Assalamualaikum wbt :)
Untuk semua yang sudi membaca blog merapu meraban ni, saya ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak buat anda semua. Semoga ramadhan kita kali ini lebih baik dari yang sebelumnya, lebih diberkati Allah dan semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk melipat gandakan amal ibadah kita di sepanjang bulan yang penuh barakah ini, insyallah, amin..
Alhamdulillah, ini Ramadhan kedua aku sebagai isteri, kali ke pertama setengah sebagai seorang ibu. Setengah sebab Riyadh lahir 15 Ramadhan tahun lepas, tengah-tengah bulan puasa hehe, kali ni pulak dia dah hampir nak masuk umur setahun, dah makin panjang akal, panjang langkah, makin menguji kesabaran tapi sesungguhnya dia adalah keajaiban Ramadhan buat aku dan Razmin. :)
Dan Alhamdulillah juga, dengan nature kerja Razmin yang memerlukan dia berbulan di tengah lautan, aku bersyukur sangat sebab diberi peluang untuk berpuasa dan beraya bersama suamiku untuk kali kedua berturut-turut sebab ngam-ngam dua-dua tahun dia balik few weeks sebelum Ramadhan, syukur alhamdulillah..
Mungkin tahun depan tak dapat lagi peluang berpuasa beraidilfitri bersama, siapa tahu kan? Kalau tahun lepas kami sambut raya dengan aku masih dalam pantang, Riyadh masih dalam hari, tahun ni insyallah mesti meriah sebab semua orang ada, Riyadh dah besar, adik aku di Jordan akan balik 2 minggu sebelum raya, abang aku pulak dah dapat cuti, maka berkonvoilah kami balik kampung nenek ku di Dungun, Terengganu, tak sabarnya! ^.^
Apa-apa pun, selamat menyambut puasa semua! Banyak entry tertangguh ni, entry pengakhiran holiday ke KK, entry short gateaway ke Melaka sebelum puasa, entry nak sambut raya dengan budak kecik nakal hihihi, pastu tup tup tadi abah ajak kitorang semua pergi holiday end of august nanti sempena DD balik & 1st birthday riyadh, tiket dah beli, tinggal nak book hotel abah cakap, thank you so much abah & mak! Thank you tokki & tokwan! Haih, makin banyak la edisi penangguhan blogging. Alasan ihiks ihiks.
Okeh uolss, laki mak ajak gi bazar nih, nak beli kuih. Uols masak apa berbuka first day nih? Iols masak lala sweet sour, ikan siakap masak kicap halia, sayur campur & mak iols masak kari ikan tenggiri. Untuk sahur nanti iols masak simple je, goreng ikan cencaru, kari ikan tenggiri buka nanti, ulam timun & ikan pekasammmmm ahh bangkitkan selera untuk bersahur nyumsss!
Salam ramadhan!


2 comments:
Salam Ramadhan buat semua peminat Harimau Belukar....
Tahun ni bazar Ramadhan tanpa kelibat abang Din. apa2pun, sesi jalan2 cari juadah berbuka akan tetap diteruskan.
Faveret setakat ni:
1. Jus mangga terbaik
2. Samosa ayam.
3. Karipap pusing.
^_^
Salam Ramadhan..
Post a Comment