Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 26, 2011

Sari Ratu

One day before Razmin signed on, he told me that he wanted to eat nasi padang. I was a lil bit "ala boringnyeeeeee" as whenever kat indonesia, esp Jakarta, nasi padang probably the only nasi meal that I can eat, and if in Bandung, there is nasi sunda but still, tak jauh beza pun.
*
Anyway, we went to subang parade, to try out nasi padang at the famous Sari Ratu. And surprisingly oh my sangat sedap the lauk padang there! Serious tak tipuuuu, sedap sangat! Very authentic nasi padang. Quite pricey tho tapi bukan hari-hari makan nasi padang pun kan.. Kitorang ambil lauk banyak sangat but Razmin sedih sikit sebab he wanted the gulai tunjang tapi dah habis during lunch hour, we went there after office hour. Tapi lauk-lauk lain memang sedap amat! Sambel hijo & cili merah die memang terbaekkk, memang sama dengan yang kat indonesia.
*
Tapi tak tahu lah kan kot jadi sedap sebab makan kat malaysia, kalau makan kat indonesia rasa die biase-biase je, hehe. Memang puas hati and Razmin cakap after this Sari Ratu memang akan jadi tempat favourite dia everytime sign off. Ok bang, lepas makan kita shopping ye, dah alang-alang bayar parking kat parade kan.
*
*
Jom layan kesedapan dalam gambar.
*
Macam kat indonesia jugak, pilih lauk mana, nanti diorang hidang. Riyadh tengah pilih lauk untuk makan lagi setahun dua.
*
Sambel terbaekk, begedil, kentang cili yg pedasss, rendang daging, pucuk paku masak lemak & yang tersembunyi bawah begedil tu anak ikan belut goreng, aku tak makan, laki aku sukeee sgt.
*
Must have! Ayam pop dengan sambal kicap terhebat & ikan nila goreng. Kalau makanan sunda ada ikan gurame terbang, aku tak tau sama ke tak tapi isi ikan ni memang sedappp sangat.
*

Must have jugak! Kitorang dua-dua nak minum apolkat ni aka avocado tapi macam tak best la pulak sbb sama, so aku order ice teler aka ABC versi indon. Ada sago, ada nangka, ada mangga, ada rambutan, ada avocado, memang sedap.
*
*
*
Lepas kenyang masuk subang parade shopping sikitttt. Hehe.. selagi sale mothercare tak habis, selagi tu akan ku masuk mothercare, hehe.
*
*
*
Budak yang suke tido dalam stroller. Senang kitorang nak makan & shopping. Jahat betol.
*
Miss you papa! isk.

Thursday, December 22, 2011

Lillahitaala.

21.12.2011


*

My beloved hubby signed on Aman Bintulu for the second time.


I don't particular like this tanker because the Amos email system is not good. Ada limit incoming email for him & ada character limit. Bayangkan banyak benda nak cerita tapi kena bajet bajet nak tulis apa. Haish.

*

Tapi on the brighter side, kapal ni route Bintulu-Hakata, Japan sahaja. So paling lama tak dapat coverage is for 6 days and most importantly, insyallah aku & riyadh akan ke bintulu dalam sebulan or 2 bulan sekali.

*

*

Flight dia semalam dari KUL ke Sibu naik LCCT sebab tiket direct ke Bintulu both MAS and Air Asia dah habis, orang nak balik krismas kan. Pastu dari Sibu ke Bintulu naik MAS wings. Merasa la laki aku naik kapal terbang comel.


Aku hantar dia ke LCCT semalam. Pukul 4 pagi dah bangun, siap-siap, pukul 5 lebih gerak sebab flight pukul 8. Lepas check in semua, ngam-ngam je ada setengah jam untuk breakfast dengan dia kat starbucks lepas tu dia kena boarding dah =(.

