Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, June 29, 2009

155 SMSes.

*
*
Talking about jiwangness. Hik.
*
*
My weekend was aweeeesomeeee! yeah, for one obvious reason, Seri Bijaksana masuk port kat Elba, Savannah, USA for 3 days. Start dari Friday night till Monday morning, handphone nie kat tangan jee, eventho tau yg dia tgh keje tapi die dah glue tangan saye kat handphone. Jiwangness okayy! ^___^
*
*
Walaupun perbezaan masa 12 jam, dia siang saye malam, die malam saye siang tapi kami berjaya untuk tidak menidurkan diri, hihihi. Tipu lah, tido la jugak tapi handphone kat tangan lah. Jiwangness, remember? =p
*
*
Thank you sayang sebab adakan masa untuk saya yang tak habis2 SMS Bee je kerjanye walhal tahu Bee susah nak reply sbb kerja and sebab mahal, RM2 per SMS, kalau dah 155 SMS TAK termasuk 1 SMS yg lebih dari 1 page, camno tuh? Itu tak masuk call lagi, RM6 per minute, camno tuh? Camno tuh, camno tuh, diammmm sudahhh.. >____< Jiwangness, jiwangness.
*
*
Seronok ah berjauhan berinduan cegini ekk? Rasa mcm baru-baru bercinta je, malu youu..hihihi..
*
*

Friday, June 26, 2009

Akibat Terlalu Jakun Dengan Nama Sendiri

Hi sayangss sekalian. Hihi.
*
*
Rindu lah kat blog tercinta ni. Tapi lagi rindu kat cik abang tengah laut tuh. =p
*
Ni nak cite ni, pasal saye yang jakun. Mesti korang menyampah or jelir jelir lidah blueek kat saye bila baca entry nih. Tapi itulah hakikat kehidupan, hehe, saye memang jakun. Jakun nganga sengeh sengeh. >____<
*
*
Pagi ni berpusu-pusu SMS & call berdering-dering kat handphone nih. Maap ye tak jawab, saye dlm court takbleh jwb tepon nanti tepon kene amik sape nak belikan baru..ade sape-sape nak belikan? Takde kan? Hihi. Tau.
*
*
Alkisahnya, abah,mak, makcik pakcik, sepupu sepapat, kawan kawan ramai SMS "wah ade org tuh masuk paper". Hihi.
*
*
Over kan depa nih, macam la muka aku nih jadik cover girl pancaindera or BiPop, sebenarnya nama saye saje yg masuk paper. Saye yang jakun nih sengeh sengeh la bile polis mahkamah tunjuk paper "Puan, ni puan punye debut". Hikhikhik. Patut la byk missed calls, mati-mati ingatkan buah hati dah masuk port kat US sinun...
*
*
Yang bestnya ada cikgu sekolah saye dulu SMS cakap die tunjuk surat khabar NST kt anak murid die hari nih, cakap saye anak murid die dulu. Wah cikgu, canang nampak? Dulu marah saye tidoq dlm kelas kan? Kan? Teeeheee...
*
*
Seronok bile semua org yg kita sayang masih ingat nama kita, walaupun hanya sebaris ayat dlm berita tuh, tapi besar kesannya kat hati-hati mereka yg ikhlas sayangkan kita...isskk...terharu...terima kasih semua....i love you all lah! *
*
Untuk menambahkan lagi rasa menyampah you all kat I (hehehe,korang tak nyampah pun kannnn? muah muah!), click la mane mane link tuh, I nak tayang glamer-gitu-nama I-masuk-ayat-sebaris-dalam-paper nih. Hihi.
*
* NST
*
Bukan untuk membangga, tapi baru sedar besarnya pengorbanan mereka dalam menjadikan diri ini seorang insan hinggakan dengan hanya sepotong ayat di dalam sisipan media bisa menitiskan air mata mereka yang membesarkan diri ni... Abang longku terharu menunjukkan dada akhbar itu kepada rakan taulan dia...katanya "ini adik aku". Sungguh, hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya aku.
*
Tak sabar nak bgtau DIA! ^____^

Monday, June 22, 2009

Selera Tak Ingat Poket.

