Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 17, 2015

Seri Amanah 2015 & Hannah Umairah

Seri Alam sudah, Seri Ayu sudah, Seri Angkasa pun sudah. Berjodohan kali ni dengan Seri Amanah. Tinggal satu je lagi, Seri Anggun hehe. Tapi Seri Anggun jalan jauh, berseri-seri kat Australia nun kalau tak silap. 

Suami dah selamat belayar pagi tadi. Semoga selamat perjalanan abang selama 6 bulan ni sayang, insyallah. Semalam terbang ke Bintulu, drama air mata sekejap je tak lama pun, dalam 10 saat hehe. Tak nak suami susah hati, tak nak anak susah hati. Mak abah & Q pun datang hantar, seronok la Riyadh ramai melayan dia.

Riyadh macam biasa, dia lagi excited nak tengok aeroplane naik turun. Lagi pun dah pesan berbakul dah kat dia yang Papa nak pergi Bintulu naik aeroplane, Papa nak naik ship. Dia okay je, Alhamdulillah malam tadi tidur tak mencari pun Papa. Lega rasanya. Insyallah nanti dalam akhir bulan 5 or awal bulan 6 sebelum puasa, kita pergi jumpa Papa ye. Acara wajib 2 bulan sekali terbang ke Bintulu insyallah. Dapat jumpa 2 or 3 kali dalam masa 6 bulan ni dah cukup buat kami anak beranak insyallah. 

Cumanya, tahun ni kali pertama lah beraya tanpa suami. Tahun kelima kahwin, tahun ni first time tak dapat puasa & raya sekali. Tak tahu nak expect apa perasaan ni, kita tunggu raya je lah nanti hehe. Lagu raya okay la rasanya tapi tang takbir tu hakak risau hehe. Insyallah raya kat Dungun, balik kampung dengan mak abah adik beradik semua insyallah. Sunyi tak pernah ada dalam kamus hidup, tak sempat nak sunyi pun aih. Alhamdulillah.

And semalam jugak first birthday anak saudara tersayam, Hannah Umairah. Anak abang long & Tasha. Setahun dah Hannah, sekejap je masa berlalu kan. Tapi memang kehadiran Hannah sangat menceriakan suasana. Abam Yadh pun sayang sangat kat Hannah :) Semoga membesar jadi anak yang solehah, anak yang berbakti kepada agama, mama papa ye Hannah. 

Budak bertuah. Papa nak peluk dia sibuk nak berlari.

Ni budak baik, omey omey Hannah! Happy Birthday! Mama Y loves you muah muah

Friday, April 10, 2015

Krabi 29-31 March 2015

Sepanjang Razmin balik 2 bulan ni, dah nak naik kapal balik dah pun; akhir bulan 3 hari tu baru berkesempatan bawak Riyadh pergi jalan jauh sikit. Tak ada lah jauh mana, Krabi je tapi demi nak puaskan hati Riyadh yang dok berzikir siang malam nak naik aeroplane dengan papa, ayuh kita! Ke Krabi 3d2n, 29-31 March 2015. Balik-balik esok tu dah start GSt. Haha. 

Book tiket pergi Krabi sebulan sebelum pergi, MAS ada buat promotion. Memang murah sangat, dalam RM600 untuk kami bertiga, return. Flight dalam 1h20m. Sebabkan tiket promo, flight dari KUL memang pagi amat, dalam 7.20 a.m. Mula-mula booking tu memang pasrah habislah tapi nak buat camne, nak murah kan haha. Tapi 2 minggu sebelum pergi, MAS hantar SMS & email, cakap flight retimed pukul 9.40 a.m., ha tak ke seronok, legaaaaa tak payah bangun awal sangat. Bangun macam biasa dalam 5.45 pagi, siap-siap, amik adik aku kat rumah parents, minta tolong dia drop kat KLIA. 

Riyadh memang mencicit macam anak burung pagi tu. Excited bukan main nak naik aeroplane. Mak ayah dia mata separuh bukak dah haha. Layankan aje, dalam flight memang aku yang tido, ku serahkan Riyadh dan hal-hal berkaitan Riyadh kat bapak dia hehe. Sampai Krabi, tengok ada 2 flight lain sampai masa lebih kurang, dah la satu tu flight KLM, kapal 777, ha memang ramai ler orang beratur kat imigresen. Airport authority Krabi pun boleh tahan cerdik, bukak kaunter imigresen 2 je, merasalah beratur sejam lebih dalam aircond tak berapa nak sejuk tu. 

Setel hal kat airport, rasa excited menjelma! Baru nak jelma ko, ngantuk kot haha. Okay, untuk airport transfer, aku dah book siap-siap dari KL. Memang highly recommended, kalau ada siapa nak book airport transfer, layarilah www.krabishuttle.com. Ada pilihan tranportation, tour package pun ada. Harga dalam standard range dengan taxi dari airport. Nak booking tak nak bayar dulu pun tak apa. In fact, aku buat macam tu. Bayar bila dah sampai hotel. Memang tourist sangat recommend company ni, trustworthy. Even tak bayar dulu and lambat almost 2 jam keluar dari arrival hall, driver setia terpacak dengan placard nama ko. Eh in my case, nama Riyadh Iman. Hehe.

