Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 5, 2011

Dag Dig Dug Jantung Ku Berdegup.

hehe... Assalamualaikum...
*
Walaupun tahap kemalasan adalah melampau dan mampu meranapkan ekosistem badan ni tapi demi untuk kenangan dan supaya bila tua-tua nanti insyallah dengan izinNya kalau umur panjang, kalau cucu tanya pasal mana-mana perisitiwa dalam hidup nenek mereka ini so dengan bangganya nenek boleh jawab pertanyaan cucu siap dengan tarikh sekali kerana nenek akan menjeling blog nenek ini sambil menjawab pertanyaan cucu nenek walaupun blog nenek ni kadang-kadang berhabuk kadang-kadang bersih tapi selalunya berhabuk.
*
Boleh?? Harus nenek akan jadi nenek vogue tau. Ahaks. =p
*
*
So hari ini mari bercerita pasal check up nenek, eh silap, nenek masih belum menjadi nenek, baru nak menjadi ibu. Jadi mari bercerita mengenai baby dalam perut aku yang baru berusia secomel 7 minggu. Sila lihat ticker di sebelah kanan, baru 7 minggu. Masih saiz sebutir beras, atau kuaci, rangup dan comel. Hehe.
*
*
Ingat entri ni? Ok, selepas entri ini, i.e. pada 21/12/2010 aku pegi buat official antenatal check up. Hospital pilihan hati ialah Darul Ehsan Medical Centre, satu specialist centre di Shah Alam. Kalau orang Shah Alam tau la kot ek, dulu bangunan dia kat seksyen 9, sebelah Plaza Masalam tu, tapi sekarang baru setengah tahun beroperasi di bangunan baru DEMC dekat-dekat dengan Wisma PKPS, Bangunan Umno, IPPD Shah Alam & Hotel Blue Wave.
*
Ok, servis adalah sangat best, tapi sekarang macam malas nak cerita servis diorang. Secara ringkasnya memang best, parking je kereta, ada buggy car tunggu, naik buggy car terus ke lobby area hospital. Terus ke Suite O&G, bagitahu ada appointment, owh, aku buat online appointment dengan Dr.Mazita Mashor, one of the four O&G specialists yang ada thru website DEMC. DEMC ada 4 O&G specialists, 3 perempuan & 1 lelaki, semua Melayu. HOD ialah Dr.Norleen. Kalau korang selalu tengok talk kat TV yang cite-cite pasal masalah orang fomfuan ni, mungkin pernah tengok Dr.Zamri bagi talk, dia ni femes untuk masalah kesuburan, ha, ini pun specialist kat DEMC nih, dia punya appointment list mak aihh, paling berjela lah.
*
Okay. Kalau buat online appointment ni, kita boleh pilih specialist mana yang kita berminat, untuk mana-mana clinic kat DEMC ni, kita boleh pilih specialist, date & time kita nak. Bila dah request (online jugak) nanti beberapa minit lepas buat appointment tu staff DEMC akan call dan bagitahu if pilihan kita tu available atau tak. Kalau tak, diorang akan bagi the next best option. Memang hassle free & tak payah call or pergi walk in untuk appointment. Okay tadi malas nak cerita sekarang dah panjang berjela macam spokeperson DEMC. Sekian. =p
*
*