*

Riyadh tinggal rumah sebab aku nak terus pergi kerja lepas tu. Ingat nak cuti tapi aku tahu aku akan sedih bila dok rumah je, rasa pelik kot dia tak ada, kalau dia ada akan riuh mulut kami bertukar cerita, makan makan makan, berebut remote TV, berebut nak main dengan riyadh, dia kacau aku masak, aku usik nak pegang tangan dia bila dia ada wudhu, dia sorokkan handphone aku sebab aku asyik nak tengok FB, macam budak-budak. Cinta seperti remaja, ada anak, tapi masih mekar. Rindu =(

*

Tapi lunch time aku balik rumah sebab aku rasa teringat sangat kat riyadh. Rasa rindu yang mencengkam. Bila aku fikir balik, mungkin itu adalah perasaan rindu razmin kat riyadh, aku dapat rasa. Ya Allah, terseksanya dia. :'(

*

*

Malam tadi aku perasan riyadh macam mencari-cari papa dia. Bising sangat mulut dia. Mata dia pun nampak lesu menahan ngantuk tapi tetap tak nak tidur, mungkin dia tunggu razmin agaknya. Bila razmin MMS gambar dia atas kapal & bervideo call dengan riyadh lepas tu, baru riyadh tidur. Sangat lena dia tidur, tak bangun menyusu langsung. Baik anak mama ni, seolah-olah tahu aku yang sangat penat tak cukup tidur.

*

*

Nangis? Hanya malam tadi, cukuplah, sekali untuk 6 bulan ini. Aku perlu kuat. Aku tak sedih, tapi aku teramat rindu. Tapi aku tak boleh bayangkan betapa rindunya razmin kat riyadh. Bayangkan, 4 bulan razmin jaga riyadh, dari dalam pantang, bila aku naik kerja pun razmin yang jaga dia. Mandi pun dia mandikan. Dalam seminggu mungkin sekali dua je aku mandikan riyadh sebab razmin nak buat semua. Mesti riyadh pelik kenapa papa dah tak mandikan dia, main-main air dengan dia. Hmm.

*

*

Insyallah, stage bersedih dan rindu yang teramat sangat ni akan hilang dalam seminggu.

Aku akan sibukkan diri aku dengan bermacam benda dalam seminggu ni. Macam-macam plan aku. Bila razmin sampai Hakata rabu depan mungkin kami berdua dah okay, insyallah.

*

Nanti aku akan update aktiviti kami last weekend and sehari sebelum razmin pergi belayar.

*

*

Pesan dari dia sentiasa aku sematkan di hati... Insyallah sayang, saya akan ingat setiap pesan abang.. Riyadh ada saya, ada mak abah, ada abg long, ada EE and Q yang sentiasa layan dia kat rumah, and yang pastinya riyadh takkan lupakan abang..

*

*

Inilah pesan dari suamiku yang paling aku pegang, kerana semuanya bermula dari sini...




"Abang pergi kerja kerana Allah... sayang pun tunggulah abang kerana Allah ye..."




Insyallah sayang.

Amin.

