Alhamdulillah.. hari ni Riyadh dah berusia 12 hari.. Sekejap je masa berlalu, Isnin depan dah cukup 2 minggu anak aku.. Rasa macam tak percaya dah ada anak sendiri tapi bila dengar die melalak, aku percaya sungguh-sungguh, eheh. =p
*
*
Hari ni baru free nak update pasal labour experience.. Sementara masih fresh dalam otak, baik update kan, kalau tak kang nanti rugi bila dah lupe...
*
First & foremost, alhamdulillah semuanya selamat walau banyak drama tapi kalau takde drama, takde sakit-sakit, takde jerih perih, takde la omputih panggil proses bersalin ni 'labour' ye dok? Labour = buruh. Kerja buruh tuuu... Alhamdulillah semua berakhir sudah...
*
*
Okeh. EDD aku sebenarnya adalah pada 24.8.2011.
Hari Jumaat 12.8.2011, Razmin & aku pergi DEMC untuk scheduled check up. Buat CTG, jumpa gynae ku yang bak angel, dia cakap pergerakan baby kurang, jantung alhamdulillah okay tapi movement dia agak merisaukan. Lepas tu buat ultrasound, tu diaaa, kepala Riyadh naik ke atas dan masih jauh dari cervix opening. Gynae cakap kepala dia agak besar, head circumference 35cm, berat dah 3.4kg, and ada 2 minggu lagi untuk tunggu EDD.
*
Lepas tu doctor buat membrane sweep a.k.a seluk menyeluk di bawah, aduhaiiii, sakitnya! +_+
Doctor cakap pintu masih tebal, kepala baby jauhhhh. Dengan semena-mena, doctor cakap "Elya, next monday kita induce ye". Aku pun tanya, "Bersalin terus ke doctor?". Dia pun cakap "Haah, kalau tunggu lagi nanti baby terlalu besar, untuk bersalin normal, takut massive vaginal injury sebab you first baby". Aku tengok Razmin, Razmin tengok aku... "Okay doctor." Confident kan?
*
*
*
Yo lahh, confident lahh sangattt. Lepas check up sampai umah aku diam je. Diam, tarik nafas, diam, tarik nafas. Razmin genggam je tangan aku, pun diam jugak. Macam tak percaya. Maknanye tinggal sabtu & ahad je aku ngandung. Maknanye tinggal 2 hari je lagi aku nak pulun makan macam-macam. Eheh, siriesss, itu yang aku fikir. Seboleh-boleh tak nak fikir sakit ke ape ke, dah nama nye bersalin kan, memang la sakit so takpe lah.. Tapi pastu gatal gak gi google pasal induced labour. Memang rata-rata orang yang pernah lalui cakap bila induce lagi sakit dari sakit normal sebab dah namanye induce, bukaan akan dipaksa untuk dibuka. Terus tamau google dah.
*
*
Hari sabtu, cergas prepare playpen Riyadh, pasang sheet semua. Razmin kemas bilik, tukar cadar, mop lantai, jemur karpet, jemur bantal, lepas tu dia sediakan rencah untuk bakar ikan, rencah untuk masak sup sayur. Dia tumbuk siap-siap simpan dalam tupperware, senang die nak masak untuk aku nanti. Thank you sayang! Pastu pukul 1 pagi aku lapar, ajak Razmin gi SS13, makan A&W sepuasnya. Oh sedapnye golden chicken, mozza burger, waffle butter & syrup + root beer float. Ye, aku makan semua tu. ^_^
*
Hari ahad, pagi-pagi gi pasar tani, Razmin beli ikan-ikan untuk aku makan time pantang, beli sayur, pastu basuh bersih-bersih, marinade dengan rencah yang die tumbuk, simpan dalam plastik-plastik kecik, 2 ekor sehari. Ada ikan cencaru, ikan selar, ikan kembung & ikan talapia. Thank you lagi sayang! Ahad malam, mata tak mau lelap mana... Perasaan bercampur-campur sebab tau esoknya insyallah bersalin... Tak tahu nak expect apa, melainkan sakit.
*
*
Hari Isnin, hari untuk beranak. Eheh. Pukul 7.15 dah gerak dari umah. Jem sikit nak keluar USJ, pukul 7.45 sampai DEMC, pergi bahagian Admission, bayar deposit pastu terus depa hantar pergi Level 2, pergi Daycare di Labour Room. Terusss nyahhh, takde nak lepak-lepak amik semangat dulu ke ape ke.
*
Masuk Daycare dalam 8.15, terserempak dengan gynae aku, die dah ready kat LR tu awal-awal, seram aku. Nurse terus strap CTG, alhamdulillah baby okay time tu.. Nurse suruh rest dulu, so aku & Razmin sembang-sembang, aku SMS2 dengan Aishah & Atun yang setia SMS aku sepanjang hari, thanks kawan! Dalam pukul 9, Gynae aku datang, dan sekali lagi proses seluk menyeluk berlaku.