My first antenatal check up was little bit a shocker. Sebabnya bila dah scan bagai semua, masa buat ultrasound tu doctor cakap ada CYST, size, 6cm x 4.9cm. Memang agak besar dan cyst ni side by side dengan rahim. Doktor pun cakap "fuyoo,macam kepala baby". Ok tipu, doctor tak cakap fuyoo tapi dia memang cakap mcm kepala baby. Mula-mula kami berdua sangat terkedu sebab seriously, sangat besar dan jelas, lagi besar dari bladder. Air mata aku dah bergenang tapi tiba-tiba doctor tu boleh gelak dia cakap jangan risau sangat sebab cyst tu luar dari rahim and tak ada kesan kat rahim & baby pun. Sempat gelak lagi tu, mana laaaa aku nak tau, first time kan, cuak bagai lah. Doctor cakap tunggu lagi 2 minggu, tapi dalam masa tu, kena tahan sikit lah sakit.
*
Time doctor cakap tu baru aku teringat yang lepas dapat tahu pregnant / lepas last period, aku memang selalu rasa sakit kat sebelah kiri bawah sikit dari pinggang. Baru tau ini semua sebab cyst tu. Tapi tak apa lah, doktor cakap tak payah risau, mari kita berlakon tak risau. Hehe. Sebab nak pujuk-pujuk cyst ni supaya mengecil dan hilang terus dari badan aku, kitorang bagi nama cyst ni RAHMAN sebab dia duduk sebelah RAHIM. Ok, jangan gelak.
*
*
Ok, alkisahnya selepas 2 minggu (and in between ada juga cerita pasal cyst ni tapi nanti lah ekk), kitorang pun kembali ke DEMC iaitu semalam, 4 Januari 2011. Appointment pukul 2.15 petang, sampai-sampai teman sang suami makan minum dulu sebab aku selaku bini yang mithali dah makan siap-siap kat court, hehe, derrrr, gua lapar =p. So masuk dalam pukul 2.30 macam tu, kira ok lah kan sebab tak lama pun tunggu. Yang first appointment tu pun tunggu dalam 10-15 minit jeghsss. Mak sokaa sebab cepat, bersih, ikhlas dan murah. Hehe. Kan aku cakap aku ni spokeperson DEMC.
*
Lepas dah timbang berat semua, masuk bilik doctor, terus doctor tanya mabuk ke tak, sakit tak kat tempat cyst tu, minum susu tak, bla bla bla and terus buat ultrasound scan. Dengan izin Allah, baby aku dah ada jantung, dah berdegup kencang, doctor cakap dalam 15-160 kali berdegup dalam seminit, hampir double manusia dewasa. Subhanallah!
*
Memang terharu sangatttt..tapi we ols macam biasa jiwa kental, haha, takde la, kitorang terlalu excited sampai lupa nak feeling syahdu drama nak menitiskan air mata. Hehe.. Dua-dua sibuk cakap, eh jantung dia la, eh laju nya, eh dah ada jantung, sambil Dr.Mazita senyum sengeh tengok kitorang jakun. Alhamdulillah...doctor cakap kalau di peringkat ni, kalau jantung masih tak kelihatan, after few days, boleh dikatakan pregnancy tu tak menjadi. But alhamdulillah, Allah Maha Besar, baby kami ada jantung. Dag dig dug gitewwww. Jangan kaki dangdut dah la ye besor-besor nanti, kene piat telinga nanti!
*
*
So, balik umah, sengeh-sengeh. Tapi masih berjaga-jaga, masih beringat sebab masih di peringkat awal kan. Insyallah, mama & papa will take a good care of you sayang. =)
*
Dalam red box itu adalah jantungnya. Motif ok, aku letak red box, ala-ala nak karoake lagu dangdut. Haiiipp!
*
Semoga terus berdegup dengan sihat, insyallah.
Toodles.

