Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 7, 2012

Abangku pinang Tasha.

Hari sabtu, 5 Mei 2012, abg longku selamat bertunang dengan tasha, alhamdulillah.

Bertunang di rumah family tasha kat seri kembangan, dekat je dengan rumah kitorang, dapat orang dekat je abang aku, alhamdulillah. So adik-adik lelaki ku, korang cari la yang jauh sikit, macam orang kuching ke, london ke, new york ke, baru meriah rombongan meminang, biar rabak poket, janji up sikit masuk facebook kehkehkeh. 

Abang aku pilot dengan MAS, tasha stewardess dengan MAS, so boleh agak dah kan diorang kenal macam mane kan?? Bagus-bagus.

Rombongan belah family aku dalam 8 kereta. Yang ramainya sepupu sepupu yang stay kat selangor/KL ni and family kakak mak aku. Mak cik pak cik aku belah mak abah aku kan semua kat terengganu & kelantan, kesian diorang nak datang jauh kan, nanti nikah & reception boleh la join kan, kasi gegar subang jaya hehe. Plus family bestfriend abang aku & beberapa orang bestfriend abang aku pun datang, alhamdulillah, thank you uols. Eh macam anak aku pulak yang tunang.

Berkumpul kat rumah aku pagi tu, pukul 10.30 gerak pergi umah tasha, berhenti kejap kat tepi jalan tunggu green light dari tasha dah boleh terjah belum rumah dia hehe. 

Kejap je discussion pasal bertunang ni, abang aku pun tak sempat nak menyorok lama-lama dalam kereta hehe tapi semua gambar di bawah adalah dari FB tasha & ada 2, 3 keping dari fon canggih aku, tak boleh nak amik gambar betul-betul sebab ada budak tu perangai dia baikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat hari tu. +_+.

Si riyadh ni takde la nangis meraung tapi dia jadi orang ulu jap, jakun agaknya dengan orang ramai plus dia memang tengah dalam phase separation anxiety (biasanya bila baby 7 bulan ke atas), tak nak langsung berenggang dengan aku. Adeh. Hatta dengan adik-adik aku and abang aku yang menjadi pujaan hati die pun die tak nak. Ekk ekk ekk buat bunyi kalau orang lain amik.

Ada sekali tu mak tasha dukung dia, aku lari cepat-cepat sebab aku nak bergambar dengan abang aku & tasha, boleh pulak riyadh ni buat scene air mata berjurai-jurai tapi tak dengar pun dia nangis, yang dengar cuma "ma ma ma ma ma ma ma ma" pandaiiiiii berlakon, ikut sapaaa ni! Bila dah nak balik dia pun selamat tidur, itu pun lepas aku dah mandikan dia, bagi dia makan & susukan dia, baruu mama boleh makan yadh oii, macam orang kebulur dah aku time tuh, sadis.

Apa-apa pun, congrats abg long & tasha, what a wonderful sweet ceremony. Oh yang tak menahan tu hantaran dua-dua belah SAMA. Hahaha. Aku hantar buat hantaran kat florist kat PKNS, the same florist yang buat hantaran bertunang aku, tasha pulak buat sendiri. Alih-alih bila sampai rumah tasha tergelak semua orang sebab sama color bunga ekeke. Bangga tasha, taraf florist gitu uolss. 

Semoga ikatan pertunangan ini diakhiri dengan lafaz pernikahan yang kekal hingga ke syurga, insyallah. Nikah insyallah bulan 12 nanti, sirius tak sabar!!


Bagai pinang dibelah belah.



Mak abah ku. Cantik kan mak aku? Pulak tuh ramai pulak cakap aku iras mak aku. Kehkehkeh.

 Adik beradik dengan budak kecik. Ko tengok tu, selama ni bukan main dia main tarik tarik rambut dengan tasha, hari tu dia buat buat tak kenal pulok. Not in the picture : Laki aku & DD, adik aku yang di jordan nun.


 Gigit jari telan air liur tengok cekelat patchi. Tasha ada anak sedara, baby girl umur sebulan lebih, riyadh ni dok la mencium baby tuh sebab baby tuh comel pakai baju kurung hehe, nak mama pinang ke yadh? Habis tu fadila macam mane? hihi.
 

Hiyarkkk! Ketua rombongan bersilattt. Songkok size 19 paling kecik hehe. Samping size S, baju melayu utk budak umur setahun sebab budak ni kan tinggi. Uniform riyadh adalah sempena permintaan ayoh Z, nak kena sama dengan dia, tajaan papa sebab mama tak keje hihi.

Okay bang long, behave behave.

Haha itu je, ke nak aku cite dialog orang meminang? Tak payah lah kan, buang masa korang je baca, baik korang sambung buat kerja huehuehue.

Bye.

4 comments:

Farah Zamri said...

As Salam,
Gambar Riyadh duduk dlm car seat tu sgt comel.
dahlah car seat pinky bunga-bunga.
hihi :)

Yang Benar,
Peminat Riyadh @ Silent Reader Mama Riyadh.

NADIA vs BERON said...

handsomenye Riyadh :)cop jd menntu boleh kak? haha :D

Anonymous said...

Sweetnya korang...

eeroslan said...

hi farah,
hehe..sekarang car seat riyadh dah bertukarrrr ;p thnk u dear sbb baca blog merepek meraban nih. :)

nadia,
buleh buleh buleh, mak okeh jah!