Ecewah bukan pergi mana pong. Saja rasa nak memblog kembali. Mungkin kerana nak release tension. Mungkin juga saja saja nak memblog. Tapi kekdahnya, aku rasa aku masih lagi akan jadi malas seperti biasa nak mengupdate hehe.
Terima kasih kepada readers, amboi kau readers gitu, yang PM di facebook bertanyakan perihal blog. Anda buat saya rasa terharu sobs sobs. Harapnya ini dapat mengubat kerinduan anda semua. Okay tipu, takde pulak depa cakap rindu, aku saja tambah.
Hidup masih lagi seperti ini. Masih lagi kerja dengan company kapal, dah masuk 4 bulan dah kerja sini. Razmin masih lagi atas kapal, pun dah masuk 4 bulan. Bulan 12 hari tu mak gigih bawak riyadh pergi bintulu jumpa razmin. Riyadh dah nak masuk 17 bulan. Masih breastfeed, in between minum fresh milk, masih on homemade solid food, alhamdulillah. Gigih berjalan mengejar apa sahaja yang diingini. Panjat apa sahaja yang dia nak panjat tanpa memikirkan risiko. Haih.
Mak abah alhamdulillah sihat, berjalan sakan seperti biasa. Abang long aku dah kahwin. So now i secara rasmi dah ada kakak huehue. Next, tunggu anak sedara pulak hikhik. EE masih setia kerja keras di company minyak hijau. Q sekarang tengah bergelumang dengan final exam final semester di UIA. DD pulak masih weng di Jordan hehe.
The one thing yang membuat diri ini terkinja-kinja seronok is, akhir bulan ni nak amik kunci rumah bawuuu. Seronok tak ingat aihhh. Tak dan2 nak tunggu laki balik, I pergi amik dulu ye bang.
Ok bye bye. I missssss blogging!


1 comment:
Miss u too :)
From the land of down under :)
Post a Comment