Thursday, December 23, 2010

Dia akan kembali ke lautan..


*
sigh...
*
*
NOR dah dihantar... Sudah dalam mode standby... Bila-bila masa office akan call... Bila-bila masa akan sign on kembali...
*
Macam laaa tak biasa kan... TAPI kali ni lainnnn sangatt... sebab, dah jadi husband & wife ni, lagi susah nak berpisah rasanya... Lebih-lebih lagi ada orang ketiga dalam womb ni...hmmm...
*
So syg, i'll be missing you again after this... I'll be 'alone' for a while... Alone in the sense that my partner in crime, my bestfriend, the father of the child i'm carrying, the best buddy ever, is going back to his 6 months routine of sailing... Hmmm... 6 bulan... lama tu.... hari tu abang balik kampung 3 hari pun saya rasa lamaaaaa sangatttt...
*
Call me mengada, call me manja, whatever you want to call me, go ahead... Fact is, people won't understand... "Alaaa, laki kau bukannya tak balik... Alaaa, bukannya lama pun... Alaaa, bukan kau sorang je takde laki..." : these are the statements that I know will be thrown to me... Tapi x apa la kan, depa tak rasa, depa tak tau...
*
Cakap memang senang kan, tapi biarlah yang pernah dan akan melaluinya je yang tahu... Aku akan ambil pendekatan senyum dan senyum dan senyum. Lagi pun ramaiiii lagi seafarers' wives yang baikkk hati kat luar sana yang akan sentiasa support each other, insyallah. So yes, i'll be smiling the widest. Lagi pun tak elok stress stress, kesian kat baby nanti kannn... ^_________^
*
*
I know you are always there for me... For us. Hear that baby, papa will always be with us both. =)
Tak kesah lah kapal mana pun abang naik kali ni, coz it doesn't matter... Email ada kan? Kalau susah nak call pun x apa, i'll update you each and every day. And now, we are going to have our little one, insyallah, I will update more & more & more sampai abang muntah, hehe... =)
*
*
Okayyyy...takmau sedih sedih dahhhh....!!!
*
Semalam gi mydin, teman sang suami beli barang-barang dia nak naik kapal. Plan dia kalau dengar macam nak beli banyak gile. Tapi kalau dah namanya LELAKI, dia memang beli apa yang dia nak je.
*SOCKS
*WHITE T-SHIRTS
*DEODORANT
*TOOTH PASTE
*SHOWER GEL