Monday, December 19, 2011

Songlap

IMAGE COURTESY OF GOOGLE


Hai uols.
*
Weekend semalam pergi tengok movie dengan suamiku tercinta. Last tengok movie bersama-sama adalah pada bulan 12 tahun 2010 yakni setahun yang lepas. Ingat lagi time tu aku merajuk ntah apa-apa dengan laki aku. Pasal tiket merajuk, pasal beli air coke pun merajuk, dalam panggung tengah tengok movie pun merajuk lagi. Rupanye time tu aku dah pregnant tapi tak tahu lagi. Bila fikir balik rasa nak lempang diri sendiri pun ade. Haha.
*
*
Kitorang gi tengok movie Songlap kat midvalley. Pagi-pagi tinggal riyadh kat bs, nak dating punye pasal. Nama pun last weekend sebelum dia sign on kan. Eh lupe lak. dia tak jadi naik kapal jumaat lepas, ni nak nak naik rabu ni pulak. Biaselah, haruslah tak confirm-confirm lagi kan.
*
*
Bukan tu aku nak cerita. Aku nak cerita pasal movie songlap ni. Banyak pelakon hebat-hebat, walaupun dalam watak yang sangat kecik peranannya. Pelakon utama, shaheizy sam & syafie naswip yang aku lagi suka panggil mukhsin sebab dia berlakon jadi mukhsin dulu dalam cerita mukhsin. Diorang adik beradik dalam cerita ni. Pastu ada pelakon baru, sara ali, watak dia simple, mangsa rogol bapak sendiri tapi dia berjaya buat kite sedih tengok dia sebab air muka die maintain sedih & terseksa. Pastu ada normah damanhuri, jadi pelacur tua, lakonan memang tip top habis. Sangat selamba & berkesan. Pastu ada fauzi nawawi. Yang ni tak payah cerita lah kan, bagi je watak apa, semua dia boleh bawak. Dalam songlap ni dia jadi bapak ayam, memang mantop.
*
Cerita yang ada banyak mesej, cerita memang kisah benar yang berlaku dalam dunia especially dalam dunia jenayah ni. Selama ni aku asyik la dok mendakwa orang kat mahkamah, pastu dengar senior-senior cerita pasal pemerdagangan orang, dalam cerita songlap ni baru tahu macam mana proses pemerdagangan orang ni diorang buat. Memang sangat terkesan, sebab sangat ringkas cerita dia. Ada part yang aku mengalirkan air mata luar sedar, esp bila part tengok baby-baby yang diperdagangkan. Aiseh.
*
Aku memang tabik lah kat script writer, pengarah, penerbit and of course pelakon songlap ni. Memang nampak ada research yang dibuat sebelum buat cerita ni. Tahniah.
*
Tapi kat wayang tak ramai pun tengok cerita songlap ni. Time aku tengok aku rasa tak sampai 15 orang pun, kurang sangat promotion. Yang ramai beratur nak tengok M.I : 4 & of course la ombak rindu kannn.
*
*
Kesimpulannya, pergi lah tengok songlap nih tapi kalau tak best jangan marah aku tawww!
Hahaha.

Thursday, December 15, 2011

4 Months Young Riyadh Iman

My baby is 4 months today!
*
Okay again, cepatnyeeeee masa berlalu!
*
*
*
Lets see, his milestones during his fourth month... He is a very very talkative baby. When I say talkative, memang banyakkkk mulut even of course lah satu habuk pun aku tak faham apa dia bebel. Siapa-siapa yang pass by him TAPI tak tegur dia, dia akn tegur, macam "hellooooo,tak nampak ke I yang comel neh?". Haha. Tapi siriesss, memang suka sembang. Mainan? Tolak tepi sikettt, riyadh lagi suke sembang.
*
Friendly baby. Ko tegur lah dia, agah dia, senyum kat die, tak kesah lah pernah jumpa ke tak, memang dia akan senyum. Hala kan phone nak amik gambar die, lagi lebarrrr dia senyum. Hehe. Vain.
