Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 5, 2011

Jangan Meroyan

To Whom It May Concern.
*
"Sudah-sudah lah tu wahai perempuan. Kau ni tak reti-reti lagi ke nak move on? Kau dah kahwin kan? Dah nak dapat anak kan? Yang kau pergi serang kawan aku tu kenapa? Kalau kau rasa dia salah, kau tak rasa ke laki kau pun sama? Itu lah, kalau dah kahwin dengan lelaki macam tu, terima sajalah ye, hidup lah dalam kesangsian. Kalau dia berubah, alhamdulillah, syukur pada Allah.

Jangan lah cari salah orang lain, tak payah lah ungkit semua cerita lama, kau buka aib laki kau sendiri jugak, kau tak rasa dosa ke? Kawan aku sebelum korang kahwin lagi dah lama tutup buku, dah ada kisah hidup dia yang sendiri, yang tiba-tiba kau nak meroyan tak tentu pasal kenapa? Ingatlah anak dalam kandungan tu ye, tak baik marah-marah, nanti kena darah tinggi, risiko tinggi kat baby, kesian dia."

Berlapang dadalah.

Meh sini aku nak beritahu, aku dok dengan kawan aku sepanjang masa, tak pernah pun dia contact mana-mana lelaki kecuali teman lelaki dia, kau janganlah risau meroyan pulak dia contact laki kau ke, ape ke. Baik kau tanya laki kau. Lepas tu tak payah la kau babitkan family dia, mak ayah dia, semua orang dah tahu & semua orang dah tutup buku, janganlah pulak kau nak ugut dia macam-macam, nanti terkenan kat anak kau, suka mengugut, kan tak elok tu. Semua orang nak teruskan kehidupan, why not you do the same.

Leave her alone okay? Kami semua hanya tergelak melihat keletah kau hantar macam-macam SMS ugutan, sungguh kebudak-budakan. Langsung tak terkesan, sebabnya, memang tak ada apa-apa yang salah dari pihak kawan aku. Dan kau ni amatlah paranoid. Kau rasa apa sahaja yang dia tulis di FB & blog adalah mengenai kau. Apa, kau fikir dia tiada benda lain nak buat selain nak cerita pasal kau? Perasan sungguh kau ni. Itulah, jangan terlalu paranoid, kan aku dah cakap, kawan aku dah ada hidup dia sendiri, dah lama dah. Aku rasa kadang-kadang kan,
kau terlalu obses dengan kawan aku ni.

Kalau dulu, itu cerita dulu, tak perlulah kau ungkit, nama pun cerita DULU. Kau dah tahu apa yang berlaku tapi akhirnya kau teruskan berkahwin dengan dia, alhamdulillah, maknanya kau sedia terima apa sahaja kekurangan dan kelebihan laki kau, dan dalam masa yang sama, kau sanggup maafkan apa sahaja yang berlaku. Sebab itu wujud sebuah perkahwinan - saling memerlukan, saling memaafkan.

Lepas apa yang aku tulis ni, kau janganlah maki hamun kawan aku lagi, dengan aku pun kau jangan mulakan. Aku tau kau ramai penyokong kat luar sana tu, tapi jangan sesekali kau SMS atau call aku, dan ugut aku dengan cara kau ugut kawan aku ye. Kawan aku tak reply mana SMS kau sebab dia malas nak melayan orang yang psiko macam kau, tapi kalau aku, kau jangan buatlah ye. Aku tulis kat sini pun sebab aku malas nak SMS kau bagi pihak kawan aku sebab aku rasa tak berbaloi habiskan duit untuk kau, baik tulis kat sini, FREE.

Bawa-bawa lah berwudhu, solat sunat banyak-banyak, baca al-Quran, lupakanlah masalah apa sahaja yang melanda buat seketika demi keselamatan kandungan. Bersemuka dengan suami dengan cara paling berhemah, tanpa menjerit mahu pun berair mata, insyallah akan kau temui ketenangan.

Akhir kalam, aku doakan kau bahagia sejahtera sentiasa, anak kau selamat dilahirkan sihat sempurna & semoga Allah kurniakan ketenangan dalam hidup kau sekeluarga, amin ya rabbal alamin.

3 comments:

Harimau Belukar said...

"Jangan jangan coba"

-Salih Yaacob-

Anonymous said...

ish ish ish

Anonymous said...

ish ish ish