Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, November 18, 2010

When you start bitching, I'll start bitching too.

Mind you, this entry is not a pleasant one.
*
Aku bukan suke nak mencarut sana sini, walaupun kadang2 tu terlepas jugak bile dah terlalu angin. Tapi kadang2 tahap kemencarutan tu terlalu tinggi sampai dh x boleh nak mencarut lagi, pendek kata, tibe-tibe aku jadi terdiam dek terlalu terkejut dan marah. Bila dah sampai tahap tu, aku akan buat benda yg boleh buat aku tenang. Selain mohon ketenangan kpdNya, aku rase bersyukur sbb ada suami yg sgt penyayang. Dia akan pujuk aku, ingatkan aku kpdNya & ajak aku buat perkara2 yg dlm diam boleh buat aku lupa kemarahan aku seperti makan dan shopping dan shopping. eheh.Ok, lari tajuk.
*
*
Korang pernah tak alami keadaan di mana korang kene sound tapi yg mcm ala2 sindir. Ala, org tua2 ckap pukul anak sindir menantu? Org tu sound org lain tapi sebenarnye nak sound kite. Hmm..biase dengar kan? Ini antara penyakit yg popular dlm masyarakat org Melayu, selain daripada penyakit busuk hati or dengki mendengki. You beli sofa rm3000, ai beli sofa itali rm30,000 (hutanggggg). hehe..
*
Sebenarnya, mmg aku kene sejak akhir2 ni oleh seseorang tp bila fikir balik, org yg cakap mcm tu sebenarnya ada penyakit yg susah nak sembuh. Aku tak cakap 'tak boleh' sembuh, tapi susah nak sembuh, lebih2 lagi kalau dah beraja bertakhta di hati bertahun2 sejak akil baligh gamaknye gitewwww.
*
*
Daripada apa yg aku observe, ada beberapa sebab kenapa golongan/kaum yg suke sindir org tak tentu pasal ni suke sgt mengata mcm tu. Tapi ini strictly pandangan peribadi aku tau, apa yg aku rase, ini luahan aku yg dah tak berapa boleh tahan sabar dah tapi akan sentiasa cuba nak bersabar. Kalau ada yg tak setuju, aku minta maaf. Kalau ada yg terasa, siries entry ni bukan utk korang my good readers. Aku cuma tulis entry ni sebab nak mengingatkan diri sendiri supaya tak jadi mcm golongan org yg suka mengata belakang, sindir2 atau erti kata lain, pengecut.
*
*
Sebab2 ni adalah kesimpulan dari apa yg 'org tu'dah buat kat aku & aku rase tak jauh bezanya dgn golongan lain yg sama sekufu dgn 'org tu'. Well, great minds think alike, kan?
*
Aku sebenarnya malas nak tulis panjang berjela tapi kesimpulannya, aku rasa org tu jadi psycho mcm tu sebab ada rasa dengki & tak puas hati.
*
