Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 14, 2011

Untuk DD baca.

Fuhhh..nak type laju-laju ni sebab malas. hehe. Sebab takut lupa, banyak benda la kononnya ni nak tulis. Konon nak wat memori, konon nak simpan kenangan, konon nak rajin update pasal pregnancy tapi dah banyak sgt konon, sume jadi mak enon, ke lautttt..........
*
Hari ni rasa nak tulis dalam point form. Dulu kan time sekolah rendah boleh tulis dalam point form, pastu masuk Form 1 sampai Form 3, boleh lagi la nak tulis point form time buat nota ringkas. NOTA RINGKAS tu bro, rajin habis nak menghadapi peperiksaan besar yakni PMR. =p
Hehe...time menengah rendah memang kevangaan mak bapak. Tapi masuk je Form 4, memang kita enjoy habis, kata time honeymoon kannn...honeymoon manjangggg sampai habis SPM, lupa dah masuk Form 5. ekekeke. So memang takde buat point form ke nota ringkas ke hape ke, time nak SPM pulun buat buku "Latihan Soalan-soalan Amali Peperiksaan SPM Sebenar, Tahun 1998-2001". Result? Malas nak cite. Sile paham-paham sendiri.
*
Masuk lak U, dah nama amik degree law, memang assalamualaikum lah kalau nak buat point form...menulissssss je kejenyee...berjela-jela kertas kalau exam.. Sekarang baru aku pelik, apa la yang aku tulis time exam dolu2 eh... kalau soalan tu 15 markah, 8 mukasurat belum tentu siap jawapan aku... padan la lecturer juling biji mata baca answer sheets kitorang ekk. Well prof, u trained we olss jadi loyar burok kannn...rasain. =p
*
*
Okay, mari kita menulis point form untuk tajuk hari ni : Perubahan time ngandung anak pertama. Penting tajuk ni, kenangan katakan. Markah penuh, 50% okay?.
*
1) Setiap kali lepas makan, aku akan bilang berapa saat kemudiannya aku akan muntah. Memang akan muntah balik, tapi tak banyak pun, simpan sikit untuk aku & baby. Hehe.
*
2) Kalau aku bau makanan yang aku tak boleh bau, contohnya hari tu laki aku makan fries, aku akan muntah tapi muntah kosong, tapi akan bau fries yang sama. Mengada kan? Diva taww.
*
3) Mood swing, ehem, memang teruk. Jangan laaaa laki aku gurau poyo dengan aku, kalau tak nangis, confirm ayat-ayat drama lestary akan keluar. Mak sentap ye u olssss....
*
4) Sangat suka makan nasi goreng seafood di bulan pertama hari tu. Gila sungguh, tiap-tiap malam laki aku gi carlos kat umah ni, beli nasi goreng seafood. Mak tak bleh makan seafood ye kawan2, sikit2 boleh la, tapi kalau dah bertimbun macam dalam nasi goreng tu, biasanya kegatalan melanda tapi kali ni mak okeh jahh.
*
5) Sekarang juga gila gigit cili padi. perghhhh...mengancam habis! Kalau makan nasi goreng harus ada cili padi. Setakat sambal belacan ape ade hal, hehe.. ni nak gigit-gigit cili padi tu.. sorgaaa! Dan aku bukan seorang pemedas..err..aku ni memang tak makan pedas langsung sebelum ni, tak sokaa. Ni anak ikut bapak dia la nih, kaki pedas. Layannnn.
*
6) Dah tak boleh minum maternal milk. Nasib baik hari tu beli tin kecik je, so ada tinggal sikit je lagi Mamil Mama tu...tak boleh bau langsung... tapi Alhamdulillah boleh minum fresh milk yang low fat tu.. dah tanya gynae, dia cakap ok, janji minum susu.. Kalau dah tak boleh langsung nanti baru dia bagi supplement calcium.
*
7) Kalau nak tidur malam, laki aku akan basahkan towel kecik dengan air sejuk dalam peti ais tu, kasi basah basah lembap, pastu aku akan tidur tutup kepala & dahi ngan towel tu, baru boleh tidur. Hehe..yang ni laki aku memang pening kepala sikit... tapi layankan aje... Aku pun pelik tapi memang best la, nyaman je nak tido, air cond pun kalah tuu... =p
*
8) Malam-malam biasalah akan terjaga nak gi toilet kan, tapi kalau terjaga lepas pukul 4 pagi, memang dah tak boleh tido langsung lepas tu...so buatlah apa-apa yg bermanfaat, seperti main FB.. eh takk, haipp! ^_____^
*
9) Dah tak boleh nak goreng-goreng kat dapur tu... kalau tak aku akan rasa macam ada asap ikut aku tido..tapi asap bau ikan goreng..ekekeke... Tapi kadang-kadang kalau mak aku mintak tolong, aku gorengkan jugak, tapi tutup hidung la, sian mak aku penat... Point nye di sini, aku anak yang baik.. hehe... tak la, aku malas sikit nak layan part bau-bau ni, kalau tak memang tak makan la aku kalau itu ini tak boleh bau..ek ek ek?
*
10) Tahap pemakanan adalah sangat tinggi. Asyik nak makan je, pastu bukan nak mengunyah ala-ala biskut ke, roti ke, jajan ke, tapi nak makan nasi berlauk pauk 3,4 kali sehari. Ishh..satgi perut tak berapa nampak, tapi kembang je lebih...tak seswaii tawww.
*
*
Okay, sekian terima kasih. Ai nak gi order nasi goreng cili padi meletop hakak kantin.
hehehehe....

*
*
p/s: Kepada adik ku enida ezrin tersayang, ai tau u bace blog ai, hehe... so u nak balik dah kan next week, u jgn lupa beli kan ai jubah-jubah cantik menarik ye... ai nak made in jordan ye, taknak made in china, panasss.. hehe..

1 comment:

Harimau Belukar said...

Hehehehe....
Tak sempat DD baca, die dah balik dari Irbit.
Apa punyer surprise daaa...
Nasib baik x pengsan. Terkejut kn syg kn?
Ingat abalong bawak balik bibik aritu....
HuHuhuhuhuhu....