Today is my first day at Klang.
*
Macam biase lah, courtesy call dgn tuan majistret, sengeh sengeh dengan DPP lain, kenal-kenal dgn encek-encek polis, kenal-kenal dgn court staff, pastu terussssss masuk court; harusssslah kan kalau kat HQ nih mau aku gi cafe beli nasi lemak dulu makan-makan sambil baca blog, hehehe...no more ye, no more, ho yeah! CITA-CITA HEBATTT! *tepuk tangan*
*
*
Alhamdulillah, semua okay. Time kaseh buat chenta hati saya yang call pagi-pagi pukul 6.30 nak wish good luck & hulurkan I love You barang semulut dua. hik. suke! Tapi dia terkejut lah kan buah hati dia nih dah ade kat Petronas pukul 6.30 nak isi minyak nak gi keje dah tuuu...tapi hampeh dia cakap "biase la first day, baby mmg semangat...semangat first day" cess cess. Takpe mung!
*
*
Tapi mmg betul pun, sharp pukul 5 tadi dah balik, kononnye tadi bgtau Kak Dina yg ntah pukul brp laaa balik hari nih tapi takde maknanyeee, akibat semangat juang yg tinggi bangun 5.45 pagi, akhirnya pendekar ini hanya pendekar sehari sajo. Ngantuk dah ni >____<
*
*
Apa buat saya suka kerja kat Klang?
*
#1 : Dulu tol sebulan utk ke HQ @ Putrajaya RM128. Sekarang, RM 0! ^____^ KOSONG RINGGIT & SEN OKAY!
*
#2: Dulu kat HQ makan adalah kerja no.1, kaji IP (investigation papers) no.2, so gemok adalah sgt dijangka. Sekarang, masa harus dicari utk makan, maka puasa sunat lah hendaknya selalu... Kurus? Amiiiinnnnn...
*
#3: Dulu gi kerja awal sbb kat HQ parking kene berebut berbunuh-bunuhan (over kan?). haha. sampai bukan setakat double parking, triple sume ah, siap naik atas curb parking atas rumput (sapee laaa wat camtu ekk..hihihi). Sekarang, pak guard tahan kat main gate, turunkan tingkap, dgn ala-ala sirius macho, "selamat pagi, saya DPP". Terusssss Myvi putehku diberi green light parking depan pintu office gitu. Suke suke.
*
#4 : Buat masa sekarang, itu je dulu. =p
*
*
*
Yang tak bestnya hari ni perut gedik nak berperiod pain, so mood agak kureng lahss. Ubatnya? Dgn poket makin nipis tunggugajiBeemasukehsilaplah, tunggu gaji SAYA masuk; laju jee gi baskin robbins. selera besar tak hengat, kata nak kurus! Alaaa, eskrem jee. Hihi. Pas makan elok lak perut nih, ngada lah kau nih perut, kalau tiap-tiap bulan camni camno? Hadoi.

Makan ubat nih tadi. Sedap ah. Caramel panas dia...fuuhh...! Kurus? Ha,piirah!
*
GOOD NITE SEMUA. XOXO

Sunday, June 21, 2009

Bila Si Dia Menulis Cerita Untukmu.

Before Razmin left for his work, he told me that he wanted to surprise me with something out of ordinary.
*
*
My guess? Well, maybe a shopping spree or holiday or maybe just a fancy dinner.
uh uh. WRONG.
*
*
*
He wrote me a novel. Based on a true story. His true story. For a girl he had a crush before, and he loves now. Me.
*
*
Well, cerpen, more like it, 20 pages of his hidden feelings towards me since he first laid his eyes on me, 9 years ago. There are three parts, and for the third one, he asked me to wait.
*
*
When I first knew about it, I cried. I know he struggled for it to be done as he is not the type that writes long emails, SMS, letters. He said; "saya nak bagitau mcm mana saya betul-betul jatuh cinta".
*
*
When I first read it, it was all blurry, because I was crying at every page. His words are so sweet & exceptional & it breaks your heart to know that someone has this kind of love that is so strong in his heart that refuses everyone but you.
*
I feel so guilty for making him suffered for 7 years & thru out those years, I have showed to him nothing but despise. But he, he did nothing but smile and smile and smile and waited patiently for me.
*
*
Antara bait indah karangan si dia...the truth, from part One.
*
Dia yang aku impikan kini di hadapan mataku. Wajahnya yang cukup menawan itu bagai diukir Yang Maha Esa dengan keagungan dan kekuasaanNya. Matanya cantik. Bundar matanya menampakkan emosinya yang begitu selari dengan persembahannya. Nakal,manja,mengusik,menggoda,menawan hatiku.
Hidungnya yang mancung begitu istimewa untuk seorang gadis Melayu. Sepadan dengan wajahnya yang cantik dilitupi kulit yang halus,lembut,dan kemerah-merahan.
Lesung pipit di pipi kanan itu menambahkan lagi pesona yang tidak dapat aku tepis apatah lagi untuk aku nafikan.
Inilah dia kata hatiku. Inilah dia bidadari yang aku mahukan untuk mengisi jiwaku. Dia yang kini bertakhta, menjadi puteri idaman istana hatiku.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * pg 3
Aku berdoa sebanyak-banyaknya yang aku mampu. Aku tahu kehadiranku di sini tidak lama dan aku perlu merebut segala peluang yang ada untuk beribadah.
Pada suatu petang yang syahdu, aku menadah tangan di hadapan Kaabah sambil berdoa kepada Yang Maha Agung…………