Mungkin aku ada apa yg org tu sepatutnya dah ada. Faham x? Dia patut dapat dulu tapi alih2, dgn tak disangka2, aku yg dapat dulu. Mungkin expectation dari org lain terhadap org tu adalah tinggi tapi tak semena2, limelight tu dah jatuh ke atas aku, walaupun sementara.
*
Sebagai contoh, soal jodoh. Jodoh tak mengenal usia kan? Tak semestinya abg aku anak first, dia yg kahwin dulu. Takkkk, aku yg kahwin dulu. Tapi abg aku rilek je. Ok fine, mungkin sbb dia lelaki, tapi kawan baik aku sendiri, adik perempuan dia kahwin dulu, siap dah ada baby tapi dia cool je, still enjoying her life to bits, takde ape2 pun. Ini contohlaaaa. Jgn ada yg sentap laks, mak mintak maaf nyahh.
*
Pokok pangkalnya, hati. Hati yg bersih, hati yg percaya qada' & qadar Yang Maha Esa takkan persoalkan perkara mcm ni. And bila aku ckp 'persoalkan', bukanlah maksudnya duduk termenung pastu fikir mcm2 soalan, how, why, when, what, who, where. Banyak cara utk protes dan persoalkan. Antaranya, sindir menyindir, marah2 & bersikap kurang ajar sbb rasa tak puas hati. Ha, itu point aku.
*
Entahlah, kadang2 rasa ralat pun ada. Kalau aku salah, tegur, aku akan minta maaf. Kalau tak puas hati, cakap terus terang, aku bukan budak umur 5 tahun, aku 25 tahun. Insyallah cukup matang dan rasional untuk dibawa berbincang. Kalau gedik mengada pun, hanya terbatas pada suami sbb dia suami aku, mak abah abg long ee q dd sebab diorang kenal aku seumur hidup aku & kawan2 baik aku sebab diorang juga adik beradik aku. Aku tak pernah ada isu dengan kau, so why create one?
*
Korang rase kenapa ada org mcm ni? Aku bukannya apa, kesian sgt kat org tu. Satu dunia dah maklum dgn perangai kurang ajar dia tu, cakap tak mcm perempuan. OKAY, aku pun kasar la jugak kadang2 tuh tapi xde la sepanjang masa mulut ni dok merengus mendengus ngus ngus lah kan. Pastu aku xde la kurang ajar sampaikan org tegur aku wat bodoh je, lain la kalau yg tegur aku tu qaswah kucing aku, kot nye die bagi salam mmg aku wat dunno sbb sumpah aku pengsan kalau kucing aku bagi salam.
*
*
Hmm..ntah la, suami aku, family aku, kawan2 aku semua nasihatkan supaya aku bersabar dan buat tak tau je, and most of the time, mmg aku ni jenis yg tak amik port tapi kali ni ntahla, rase tercabar pun ade, tapi xde la sampai nak gaduh, aku cuma tak faham.
*
*
Aku cuma terlalu ingin nak bertanya kpd org tu soalan ni, "What do you REALLY want?"
Itu soalan aku.

