Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 5, 2011

20 Weeks Check Up

I went for my 20 weeks check up yesterday.
*
In the morning sangat kelam kabut bersiap sebab terjaga pukul 8.20. Appointment pukul 9. Terlajak habis, salah laki aku la sms aku pukul 3 pagi, terus aku tak boleh tidur betul-betul lepas tu. Ishhh. Salahkan laki la pulak ye. Eheh.
*
Tapi alhamdulillah traffic all the way from USJ sampai ke Shah Alam sangat clear, pukul 9.10 aku dah sampai. Terus timbang berat & amik urine tapi mcm lama jugak nak ambil urine sebab bladder tak memberi kerjasama yang sepatutnya. =p
*
*
So here it goes, mommy's progress :
Pukul 9.30 masuk jumpa doctor mazita yang comel.

1) First thing dia mention is my weight. Alhamdulillah, dia cakap weight progress sangat bagus. Dari awal pregnant sampai dah masuk 5 bulan ni, berat naik 3kg dari berat asal. Mula-mula dulu doctor agak risau sebab aku kan 'comel' so dia takut berat naik terlebih-lebih sebab most of the case utk mommy-mommy 'comel' macam aku ni, bila dah pregnant boleh naik sampai 3 to 5 kg sebulan. Alhamdulillah... Harapnya berat aku naik secara konsisten, hopefully sampai end of pregnancy, naik tak lebih 1okg. =0
*
2) Urine negative both sugar & protein, alhamdulillah. Considering the urine infection last week, memang betul2 lega sebab urine dah okay. ^___^
*
3) Blood pressure alhamdulillah normal.
*

Baby's progress :
Pastu terus scan baby, saat-saat yang dinantikan. Rinduuu sama anak!
1) Kepala baby dah naik atas, bottom dia dah kat ruang bawah womb. Doktor cakap takpe, sekarang ni memang songsang, when the time comes, nanti kepala baby turun balik.
*
2) Uri ada kat atas, alhamdulillah, uri tak jatuh. So doctor double confirmed yang baby's position is natural, bukan sebab ada halangan dari uri.
*
3) Dah nampak clearly spine dia, ada garis-garis mcm kalau kita buat x-ray, kita tau itu tulang, ha, macam tu lah. Clear dari tengkuk sampai end body baby. =)
*
4) Nampak tapak kaki baby sangat clear, ish comel betol lah awak ni! Cenonet je ekkk.. hehe..
*
5) Nampak tangan baby, pastu bila doctor cakap "this is the hand.." terus dia buat penumbuk! Doctor pun tergelak besar. Hahaha. Marah doctor kacau tidor ke sayang? hehe... Papa cakap garang macam mak nye, cehh.
*
6) Dah nampak gender baby tapi 27th April ni nak buat detail scan dalam 4D & all, so nanti bila dah double triple confirm, kita bagitau ekk, so senang korang nak bagi hadiah. Eh apekah? hahaha. Bukan bukan, senang ai nak shopping ye uolss.
*
7) Berat baby 321 gram. Head & abdomen circumference, tulang peha semua tunjuk baby is at 19w 6d, which is the exact period of my pregnancy, alhamdulillah.
*
8) Baby's heartbeat is normal. This 27th we'll do more detailed scan untuk detect if there's anything wrong with the main organ & other parts of my baby. Mohon dijauhkan segala penyakit & semoga anak kami sihat sempurna, insyallah.
*
9) Doctor asked if I can feel baby's movements & I told her yang before 29th March hari tu, I did feel small flutterings macam gas, 'quickening' as mr.Google said.
But on the morning of 29th itself, bila bangun tidur, memang rasa macam baby betol2 gerak, rase mcm ada small "haiyakkkk" mcm kena tendang,hehe.. And from that day onwards, memang selalu rasa baby gerak. Right now, paling kerap rasa everytime aku depan makanan.. Tak kesah la tengah masak ke, tengah beli makanan ke, tengah nak makan ke, CONFIRM baby gerak. Haa, yang ini ikut perangai bapak die, lajuuuu je tengok makanan. Hahaha.
*
*
Rasanya itu je kot check up kali ni.. Check up kali ni agak lama doctor scan sebab baby banyak buat aksi, nak still kan gambar untuk ambil ukuran pun payah sikit, sekejap kepala pusing belakang, sekejap kaki tendang-tendang, sekejap tangan gerak-gerak. Doctor yang pening, aku lagiiii suke tengok anak aku aktif. =p
*
*
Anyway, petang semalam juga my dear BFF called to the bar. Dia ni majistret tapi dah dapat exemption untuk call to the bar. Nanti-nanti la ekk aku cite pasal call to the bar ni apa die. Pendek cite, call to the bar ni adalah ceremony di Mahkamah Tinggi untuk daftarkan seseorang itu untuk jadi lawyer yang bertauliah, ha gituu. Long call aku bulan Mei tahun 2009 hari tu. Tak tau aku blog ke tak pasal long call aku, ade kot.
*
So mek, congrats! Walaupun ko buat isu aku tak dapat datang, tapi ko pun tahu kenapa kannn.. Nak deal dgn orang yang takde otak ni memang payah so aku terpaksa tak datang long call ko... tapi aku dah beli kek untuk ko, mahal tu. Ahaha.
*
Meh aku glamerkan ko :
L to R : mek Liza T, mak aishah, aishah, mek Maria, Ms.Bhavani (master aku dulu)
*

*
Congrats again darling!
*
Okeh..sekian utk kali ni.. Weekend ni aku nak ke sini dengan beberapa VVIP yang tak berapa VVIP dlm hidup aku, ahaha. Tak sabarnye!