“Ya Allah,kau jodohkanlah aku dengan Elya Ezrin bt.Mohd Roslan. Kau ketemukanlah kami walau dengan apa cara sekalipun Ya Allah. Kau perpanjangkanlah jodoh kami jika kami ditakdirkan bertemu,hingga ke akhir hayat kami.”
“Ya Allah,sesungguhnya aku amat-amat menyintai wanita ini Ya Allah. Kau makbulkanlah doa ku ini Ya Allah.Amin,Ya Rabbul Alamin…”
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * pg 10
*
Sayang, you know your prayers have been answered.
*
I MISS YOU.

Saturday, June 20, 2009

Few good changes. And cerita kosong.

In my previous entry, I did mention that I was stressing out because of my re-positioning as the administrative DPP, instead of the ordinary DPP i.e. who does the criminal prosecution.
*
*
Now, stress sudah tak ada! ^____^ Datuk has given me the green light to prosecute again, and I've been stationed at Mahkamah Majistret & Sesyen Klang. Deal breaker sungguh kamu nih Elya! Alhamdulillah... it's going to take me around 30 minutes drive from home sweet home here at USJ. X ape lah, janji the job is good. Heh,good ke? Penat kotttt >______<
*
*
*
So long HQ. I'm going to miss Putrajaya so much, especially our mini office aka library and the GREAT GREAT colleagues who are now stationed all over Malaysia. Jangan lupa saya eyh korang sume!


I'm going to miss the scenic lake, directly from our office window.


I'm going to miss THEM and the good laughs!
*
*
*
*
*
OKEH. Apart from the isu-kerja-yang-sekarang-dah-selesai-thanks-to-the-fickle-me, I'm now having sore throat & pening-pening because of the haze. Teruk ah sekarang, nampak redup je Subang Jaya nih tapi jerebu mak aihhh, takbleh kuar rumah sangat.
*
*
Razmin calls me once in two or three days to make sure that I drink a lot of plain water & didn't go out much & also to online as frequent as possible to update him with the results for matches in the Confederations Cup. Kaki bola sungguh Bee neh. Itu tak masuk lagi dgn result French Open lah, F1 news lah. Layannnn...dah broadband die yang beliiii...ehehehe...takbleh lawan tokey,takbleh takbleh...
*
*
He also kerisauan tak keruan when I told him this morning that I'm going to work at Klang as I've told him before that in Selangor, and probably in Malaysia; Klang has the highest crime rate. Sayang takpelah ekk, saya okay, I will take care of myself okay? Kalau tak okay jugak nanti saya berenti keje B tanggung saya sampai syurga ekk? HAHA. ayat takbleh blah =p
*
*
*
*
...hmm...taktau nak cite ape lagi neh,tapi nak type jugak sbb bosan duk umah.....
Tau tak saya suke bace buku? Tak tau kan?
Hihi. My fav, those by John Grisham, Sidney Sheldon, Michael Crichton, Jodi Picoult & Stephenie Meyer. Tapi paling suke John Grisham & Jodi Picoult lah. Abah is a big fan of JG and collects all of his novels. The latest is The Associate, tu yang hard cover kaler biru tuh. Best, but my all time favourite would be A Time To Kill.