Yezza, itu jerrrr...! Nak naik kapal 6 bulan, itu jer! Kalau aku la yang nak naik kapal, harus borong satu mydin...! Dia kata "la..cukup la..nak beli apa lagi?" Dia memang pelik sebab aku dok tanya lebih 10 kali "tu je ke bang?", "cukup ke bang?".
*
Ishhhh..tapi memang siriesss pelik... tapi xpe la, sebab die taknak shopping banyak sangat, so biar aku yang shopping, hehehe... Tapi sebab ramai sangat umat kat mydin semalam, esp yang shopping utk barang-barang anak nak sekolah kan, kitorang beli barang kejap je sebab fikir nak beratur lamaaaaa sangat..pastu dengan aku yang cepat lenguh pinggang pinggul sekarang, so hasrat nak mengepow laki aku pendamkan dulu.. Jangan risau bang, akan ku sretttkan jua debit/credit card mu itu sebelum dirimu pergi..hehe...
*
*
belek-belek stokin...

itu bukan anak kami, tetttt...


oh ye, limau sekotak dalam troli tu utk aku...mode raye cine..hehe..


gambar ai harus ditempek...tengah tunggu laki aku bayor barang, tak larat nak diri dah..


Beli semalam...nasib baik boleh minum, alhamdulillah... Sebenarnya tak berapa reti nak beli, tapi yang Mamil Mama ni je yang ada tin kecik, beli yang ni dulu..trial & error.. Not bad rasa die, susu die tak thick sangat, ok ok je... tapi tak tau la kan, sebab sekarang ni baru lagi kan, mabuk pun tak berapa teruk sangat... Kakak kakak, kawan kawan, ada recommendation lain tak? Maklum lah, saya budak baru belajar =p. Thank youuuuuu!

Sunday, December 19, 2010

Cinta Hati Merah Jambu

*
Alhamdulillah...many thanks for the warm wishes from lovely bloggers... Owh, and for the many tips.. rasa sangat dikasihi..hehe... truth is, I do need the advices, esp from the mommies. Nothing to hide, i'm really CLUELESS about this whole pregnancy thing. But insyallah, I'll come to term with this newest life experience. ^____^
*
*
Tak ada apa sangat nak cerita so far sbb masih terlalu baru... Pagi-pagi tak ada morning sickness pun tapi kalau perut kosong, memang dok sendawa bagai... Kalau org yang tak tahu aku pregnant mesti depa cakap tak senonoh sungguh minah tu, main buanggg je angin tu.. hehehe.. nasib badan la kak, bukan i sengaja...
*
Tapi..start je tengah hari... badan aku dah lemau dah... Rasa nak tidur je, ngantuk.. Fatigue lah omputih cakap... Kalau balik kerja tu memang tidur la jawabnya... Pastu pening-pening... Tak apa la, dugaan kan... Insyallah boleh tahan selagi terdaya...
*
Tapi ada satu benda yang aku tak boleh lepas langsung sejak dah tau pregnant ni. Minum susu strawberry, ala yg dutch lady tu. Tiap-tiap pagi beli yang botol kecik tu, sebelum sampai office dah selamat habis... rasa tak cukup... pastu mengadu kat laki aku... alih-alih sekarang kalau die beli, mesti beli botol besar... aiii, tu perli la tuh...hehehe...
*
Betul la orang cakap kan, time pregnant ni la macam-macam tekak ni nak... Aku ni susu strawberry tu langsung tak pernah aku jeling kalau kat kedai atau kat mydin... memang big no no tauuu... Selalu kalau nak minum susu, susu coklat je aku beli, yg fresh milk pun beli gak tapi kalau nak makan dgn cereal... Kalau susu strawberry tu, memang tak pandang lah, pendek kata mcm musuh lah...
*
my new love...the milky pink...
*

