Sesi shopping bersambung hari ini di IKEA.
Dah lamaaaa sangat nak highchair Antilop nih. Suka sebab putih bersih, tray luas and paling penting murah sangattt. RM64 sahaja! RM64 kalau dengan tray, kalau tak nak tray RM49 je. Gila kan? Tak sia-sia aku halang razmin dari beli highchair kat mothercare sebelum dia sign on akhir tahun lepas, mahal woo. Antilop ni takda renyah2, nak cuci lap je dengan wet towel, ko nak siram air pun boleh, nak biar tengah hujan pun boleh huehuehue. Of course safety standard adalah tinggi, its IKEA. Senang gila nak pasang, tak sampai 5 minit dah siap, serious!
Selama ni riyadh makan duduk dalam bumbo chair atau sambil main dalam jumperoo dia tapi sekarang rasanya dah sampai masa untuk ajar dia makan dalam highchair, sebabnya :
1) Kena ajar dia makan sekali dengan family, or at least dengan aku sorang je pun takpe. Makan di meja makan, untuk ajar dia table manners.
2) Dia dah pandai baby led weaning i.e makan sendiri atau lebih tepat kutip makanan masuk mulut dan kunyah, bila dah habis kunyah kutip lagi dan masuk mulut. Pincer grasp dia pun dah accurate since dia 7 bulan makanya dah boleh train dia makan pakai sudu. Sekarang ni nampak je sudu bawak masuk sudu dalam mulut tapi tak reti cedok makanan dari bowl dia, ketuk mangkuk dengan sudu pastu tumpahkan reti lah. +_+
3) Sebab paling utama ialah tak lama lagi papa riyadh balik maka mama dah berangan nak makan sekali one happy family. Senang nak keluar makan kat 27 restoran yang mama dah senaraikan bila riyadh dah pandai behave duduk makan dalam highchair. Amik kau, 27 restoran, kalau dapat pergi 7 pun dah syukur hehehe.
Ni gambar antilop.
Before :
After:
Senang okay nak pasang, tak payah screwdriver bagai pun. Aku ingat kena ada screwdriver itu yang keluarkan dari tool box tapi tak payah rupenye.
Okay itu je, sekian. Eh kalau nak pergi IKEA toksah laaa lalu LDP nyah, jem tak hengat sebab Paradgim Mall dah bukak. Lalu la jalan lain selain LDP. Tadi aku guna NKVE, senang je tak jem langsung, balik lalu LDP sebab arah ke Subang Jaya tak jem, yang lorong sebelah lagi lah jem sebab Paradigm Mall arah ke Damansara. Macam bagi info trafik radio pulak dah. Bye.




No comments:
Post a Comment