Jodi Picoult is for leisure reading, sambil golek golek atas & bawah katil. Her writing is more into life peripheral, kasi nangis-nangis siket but not much on love love story lah but suits me well. Dia ada banyak jugak novels but so far I just have 7 of them, 5 of which Razmin yang bayar, so kirenye dia punya la ekk? Hehehe...apa la B, takkan berkira dgn saya kottt... =p


Tu ha, rindu kat mamat dalam gambar tu haa...bila nak balik abang oiiiii? >____< *
*
*
sekian, dari saya yg tak tahu nak tulis apa. xoxo.
HAPPY WEEKEND PEEPS!

Thursday, June 18, 2009

Miserable.

Hi lovelies, hope semua orang sehatttttt & senyummmmm!
*
*
Dah lama tak jenguk blog, byk cite baru ekk korang sume neh? hehe...
*
OKEH. Just a quick one, I've been transferred to Shah Alam from Putrajaya (lagi dekat dgn rumah, yeayy!) TAPI...life here is hell, tak best langsung, working-wise lah..but who am I to complaint kan????? =(
*
*
I'm now DPP on paper, meaning; no more dakwa the bad people out there, tapi duk terperap kat office doing civil litigation...pergi court jugak tapi no more criminal law...tadi baru je jumpa Datuk, bagitau dia that I tak nak lah wat civil...requesting her to consider, to re-position me here.....to be the prosecutor again... *sigh..*
*
*
Well, mengharap je la...really STRESS gila here...how I wish HE could be here with me right now, gosh, I miss him so much!!! Phone cards for the satellite phone are available,tho. So, dapat laaa ngok ngek with him once in two days...That's the only thing that comforts me....his voice. >______< * * I'm crying right now, IN THIS BLOODY OFFICE!


Sayang...stay happy out there okay...but don't be in the pool too much, North Atlantic Ocean is freezing, you know better dear...I miss you...I'll try to be happy ASAP, deal?

Saturday, June 13, 2009

Saya sangat teruja dapat dengar suara dia! =p

Hihi.
*
Tajuk entry ni says it all, kan? ^____^
*
*
Ye, saya sangat teruja dapat dengar suara cinta hati! Huh, Maxis memang sangat kaya lah lepas nih! Sian Razmin.....ehehe...apa laaa Elya, chip in lah siket.. =p
*
Since hari ni tak ada buat apa sangat, so aktiviti meng'stalk' Seri Bijaksana bermula dari pagi lagi..mula-mula dia ada kat strait ape ntah, so probably x ada line lagi..
*
So Maghrib tadi, saya dengan penuh professionalnye mendapati kapal itu ada berhampiran Gibraltar,Spain - GOTCHA; terus msg-msg jiwang utk cinta hati. (thanks K.Hanin >____< )
*
And pastuuuu...ringtone utk contact SAYANG Mxs pun lompat-lompat menyanyi..hihihi...!!!!!! Best best!!! His first words were "baby...haaaa,takmau nanges..." hihihi, ape la Bee neh, tak konfiden langsung dgn saye...tapi memang nanges ponn...happy mak aiihhh, mcm tak caye je...! ^____^
*
*
Alhamdulillah...he's fine, makan pun banyak katenye, diet hilang ntah ke mana ye B....takpe..takpe...dah expect dah ponnnn.....hahaha....ampun sayang.... =p
*
Dapat cakap around 15 minutes, then he rushed off to work...Alhamdulillah..lega sangat dapat dengar suara dia happy jeeee...hadoii...tido sengeh-sengeh la malam ni....hehe...kita SMS lak ye B...
*
*
And, yes Kak Hanin; you were right, he misses me so much sampai demam last 2 days! Thank you for your SMS this morning sis =) Razmin says thanks too, for tenangkan girlfriend dia yang mengada ni,hehe...
*
senyum-senyum!
*

Nanti turun kapal Razmin tembam mcm mane lak yeee...hehe.....

Friday, June 12, 2009

Her whereabouts is made known.

She's now approaching the territorial waters of Algeria, near the city of El-Jazair.