Tapi..siapa kita nak complaint kan... Maha Suci Allah, Dia yang Maha Bijaksana... Subhanallah...

Thursday, December 16, 2010

Little One Inside Me =)

hehehe...
*
Aku nak tulis entri ni sebab nak kenang saat-saat ini seumur hidup aku. Kalau ikut hati yg malas ni mmg ke laut la blog ni gamaknye tp mengada la puloks kan...huhu...
*
Hari Selasa 14.12.2010.
Aku terjaga dari tidur subuh tu sbb mimpi... Mimpi pegang kit utk pregnancy test tu tengah tunjuk double line. Motif la kannn.. Sebenarnya 2, 3 malam sebelum tu aku dah ada mimpi-mimpi pasal baby. Mimpikan baby sepupu aku la, mimpikan dukung baby la, tapi tak amik kisah sgt, suami aku pun aku tak bagitahu.
*
Owh, pagi tu aku bangun sorang2 sbb hari sebelum tu laki aku dah balik taiping. So aku ni bak kate orang, 'instinctively' (betul ke eh...), direct from impulse, terus bukak laci, cari HPT yg aku beli kat Guardian & zasss, prosedurnye takkan aku nak cite kan, hehehe.
*
Ok, pastu bile ade kuar line yg halus-halus color pink tu, aku mcm "eh?". Tapi sbb line die tak clear sgt, aku pun tak tahu positif ke tak, aku pun baca guideline kat kotak tu, die tulis kalau line tak terang pun boleh "assume" pregnant. Ok xpe, aku call laki aku, bgtau die, mula-mula mamai, siap tanye test ape yg aku buat, hampehssss.. Pastu bile aku bgtau (adela 2 kali aku ulang) baru die jerit, subuh-subuh hari jerit plak die nih, happy la kan. Ok, dah. Tu je. Tak confident sbb mcm tak reti. wakakaka.
*
*
Hari Rabu 15.12.2010.
Petang selasa tu aku buat lagi sekali test tu, positif. Aku perabih HPT yg aku beli, kalau aku beli 1 stick, RM15, kalau beli 2 stick, RM24. Nampak tak betapa berhematnye aku berbelanja, hehe. Ok ok, lari tajuk.
*
So hari rabu iaitu semalam, laki aku bgtau bas gerak dari taiping pukul 3.15 ptg, so sampai shah alam dlm pukul 7 lebih camtu. Dia cakap lepas aku amik die kat stesen bas seksyen 17 tu, terus gi klinik. Aku pun call besfren aku, aishah, utk lepak dgn die sementara tunggu suami aku. Tapi pukul 5 lebih, suami aku call cakap bas rosak kat kuala kangsar. Pulokssss!! Die cakap pi klinik dgn aishah dulu utk confirmkan pregnant ke tak, takut klinik tutup. So memandangkan aku ngan ecah dah ade kat PKNS time tu, kitorang pun gi Klinik Nik Isahak. Org shah alam tau la kot ekk, aku tak tau. huehuehuehue..
*
So sampai klinik tu, amik urine, jumpe doktor, alhamdulillah doktor cakap aku dah 4 minggu pregnant. Doktor canggih tu bagi asid folic dulu, pastu die ckap minggu depan dah boleh start pegi check up kat mana-mana hospital/pusat bersalin yg aku nak. Insyallah due date 24.8.2011. Opsss.. doktor tu canggih sbb die tak tulis gune pen atau kertas, tapi die gune ipad, terus info pasal patient direct ke nurse die kat kaunter..cangihhssss uolssss... kot la aku yg jakun tak tau la kan. Tapi mmg jakun pong!
*
*
So lepas dah habis tu, balik umah ecah, lepak-lepak tunggu suami aku sampai. Sambil2 tu aku bgtau kat parents aku, PIL aku, adik beradik aku, bestfriends aku, sume excited, ngeeee... cucu/anak sedara first utk dua-dua belah.
*
Abg aku boleh suruh aku bgtau 'baby' aku utk kuar 20.9.2011 sempena birthday die sbb katenye org yg hebat je lahir tarikh tu, caittttt..hehe... Adik aku yg no.4 tu pulak cakap baby aku ni akan hebat mcm die sbb lahir same bulan..dahhh perasan sorang lagiiii...abah aku siap sms "yahoooo..alhamdulillah..esok tok ki gi beli baju cucu" harusss la kann.. mak aku, gelak kesenangan..adik aku kat jordan tu macam-macam nasihat die bagi mcm die dah beranak lima, hehehe.. kawan-kawan aku pun seronok, kat FB pun ramai..
*
*
Alhamdulillah...kalau aku over excited tulis entry ni, aku minta maaf... Nak abadikan kenangan, kat sini lah yg aku boleh terfikirkan... Kalau ada yg membaca, doakanlah perjalanan kami berdua selamat... Aku dan anak dlm kandungan ni akan berjauhan dgn suami utk 6,7 bulan lamanya... kakak & kwan2 seafarers' wives/tunang/gf dah tentu memahami..hanya blog mereka aku jadikan tatapan untuk kumpul kekuatan.. Kak hanin, kak ena, kak yat, kak marsha, kak dina, nani, azie, nurul.. ini lah "rumah-rumah" mereka yg aku kunjungi selalu, dalam mereka tak sedar atau sedar, hehe...
*
Untuk suami tercinta, jgn lah abang gundah hati untuk kembali mencari rezeki tak lama lagi... ya, saya akan sedih tapi saya tetap gembira dan redha dgn ketentuan-Nya.. abang jgn risau, saya tinggal sebumbung dengan family saya.. mak, abah, abg long, ee, q, dd & tasha ada utk menemani saya bila perlu.. mama papa di taiping juga pastinya akan ada di sisi.. Aishah & kawan-kawan baik saya sentiasa ada bila saya sunyi, abang pun tau kan?
*
Senyumlah ye sayang.. kalau abang tenang, saya akan lebih tenang.. kalau abang sedih, saya akan lebih sedih.. Bukan semua dapat merasai kehebatan dugaan ini, kan sayang?
*
WE love you, papa to be. =)

