Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 1, 2011

My night routine.

Night routine, i.e benda yang perlu disetelkan selepas riyadh tidur & sebelum aku tidur di kala weekdays. Budak ni pulak jangan haraplah tidur lepas maghrib macam biasa sampai ke pagi. Tidur lepas maghrib, lepastu azan isyak je confirm bangun pastu mengekek la main sampai pukul 11 or 12 malam..
*
Kadang-kadang aku tertidur jugak, so mak aku or razmin akan melayan die.. Macam malam tadi die dah 'jumpa' high pitch dalam peti suara dia, hamik kooo, menjerit sakan, bukannya menjerit nangis, tapi bersembang tapi ala-ala menjerit, memetir sungguh suara dia! Bukannya tak boleh sembang macam biasa tapi excited dah tahu dia ada suara tinggi, memang menjerit sakan laaaa.. Hehe.. layaannnn..
*
Tapi bagus gak dia menjerit macam tu, awal je tidur, maybe sebab penat kot, hehehe.. Jahat mak ko ni riyadh.
*
*
Ini routine yang memang aku buat tiap-tiap malam sebelum tidur, kalau tak buat malam, pagi esoknya confirm kelam kelibut. Ni razmin ada ni takpa lagi la kan, dia boleh tolong-tolong tapi kang dia dah naik kapal, pastu riyadh dah makin besar, mak memang kena disiplinkan diri buat setiap malam, insyallah..
*
*
*
Mula-mula sekali, proses STERILISATION.
Basuh & sterilise segala mak nenek pump parts & botol-botol susu riyadh. Biasanya bila aku balik tu razmin dah siap basuh semua botol yang hantar kat babysitter, aku cuma tinggal basuh pump parts & botol-botol storage EBM yang dibawa ke office tapi kadang-kadang aku basuh lagi sekali semuaaaa botol riyadh, 8 botol feeding + 4 botol storage = 12 botol. Memang aku psiko pun, suka nak bazir air & bazir letrik. Maunya tak bazir, aku kalau dah basuh botol memang lamaaa, setengah jam ada kot. Hehehe.. baru pueh hatiii..
*
First batch : Yang botol tinggi tu, botol medela untuk storage EBM kat office, yang botol pendek sikit tu botol avent yang hantar kat babysitter, yang aku akan masukkan thawed EBM setiap pagi.
Second batch is pump parts & botol-botol feeding yang tinggal kat rumah.
*
Tutup rapat-rapat, masuk dalam microwave 2 minit, siap! Biasa aku akan biarkan dalam setengah jam, pastu lap-lap & susun semua botol kat drying rack.. Kalau malas, biasanye weekend lah malas sebab tau esok masih ada masa, hehe, esok pagi baru aku lap-lap.. Steriliser avent ni bagus gak, kalau lepas keluar microwave & biar dia tertutup macam tu, botol-botol akan remain sterilised utk 24 jam. Gitu.
*
*
Ini WAJIB buat setiap malam! Keluarkan frozen EBM, letak kat chiller i.e bahagian fridge yang suhu biasa-biasa tu, letak overnight untuk bagi EBM ni cair, pastu pagi-pagi letak dalam feeding bottle & kemudian transfer botol letak dalam cooler bag untuk hantar ke babysitter. Kalau LUPA nak letak malam tu memang haru la pagi-pagi tu, kena alirkan bawah air paip sampaiii dia cair, baru bleh letak dalam botol.
*
*
Lastly, prepare bagssss. Yang bag fiffy (fairus fuyyo) tu, ada baju riyadh, pampers riyadh, socks riyadh & cooler bag untuk letak EBM untuk hantar ke babysitter every morning. Yang bag hitam tu bag pump freestyle aku. Ada pump parts, cooler bag yang hitam kecik tu, ada nursing cover, ada towel kecik, ada notebook, ada charger notebook, ada purse, ada broadband, ada kunci kereta, ada pen, ada botol air. Wahaha, semua sumbat satu bag.. Handbag mak ke lauttt uolsss.
*
*
Pesanan penaja utk diri sendiri, jangan malas-malas ye, ini baru anak soranggg....

1 comment:

Harimau Belukar said...

Breaking Dawn Part 1 dah keluar. X nak tengok ke?