*
Right now, if at bs's house from 7.30am-5.30pm, more or less dia akan minum around 6x4oz of EBM, 24oz, banyak jugak tuh.. tapi waktu malam aku direct feeding dia so tak boleh nak agak lah kan.. cuma yang aku perasan dia jarang menyusu waktu malam, lebih suka main dengan orang sekeliling dia..
*
Tidur boleh tahan lambatt, dalam pukul 10mlm baru tidur.. Malam-malam bangun menyusu dalam 2-3 kali tapi sebab breastfeed so senang, sambil menyusu dia aku sambung tidur je, tak jenuh nak bangun bancuh susu. Pagi-pagi bangun dalam pukul 6, tapi kalau aku biar je dia tidur, kadang-kadang boleh terlajak sampai pukul 8. Mood bila bangun? Senyummmm & happy, tak pernah nangis. Even kalau dia terjaga time kitorang tidur, dia akan sembang dengan tangan dia sendiri. Siannnn die. Hehe.
*
Dah kenal tangan sendiri & agak obses dengan tangan sendiri haha. Suka sembang dengan tangan, tak berapa suka nak hisap jari or main air liur, maybe gusi tak gatal lagi. Bagus, bersih je baju ko nak. Hehe.
*
Owhh dah jumpa suara tinggi dalam peti suara dia so memang sakan dok menjerit sekarang neh, pastu semalam dah pandai ketawa. Oh comelnya. *anak sendiri, sendiri puji ye*
*
Badan budak ni haluiihhh jah, tak montok pun tapi kalau dah meliuk tuhhh memang boleh terjatuh kalau tak pegang dia kuat-kuat sebab dia memang tak suka didukung. Kalau nak dukung tolong dukung menghadap depan ye, ai nak tengok kawasan setempat.
*
Suka orang dukung dia tinggi-tinggi. Haihh, ni semua ajaran papa & ayoh long dia la nih. Kalau buat dia terbang or dukung tinggi-tinggi memang jerit penuh teruja budak neh. Aduh, nasib baik ringan, kalau tak jenuh jugak nak lambung dia neh. +_+
*
Papa dah subscribe babytv sebab jenuh nak burpkan dia nih sekarang. Kalau dukung nak burp kan dia, kalau takde babytv memang dia goyang-goyang kepala dia sampai lenguh bahu ko. Bila bagi dia tengok babytv tak sampai 2 minit dah burp sebab dia dok diam. Haihhh, memang tak boleh ajar ni.
*
Suka sangat dengar azan. Memang automatic diam & fokus kat azan & astro oasis tuh time segmen Indahnya Iman. Kalau tengok papa dia solat pun fokus, terus diam, kaki pun tak gerak. Kalau dengar papa dia mengaji or nenek dia berzikir sambil bertasbih memang ralitttt sampai tertidur. Alhamdulillah, semoga jadi anak yang soleh ye sayang, amin........
*
*
*
Last but not least, riyadh dah boleh meniarap, yeay! Waktu umur dia 3 bulan 25 hari, dia meniarap, time tuh pagi-pagi hari kat hotel zenith, kat kuantan masa aku ada conference. Sebelum tu dia asyiklah mengiring tapi tak dapat-dapat meniarap, tup tup pagi 8hb disember hari tuh dia mengiring macam biasa pastu dah boleh meniarap walau tersepit tangan, hehe. Tahniah riyadh. Kelasss ko nak, kat hotel 5 star jugek ko nak meniarap yeee. Jangan pasni nak mengensot, nak merangkak, nak berdiri, nak berjalan pun nak kat hotel 5 star, pitam mak!
*
*
*
Okeh, itu saja. To riyadh, happy 4 months young sayang. We love u so much & thank you for making us smile. You are my sunshine, you are my rainbow, you are my rain, you are my thunder, you are my sky, you are my star, you are my moon, you are my eclipse, you are in team Jacob. Haha.
*
Sleepyhead. Baru bangun tidur, but still alllll smile.
Happy 4 months young sayang.

