Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 6, 2011

Prewash & London

Hola!
*
Mood berblog agak ke laut seminggu dua ni. Ni semua gara-gara suami tak dapat balik bila kapal masuk Taiwan last weekend (3 Julai 2011). Yang tu nanti cerita ekk.
*
Hari ni jom cerita pasal pre wash barang-barang baby. Umum mengetahui (ayat pidato) bahawa sebelum baby lahir, aktiviti membasuh semua barang-barang baby esp baju adalah perlu. Ini adalah untuk hilangkan bacteria yang wujud pada baju yang datang dari kilang. Ye ke? Eheh, ye la kot. =p Aku start pre wash baju baby ni dari 29 Mei 2011. Bukan basuh sekaligus sebab umum juga mengetahui bahawa laki mak takdok di darat, so kita basuh slow-slow bagi mengelakkan kepenatan melampau.
*
Mula-mula kita basuh booties & mittens & stokin & leggings dulu.


*
Seminggu lepas tu kita basuh cloth diaper. Ye, satu pelaburan yang menyesakkan nafas jugak beli cloth diaper ni tapi sebagai pencinta alam, cehh, aku decide nak guna cloth diaper ni.


Memang akan agak leceh nanti nak basuh apa semua tapi long term benefit adalah sangat menguntungkan & terpengaruh jugak la seposen dua dengan testimoni mommies yang pakai cloth diaper ni, maka aku pun beli lah. Beli 10 CD + 20 insert (yang warna putih tu). Disposable diapers pun aku akan pakai jugak, tengok keadaan mcm mana.
*
Aku beli CD yang size die adjustable, ada buttons & straps yang bole kita adjust ikut tahap pembesaran baby, dari newborn sampai setahun lebih, so tak perlu dah beli CD at least untuk setahun. Aku beli yang 5 layer bamboo charcoal setiap CD, memang agak mahal compared to CD biasa tapi takpe lah kan, duit bapak die, eh bukan, untuk elak rashes dengan cuaca negara kita yang macam kat switzerland ni kannn. Semoga investment ini akan memberi keselesaan kepada anak kami, insyallah, aminnnnnnnnnnnnnnnnnn.
*
*
Okay lepas tu minggu seterusnya basuh baju-baju budak tembun ni. Mula-mula basuh yang warna putih sahaja. Lepas tu basuh rompers sahaja & last week basuh baju yang pair dengan seluar, basuh kemeja, sweater. Aku basuh jugak segala fitted sheet untuk playpen, sarung bantal, napkin, selimut, towel, wash cloth & bantal. Ye, bantal ye, aku mesin, atas arahan komando mak aku, ehehe. Tapi takde gambar sebab emmm... malas & penat dah time tu. *__*


*
*
Alhamdulillah sekarang semua dah setel prewash semua pakaian baby. Tinggal nak basuh barut & kain bedung dia je sebab tak sampai lagi dari johor. Ada akak polis kat court bermurah hati hadiahkan aku barut & bedung baby yang dijahit khas oleh kakaknye yang dok kat johor. Thank you kak Kasmi!
*
*
*
Owh last week juga parents aku balik dari europe trip diorang. Memang dah kaki berjalan kan, biarla depa nak berjalan sebulan *ayat jeles*. Parents aku ni jenis lepak ala-alal omputih, gi jalan berdua je ala-ala backpackers tapi versi warga emas, keh keh keh, sambil sempat bercuti dengan adik bongsu aku yang belajar kat Jordan tu yang tengah cuti semester, dia ke London dengan kawan-kawan dia so sempatlah jumpa parents aku sebelum parents aku merantau gi negara lain - England, Wales, Scotland, Italy, Paris, Switzerland, Austria, Czech Republic & Holland. Nyampahssss!
*
Tapi di blog ini, aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kat parents aku & adik aku yang berjaya gembirakan hati aku dengan hadiah dari London. Memang materialistik. Hadiah untuk aku ade la handbag, kasut, purse, tshirt TAPI yang paling mak seronok sebab si tembun dapat hadiah best-best nyahh. Dah nama barang baby kan, memang excited kannn??? Dah namanye summer sale di sana, mothercare memang jadi tempat serbuan parents aku esp ayah aku yang excited shopping untuk cucu die ni. Love you more lah bah!
*




Romper ' I love Grandad' oleh atuk. comel je ayah aku ni. Bip from aunty DD a.k.a cik su. Toksah nak omputih sangat la ye DD. =p


Baju ni mak aku pilih, dia cakap laki aku lebih cool dari aku. choyyy.


Kasut lampu kelip-kelip. Comel amat tapi lambat lagi laaa budak kecik tu boleh pakai. Tq mak abah!
*
*
Jangan lupa pow atok & tok wan lagi ye baby. Mama & papa ko ni sengkek sikit. Hihihi.
T___T

3 comments:

Marsha~ said...

bestnyeeeeeeeeeeeee travel berdua keliling dunia..... paling best hadiah yg parents bawak balik tu... heheheh

eeroslan said...

kak marsha,
hehe...kannnnn! diorang mmg selalu takde kat umah, asyik berjalan je, tak sabar nak jadi tua & anak2 dah besar. =p

Arya Stark said...

hi.. im eylia's friend... i pun tgh tunggu hari for my baby to arrive... btw bnyk nyaaaa baju baby dia... hihiii so cute!!! nways, slmt bersalin ya.. smooth delivery ahead insyaAllah yaa