Wednesday, November 3, 2010

Ho Chi Minh : Syurgaaaa shopping =p

*
Jom sambung balik bab trip to HCM. Saye tertarik dgn pertanyaan Miss Sha (ade gaye moderator forum tak? hehehe). Sha tanye berani ke gi xde tour agent? Aku ni mmg jenis berani mati sikit. Ala2 independent dari kecik. Name dok asrama (dok ganu ngan tepeng time skolah dulu) pastu parents aku lak mmg jenis suke travel so diorang mcm suke je kitorang adik beradik ni panjang langkah. Abah aku kalau bawak kitorang travel kecik2 dulu jarang sgt die pakai tour agent, mmg die suke sendiri2. Jalan2 pastu bentang peta, ko tak rase mcm pelancong ke? hahahaha.

*haa, kan ade feel pelancong tuh pegang peta. hehehe =p

Ok, merepek.=p xde la, selepas di survey2, pakai agent mcm mahal sikit. Lagi pun skrg hotel2 ni kan pesen kalau booking online mmg die bagi harge murah gile,kadang lebih dari 50% discount senang booking sendiri, kalau org ketiga ni nanti kot la ade caj ke, KOT la, aku x sure. Kang ade tour agent bom blog aku nih.
*
Pastu jiran bff aku, si aishah tu, jiran die mmg berniaga baju kurung & jubah, ade butik, so selalu gi HCM, tahun ni je dah 7/8 kali kalau x silap aku, so die mmg byk tolong kitorang. Few weeks before gi HCM tu, mmg dah lepak dgn aunty tu, die bentang peta, bagi tips pasal taxi & halal food, and paling penting bagi tips SHOPPING yakni matlamat utama trip ke HCM. Matlamat okeh, kalau buh dlm borang SKT ni mmg bangga bos aku. hehehe.
*
*
Kitorang gi HCM ni mmg nak shopping. Kalau kat Jakarta, mmg haven amat aku shopping kain lace termasuk semi/full french lace, chiffon, cotton, kat HCM ni lak mmg sgt haven utk shopping baju kurung READY MADE BEADINGS PENUH! Ha, caps lock lagi. Dan yg best, kat sini diorang terima USD, Vietnam Dong (VND) & RM. So bawak lah sume, convert sendiri, tgk mane yg lagi berbaloi utk korang pakai. Tapi RM mcm mahal sikit, better gune USD & VND.
*
Mungkin bagi sesetengah org mcm bosan sikit tapi bagi aku & kawan2 yg gi HCM tu adalah semuanya keje gomen, mmg baju kurung sgt perlu, dah2 lagi kitorang ni kuar masuk court HARI-HARI, baju hitam putih sahaja dibenarkan. Boring kan? Sbb tu nak cari baju kurung hitam putih yg cantik2, biar beadings penuh, org nak kate gile glamer pun lantak lah, ko ingat syok ke pakai baju hitam putih hari2, naik muak seyhhh. Sekali sekala nak berkilau sakan, ape salahnye, hehehe.
*
*
Di HCM ni, mcm entry before this, aku bgtau kitorang duk kat kawasan Ben Thanh kan? So ade beberapa kedai yg korang boleh pergi.
*
Yg pertama, kedai ni namanye Hong Anh Collections. Kedai die terletak di jalan yg sama dgn hotel kitorang stay tu, so jalan kaki je. Kat kedai ni , kat tingkat 2, mmg jual baju kurung ready made yg beadings die cecah pusat. Over kan? hehe..tp mmg betul pun, beadings penuh di dada & cantik di tangan.
*
Material kain : chiffon & cotton. Size : XS to XL. Mmg rambang berbulu mata. Rambang sbb byk sgt choice, berbulu mata sbb kalau boleh nak beli semua tapi sbb aku dapat jelingan maut dari sang suami, maka aku limit kan pembelian aku. huehuehue.
*
Harga? Paling mahal USD27 sepasang, lebih kurang RM81 sepasang. Tapi ko mmg x kan dapat harga semurah tu kat mesia ni, paling murah pun RM240 (setau aku la).

*
Kat kedai ni pun ade jual telekung & tudung chiffon. Tudung siti pun ade, tudung syria pun ade. Bile kitorang sibuk2 nak beli tudung2 tu, minta kaler itu ini, byk pulak yg xde, org kedai tu ckap "this is old, not new fesyenn, u buy old fesyen". caittt, die ckp tudung2 tu sume pesen lame, caras sungguh. Tapi sbb dah murah, kitorang pun amik je la.
*
Tudung yg ade awning tu pun byk, yg awning nye material thai silk / vietnam silk. Harga tudung, paling mahal USD4, lebih kurang RM12. Tapi ni tudung yg kain lycra tebal cantik tu tau, yg harga lebih kurang RM20 ke atas kat sini.
Harga telekung lak, USD10-USD14 (RM30-RM42) sahaje. Kain mmg cantik, sejuk & labuh. Aku beli 5 pasang telekung utk mak aku, puas hati sgt2. Aku tgk kat kompleks tuuuut, telekung yg sama, org tu jual RM180 after discount.

*
Oh, kedai ni boleh guna credit card & xde caj.Senyum sorang2 aku, terus sretttttt. hehehe, sorry syg =p.

