Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 22, 2011

Lillahitaala.

21.12.2011


*

My beloved hubby signed on Aman Bintulu for the second time.


I don't particular like this tanker because the Amos email system is not good. Ada limit incoming email for him & ada character limit. Bayangkan banyak benda nak cerita tapi kena bajet bajet nak tulis apa. Haish.

*

Tapi on the brighter side, kapal ni route Bintulu-Hakata, Japan sahaja. So paling lama tak dapat coverage is for 6 days and most importantly, insyallah aku & riyadh akan ke bintulu dalam sebulan or 2 bulan sekali.

*

*

Flight dia semalam dari KUL ke Sibu naik LCCT sebab tiket direct ke Bintulu both MAS and Air Asia dah habis, orang nak balik krismas kan. Pastu dari Sibu ke Bintulu naik MAS wings. Merasa la laki aku naik kapal terbang comel.


Aku hantar dia ke LCCT semalam. Pukul 4 pagi dah bangun, siap-siap, pukul 5 lebih gerak sebab flight pukul 8. Lepas check in semua, ngam-ngam je ada setengah jam untuk breakfast dengan dia kat starbucks lepas tu dia kena boarding dah =(.

*

Riyadh tinggal rumah sebab aku nak terus pergi kerja lepas tu. Ingat nak cuti tapi aku tahu aku akan sedih bila dok rumah je, rasa pelik kot dia tak ada, kalau dia ada akan riuh mulut kami bertukar cerita, makan makan makan, berebut remote TV, berebut nak main dengan riyadh, dia kacau aku masak, aku usik nak pegang tangan dia bila dia ada wudhu, dia sorokkan handphone aku sebab aku asyik nak tengok FB, macam budak-budak. Cinta seperti remaja, ada anak, tapi masih mekar. Rindu =(

*

Tapi lunch time aku balik rumah sebab aku rasa teringat sangat kat riyadh. Rasa rindu yang mencengkam. Bila aku fikir balik, mungkin itu adalah perasaan rindu razmin kat riyadh, aku dapat rasa. Ya Allah, terseksanya dia. :'(

*

*

Malam tadi aku perasan riyadh macam mencari-cari papa dia. Bising sangat mulut dia. Mata dia pun nampak lesu menahan ngantuk tapi tetap tak nak tidur, mungkin dia tunggu razmin agaknya. Bila razmin MMS gambar dia atas kapal & bervideo call dengan riyadh lepas tu, baru riyadh tidur. Sangat lena dia tidur, tak bangun menyusu langsung. Baik anak mama ni, seolah-olah tahu aku yang sangat penat tak cukup tidur.

*

*

Nangis? Hanya malam tadi, cukuplah, sekali untuk 6 bulan ini. Aku perlu kuat. Aku tak sedih, tapi aku teramat rindu. Tapi aku tak boleh bayangkan betapa rindunya razmin kat riyadh. Bayangkan, 4 bulan razmin jaga riyadh, dari dalam pantang, bila aku naik kerja pun razmin yang jaga dia. Mandi pun dia mandikan. Dalam seminggu mungkin sekali dua je aku mandikan riyadh sebab razmin nak buat semua. Mesti riyadh pelik kenapa papa dah tak mandikan dia, main-main air dengan dia. Hmm.

*

*

Insyallah, stage bersedih dan rindu yang teramat sangat ni akan hilang dalam seminggu.

Aku akan sibukkan diri aku dengan bermacam benda dalam seminggu ni. Macam-macam plan aku. Bila razmin sampai Hakata rabu depan mungkin kami berdua dah okay, insyallah.

*

Nanti aku akan update aktiviti kami last weekend and sehari sebelum razmin pergi belayar.

*

*

Pesan dari dia sentiasa aku sematkan di hati... Insyallah sayang, saya akan ingat setiap pesan abang.. Riyadh ada saya, ada mak abah, ada abg long, ada EE and Q yang sentiasa layan dia kat rumah, and yang pastinya riyadh takkan lupakan abang..

*

*

Inilah pesan dari suamiku yang paling aku pegang, kerana semuanya bermula dari sini...




"Abang pergi kerja kerana Allah... sayang pun tunggulah abang kerana Allah ye..."




Insyallah sayang.

Amin.

4 comments:

Marsha~ said...

sedih sangat.. turn akak tak lama je lagi.... :( sama2lah kita kuatkan hati ye.. demi anak2..

Anonymous said...

yela mmg sedihkan..nak2 bile ade anak kecik yg belom tau ape2..tercari2 jerk papa dieorg ekk..tp saye cam anak kalo time papa die baru naik kapal mesti akan demam..demam rindu gaknyer..kain pelikat jela jadik pengubat rindu..xpe be strong ok..kapal aman route die selalu sng ade line sket..so leh sms...-aqila-

myra said...

Ohh EMM Gee..

Sedihnyeeeee

Momma Qiestina said...

sobsss.

memang sedey dapat bayangkan.mmg inilah rutin kita tiap kali hubby sailing, anak pun merindu papanya.

be strong k riyadh n momma :)