Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 5, 2011

Dag Dig Dug Jantung Ku Berdegup.

hehe... Assalamualaikum...
*
Walaupun tahap kemalasan adalah melampau dan mampu meranapkan ekosistem badan ni tapi demi untuk kenangan dan supaya bila tua-tua nanti insyallah dengan izinNya kalau umur panjang, kalau cucu tanya pasal mana-mana perisitiwa dalam hidup nenek mereka ini so dengan bangganya nenek boleh jawab pertanyaan cucu siap dengan tarikh sekali kerana nenek akan menjeling blog nenek ini sambil menjawab pertanyaan cucu nenek walaupun blog nenek ni kadang-kadang berhabuk kadang-kadang bersih tapi selalunya berhabuk.
*
Boleh?? Harus nenek akan jadi nenek vogue tau. Ahaks. =p
*
*
So hari ini mari bercerita pasal check up nenek, eh silap, nenek masih belum menjadi nenek, baru nak menjadi ibu. Jadi mari bercerita mengenai baby dalam perut aku yang baru berusia secomel 7 minggu. Sila lihat ticker di sebelah kanan, baru 7 minggu. Masih saiz sebutir beras, atau kuaci, rangup dan comel. Hehe.
*
*
Ingat entri ni? Ok, selepas entri ini, i.e. pada 21/12/2010 aku pegi buat official antenatal check up. Hospital pilihan hati ialah Darul Ehsan Medical Centre, satu specialist centre di Shah Alam. Kalau orang Shah Alam tau la kot ek, dulu bangunan dia kat seksyen 9, sebelah Plaza Masalam tu, tapi sekarang baru setengah tahun beroperasi di bangunan baru DEMC dekat-dekat dengan Wisma PKPS, Bangunan Umno, IPPD Shah Alam & Hotel Blue Wave.
*
Ok, servis adalah sangat best, tapi sekarang macam malas nak cerita servis diorang. Secara ringkasnya memang best, parking je kereta, ada buggy car tunggu, naik buggy car terus ke lobby area hospital. Terus ke Suite O&G, bagitahu ada appointment, owh, aku buat online appointment dengan Dr.Mazita Mashor, one of the four O&G specialists yang ada thru website DEMC. DEMC ada 4 O&G specialists, 3 perempuan & 1 lelaki, semua Melayu. HOD ialah Dr.Norleen. Kalau korang selalu tengok talk kat TV yang cite-cite pasal masalah orang fomfuan ni, mungkin pernah tengok Dr.Zamri bagi talk, dia ni femes untuk masalah kesuburan, ha, ini pun specialist kat DEMC nih, dia punya appointment list mak aihh, paling berjela lah.
*
Okay. Kalau buat online appointment ni, kita boleh pilih specialist mana yang kita berminat, untuk mana-mana clinic kat DEMC ni, kita boleh pilih specialist, date & time kita nak. Bila dah request (online jugak) nanti beberapa minit lepas buat appointment tu staff DEMC akan call dan bagitahu if pilihan kita tu available atau tak. Kalau tak, diorang akan bagi the next best option. Memang hassle free & tak payah call or pergi walk in untuk appointment. Okay tadi malas nak cerita sekarang dah panjang berjela macam spokeperson DEMC. Sekian. =p
*
*
My first antenatal check up was little bit a shocker. Sebabnya bila dah scan bagai semua, masa buat ultrasound tu doctor cakap ada CYST, size, 6cm x 4.9cm. Memang agak besar dan cyst ni side by side dengan rahim. Doktor pun cakap "fuyoo,macam kepala baby". Ok tipu, doctor tak cakap fuyoo tapi dia memang cakap mcm kepala baby. Mula-mula kami berdua sangat terkedu sebab seriously, sangat besar dan jelas, lagi besar dari bladder. Air mata aku dah bergenang tapi tiba-tiba doctor tu boleh gelak dia cakap jangan risau sangat sebab cyst tu luar dari rahim and tak ada kesan kat rahim & baby pun. Sempat gelak lagi tu, mana laaaa aku nak tau, first time kan, cuak bagai lah. Doctor cakap tunggu lagi 2 minggu, tapi dalam masa tu, kena tahan sikit lah sakit.
*
Time doctor cakap tu baru aku teringat yang lepas dapat tahu pregnant / lepas last period, aku memang selalu rasa sakit kat sebelah kiri bawah sikit dari pinggang. Baru tau ini semua sebab cyst tu. Tapi tak apa lah, doktor cakap tak payah risau, mari kita berlakon tak risau. Hehe. Sebab nak pujuk-pujuk cyst ni supaya mengecil dan hilang terus dari badan aku, kitorang bagi nama cyst ni RAHMAN sebab dia duduk sebelah RAHIM. Ok, jangan gelak.
*
*
Ok, alkisahnya selepas 2 minggu (and in between ada juga cerita pasal cyst ni tapi nanti lah ekk), kitorang pun kembali ke DEMC iaitu semalam, 4 Januari 2011. Appointment pukul 2.15 petang, sampai-sampai teman sang suami makan minum dulu sebab aku selaku bini yang mithali dah makan siap-siap kat court, hehe, derrrr, gua lapar =p. So masuk dalam pukul 2.30 macam tu, kira ok lah kan sebab tak lama pun tunggu. Yang first appointment tu pun tunggu dalam 10-15 minit jeghsss. Mak sokaa sebab cepat, bersih, ikhlas dan murah. Hehe. Kan aku cakap aku ni spokeperson DEMC.
*
Lepas dah timbang berat semua, masuk bilik doctor, terus doctor tanya mabuk ke tak, sakit tak kat tempat cyst tu, minum susu tak, bla bla bla and terus buat ultrasound scan. Dengan izin Allah, baby aku dah ada jantung, dah berdegup kencang, doctor cakap dalam 15-160 kali berdegup dalam seminit, hampir double manusia dewasa. Subhanallah!
*
Memang terharu sangatttt..tapi we ols macam biasa jiwa kental, haha, takde la, kitorang terlalu excited sampai lupa nak feeling syahdu drama nak menitiskan air mata. Hehe.. Dua-dua sibuk cakap, eh jantung dia la, eh laju nya, eh dah ada jantung, sambil Dr.Mazita senyum sengeh tengok kitorang jakun. Alhamdulillah...doctor cakap kalau di peringkat ni, kalau jantung masih tak kelihatan, after few days, boleh dikatakan pregnancy tu tak menjadi. But alhamdulillah, Allah Maha Besar, baby kami ada jantung. Dag dig dug gitewwww. Jangan kaki dangdut dah la ye besor-besor nanti, kene piat telinga nanti!
*
*
So, balik umah, sengeh-sengeh. Tapi masih berjaga-jaga, masih beringat sebab masih di peringkat awal kan. Insyallah, mama & papa will take a good care of you sayang. =)
*
Dalam red box itu adalah jantungnya. Motif ok, aku letak red box, ala-ala nak karoake lagu dangdut. Haiiipp!
*
Semoga terus berdegup dengan sihat, insyallah.
Toodles.