Time tu memang takde bukaan ape lagi, makanya ubat pun dimasukkan. Tak silap aku untuk induce ni ada 2 cara, satu pakai ubat size ala-ala panadol, masuk kat bawah, satu lagi drip ubat, tapi yang drip ni selalu guna bila dah ada bukaan dalam 4cm camtu, untuk terus buka ke 10cm in emergency cases.
*
Gynae aku cakap aku akan rasa sakit dalam masa sejam.. Elok pulak sejam tu aku tidur, Razmin pun tidur, sian die penat tunggu aku.. Waktu ni rasa sayang sungguh kat laki aku, eheh. =p
*
I love u, and thank you.
*
*
Cukup sejam, dalam 10 - 10.30 pagi camtu aku mula tak senang duduk, tak senang baring. Nurse datang strap CTG lagi sekali, tengok-tengok dah ada contraction tapi tak berapa kuat, dalam 20 minit sekali tapi mak aihhh, rasa macam 20 saat sekali. Aku bangun jalan-jalan dalam daycare tu, gi toilet, baring, duduk, sembang dengan Razmin, makan, minum.. Oh, gynae aku cakap jangan puasa, amik breakfast, makan in between meals supaya ada tenaga nak masuk LR nanti.
*
*
Pukul 12 tengah hari, contraction makin kuat, makin sakit tapi aku lega ada contraction & ada blood spotting jugak, itu pun buat aku happyyy sebab itu tandanya ubat tu dah menjalankan tugasnya & contraction menandakan ada bukaan, kan kan kan??? Tapi ye lah, sakit contraction tu memang aku tak bole nak describe di sini, beyond words ~ Allahuakbar...
*
*
Lepas lunch dalam pukul 12 tu, aku dah start ala meroyan, eheh, sakitnye ya Allah.. Razmin urut pinggang tak jadi, urut kaki tak jadi, minum air tak jadi, jalan-jalan pun tak jadi, berak kencing pun tak hilang jugak sakitnye. Masyallah, memang hebat sakit nak bersalin ni, memang betul-betul menginsafkan.. Time tu ntah berapa kali aku minta maaf dengan Razmin, hantar SMS kat mak abah aku minta maaf.. Mulut ni tak henti-henti selawat, doa, Razmin pun terus menerus baca surah Maryam, surah Yassin, minum air zam zam yang mak aku bekalkan, apa saja yang terlintas di fikiran untuk redakan kesakitan tu aku buat tapi itu lah kan, tak ada yang mampu redakan sakit tu (kecuali amik pain killer / epidural la kot ekkk..) ...
*
*
Dalam pukul 2 lebih, gynae aku datang check lagi... Kali ni seluk lagi nak tengok berapa dah bukaan.. Time tu rasa seronok & lega tengok doctor datang sebab mak konfiden nyah bukaan dah banyak sebab sakit dah azab, hehehe.. Semangat ni nak kena tolak masuk LR, bosan dok daycare nih, tak sabar nak tengok anak aku!
Tup tup lepas doctor check, baru SATU cm!!!! Hadoi laa, baru 1 cm? Pastu doctor 'bukakan' lagi 1 cm.. Perghhhhhh, die punya sakit memang best! Hehehe... Robek hatiku! +_+. So okay, baru 2cm.. Gynae aku cakap takpe takpe, kite tunggu sikit lagi... Isk!
*
*
Maka bergulinglah lagi aku kat daycare tu.. Masa ni dah agak kepenatan sebab sakit, so dapat gak terlelap dalam setengah jam.. Aku suruh laki aku baring atas katil, biar aku yang duduk atas kerusi sebab aku dah tak selesa baring/duduk berlunjur atas katil... Pastu aku suruh dia tidur sebab kesian tengok die tapi die tak nak... Aku bangun gak jalan-jalan kat daycare tu, gi toilet basuh muka la, basuh tangan la, janji jalan kan, nak bagi senang buka...
*
Dalam pukul 4 camtu nurse datang strap CTG lagi.. Time tu contraction dah dalam 5 minit sekali, yeayyy! Seronok sangat tapi sakit sangat.
Dannnnn akhirnya, dalam pukul 4.30, midwife datang.. Dia cakap "Puan, puan siap-siap ye, kita nak masuk labor room dah, doctor nak proceed, insyallah dah buka 5-6cm tu, kalau dah, kita pecahkan air ketuban...". Yezzaaaa, aku ni dah sakit sangat dah tak ingat apa dah, ingat nak bersalin je & hilangkan sakit contraction tu... Memang lajuuu je aku turun katil & terus ikut midwife tu, laki aku pun aku tinggal kat belakang, pastu ada staff nurse tu terkejar-kejar tanya aku nak wheelchair ke tak.. Hehe, takpe kak, saya nak jalan. =p
*
*
So here we are, the labor room! ^_^
TBC.


No comments:
Post a Comment