Tuesday, December 13, 2011

Kembali Ke Lautttttttt

Ho ho ho, laki tersayang sudah mahu kembali ke lauttttt.
*
Happy kah? Gilo ko happy tak dok dengan laki sekurang-kurangnya 6 bulan!
*
Tapiiii kami laki bini alhamdulillah happy la jugak, sebabnya razmin dapat kapal Aman Bintulu, maknanye route bintulu-hakata(jepun)-bintulu sahajaaaa! Yeay yeay, maka plan untuk ke bintulu membawa riyadh at least 2 bulan sekali akan bermula. =)))) Seronok laaaa budak kecik nanti bleh naik flight selaluuuu.
*
*
Last week dari hari selasa sampai ke jumaat kami sefamily ke Kuantan, aku ada prosecution conference kat Hotel Zenith. Conference ala-ala hawaii, seronok! Hehe.. tapi laki aku tak berapa nak sihat la pulek, lepas tu tengah-tengah tak berapa sihat tu office bagitau yang laki aku nak kena sign on dah, hari rabu 14hb mula-mula, lepas tu tukar pulak 16hb jumaat ni.. Tapi tak tahulah kot tukar lagi kannn, anda semua pun sedia maklum perihal sign on sign off ni khennn.
*
*
So semalam, memandangkan Selangor cuti so aku teman Razmin gi Dayabumi untuk buat medical check up & pegi office. So setakat hari ni, masih lagi naik flight 16hb ni tapi selagi tak keluar e-ticket, selagi tu lah tak confirm lagi. Lepas pergi office, Razmin ajak beli barang-barang Riyadh. Dia cakap beli lah apa yang patut sebelum dia sign on ni, so kitorang gi BSC, favourite port aku sekarang sebab mothercare dia besaarrrr.
*
*
Mula-mula nak cari highchair untuk Riyadh tapi tak ada yang berkenan, so Razmin beli Bumbo Chair untuk feeding dia nanti. Budaknya baru nak masuk 4 bulan tapi bapaknya cakap beli je semua feeding essentials dia so aku tak payah susah payah beli nanti bila Riyadh nak start makan. Pastu kat baby expo midvalley hari tu kitorang dah beli avent steamer/blender idaman hatiku. Ehehe. Semata tuh bangun awal pagi nak beli benda alah tuh. Best price derr, rm350 je, dapat sekali dengan hot water flask & feeding utensils avent, kalau retail price stemaer/blender tu rasanye dalam rm429, so sangat puas hati kannn.
*
*
Bumbo Chair & steamer/blender.
*
*
Pastu beli baby carrier pulak, ni untuk travel berdua je dengan riyadh, contohnya naik flight lah kan. Laki aku tak bagi bawak stroller, leceh satu hal sebab sorang2, dia kata bahaya sebab kalau letak riyadh dalam stroller, nanti aku nak check in lah, nak amik bag lah, takut terlepas pandang.. ish ish, nauzubillah... Kalau pergi mall tuh, akan ada family member or kawan-kawan lah kan, so tak apa lagi.. Beli baby bjorn semalam, pun kat mothercare, ada mothercare VIP card, so dapatlah 5% discount untuk bumbo chair & carrier tu. Tapi mothercare memang tengah saleeeeee, seronokkkkk, hehe.. Beli jugak baju, overall & sleeper untuk riyadh, less 40%.
*
Oh car seat baru untuk riyadh pun beli jugak kat mothercare last month. Britax. Nak kena ada dua car seat, satu letak kereta atuk dia, satu kereta aku, sebab nanti senang nenek dia nak amik dari bs time aku kat office.
*
*

*
Pastu last week dah stock up diaper Riyadh, beli kat Tesco Puchong, Petpet size M80+4 free, rm33.90, ok lah kan, beli 5 pack, tahan lah kot untuk 2 bulan lebih, insyallah.. Pastu beli toiletries Riyadh.. Untuk shampoo dia aku pakai Anakku, body wash dia pakai macam-macam, Anakku, Johnsons top to toe & favourite aku, Buds.

Speaking of Buds, brand ni 100% organic, safe for babies and highly recommended by Paed riyadh. Harga dia memang kena pejam mata lah beli tapi sangat berbaloi. Contohnya untuk nappy change riyadh, aku pakai Baby Bum Balm die, dari lahir sampai sekarang, memang sangat best, tak berminyak, tak tinggalkan apa-apa kesan, macam ko sapu air je & riyadh tak ada rashes langsung sampai sekarang alhamdulillah. Bau pun best! Product lain dari Buds ni pun okay. Untuk aku sendiri aku pakai nursing salve dia, untuk elak nipple melecet after nursing riyadh. Alhamdulillah, berbaloi-baloi. Kat mothercare sekarang ada less 10&. Go grab!
*
*
L-R : Everyday Baby Cream, Mozzie Care Lotion (untuk elak nyamuk gigit or letak kat tempat kena gigit nyamuk, bau serai wangi,hehe), Baby wash, Baby Bum Balm & yang silinder tu Nursing Salve.
*
*
Hmm..gini lah agaknya bila dah ada anak & suami pulak kerja jauh berbulan tak balik kan.. Beli macam-macam, harga belakang kira katanye sebab dia nak pergi kerja dengan tenang... Thank you sayang sebab pastikan semuanya cukup untuk saya & riyadh.. Insyallah saya akan jaga riyadh elok-elok, bawa riyadh jumpa abang & elakkan pembaziran. Eh? Hehehe.
*
*
Okay sekian. Ini budak kecik yang rambut makin lebatttt, pastu makin gagah, dah boleh meniarap (yeay,nanti kite blog yewww), pastu sukeeee tengok babytv. Ko tengok, kalau nak burp kan dia lepas menyusu, selagi dia tak nampak tv selagi tu lah kepala tuh tak reti dok diam & sentiasaaaa cuba untuk melepaskan diri. Bila dah nampak babytv, baru dia, baruuu boleh burpkan dia. Haiipp notty neh!
*
^_^