Her destination port is somewhere in that red-box area. Savannah,USA.
*
(Do click on the image for clearer view)
*
Hi.
*
Nampak map kat atas tuh? Nampak tak saye senyum ni... ^_____^
*
*
Last night, triggered by intuition; I typed SERI BIJAKSANA at the Google search engine.
*
And one of the search results indicated "Location of Seri Bijaksana". Hairan jugak, so tengok lah apa dia.
*
*
Pastuuuuuuu, tersengeh la saye.
*
Sebabnye, Google ada this cool thing called the APRS info or something like that lah for its Google Maps. How it works?
*
"This page shows real-time information collected from the Automatic Position Reporting System Internet network (APRS-IS). APRS is used by amateur (ham) radio operators to transmit real-time position information, weather data, telemetry and messages over the radio.
A vehicle equipped with a GPS receiver, a VHF transmitter or HF transceiver and a small computer device called a tracker transmits it's location, speed and course in a small data packet, which is then received by a nearby iGate receiving site which forwards the packet on the Internet.
Systems connected to the Internet can send information on the APRS-IS without a radio transmitter, or collect and display information transmitted anywhere in the world. " (copied from here)
*
*
So, obviously Seri Bijaksana ada the APRS-IS device, and that's why her whereabouts is made known, and she can be tracked down hourly! How cool is that?! ^___^ Kalau lah boleh tengok isi kandungan Seri Bijaksana kan lagi best, boley intai orang tuh tgh wat kerje,hehe...
*
Tapi this is also good enough. In fact, wayyy too good! At the website also we can know which kapal yang dah roger Seri Bijaksana, pukul berapa, etc etc. Walaupun tak dapat berhubung dengan Razmin for a moment, this is the best I can have so far. Dapat tahu dia ada kat mana pun dah cukup. Angau angau. =p
*
*
So, official stalker is my new name. >____<

Wednesday, June 10, 2009

Punyela rinduuu, sampai ngigau budak nih!

Heh.
*
Ni kalau Razmin tau ni, mesti terkekek die ketawa, tak pun die sunyum-sunyum manja gituu mengenangkan buah hati die neh weng siket sejak-sejak die sign on ni. Ampun Bee, bukan bermaksud untuk menjadi weng weng. ^____^
*
*************************************************
*
Semalam seharian kat office mata ni mengadap laptop. Serious tak ingat bila mase mata berkelip or bila paru-paru ni bernafas. Ceh, description bukan maen lagi, nak bgtau busy la tuh. Tapi sempat lagi pi makan JM Beriyani kat Alamanda, hari neh lak naseb baek tak sempat gi Alamanda, kalau tak nak pi Bayou lak. Makan itu penting, Bee cakap lah, bukan saye. =p
*
*
OKEH.
*
Nak dijadikan cerita, sampai je rumah, mata dah berat, badan letih takyah cite la kan... Amik wudhu, duk atas sejadah tunggu Maghrib, perghhh, bangga mak aku...hehe, abes je solat, naek katil dgn telekung-telekung; and tau lah cite seterusnya kann...tidoq mampuih...
*
*
Tiba-tiba terjaga dan dalam keadaan mamai tuh, handphone dicapai, speed dial nombor 9 ditekan...tapi senyap je.....pelik....pastuh masuk voicemail....menu dibuka, icon message ditekan...message pun di type;
*
"B...kenapa off hp...bateri habis ekk...b dah dinner dah?"
*
*
Tido disambung......
*
Mata terbuka...terjaga, teringat tadi rasenye ada pegang handphone...check handphone...eh,apa aku buat tadi...check dialling time, check outbox..........DAN, dalam gelak mentertawakan diri sendiri....air mata pun berjuraian lah akhirnya...hmm...tau dah kan?
*
Punyalah rindu kat si dia, terlupa yang dia ada di tengah lautan...itulah kan,kalau dah terbiasa mencari si dia sejenak membuka mata terjaga dari mimpi, sampai dah jadi rutin... =)
RINDULAH.
*
*tapi saya tahu, dia pun rindu jugak!