* Ni sume kat kedai Hong Anh, cantik-cantik kann?
*
*
Kedai yg kedua, name kedai ni Minh. Dekat je dgn Ben Thanh market. Ko jalan2 depan Ben Thanh Market, cari kedai Minh ni. Kedai ni kitorang borong jubah, pun penuh beadings. Baju kurung chiffon pun ade, & yes, mmg penuh beadings. Pendek kata kalau ko gi HCM, mmg berbeadings-beadings lah. Harga jubah pun murah amat. Mcm2 pesen jubah ade, yg kembang2 ala2 artis tu pun ade. Harga mula dari USD12 jeghsss.
*
Kedai yg ketiga, name kedai ni Vi Anh. Pun dekat dgn Ben Thanh market ni. Market ni ala2 pasar payang, ala2 pasar besar siti khadijah, ala2 tanah abang & mangga 2 kat jakarta tu. Tapi setingkat je, pun ade jual kain tapi kain ela la, esp cotton. Murah mmg murah, USD10 utk sepasang(4 meter), lebih kurang RM30, murah kan?
*
Tapi mcm aku ckp la, mmg aku gi nak shopping baju kurung ready made, so aku tak beli pun kain pasang, ade pun sepasang, tu pun aku pow aishah, hahaha. Oh ye, sebelum tu, kat sini pun ade jual vietnam silk, murahss. Semeter USD 4 jer, kain mmg cantik. Aku beli 4 pasang (sepasang 4 meter) utk MIL aku & SIL aku. Ok la kan, cantik & sweet.


* Ni kedai yg aku beli vietnam silk.
*
* Belakang tu Ben Thanh Market. Market die bangunan segi empat, kat keliling market penuh kedai baju kurung.
*
*
Berbalik kpd kedai Vi Anh ni. Ni pun jual baju kurung ready made, tapi kain linen. Mmg havennnn amaaatt lah. Mane ko nak dpt baju kurung linen beadings penuh kat KL ni harga bawah RM200, mmg x dpt lah kan. Ni kain linen yg cantik, bukan yg gatal2 tu, tu yg x brp elok, ni yg lembut tapi cantik, kire mmg ngetop lah. Sepasang USD28 ke USD 30, tapi aku beli 2 pasang je sbb dah xde saiz, pastu kaler itam putih xdok. Boleh la buat pakai raye haji. hehehe.

* Yg aku pegang kaler hijau tu aku beli, baju kurung linen plus beadings.
*
*
Tu sume shopping di hari kedua aku kat HCM, dari pagi sampai petang mmg borong baju. Sume jalan kaki je, senang. Agak2 tangan dah lenguh bawak brg, balik hotel jap letak barang pastu kuar balik, mmg senang & jimat. Kalau penat, lepak mane2 jap tapi siries tak penat. Kot yg penat pun laki aku je la. hahahaha, sian die tapi die mcm biase, layaaan kan aje kitorang nih. Tapi mmg x penat sbb time tu tak panas, mendung & windy. Kalau tak kerana muka sume muke asia, mmg aku rase mcm jalan kat London Paris New York, hehehe.

*
*
*

* Bukan setakat jalan2, siap bleh cangkung tepi jalan amik gambar sementara kawan2 aku cari jalan. Sempoii. hehehe.
*
*
Ok, itu utk shopping di kedai2. Pasni aku update pasal shopping di pasar malam, puppet show & peristiwa ajaib mengenai shopping di hari ketiga. hehehe..dadaaaaa.

Monday, November 1, 2010

Skip terus pi honeymoon eh.