Kitorang book Luxury SUV (Fortuner) untuk THB1500, return. Dalam RM160+ sebab time aku pergi RM kan merudum so THB jadi mahal sikit dari biasa. Ko bayar dulu ke, nak bayar kemudian ke, sama je harga dia. SUV pun bersih, and bila tau kita ada bawak budak, dia dah siapkan siap-siap car seat/booster seat. Ha ni memang mak kasi 5 bintang. Plus, ada wifi dalam SUV tu. Sempat la nak upload instagram gambar naik flight dari KL tadi haha. 

Hotel. Ni kali kedua aku ke Krabi, first time pergi tahun 2010 dengan family sebelum aku kahwin. So tak payah pening-pening, book hotel yg sama ayah aku book dulu. Phra Nang Inn. Sebab location memang tengah-tengah Ao Nang and betul-betul depan pantai. Itu memang plus point. And nak kemana-mana jalan kaki sahaja. Ao Nang street macam tourist centre. Krabi town & airport dalam setengah jam dari Ao Nang. Selain Ao Nang, ada tempat lain macam Koh Lanta. Ao Nang banyak pilihan Muslim food, kedai massage (favourite!!) and kedai souvenir. Harga pun okay, berbaloi dengan bilik. Untuk 2 malam, aku dapat rate THB5900, breakfast included. 

Aku request bilik di Spa Wing, sebab tau di Spa Wing ada bath tub di dalam bilik, depan katil, tepi balcony hehe. Senang ko nak tengok anak ko berendam sakan sementara ko lepak atas katil. Kalau Beach Wing, bath tub dalam bilik air, jenuh nak menjenguk kan. Nak bercuti pemikiran pemalas tu memang sangat berguna hehe.

3 hari di Krabi memang leisure semata. Sampai first day tu kitorang just pergi lunch, lepak bilik sampai petang, malam lepas maghrib keluar cari banana pancake, cari aiskrim durian belanda & cari package elephant trekking & emerald pool kat kedai-kedai tour yang bersepah tepi jalan. Untuk tour, kitorang memang dah decide untuk buat dua je, elephant trekking & emerald pool visit. Island hopping tak nak sebab dah pernah buat dulu plus island hopping akan amik masa seharian, Riyadh akan kepenatan nanti. 

Survey-survey, jumpa 1 Muslim tour ni, and kitorang nego untuk amik private tour. Kalau ramai, amik group tour lagi murah tapi Razmin cakap amik yang private, bawak anak ni kang nanti dia merengek nak balik awal la, nak berhenti makan kencing berak segala senang, tak payah susahkan orang lain. Gitu pemikiran jauh bapaknye, mak tau nak murah je hehe. Dalam THB4100, termasuk driver and admission fees.

So esoknya, bertour lah kami. Elephant trekking dekat je dengan Ao Nang. Riyadh memang enjoy naik gajah ni. Aku memang seram sebab rasa side kerusi dia yang aku duduk tu menyenget. Perli betul gajah ni haha. Dalam sejam jugak la round-round dalam hutan. Sempat la gajah tu berak & makan buluh sekali haha. Kuat weh belalai dia. Selamba je patahkan buluh. Pastu ada baby elephant show. Suka sangat sebab anak gajah tu comel gila, playful pulak tu. Dia macam suka kat aku tau. Siap jalan lompat-lompat menghala kat aku, pakaikan aku topi. Nampak sangat ada chemistry haha.

Lepas tu, gerak ke emerald pool. Jauh jugak, dalam sejam. Sudahnya tidur je dalam SUV. Sampai-sampai, jalan dalam 1km nak ke emerald pool. Jauh tapi berbaloi! Cantiknya air dia subhanallah! Air dari bukit batu kapur, dengan few minerals poooofff jadilah 1 pool dengan air jernih warna emerald. Macam batu jed tu air dia. Tak menyabar kitorang nak terjun. Air pun suam-suam. Memang best, Riyadh sampai mengamuk tak nak balik. Ada lagi 1 pool kat atas, kena jalan lagi 800m. Ala-ala hiking. Yang gigih boleh lah naik lagi. Kami tak gigih. Haha.

By petang sikit dalam pukul 3 sampai dah kat hotel. Riyadh & Razmin lepak hotel, aku amik kesempatan pergi massage & buat treatment rambut. Murahss. Dalam RM50 untuk sejam massage, wash,cut & scalp treatment sekali. Dua jam yang sangat syurga. Petang tu swimming kat pool hotel. Malam tu kitorang pergi makan kat Somkiet Buri Hotel. Muslim hotel. Pernah dinner kat sini dengan family aku. Memang sedap gile! Razmin sampai sekarang angau dengan green curry dia. Jalan kaki je dari hotel aku. Malam sebelum tu kami makan kat the famous Lemon Restaurant. Sedappp. Authentic thai food. Pun kat Ao Nang street. Nak jalan kaki pun boleh dari hotel tapi naik tuk tuk nak bagi Riyadh merasa naik tuk tuk. 

Balik bilik, tidur. Pagi esoknya sebelum check out, bawak Riyadh swimming lagi. Hotel ni ada 2 pool. Satu yang mengadap laut, satu lagi tengah-tengah hotel. Kitorang swimming kat tengah-tengah sebab tak ada orang plus tak ada la Riyadh tu nak berlari arah laut pulak. Seronok cuti relaks2 macam ni. Hassle free, ikut time kita je. Yang penting anak happy :)

Dalam pukul 12.30, shuttle datang, on the way ke airport dia singgah kedai souvenir kejap pastu lansung ke airport. Check in, and tunggu flight balik. Alhamdulillah all went well! Thank you hubby for the wonderful short trip, looking forward for moreeeeeeee! Hehe