Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, April 3, 2011

Masak Lemak Pucuk Paku Untuk DD & Abang.

hihihi.
*
Entry di kala bosan. Khas untuk tatapan adik ku DD yang jauh di Jordan yang confirm tak dapat cari pucuk paku & santan segar & tempe yang enak. Ihiks.
Dan juga untuk suami tersayang yang jauh di Trinidad & Tobago yang susah nak makan sayur hijau kecuali seminggu pertama lepas keluar port dan lepas tu asyik makan kobis kobis kobis. Ihiks.
*
*
Hari ni hari ahad, seisi rumah adalah kosong. Parents aku gi bandung, abah aku la macam biasa aktiviti golf dia, dan mak aku macam biasa, aktiviti shopping dia. Abang aku terbang. Adik aku yang bujang tu, dah namanye bujang pastu mak takde, memang hilang berfutsal bagai. Adik aku yang kat UIA tu pulak, ada di UIA, final exam start hari ni eh brother? Good luck ye brother, semoga dapat 4 flat, dah dah la tu Dean's List, Rector's List terus ye (ade ke Q?). =p
*
Makanya aku dok sorang bersama kucing tersayang, Koswah. Pagi-pagi pukul 6.45 dah kejut aku sebab lapar, pastu nak keluar rumah la tu nak gi jogging kot, kate hari ahad kan Koswah? So lepas bagi Koswah makan aku keluar gi Pasar Tani. Mak aihhh, mahal gilos harge semua barang. Aku beli sayur 4 jenis, bawang sikit, santan 2 bungkus, tempe sebungkus, habis duit aku lebih kurang RM25, bolehhhh? Ish, ish.
*
Tekak aku dari minggu lepas nak makan pucuk paku masak lemak. Sedapnyeeee! Sejak-sejak masuk 2nd trimester ni, dari bulan lepas tekak aku makan ikut selera laki aku. Semua yang fevret dia jadi fevret aku, yang fevret aku tak pulak jadi fevret die. T____T
Anak bapak sungguh baby aku ni. Takpe la, janji bahagia ye nakkk.
*
Menu orang bujang hari ni, ayam goreng berempah & masak lemak pucuk paku!
Aku tau senang je kan, tapi ni resepi nak bakar adik aku, DD. Haha. DD kan tengah belajar masak, meh kak ngah ajar masak lemak pucuk paku ni. Sebab DD kat Jordan, DD buat la masak lemak tomato ke, pelepah kurma ke, hihihi.
*
*
(Resepi untuk satu ikat daun pucuk paku)
Bahan-bahan untuk ditumbuk :
-bawang putih seulas
-bawang merah sebiji
-cili padi 4 biji (ikut selera pedas masing-masing)
-serai sebatang (patut dititik je, tapi aku potong & tumbuk)
-halia seinci
-kunyit hidup seinci
-satu sudu besar ikan bilis (atau belacan atau udang kering, ikut selera)



Bahan-bahan lain :
-pucuk paku seikat, basuh bersih-bersih (nak pakai pucuk ubi pun sodap)
-tempe potong kasar (aku letak tempe sebab nak makan sihat sikit untuk baby)
-santan segar (boleh pakai santan serbuk or kotak, tapi kureng kick laa ekk =p )
-garam secukup rasa

*
Mula-mula tumis bahan yang ditumbuk tu dengan api yang sederhana. Agak-agak dah wangi & garing sikit, kecilkan api or kalau aku, aku tutup dulu. Masukkan santan, kacau sampai sebati bahan tumis tadi, bagi sekata warna kuning kunyit tu, pastu baru hidupkan api balik. Kacau sentiasa so santan & minyak tak pecah-pecah, nanti tak cantik.
*
Lepas dah didih sikit, masukkan tempe. Lepas tu agak-agak santan dah masak, masukkan pucuk paku, last sekali, letak garam & rasa. Senang & sedap!



Pastu masak nasi & goreng ayam. Ehehe.

*
Sekian, selamat berhari minggu.

2 comments:

Marsha~ said...

perggghhh.. makan panas2 letak sket sambal belacan pastu petai.. agegegegege

eeroslan said...

fuuuuhhhhh..terangkatttt!
sedap la puloks petai, ni nak cari niii..hehe..