*
Niat di hati konon nak update ye ye pasal nikah, pasal reception sume tu kan tp sbb penyakit M tak pernah nak sembuh, nanti2 lah, hold dulu. hehehe.
*
Entry ni pulak mcm paksa rela jugak tapi sbb mengenangkan betapa berharganya nilai sebuah persahabatan, maka aku dedicate entry ni khas buat kawan2 aku. Tapi apa kaitan dgn honeymoon plak kan kan kan? Kate utk kawan2, pi honeymoon dgn kawan2 ke? huehuehue..
*
*
*
Yessssss! Mmg betol, honeymoon part 3 aku ialah honeymoon aku + laki aku + 4 org kawan baik aku. Honeymoon part 1(lembang,bandung) & 2 (thistle, PD) pun hold dulu jugak lah sbb tu sume pakai duit sendiri ( duit laki sebenarnye) tapi honeymoon part 3 ni aku wat entry sbb kawan2 aku yg jadi bridesmaids aku hari tu belanja pi HO CHI MINH CITY, VIETNAM. Belanja tiket flight ngan hotel utk kami berdua, weddding gift la kirenye. Best kan kan kan kan? Klau korang rase x best pun xpe la, ada aku kesah? hehe..yang penting kitorang mmg enjoy habis + enjoy berhabis ala2 anak tan sri gituu, pastu balik Msia boleh diisytiharkan bankrup. =p
*
*
Yg bestnye di HCM ni, first, kitorang duduk hotel di tgh bandau. Hotel A&EM ni banyak branch. Kat street yg kitorang stay tu pun ade 3 bijik. Hotel die dalam deret kedai camtu tp mmg mostly bangunan kt HCM ni mcm tu, berderet2 kedai + hotel. Harga, lebih kurang USD40 (RM120 camtu) satu malam. Boleh online booking ye kawan2. OK sgt2 sgt2 sbb bilik bersih amat, air-conditioned, ala2 omputih lama victorian style gitu, satellite TV, bath tub + jacuzzi, pastu ade PC siap dgn internet lajuuuuuuuu, so bleh facebook spjng mase, ko nak panggil member bilik sbelah pun pakai fesbuk, kelasssss ko maria. hehe.
*
Kitorang stay kat branch hotel ni kat No.132, Ly Tru Trong, Ben Thanh Ward, District 1, HCMC. Ha, amik, siap dgn alamat aku bagi. Lebih kurang 20-30 minit dari airport, depends on traffic. Tunjuk je alamat kat Taxi Booth kat airport tu, harge 150,000 VND (vietnam dong) lebih kurang RM26 camtu, taxi selesa, toyota vios or innova tp AWAS, jgn naik taxi lain KECUALI VINASUN TAXI, sbb ada yg akan ketuk mcm hape jeghs, VINASUN mmg akan pakai meter walaupun ko nak naik pi seberang jalan. ha gituuu. rasenye ade je lagi taxi yg pakai meter tp Vinasun ni mmg ok sgt.
*

*Ni hotel A&EM branch lain tp yg kitorang stay tu pun mcm ni la jugaks, sempoi je kan? Ade 7 tingkat kalau x silap.


*duta hotel. hehe. ni lobby area, cute & cosy. victorian style kan kan kan?


*bilik. kitorang 6 org so amik 3 bilik. mak sokaaaaa.


*tv ngan PC + internet siries lajuuuu. kalau bawak usb cable bleh upload gamba terus.


*1 jejaka & 5 bini. hahaha. silap. 1 jejaka 5 perempuan gilos. laki aku pasrah jerr 4hari 3 mlm dgn kitorang. ala, besfren i, besfren u jugakss. =p


* ha, ni lah vinasun taxi tu. naik yg ni je tau. tp klau korang byk duit x kesah kene ketuk berpuluh hengget, xde hal, naik je taxi lain, hehe. *
*
*
Bab yg penting jugak bgi aku ialah bab makan. Ok, bukan penting jugak tp mmg penting. Kat HCM ni mmg ade makanan halal tp kalau first timer mcm kitorang ni, mmg tercangak jugak lah mule2, tp sbb jiran bff aku selalu pi HCM, awal2 die dah recommend few places utk kitorang makan. Nasihat aku, utk breakfast, bawak lah roti,jem,kaya,milo siap2. Kitorang bawak so breakfast ala kadar pun alhamdulillah kenyang & memuaskan perut. Hotel mmg ada bagi free breakfast, kalau korang jenis tak was-was, boleh la makan. Terpulang masing-masing.
*
Untuk lunch & dinner, ada 2 tempat yg kitorang gi. First, kitorang makan kat food court kat Parkson. Kalau nak naik taxi, cakap nak gi VINCOM CENTRE, ha, sebelah tu ialah Parkson. Kalau dari hotel kitorang jalan kaki je, sbb kat Ben Thanh ni mmg pi mana2 kitorang jalan kaki je. Holiday sambil exercise lah kan, balik Msia jgn harapppp. hehehe..
*