Sunday, April 3, 2011

Masak Lemak Pucuk Paku Untuk DD & Abang.

hihihi.
*
Entry di kala bosan. Khas untuk tatapan adik ku DD yang jauh di Jordan yang confirm tak dapat cari pucuk paku & santan segar & tempe yang enak. Ihiks.
Dan juga untuk suami tersayang yang jauh di Trinidad & Tobago yang susah nak makan sayur hijau kecuali seminggu pertama lepas keluar port dan lepas tu asyik makan kobis kobis kobis. Ihiks.
*
*
Hari ni hari ahad, seisi rumah adalah kosong. Parents aku gi bandung, abah aku la macam biasa aktiviti golf dia, dan mak aku macam biasa, aktiviti shopping dia. Abang aku terbang. Adik aku yang bujang tu, dah namanye bujang pastu mak takde, memang hilang berfutsal bagai. Adik aku yang kat UIA tu pulak, ada di UIA, final exam start hari ni eh brother? Good luck ye brother, semoga dapat 4 flat, dah dah la tu Dean's List, Rector's List terus ye (ade ke Q?). =p
*
Makanya aku dok sorang bersama kucing tersayang, Koswah. Pagi-pagi pukul 6.45 dah kejut aku sebab lapar, pastu nak keluar rumah la tu nak gi jogging kot, kate hari ahad kan Koswah? So lepas bagi Koswah makan aku keluar gi Pasar Tani. Mak aihhh, mahal gilos harge semua barang. Aku beli sayur 4 jenis, bawang sikit, santan 2 bungkus, tempe sebungkus, habis duit aku lebih kurang RM25, bolehhhh? Ish, ish.
*
Tekak aku dari minggu lepas nak makan pucuk paku masak lemak. Sedapnyeeee! Sejak-sejak masuk 2nd trimester ni, dari bulan lepas tekak aku makan ikut selera laki aku. Semua yang fevret dia jadi fevret aku, yang fevret aku tak pulak jadi fevret die. T____T
Anak bapak sungguh baby aku ni. Takpe la, janji bahagia ye nakkk.
*
Menu orang bujang hari ni, ayam goreng berempah & masak lemak pucuk paku!
Aku tau senang je kan, tapi ni resepi nak bakar adik aku, DD. Haha. DD kan tengah belajar masak, meh kak ngah ajar masak lemak pucuk paku ni. Sebab DD kat Jordan, DD buat la masak lemak tomato ke, pelepah kurma ke, hihihi.
*
*
(Resepi untuk satu ikat daun pucuk paku)
Bahan-bahan untuk ditumbuk :
-bawang putih seulas
-bawang merah sebiji
-cili padi 4 biji (ikut selera pedas masing-masing)
-serai sebatang (patut dititik je, tapi aku potong & tumbuk)
-halia seinci
-kunyit hidup seinci
-satu sudu besar ikan bilis (atau belacan atau udang kering, ikut selera)



Bahan-bahan lain :
-pucuk paku seikat, basuh bersih-bersih (nak pakai pucuk ubi pun sodap)
-tempe potong kasar (aku letak tempe sebab nak makan sihat sikit untuk baby)
-santan segar (boleh pakai santan serbuk or kotak, tapi kureng kick laa ekk =p )
-garam secukup rasa

*
Mula-mula tumis bahan yang ditumbuk tu dengan api yang sederhana. Agak-agak dah wangi & garing sikit, kecilkan api or kalau aku, aku tutup dulu. Masukkan santan, kacau sampai sebati bahan tumis tadi, bagi sekata warna kuning kunyit tu, pastu baru hidupkan api balik. Kacau sentiasa so santan & minyak tak pecah-pecah, nanti tak cantik.
*
Lepas dah didih sikit, masukkan tempe. Lepas tu agak-agak santan dah masak, masukkan pucuk paku, last sekali, letak garam & rasa. Senang & sedap!



Pastu masak nasi & goreng ayam. Ehehe.

*
Sekian, selamat berhari minggu.

Friday, April 1, 2011

The Sixth Month


Alhamdulillah...
*
6 months ago, on Friday, on the 1st of October 2010, 1.10.10, in a simple yet beautiful solemnization ceremony, we are officially husband & wife. =)
*
*
Rasa sekejap sangat masa berlalu... Well, 6 months memang sekejap pun kan? Lagi sekejap when you got to spend only 4 months with your husband, & later berpisah for another 6 months! Owh 6 bulan yang berpisah tu sangat lameeeee okay, bukan sekejap! T____T. Lain, lain... isk...
*
Anyway, untuk abang, terima kasih untuk 6 bulan yang terindah ini...and many more to come, insyallah... I know i will be blessed with your love for the rest of our lives, and thank you so much for being a wonderful best friend... I know I can always count on you...
*
The best part of this 6 months is of course when we got to know that I'm pregnant =) After 1 month + of getting married, Allah gives us this miracle, our little one. Now I'm already halfway through my pregnancy, and although this pregnancy isn't easy with the still-going morning sickness, cyst, UTI, but cliche as it may be, I'll give my life away for this baby, OUR baby.
*
I love u baby, and you know that papa loves you very much! He already bought you your first stroller, your first car seat & your first play pen. Imagine him carrying all the big boxes all the way from WalMart in Savannah back to the ship & climbing the stairs up to his room, just for you and I can't even make him remember to buy me a small bottle of perfume. !____!
That's how much your father loves you, and he will go the farthest his will could to make our small family happy. Thank you so much abang.
*
*
Semoga Allah berkati perjalanan dan ikatan kami berdua selama-lamanya...
Semoga Allah permudahkan hidup kami dunia dan akhirat....
Semoga Allah kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah...
Semoga cinta kami kekal hingga ke syurga Nya nanti...
Insyallah...

I.L.U