The only silly smile that drives me silly too. ^____^

Tuesday, June 9, 2009

Thank You For Making Me Happy

Bear with me, for few days neh, my entries banyak yang cite-cite pasal Razmin. Ye lah, bak kata Kak Hanin, blog kan ade, luah jeeeeee...thanks sis! =) hehehe...
*
Last nite, around 11pm Seri Bijaksana left Idku,Egypt for Elba Island Port, Savannah, USA. Seghonok ah Bee ek dapat gi USA, tak dapat turun pun xpe, janji dah sampai..ehehe...I browsed the net and looks like the port is relatively small & cute as Razmin said tapi kecik-kecik pun, nak pi sana dalam 3minggu jugak..adehh....layan ajo...
*
Alhamdulillah, Razmin cakap everything is alrite onboard Seri Bijaksana. Captain is a Filipino, emmmm..so I wish you the best dear! He called me last nite, around 10 minutes. Roaming pun roaming lah, tapi mahei lah jugok ek, RM4 per minute & SMS RM2 per minute. He was sad because Captain cakap calling card for the satellite phone x ade stock, & he apologized to me for that.
*
Ish sayang niii, tak ape laaa...takmau la rase bersalah, rase sedeh & what not okeh? I understand u, completely! ^_____^ yang penting nanti masuk port kita SMS okey? Senang bleh beli prepaid online nie, bile-bile aje, okey sayang?
*
*****************************************
*
*
I was okay last nite, sedeh memang sedeh but bleh gelak-gelak lagi dgn Razmin & we were SMSing in our goofy ways, memang senyum-senyum je dgn lawak Bee.
*
*
But this morning I was a disaster. Tak tau kenapa, bangun lambat, baju tak iron & the best part was, I thought I dah iron baju. Sampai je office, colleague sume gelak-gelak je. Hampehs hakak-hakak semua, siap Kak Syikin ajak balik umah die lagi nak pinjamkan iron,hihihih... Haaaissshhhh....terpaksa berblazer la hamba hari ni...dah la tadi pegi briefing boss awal-awal pagi, naseb baek bos tak perasan baju aku berkedut seribu. >____< tapi sepanjang berjalan nak ke office boss sambil tarik beg fail tuh memang lalu lalang depan ghamai oghang lah kann..gasakkk....
*
*
I remembered crying before I went to bed. No, bukan nangis sebab dia takde for a while, tapi maybe sebak sambil doa kat dia tuh yang buat air mata ni kuar. And when I woke up, air mata still ada lagi..nak kata air liuq basi, takkan sampai bawah mata lak ekk...takpe la, awal-awal mmg mcm ni, nanti ok la tuh...no worries ek Bee? =)
*
Okeh, jom wat kerje! Kateeeee berkhidmat untuk negara.....ye la tuhhhh......



Berkhidmat membasuh pinggan di rumah saye ekk Bee? Keje rajin-rajin atas kapai tuhhh...

Monday, June 8, 2009

KUL-SIN-CAIRO.While You Were Sleeping...

Sayang...
It's been almost 12 hours since you left for Cairo, Egypt...and it's been almost 10 hours since I last heard your voice.
*
Yeah, I miss you. So much.
*
Rindu saya tak terkata. Tapi sayang, saya rindu dalam senyuman, bukannya dalam tangisan... Tangisan saya berhenti bila saya terlihat setitik air mata sayang jatuh saat sayang palingkan muka sembunyikan wajah dalam gelak tawa memujuk saya yang sayu...Itulah sikap sayang, tersenyum sepanjang masa demi melihat saya tersenyum...
*
Demi itu, saya berhenti menjadi cengeng. Diri ini berjanji, air mata takkan tumpah setiap kali teringatkan sayang yang jauh di mata, tapi diri ini akan mengukir senyuman...Biarlah sejadah tempat kita sujud kepadaNya yang menjadi tempat titisan air mata itu tumpah, agar Dia sampaikan doa & rindu kita.
*
Sayang;
Terima kasih tak terhingga kerana sanggup melanggar norma kehidupan untuk menyusuri lautan yang tak berpenghujung...Terima kasih juga kerana sanggup buat semua ini demi satu kehidupan yang kita impikan bersama selama ini, sesungguhnya setiap pengorbanan yang sayang lakukan terlalu besar harganya buat saya... Insyallah, semoga Allah meredhai segala usaha kita bermula saat ini...
*
Sayang;
Hadirnya sayang dalam hidup ini mencelikkan mata hati yang selama ini gelap dan terkapai-kapai... Selalu hati ini menyoal dimanakah yang dikatakan cinta sejati, rupanya ada pada seorang insan yang selama ini seorang rakan... Benarlah kata orang, kita bukan mencari kekasih hati, tapi kita mencari rakan sejati...Agamamu, pekertimu, sifatmu, lembut hatimu, semuanya menjadi satu tuntas yang kukuh untuk membimbingku dunia dan akhirat kelak... Terima kasih sayang, terima kasih...
*
Sayang;
Jauh sayang bermakna dekat. Itu yang sayang ulangkan setiap kali mulut ini mengadu akan merindui sayang selepas ini. Baru kini saya mengerti. Ah, bodohnya diri ini, tak pernah mahu memahami setiap bait kata sayang! Ye sayang, jauh sayang bermakna dekat. Dekat kepada satu kehidupan yang baru selepas ini, insyallah...
*
Tak usahlah sayang gundahkan diri ini...kisah kita tak ada bezanya dengan kakak-kakak dan abang-abang yang lebih dulu mengalaminya... Kekuatan mereka menjadi pembakar semangat... Alangkah selesanya jika punyai kekuatan hati mereka, kan sayang... Namun takkan dapat benda di atas jika akarnya belum tumbuh =) Kita mulakan langkah pertama kita ye sayang...
*
*
Selamat jalan sayang...Seri Bijaksana, aku percaya pada kebijaksanaanmu =) Semoga Allah permudahkan segalanya, Amin Ya Rabbal Alamin...