Kat Parkson ni, kat level 4 ialah food court. Tapi xde la kitorang main bedal jeghs. Ada 2 kedai yg halal. D'Anjung dari Malaysia, pastu makanan Pakistan, Laila. Makanan murah amat. Sebagai contoh, Nasi briyani ayam + aloo paratha (mcm roti canai tp besar) + mineral water 500ml = VND100,000 iaitu lebih kurang RM15, utk 2 org makan. Murah kannn? Mmg jimat, tp yg paling penting sedap! Kitorang siap tapau bagai, biase la, tamak. Pastu seksa nak habiskan. hehehe.
*

Kedai yg kedua, namanye D'Nyonya Penang, alamat : 58, Dong Du Street, Ben Nghe Ward, District 1, HCMC . Mmg dari Malaysia. Owner die dari Ipoh, name Ady. Makanan mmg sgt sedap. Tambah menyedapkan lagi sbb kawan abg kpd Meen belanja kitorang, so mmg sedappppp, hehe. Kitorang gi lunch 2nd day, pastu mlm tu aku & razmin datang lagi sekali utk dinner. Mmg sedap, harga pun not bad, xde la murah amat, tp x mahal sgt. Utk dinner, kitorang tapau nasi goreng yong chow = RM13, char kue teow = RM11. Portion byk, so mmg puas hati. Tapi bila aku tgk balik, gambar makanan nan ado sgt, da lapar sgt sampai xde amik mana pun gambar makanan, hehe.

*Ni Vincom Centre. Ade taman cantikkk kat tepi ni.


*Parkson ni sebelah Vincom tadi tu, jalan sikit je.



*D'anjung & kedai makanan pakistan kat Parkson.


*Ni kat D'Nyonya. Aku pun x tau apa yg Atun sembang dgn mamat silat tuh.


*Antara lauk utk lunch di D'Nyonya, ginger onion beef & ayam pandan. Lauk lain adalah udang goreng tepung, tomyam kontroversi & kailan ikan masin.
*
*
So, overall utk hotel & makan alhamdulillah x ade masalah. Dah mmg jadi kewajipan kite utk mencari yg halal kan. Lepas ni akan ku update aktiviti shopping & jalan2 kat HCM. Bab ni mmg aku semangatt berkobar-kobar!! Baju kurung ready made beadings penuhhhh hanya rm50-rm70 okayyy. Kat sini org jual rm250 ke atas. So mmg aku layan habis shopping kat sini. Tahun ni 3x aku pi Jakarta shopping baju nak kahwin so mmg pasni no more Jakarta (kecuali kalau nak beli lace,mmg jakarta still best). Bak kate aishah, jakarta is yesterday. hehe...tungguuuu.
*
*
*tadaaaaaa...ni sume baju aku. hahahaha. sian laki aku =p tp siriessss berbaloi baloiii..nanti aku cite ekkk.

Wednesday, October 20, 2010

Cerita 20.10.2010 aku.

*
Sebenarnya xde ape cite pun tapi sbb tarikh hari ni mcm gempak kannn, wlaupun tahun lepas dah ade 20.9.2009 pastu tahun depan lak klau panjang umur jumpe lak 20.11.2011, tapi aku nak blog gak lebih kurang sbb tarikh cantik. =p
*
*
Hari ni aku gi keje, balik keje, pastu kemas bilik, tukar cadar, tukar sarung bantal, basuh baju, sambil suami aku baekkk punye gi lepak maple sampai maghrib dgn bff die. cesss. tapi xpe, kasi can, kasi can.
*
*
Kemuncak 20.10.2010 adalah mak aku masak utk aku laki bini & family aku dinner mlm ni, maka Razmin hanya merasa air tangan aku bila aku panaskan cekodok utk dia tadi hari ni, jadi laaaa..hehe. Yang paling best, mak aku masak ayam masak kicap all-time-fevretttttt aku.
*
*
sekian, cite 20.10.2010 aku.=p Sambutlah salam manis dari kami berdua yg comel ini.
READ : comel sbb gemok gile okayh?