Monday, December 5, 2011

Jangan Meroyan

To Whom It May Concern.
*
"Sudah-sudah lah tu wahai perempuan. Kau ni tak reti-reti lagi ke nak move on? Kau dah kahwin kan? Dah nak dapat anak kan? Yang kau pergi serang kawan aku tu kenapa? Kalau kau rasa dia salah, kau tak rasa ke laki kau pun sama? Itu lah, kalau dah kahwin dengan lelaki macam tu, terima sajalah ye, hidup lah dalam kesangsian. Kalau dia berubah, alhamdulillah, syukur pada Allah.

Jangan lah cari salah orang lain, tak payah lah ungkit semua cerita lama, kau buka aib laki kau sendiri jugak, kau tak rasa dosa ke? Kawan aku sebelum korang kahwin lagi dah lama tutup buku, dah ada kisah hidup dia yang sendiri, yang tiba-tiba kau nak meroyan tak tentu pasal kenapa? Ingatlah anak dalam kandungan tu ye, tak baik marah-marah, nanti kena darah tinggi, risiko tinggi kat baby, kesian dia."

Berlapang dadalah.

Meh sini aku nak beritahu, aku dok dengan kawan aku sepanjang masa, tak pernah pun dia contact mana-mana lelaki kecuali teman lelaki dia, kau janganlah risau meroyan pulak dia contact laki kau ke, ape ke. Baik kau tanya laki kau. Lepas tu tak payah la kau babitkan family dia, mak ayah dia, semua orang dah tahu & semua orang dah tutup buku, janganlah pulak kau nak ugut dia macam-macam, nanti terkenan kat anak kau, suka mengugut, kan tak elok tu. Semua orang nak teruskan kehidupan, why not you do the same.

Leave her alone okay? Kami semua hanya tergelak melihat keletah kau hantar macam-macam SMS ugutan, sungguh kebudak-budakan. Langsung tak terkesan, sebabnya, memang tak ada apa-apa yang salah dari pihak kawan aku. Dan kau ni amatlah paranoid. Kau rasa apa sahaja yang dia tulis di FB & blog adalah mengenai kau. Apa, kau fikir dia tiada benda lain nak buat selain nak cerita pasal kau? Perasan sungguh kau ni. Itulah, jangan terlalu paranoid, kan aku dah cakap, kawan aku dah ada hidup dia sendiri, dah lama dah. Aku rasa kadang-kadang kan,
kau terlalu obses dengan kawan aku ni.

Kalau dulu, itu cerita dulu, tak perlulah kau ungkit, nama pun cerita DULU. Kau dah tahu apa yang berlaku tapi akhirnya kau teruskan berkahwin dengan dia, alhamdulillah, maknanya kau sedia terima apa sahaja kekurangan dan kelebihan laki kau, dan dalam masa yang sama, kau sanggup maafkan apa sahaja yang berlaku. Sebab itu wujud sebuah perkahwinan - saling memerlukan, saling memaafkan.

Lepas apa yang aku tulis ni, kau janganlah maki hamun kawan aku lagi, dengan aku pun kau jangan mulakan. Aku tau kau ramai penyokong kat luar sana tu, tapi jangan sesekali kau SMS atau call aku, dan ugut aku dengan cara kau ugut kawan aku ye. Kawan aku tak reply mana SMS kau sebab dia malas nak melayan orang yang psiko macam kau, tapi kalau aku, kau jangan buatlah ye. Aku tulis kat sini pun sebab aku malas nak SMS kau bagi pihak kawan aku sebab aku rasa tak berbaloi habiskan duit untuk kau, baik tulis kat sini, FREE.

Bawa-bawa lah berwudhu, solat sunat banyak-banyak, baca al-Quran, lupakanlah masalah apa sahaja yang melanda buat seketika demi keselamatan kandungan. Bersemuka dengan suami dengan cara paling berhemah, tanpa menjerit mahu pun berair mata, insyallah akan kau temui ketenangan.

