Alhamdulillah.. anak sulung kami Muhammad Riyadh Iman dah 4 tahun dah 15 Ogos 2015 lepas. Lambat mak dia up entry hehe.
Preparation untuk birthday celebration Riyadh kat sekolah dia dah siap dah menjelang 15 Ogos tu. 15hb tu hari Sabtu, so plan nak celebrate kat sekolah dia hari Jumaat 14hb tu, hari Sabtu dah plan dengan family nak buat dinner celebration kat Empire.
Goodie bag untuk kawan-kawan dia pun dah siap, mamasha dia siap sponsor sticker Ultraman Zero untuk letak kat goodie bag dia. Pastu kek Ultraman Zero pun dah tempah siap-siap. Mak memang semangat sebab tahun ni first time dia nak celebrate birthday dia. Umur setahun & 2 tahun, birthday dia dalam bulan Ramadhan, tahun lepas pulak dia warded sebab ulcer attack so tahun ni walaupun first time papa dia tak ada untuk celebrate birthday dia, mak tetap semangat!
Seminggu sebelum birthday dia, Riyadh ni demam-demam manja. Dah agak dah pun sebab walaupun dah nak masuk 4 tahun tapi dia memang akan ala2 tak sihat bila nak birthday dia hehe. Hari Ahad dia demam & batuk2, hari Selasa tu dia dah tak demam tapi still batuk lagi. Hari Rabu tu dia dah pergi school balik, dah aktif semula dah tapi batuk ada sikit2 lagi.
Nak dijadikan cerita, hari Khamis 13hb tu aku bangun pagi terus menggigil-gigil. Nak demam ni aku rasa. Tengok Riyadh tidur lagi aku minum milo, makan roti, telan panadol sebiji. Tekak memang pahit nak telan makanan tapi memikirkan baby dalam perut, aku gagah jugak telan roti & milo tu.
Bila dah telan panadol, sambung tidur, bila terjaga still tak reda lagi. Aku cepat-cepat whatsapp mak aku, cakap aku demam macam nak teruk, aku minta tolong mak abah datang amik aku dengan Riyadh kat rumah. Time tu rasa syukur sangat sebab mak abah duduk dekat & tak fly ke mana-mana. Mak pun tak sihat sangat tu tapi ye lah, dah namanya ibu kan, petang tu mak abah datang, bawak aku & Riyadh balik USJ. Ayah aku bawak pergi klinik malam tu, doktor cakap viral fever so just makan panadol & banyakkan rehat. Aku pun dah start batuk2 kuat time tu.
Eh ni nak cerita birthday anak ke pasal mak dia ni hahaha. Sorry, syok sendiri jap hehe.
Hari Jumaat tu kondisi aku makin teruk tahap telan air masak pun keluar balik. Memang tak boleh nak telan apa-apa pun sebab batuk kuat sangat nak pecah dada. Bila dah batuk kuat ni, asal ada benda masuk dalam perut je terus batuk kuat sampai muntah semuanya. Kesian kat Riyadh time tu sebab semua orang demam dalam rumah. Mak ayah aku pun dah demam. Tapi lega sangat sebab Riyadh tak demam, dia cuma ada batuk2 je.
Petang tu, Jumaat 14hb Ogos 2015, abang aku bawak aku pergi DEMC dan seperti dijangka, aku kena hospitalized. Aku memang dapat rasa akan kena warded, siap bawak baju & toiletries untuk 3 hari siap-siap petang tu, sebab dah 2 hari tak lalu makan minum & hari Jumaat tu keadaan makin teruk, aku sendiri dapat rasa aku dehydrated. Doktor tengok aku terus dia admitkan aku sebab dia cakap aku nampak pucat gila, terus drip air segala. Aku pun redha je walaupun tak nak kena admit tapi aku tau ini yang terbaik untuk aku & paling penting, untuk baby.