Monday, October 11, 2010

My hantaran & the pretty florist

Alhamdulillah, seronok sgt bergelar isteri dah 11 hari ni.
*
Entry kali ni aku nak cerita pasal malam sebelum nikah. Insyallah lepas2 ni aku nak cerita pasal akad nikah, hari reception, honeymoon & my first trip to PIL's hse at taiping. Kalau ikutkan mmg la malas tahap dewa, hari ni pulak last day cuti, rasa nak bermalasan tapi bila fikir, selagi memory masih fresh, baik tulis sekarang, utk dijadikan kenangan.. esok2 anak2 aku baca, ade gak benda diorang nak bahan aku & razmin, hehe..
*
*
And this entry is picture hazardous, byk gambau hantaran & muka2 america's next top model. So kalau agak2 rasa bosan nak baca, jgn malu jgn segan, x payah baca k, hehe..
*
My wedding was simple. Siries simple. x ade pelamin, x ade kompang, x ade lagu2, x ade mak andam, x ade ape pun. simple kan? Yang jadi simple sbb semua benda pun aku nak buat sendiri, kalau dah pandai make up, dgn make up aku nak make up sendiri tp nanti mcm gile la pulak kan, hehe.. bukan nak jimat melampau, bukan nak penatkan diri melebih2, tp kepuasan yg lahir tu sgt menusuk kalbu, rase berbaloi yg amat. siriesssss!
*
Bagi aku, early preparation tu sgt penting.. bagi kawan2 rapat aku, mmg diorang cakap aku ni rilek semacam, mcm x nak kahwin tp hakikatnye mmg lah ade gabra sana sini cari barang tp mcm aku ckp, sbb dah simple kan, so xde la nak memilih sgt, yg penting still within budget & cantik mata memandang.
*
*
Tapi kali ni tak mau cite lagi hal2 lain, ni cuma nak cite pasal hantaran. Razmin bagi 7, aku balas 7. hehehe..bkn tak nak ikut adat, tapi kan senang kalau 7 balas 7, cukup dulang nak angkut hantaran balas bwak balik umah.haha..teori jimat kos gitewww. =p
*
Aku ni peminat tegar fresh flowers. Sgt suke! Suke sgt! Hantaran aku digubah oleh future florist yg cun meletop lagi anggun, kwn baik aku sendiri, Nadia namenye. Die ni klau lah x keje kat MINDEF tu, aku rase dah bukak flower shop jadik florist sbb mmg die buat cantik sgttt...! Bukan setakat hantaran aku, hand bouquet nikah & reception utk aku & bridesmaids aku yg 6 org tu pun die buat. Pastu bukan tu je, bilik pengantin pun die yg hias, dibantu oleh bridesmaids aku, termasuk die jugak lah bridesmaids aku.
*
Die buat suke2 je, start dari die bertunang bulan 7 hari tu, die gubah sendiri, mmg cantik & sweet! Sebab tu aku nak die buatkan hantaran aku. Mmg die terkejut mula2 tapi aku mmg sgt percayakan die, aku tau die akan buat yg terbaik, & sebagai seorang yg simple, aku bagi die sepenuh kebebasan utk gubah hantaran aku. Hanya satu syarat aku letak : GUNA FRESH FLOWERS. Itu je.
*
*
Jom tgk gambar...
*

GAMBAR 1: malam sebelum nikah, rumah nadia yg bersepah mcm dia pulak yg nikah. =p


GAMBAR 2: kesepahan merata-rata, tapi rumah nadia harum semerbak okayyy.

GAMBAR 3: tadaaa..!! hasil dari kesepahan di atas. kelihatan sirih junjung yg mencuri pandangan.