Akhir kalam, aku doakan kau bahagia sejahtera sentiasa, anak kau selamat dilahirkan sihat sempurna & semoga Allah kurniakan ketenangan dalam hidup kau sekeluarga, amin ya rabbal alamin.

Friday, December 2, 2011

You read, I pun read lahhhh..

Ihiks. Memandangkan di akhir-akhir tahun ni mahkamah tersangatlah busynye (busy lah sangat), maka aku sering berkunjung ke shopping mall terhebat di Klang nih, i.e Jusco Bukit Tinggi untuk release tension. Hahaha siries nak lempang diri sendiri.
*
*
Aku pi sekali je pon minggu ni, hari rabu lepas kot. Eh ke hari selasa, tak ingat lah. Sebabnya aku nak beli pen. Pen pilot ada diskaun 10% dik non, sebab tu hakak pi beli kat jusco. Tetapi alasan nak beli pen sangatlah tak diterima oleh laki hakak, so hakak pun terpaksa shopping baju selai dua untuk laki hakak, and of coz, anak hakak ponn dapat habuan die. Ha, baru berbaloi gi Jusco.
*
*
Hehe.
Yang paling aku excited shopping is shopping buku-buku untuk Riyadh. Ye, aku tau, anak aku baru 3 bulan setengah tapiiiiii sepertimana yang aku dapat tau dari pembacaan aku & setelah bertanya kepada yang pakar i.e mak aku selaku cikgu pencen, aku memang dah patut introduce buku-buku kat Riyadh. Bukanlah buku novel ahadiat akashah, tapi buku budak-budak lah kan. Kalau gi MPH or Popular or Kino or Borders hatta Giant Mydin Tesco sekalipun, melambak buku untuk baby..

And yang paling penting, aku ada baca, kalau baby kita tunjuk muka tak minat (macam anak aku) atau dia dok liuk liuk badan dia nak lepaskan diri dari ribaan kita bila time kita bacakan buku untuk dia (macam anak aku), atau dia lebih berminat dengan suara kita dan jari kita yang tengah pegang buku tu instead of apa yang ada dalam buku tu (macam anak aku... *sigh*), kita TERUSKANLAH bacakan untuk baby kita apa yang ada dalam buku tu sebab walaupun dia tak tunjuk minat tapi sebenarnya otak dia akan INSTALL jugak dalam memory dia apa yang dia tengok dan dengar, so INSYALLAH, semua tu akan dia gunakan satu hari nanti, later in his life, aminnnnnnn...
*
And alhamdulillah, memang ada benarnya,setelah beberapa kali bacakan untuk dia, riyadh dah mula tunjuk minat kat gambar-gambar yang ada dalam buku, and dia akan bagi respond bila aku/razmin/mak aku bacakan dia buku, dia akan cooing with pleasure or senyum-senyum bila kita buat intonasi suara yang mungkin kelakar bagi dia..
AMARAN: anda akan jadi seperti budak kecik bila baca buku untuk baby & mungkin akan menjengkelkan orang sekeliling. Jadi, wat bodo je, demi anak anda, hehe.
*
*
Ini buku-buku yang aku beli kat popular jusco bukit tinggi hari tu. Semua sekali tak sampai rm100 pun, siap yang dora the explorer tu RM5 untuk 2 buku, mak sokaaaa.
*
*
Ini favourite aku, himpunan kisah-kisah Nabi. 12 buku, rm49. Okay kannn? Cerita simple, banyak colorful illustration, aku & laki aku lak semangat. Siap baca sendiri sebab banyak kisah-kisah Nabi yang kita yang dah besar ni pun tak tau kan..masyallah.. Ko tengok, gambar makanannn warna warni, sedappppp... hehe...
*
*
Ini pulak gambar budak kecik ni bulat bulat mata tengok gambar dalam buku. Masa ni Razmin tengah bacakan dia cerita Nabi Zakaria, uu aa uu aa mulut dia. Tapi muka siriusssss, macam tengah baca buku teks fizik, sama muka macam mak ko ni kalau baca buku, tapi kalau buku fizik mak muntah darah terosss.
*
*
*
*
*
Akhir kalam, salam jumaat semua..
Rehat lamaaa ni, yuk ke jusco! =p

Thursday, December 1, 2011

My night routine.

