2 - Siakap stim

* Susun dalam pinggan siakap or any other white fish (e.g ikan merah)
* Tabur hirisan halia
* Tabur hirisan seluas bawang putih
* Tabur sayur (I used sawi, carrot & french beans)
* Stim dalam air menggelegak utk 10-15 minit
* Ha siap dah. Patut tukar nama resepi ni jadi siakap stim tabur hehe.

- Untuk rasa, I goreng hirisan tempe with garlic, pastu tabur atas ikan bila dah siap stim. Tabur lagiii.

Resepi #3 - Ikan masak lemak

* Tumis bawang merah 2 biji, bawang putih seulas & ikan bilis 1 sudu besar
* Bila dah wangi masukkan air
* Untuk warna kuning, masukkan keledek oren yg dah stim/rebus or labu
* Bila dah lembik keledek/labu tu, masukkan santan segar
* Masak sekejap, nanti kuah tukar jadi kuning labu/oren keledek
* Masuk ikan. Sedap pakai ikan sardin or kembung
* Siap yo!]

Resepi #4 - Ikan goreng / grill

* Kalau ikan goreng, I marinade with serbuk kunyit & serbuk kari
* Kalau grill (mostly salmon), I marinade with garlic & black pepper
* Cara goreng & grill tak payah cite la ye dop :p

Resepi #5 - Mashed potato ala riyadh

* Stim 5 biji kentang size sederhana dengan 3 ulas bawang putih
* Bila dah lembut, lenyekkan kentang & garlic together with satu sudu besar unsalted butter & 3 sudu besar fresh milk
* Tabur lada hitam
* Perghh!

Resepi #6 - Scrambled egg

* Haha melampau.
* I tambah grated cheese & fresh milk dlm telur yang dah dipukul. Gebuss!

Resepi #7 - Pasta in Pumpkin gravy

* Rebus any kind of pasta
* For gravy, tumis garlic 3 ulas in heated unsalted butter
* Masuk tepung jagung 1 sudu besar
* Air sikit
* Bila dah likat, masukkan fresh milk
* Masukkan labu yang dah di steam/rebus
* Lenyekkan labu
* Sprinkle lada hitam
* If nak add in protein, boleh masukkan shredded isi salmon or udang
* Masak sampai protein masak, kejap je pun
* Masukkan pasta yg dah direbus tadi
* Tabur grated cheese
* Done! Voilaaa

Resepi #8 - Nasi goreng yong chow

* Tumis bawang putih 4-5 ulas
* Masukkan tempe & french beans (kacang buncis) or mix vege or ape-ape je lah sayur
* Masukkan nasi sejuk semangkuk
* Pecahkan telur
* Ha goreng macam buat nasi goreng.
* Siap!

Itu je la kot kan seperti entry sebelum ni. Every meal riyadh akan ada fruits. I'll make sure he eats well balanced meal everyday, that is the least I boleh buat untuk dia when I am away at work kan?

Selamat mencuba, kalau tak sedap silalah jangan marah hehehe. Peace. :))