GAMBAR 4: i love u nadia. mmg kelasssss kau maria. hehe..


GAMBAR 5: mini cakes. tq my girl aishah yg sponsor. love u love u lah!


GAMBAR 6: wedding band for him. yg ni aku sponsor die. hehe..


GAMBAR 7: Hantaran dah selamat sampai umah aku. Sebelah kanan tu bkn dulang hantaran tapi deco utk bilik pengantin seperti gambar di bawah.


GAMBAR 8: simple tapi aku mmg suke diorang sume ni decorate, sentap eric leong, hehe.. nampak bunga kat kepala katil tu, ha bunga tu la.=)


GAMBAR 9: Hand bouquet bridesmaids aku, juga dari Nadia.


GAMBAR 10: aku n hand bouquet ku time nikah. muka siries sbb depa tgh betulkan kerongsang mak datin aku tuh, takut tercucuk pin,hehe..


GAMBAR 11: and of course, minah bunga..hehe...gurau je..my one & only NADIA, tq so much for everything! See...die mmg florist yg cun n meletopp kan? =) loves.

Friday, October 1, 2010

Saya sudah kahwin =p

Alhamdulillah...
*
Syukur alhamdulillah...
*
Akhirnya, 1.10.2010, saya telah selamat menjadi isteri kepada Encik Mohd Razmin.. =)
Dengan sekali lafaz, berwalikan abah tercinta, bersaksikan kaum keluarga & teman-teman tersayang, percintaan kami berdua akhirnya dimeterai dalam redha Ilahi...
*
Niat di hati nak update byk lagi tapi kepenatan yg teramat... 2 gambar ini dari fb kak kay, thnk u sis for coming..love u.
*
*
Special thanks to abah & mak, abg long, ee,q, tasha & dd di Jordan...
My love thanks to my 6 gorgeous bridesmaidS, beautifully clad in their bridesmaids' lace kurungs, THANK YOU SO MUCH FOR EVERYTHING!



*
*
Last but not least, buat SUAMI tersayang...
Kini hidup saya sempurna dengan adanya abang sebagai suami saya...
Kini saya merasakan ketenangan yang teramat saat kita diijab qabulkan...
Bimbinglah saya menuju redhaNya...
Semoga cinta kita terus bersemi hingga ke syurga Nya..Insyallah..
*
I love u yesterday, today, tomorrow..and even better after death.





Sunday, September 26, 2010

It's time to blog, again =p

Holaaaaa....
*
hehehe..dah lebih 2 months, no updates wutsoever, siap privatekan lagi blog ni. To cut the story short, ade org sound razmin pasal blog ni, cakap geli lah, itu lah, mcm2 lah. Sape? xpe lah, dah org dengki tak mau tgok org lain bahagia, die cari pasal lak. So sebab i malas nak org tu bising2 kat razmin, ye la kan, tension gak die ade org x pasal2 sound die, kesian die, so i private kan aje, tp xde update ape2 pun, so korang xde miss ape2 pun. haha. budget org miss lah sgt kann diri yg x seberapa indah nih.=p
*
tapiii, tho tak blogging, i am still an avid silent reader of few blogs that i loveeee to read, each n everyday, esp kakak2, adik2 seafarers' girls nih. =)
*
*
apa yg baru? haha. lagi 5 hari nak kahwin!
*
*
ye ye ye, x tipuu..lagi 5 hari nih nak kahwin. =p sile tengok ticker kat atas tu.
*
to all my friends, yg dah dapat kad or those yg invited thru FB & sms, dengan sangat2 sukacita & berbesar hati, jemputlah beramai-ramai ke majlis elya 2hb oktober ni ye... =) doakan yg terbaik dan dipermudahkan segalanya, insyallah...it's going to be a very,very,very simple reception but insyallah the foods will be splendid! Di jamin sodappp!
*
okay, gtg, nak kemas bilik sikit. i'll update later k, nak feeling2 sikit next entry. hehe.
owh, i miss blogging sangat!!