Cuma tu lah, ralat sangat sebab esoknya kan birthday Riyadh :(( tahun lepas dia yang kena admit, tahun ni mama dia pulak. Dah la papa dia takde... bila dia & abang aku balik rumah lepas dah settle process admission aku kat DEMC tu, bersungguh lah aku menangis. Sedih, redha, pasrah, hormon ngandung semua main peranan.
Aku tau Riyadh akan dijaga dengan baik dan dia akan happy dapat duduk dengan abang aku, mamasha & Hannah sementara aku admitted ni tapi tu lah, berapa kali je dalam 4 tahun hidup dia aku tak tidur dengan dia. Tak sampai 5 kali kot. Sedih tau. Itulah peneman aku bila papa dia jauh, teman gaduh tapi tidur nak sebantal. Isk. Rindulah.
Nanti lah aku up satu entry pasal kondisi aku. Penting nak dimemorikan dalam blog ni sebab lama woo kena admit, 8 hari 7 malam. Alhamdulillah sekarang semua dah okay, baby pun okay alhamdulillah. Eh check up baby pun dah 2 kali dah tak jugak up entry. Dulu time Riyadh balik check up terus update dalam blog, Hehehe. Faktor usia faktor usia. Eh banyak lah nak kena up entry. Tengok lah bila hehe.
Berbalik kepada tajuk entry ni, makanya esoknya hari Sabtu 15 Ogos 2015, genaplah umur anak bujang kami, anak sulung kami, yang keempat! My Fabulous Four Boy! Alhamdulillah, seronok dia sebab abang aku & kakak ipar bawak dia pergi Farm In The City, ala mini petting zoo tu, yg binatang2 bebas berkeliaran, berpeluh2 dia, muka happy sangat dia, petang tu dia datang hospital, mulut tak berhenti cerita, dapat pulak topeng Ultraman mamasha bagi, memang suka sangat lah. Thank you yohjek, mamasha & Hannah! Terima kasih jugak kat tokwan yang bagi early birthday present & Ayoh E yang bagi hadiah jugak sementara mama tak discharge lagi :))
So Riyadh, one day when you are able to read this, HAPPY 4TH BIRTHDAY MY BOY! Mama & Papa sayang sangat Riyadh, semua orang sayang Yadh, adik pun sayang sangat abg Yadh walaupun adik tak keluar lagi tapi adik tahu sebab abg Yadh tak pernah miss cium tummy mama hari-hari, thank you sayang! Riyadh sangat menceriakan, melengkapkan dan membahagiakan hidup Mama & Papa. Walalupun Riyadh ni banyak sangattt cakap you never fail to amaze us with your ability to talk and comprehend sentences beyond your age, but that makes you so special, you are OUR brilliant boy!
Semoga Riyadh membesar dalam rahmat Allah sentiasa, sentiasa dilindungi di dunia dan di akhirat, membesar menjadi anak yang soleh dan bertanggungjawab terhadap mama, papa, adik2, family dan paling penting untuk agama kita ye sayang. Nanti kita celebrate ye sayang, we love you!
![]() |
| With the Birthday Boy at DEMC |
![]() |
| Feeding the rabbit |
![]() |
| Thank you Wan & Ki! |
![]() |
| Thank you Ayoh E! |
![]() |
| Last but not least, yang baru sampai last week, from Japan papa beli, post kat Bintulu hehe.. thank you Papa! |







2 comments:
Selamat Hari Lahir yang ke-4 Abang yadh!
Semoga menjadi hamba Allah yg bertaqwa dan beriman kepadaNya. Papa doakan abang yadh sentiasa dilindungi, dirahmati, dan diberkati, serta bahagia dan cemerlang sepanjang hayat.
Amin.
You give papa n momma's FABULOUS FOUR years in our life ;)
Selamat Hari Lahir yang ke-4 Abang yadh!
Semoga menjadi hamba Allah yg bertaqwa dan beriman kepadaNya. Papa doakan abang yadh sentiasa dilindungi, dirahmati, dan diberkati, serta bahagia dan cemerlang sepanjang hayat.
Amin.
You give papa n momma's FABULOUS FOUR years in our life ;)
Post a Comment