*lap lap air mata...*

Monday, December 13, 2010

Bila dah lesu.

*
Apa la yg tak kena eh... lesu je.. asal tengah hari mesti ngantuk sampai ke petang... Pastu sindrom malas dah tahap kronik nih..keje berlambak...cuti dah tipis...tapi malassssss...
*
Rindu kat laki lah...balik kampung tu jgn lupa ai ye bang...kirim salam lambaian sepoi sepoi bahasa kat bukit larut nun...
*
Ah biorle, petang ni sampai ptg rabu nak berjimba dgn mek esah, kawan baik ku. Kata laki xde uolssss...mak dpt green light tauuu... hehehe....
*
*
bye bye!

Friday, December 3, 2010

Apa kami buat di tepeng. *entri sejuk panas*

Holaaaa....uolsss..cantik tak ai punye gambar dgn laki ai? comels kan ai? ai suke gambar ai tu sbb ai nampak comels and laki ai nampak semacam. hehehehe..
*
Gedik lak.
*
Ok, hari ni nak cite pasal cendol & laksa penang.
*
Sebab...... hari ni hari jumaat kannn, so kat mesjid-mesjid penuh org beratur nak beli cendol kannn.. termasuk laaaa laki aku tu.. Alaa, aku tau, die tiap kali pi smyg jumaat kat masjid kat umah aku tu mesti dia balun cendol dulu sebelum solat. caittt. Hantu cendol sungguh. Pastu sms aku tanye "syg nak cendol tak?" ala ala suwitt giteww.. kononnye kalau aku nak, die kena la beli kann, pastu sambil beli tu, dia pon beli gak.. alaaa, taktik lama la bang.. hehehehehe...
*
*
Ni nak cite pasal cendol fevret laki aku kat hometown die, kat taiping. Cendol Bismillah. Kalau org tepeng (org tak pronounce TAIping, org sebut TEYPENG) mesti tau punye lah. Aku time belajar dulu selalu gak pow cikgu yg jadi mangsa aku utk belanja aku & kawan2 cendol Bismillah ni. Tapi sbb aku ni bukan peminat tegar cendol, so aku lupe rase die camne time tu. Cuma yg aku ingat, cendol Bismillah ni sgt laaaa famous..sama famous mcm kue teow Doli kat tepeng tuh.
*
*
Sejak dah kahwin dah 3 kali aku balik tepeng & setiap kali aku balik tu lah laki aku heret pi Cendol Bismillah ni. Tak jauh pun, dalam 5 minit dari umah die. Ada sekali tu die ajak aku pi mkn cendol kul 10 pagi. Memang harapan la kannn...hehe...paling awal cendol ni bukak pukul 11 pagi, pastu tepi kedai cendol ni ada akak ni jual laksa penang.. Laksa die, mmg terbaekkk..perghhh sedap amat! Semangkuk RM2 jeghss! Pastu pedas-pedas laksa tu lawan puloks dengan cendol yg sedap gile nih, memang terdiam lah ko.Siriesss sedap! Semangkuk mmg x cukup lah..tak silap aku, dlm RM1.60 je semangkuk cendol biasa.
*
*
So, kpd sape2 yg singgah tepeng tu, selain nak pi zoo tepeng or taman tasik yg ever famous tuh, singgah la kedai cendol Bismillah ni. Kedai die betul-betul dlm bandar tepeng. Ala, ko pusing-pusing, jumpe lah.. Senang je, sbb town die tak lah besar sgt.. Tapi ingat, bandar Taiping yg betul-betul bandar tu tau, jgn pi Kamunting ke, Simpang ke, memang tak jumpe lah kan, hehe.. Takpun tanye org tepeng, kalau die x tau, die bukan org tepeng lah tu.. =p
*




Memang pelanggan setia nih..

Terbaekkk..




menggoda kannn....?
Bye.... =)

Thursday, December 2, 2010

Garu-garu kepala

eh eh..bukan korang yg baca blog nih..takk..takk..korang best, muuaahh!
*
*
Ni pasal sekumpulan org ntah hape hape yg suke sgt menyibuk hal aku. Dah nak jadi private investigator agaknye sorang-sorang sampai apa aku buat semuaaaa nak tau..semuaaaa nak check, nak kepastian... Kot la bos aku, boleh la aku explain... memasing sentap kot bos aku ok jer.. ntah la...
*
Aku tak kacau hidup diorang pun? Orang yg keje dgn aku pun tak bising. Dia pun tak faham dgn korang. Ish tak fahamlaaa.
Aku respect je korang selama ni, nak mengumpat pun aku tak penah. Mungkin cara aku lain dari korang, tapi tak bermakna aku tak respect korang. Mungkin aku tak campur sgt dgn korang sbb aku ni mmg jenis lone ranger sikit, tapi tak bermakna aku despise korang.
*
Setahu aku, kerja aku, aku buat. Mungkin korang tak nampak tapi bagi aku, korang tak perlu tahu pun, yg perlu tahu yg pihak atasan tu. Dan pihak atasan pun tak pernah sekali pun call utk tanya aku pasal kerja aku, sekali pun tak pernah. Mungkin aku tak rapat dgn pihak atasan mcm korang tapi selagi aku buat kerja aku, aku tak kacau korang, kenapa korang nak kena buat mcm ni eh?
*
Aku ok je dgn korang. Yg korang ada isu dgn aku kenapa eh? Nak terasa lebih-lebih kenapa eh? Aku ada wat salah dgn korang ke? Kalau ada, aku minta maaf la ye. *garu-garu kepala*
*
Tapi siries dowh, kalau mcm ni lah gayanya tempat kerja aku ni, memang aku tender resignation letter, bukannya apa, kot la aku tak layak kerja dgn org HEBAT mcm korang ni. Korang bgtau je la kalau aku kena berhenti k? Aku tak kesah pun, rezeki Allah ada kat mana-mana asalkan kita cari yg halal. Lagipun, bukan korang yg bagi rezeki kat aku kaannn...
*
Korang faham tak? Mesti tak kan?
Aku lagiiiii la tak faham.