Berjalan dengan kawan-kawan adalah kewajipan aku bila suami dah sign on kapal. Kawan-kawan pulak jenis sangat memahami, jarang diorang plan nak pergi mana-mana time Razmin ada kat darat. Most of the plans akan dibuat lepas Razmin naik kapal. Kalau ada pun setakat keluar makan-makan macam tu je, so aku akan tinggalkan Riyadh dengan papanya. Tahun ni punya annual getaway tak nampak lagi bayang haha. Masing-masing pergi overseas dengan family. Liza dah ke Korea, Maria dah ke Spain, Meen nak ke London. Aishah nak beli rumah lagi so dia kena duk diam-diam haha.
Bila Razmin sign on, berjela lah plan nak berjalan hehe. Riyadh macam biasa, angkut je sekali. Sampai tahap budak tuh dah redho je berjalan-jalan dengan makciks dia. Dia memang buat donno je. Yang dia tau nak naik kereta, tido dalam kereta, tido kat hotel, swimming, main phone. Tu je. Hehe.
So first destination lepas Razmin sign on hari tu : Kuantan. Si Aishah nak makan sgt kek dari Kulacakes yang famous itu. Memang sedap sangat weh rasa macam nak pindah Kuantan haha. Biasanya kitorang akan ke Melaka untuk lepak over the weekend, sebab dekat kan pastu makan sedap-sedap tapi kali ni tukar angin ke utara. Dekat je Kuantan ni kan, dalam 3 jam drive dah sampai. Sepanjang perjalanan Riyadh macam biasalah dia tidur je. Aku, Aishah & Liza bergosip macam dah tak menyempat. Meen, Maria & Fatin naik kereta Meen. Tak konvoi pun sebab konvoi bahaya, kami janji jumpa kat hotel je.
Hotel memang paling utama kalau cuti-cuti Malaysia ni. Kat Kuantan kami stay di Hyatt Regency. Amik 2 bilik, dua-dua the club room. 1 king bed & 1 extra bed (super single). The hotel was the peak of the trip. Cantik sangat Hyatt ni, pantai Teluk Cempedak putih bersih, private beach so tak ramai org pun melainkan hotel guests. Memang kitorang lepak hotel je, malam tu keluar untuk makan seafood kat Tg. Lumpur. Pastu habiskan masa kat hotel je. Swimming, mandi laut, lepak, swimming, lepak tepi pantai, dubsmashing haha, bergosip. Light & easy but we really enjoyed our stay. A very much needed weekend getaway. And surely aku akan datang lagi dengan Razmin insyallah. Lagi pun ini tempat lahir papa Riyadh :) Aahh my love for the beach!
Thanks korang. Muachss!










1 comment:
Ke Timur la syg. Hehehe. Bestnyer nak pi Kuantan. Tanah tumpahnya darahku!
Post a Comment