Wednesday, June 3, 2009

Dear Kak Ena & Kak Dina & Seri Bijaksana


Lovely sisters;
*
HAPPY BIRTHDAY!!! MAY BOTH OF YOU HAVE WONDERFUL YEARS TO COME, INSYALLAH ^____^ THANK YOU FOR BEING STRONG, FOR WHICH YOUR STRENGTH MAKE ME STRONGER, I ADORE & LOOK UP TO.
*
p/s: Kak Ena, gambar Elya curi dari blog akak =p and btw, both of you sangat chantek!!!
*
*************************************************
For many reasons, I can't make it to many events last weekend.
*
Firstly, to Kak Ena & Kak Dina's birthday bash, which I came to know two days before the event, semua kerana tak sempat nak bukak blog. =(
*
My thousand apologies kakak-kakak, how I wish I could be there. Rasanya itu dah kesempatan terbaik nak jumpa kakak-kakak termasuk kak Hanin and baby Kyra and the others tapi itu lah....hmmm....
*
*
Secondly, to my cousin's wedding. To Zaid and wife, Selamat Pengantin Baru. Semoga perkahwinan kalian berkekalan hingga akhir hayat, insyallah...
*
Thirdly, to my ever dearest Kak Kay, Selamat Pengantin Baru jugak! =) Nanti Y datang rumah Kak Kay ye, so terpakse lah hakak buat house warming >_____<
*
**************************************************
*
Semuanya kerana Conference for prosecutors di PD yang tak besh itu!!! Dari selasa hingga ahad, masa ku dihabeskan berpenat-penat di PD, hadoii laaaa.....maleh la nak cite pasal conference tuh...tapi dalam banyak-banyak bende yg tak best langsung kat PD tuh, naseb baek ado satu bende yang besh, COMMUNITY SERVICE. ha, yang neh den nak kobar haih. Tapi di lain entri lah yer..hehehe..apo lah, tadi bukan maen semangatnye.hihihi...
*
**************************************************
Cerita yang lain;
*
SERI BIJAKSANA.
*
*
Yup, Razmin tersayang akan sign on kapal Seri Bijaksana. ade suami/tunang/BF sape-sape atas kapai neh? roger-roger.hehe.
*
Supposedly, his flight to Cairo, Egypt hari Isnin 1st June hari tuh... tapi mcm biase lah kan, MISC being MISC, hehehe, die kena standby lak sebab kapal tak masuk port lagi...so, he's leaving this friday hence another short 3 days with him...
*
TAPI, bukan 3 hari. tolak masa kerja saya 8 to 5, hanya few hours in the evening sahaja...tapi tak apelah, janji dapat bergumbira & bermanja-manja ala kadar...hehehe...apo lah!
*
I'm going to miss you like crazy lah Bee!
*
Sekarang bukan masanye untuk bersedeh-sedehan yer kawan-kawan. Nanti pagi Sabtu neh, baru ade entri air mata berjuraian, OKEH?

*
*