Night routine, i.e benda yang perlu disetelkan selepas riyadh tidur & sebelum aku tidur di kala weekdays. Budak ni pulak jangan haraplah tidur lepas maghrib macam biasa sampai ke pagi. Tidur lepas maghrib, lepastu azan isyak je confirm bangun pastu mengekek la main sampai pukul 11 or 12 malam..
*
Kadang-kadang aku tertidur jugak, so mak aku or razmin akan melayan die.. Macam malam tadi die dah 'jumpa' high pitch dalam peti suara dia, hamik kooo, menjerit sakan, bukannya menjerit nangis, tapi bersembang tapi ala-ala menjerit, memetir sungguh suara dia! Bukannya tak boleh sembang macam biasa tapi excited dah tahu dia ada suara tinggi, memang menjerit sakan laaaa.. Hehe.. layaannnn..
*
Tapi bagus gak dia menjerit macam tu, awal je tidur, maybe sebab penat kot, hehehe.. Jahat mak ko ni riyadh.
*
*
Ini routine yang memang aku buat tiap-tiap malam sebelum tidur, kalau tak buat malam, pagi esoknya confirm kelam kelibut. Ni razmin ada ni takpa lagi la kan, dia boleh tolong-tolong tapi kang dia dah naik kapal, pastu riyadh dah makin besar, mak memang kena disiplinkan diri buat setiap malam, insyallah..
*
*
*
Mula-mula sekali, proses STERILISATION.
Basuh & sterilise segala mak nenek pump parts & botol-botol susu riyadh. Biasanya bila aku balik tu razmin dah siap basuh semua botol yang hantar kat babysitter, aku cuma tinggal basuh pump parts & botol-botol storage EBM yang dibawa ke office tapi kadang-kadang aku basuh lagi sekali semuaaaa botol riyadh, 8 botol feeding + 4 botol storage = 12 botol. Memang aku psiko pun, suka nak bazir air & bazir letrik. Maunya tak bazir, aku kalau dah basuh botol memang lamaaa, setengah jam ada kot. Hehehe.. baru pueh hatiii..
*
First batch : Yang botol tinggi tu, botol medela untuk storage EBM kat office, yang botol pendek sikit tu botol avent yang hantar kat babysitter, yang aku akan masukkan thawed EBM setiap pagi.
Second batch is pump parts & botol-botol feeding yang tinggal kat rumah.
*
Tutup rapat-rapat, masuk dalam microwave 2 minit, siap! Biasa aku akan biarkan dalam setengah jam, pastu lap-lap & susun semua botol kat drying rack.. Kalau malas, biasanye weekend lah malas sebab tau esok masih ada masa, hehe, esok pagi baru aku lap-lap.. Steriliser avent ni bagus gak, kalau lepas keluar microwave & biar dia tertutup macam tu, botol-botol akan remain sterilised utk 24 jam. Gitu.
*
*
Ini WAJIB buat setiap malam! Keluarkan frozen EBM, letak kat chiller i.e bahagian fridge yang suhu biasa-biasa tu, letak overnight untuk bagi EBM ni cair, pastu pagi-pagi letak dalam feeding bottle & kemudian transfer botol letak dalam cooler bag untuk hantar ke babysitter. Kalau LUPA nak letak malam tu memang haru la pagi-pagi tu, kena alirkan bawah air paip sampaiii dia cair, baru bleh letak dalam botol.
*
*
Lastly, prepare bagssss. Yang bag fiffy (fairus fuyyo) tu, ada baju riyadh, pampers riyadh, socks riyadh & cooler bag untuk letak EBM untuk hantar ke babysitter every morning. Yang bag hitam tu bag pump freestyle aku. Ada pump parts, cooler bag yang hitam kecik tu, ada nursing cover, ada towel kecik, ada notebook, ada charger notebook, ada purse, ada broadband, ada kunci kereta, ada pen, ada botol air. Wahaha, semua sumbat satu bag.. Handbag mak ke lauttt uolsss.
*
*
Pesanan penaja utk diri sendiri, jangan malas-malas ye, ini baru anak soranggg....