6 comments:

HaninFarshid said...

aww....so sweet...rindu lak zaman k.nin pregnant dulu..hihi!

elya still kat subang ke? rajin gak pergi sampai DEMC..huhu! takpe...yang penting...lil one dalam perut tu dpt the bestkan? :)selalu update tau pasal ur lil one....k.nin lak yg excited...hihi!

take a good care of urself tau...

eeroslan said...

hi kak nin;
hehe..elya still kat usj tapi pilih demc sbb elya keje kat klang, so lepas ni bila razmin dah naik kapal elya senang nak gi check up, bole request check up waktu petang, after work singgah shah alam dulu =)
*
insyallah elya akan cube jadi rajin nak update blog, hehe.. mane tau kan rezeki k.nin, thun ni kyra bole dpt adik =)

Momma Qiestina said...

waaaaaaaaaaaaaah terharu baca!

sejibik sejiban pengalaman kak yat.kuat gile kan bunyi heartbeart bb tuu..kak yat siap ternanes lagi pestime dgr tu, dgn tringat papa qies jauh dimatanya.tapi time tu g cek up ngan mak-mak angkat qies,mmg riuhbilik dokter fatimah kat annur specialist.hahaha.

yes kamu, take care si lil one :)
dia sgt precious.bukti cinta u all tu!

Dina said...

yup, mcm k.dina pun pilih hospital yg jauuuuuh dari umah tapi 5 menet jek dari ofis sbb senang nk gi check up on weekdays :)
perlu laa pilih yg dekat dgn ofis sbb kita ni dah laa nak gi check up sensorg je kan huhu.. (tersedih plak ingat experience gi check up sorang2)

alhamdulillah.. kami tumpang gembira dgr baby elya+razmin dah ade heartbeat..

all the best in your pregnancy journey, be strong, keep positive mindset all the time, and if anything u can owez contact me.

take care mommy-2-be!
cuba banyakkan baca surah2 yg digalakkan masa preggy okey..

eeroslan said...

kak yat & kak dina;
thank you sooooooo much for the tips & nasihat. mesti elya ikut punye, ni nasihat dari mama mama otai ni..hehe..
alhamdulillah, lega hati kami nampak heartbeat hari tu, rasa mcm tak percaya pun ada, sbb dah ada 2 jantung berdegup dlm badan ni =)

Harimau Belukar said...

Hehehe...sori eekk lambat letak comment. Abang pun heppi sgt bila tgk kelip2 kat skrin ultrasound tu. SO FAST n FURIOUS!!!