Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 15, 2011

10 more.

10 more weeks to go!
*
Alhamdulillah, dah 30 minggu aku ngandung rupenye.
Sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru je blur-blur tengok pregnancy test punya result. Tak tau positif ke tak time tu. *__*
*
First time upload gambar ni di sini. The very HPT kit =).
Tuesday 14.12.2010, 7.34am.
At that point of time, coincidently, I was reading the novel in the pic. Harvesting the Heart by Jodi Picoult. Cerita pasal baby + motherhood.
Inai masih merah. ^_^
*
*
Rupanye memang bukan senang mengandung ni. In short, tolong lah jangan derhaka kepada ibu anda semua. Tak tertanggung peritnya mengandung ni, apatah lagi sakit nak bersalin. Setiap kali teringat semua dosa diri sendiri dengan mak, macam mana dulu selalu sakitkan hati mak, rasa menyesal tak sudah, rasa bersalah yang amat. Sedih. Sesal. Ya Allah, ampunkan lah dosa-dosa ini.. Ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku...
*
*
Next monday, 20th june, will go for my monthly check up. So updates for the pregnancy thingy next week la ye.
*
*
Sekarang ni tengah happy & berdoa dengan extra bersungguh semoga Allah makbulkan doa kami suami isteri untuk sang suami sign off di Bintulu on 8th July! Tadi dia hantar email :

Baby syg...
Ni jadual kapal SS Seri Bakti.

15 Jun - 1500hrs Anchor Suez.
16 Jun - 0000hrs Transit canal
- 1200hrs clear canal
19 Jun* - Pick up PASKAL team
28 Jun* - Transit Malacca Straits
3 Julai - Arrival Yung An
4 Julai - Departure Yung An
8 Julai* - Anchor Bintulu = Abang balik ^_^

Love u both honey syg!
*
*
Ish, tak ke happy? Anchor Bintulu = Abang balik. Tu yang best tuuuuu!!!
Surat semua dia dah hantar, chief engineer cakap okay, captain pun okay & dah forward surat dia kat office. Semoga dipermudahkan segalanya. Tak nak mengharap sangat sebab faham sangat dahhhh bab-bab nak sign off ni macam mana kann, tapi xpe la, nak happy gak!
Tak sabar wehhh nak jalan-jalan dengan dia!
*
*
^__________^

Saturday, June 11, 2011

Sedih Minum Kopi

Boleh memang boleh.
*
Memang boleh minum coffee, be it black or white bila pregnant. Tapi moderately lah kan. Couple cups of coffee daily won't do any harm, especially bila dah lepas the first trimester. Ini from my reading.
*
*
Tapi lagi best dan bagus kalau di elakkan terus sampai lepas pantang. I did avoid taking coffee untuk 29 minggu 3 hari. Namun akhirnya hari ni tewas. +____+.
*
*
Isk, teringin sangatttt petang tadi. I smsed razmin, asking him if it's alright for me to have a cup, okey bukan, a GLASS of coffee. More specific, the new NESCAFE IPOH WHITE COFFEE. Satu rumah ni suka, esp mak & abah. Terbayang-bayang aroma nya yang sangat menggoda setiap kali bancuh untuk abah. Punya la kuat iman selama ni, lepas kacau-kacau guna sudu, terus campak sudu dalam sink, sikit pun tak curi-curi minum.
Razmin cakap minum la kalau teringin tapi campur air banyak sikit, jangan pekat sangat. Yeahh!
*
Perghhhh, sedapnya! Tapi sebelum minum tu dah siap makan betik 3,4 potong, minum air masak segelas. Teorinya adalah nanti anak aku rasa coffee yang dah dicampur dengan betik & air masak, takde la direct masuk coffee. Jangan percaya sangat, ni teori aku sendiri sebab dah rasa bersalah kannn sebab minum nescafe time ngandung. +____+
*
*
Pape pun, despite rasa bersalah, ada rasa puas yang tak dapat digambarkan. Ekeke. Harap-harap anak aku tak marah. Dan dengan ini aku janji tak minum sebarang jenis coffee hatta ceklat kopiko sekalipun lepas ni sampai la aku dah habis pantang. Gitu.
*
I hate you. *__*
*
*
*
And for a friend whom i miss so much, congratulations! You deserve it more thn anyone else. I always believe in you all this while, i adore your hardwork from far. You'll make a good doctor, Pa'a. Since i know you, you always manage to mend all kinds of hurt and sickness with your bright smile. That's a good start. Congrats again & may Allah bless your journey. Love.

Thursday, June 9, 2011

Boleh kan?

Antara-antara tarikh-tarikh ni, yang mana agaknya?
*
*
3 Julai 2011 : Yung-an, Taiwan
*
8 Julai 2011 : Bintulu
*
25 Julai 2011 : Idku, Mesir
*
*
*
Isk.. tu tarikh-tarikh Seri Bakti masuk port next month. Razmin cakap captain cakap ada crew change kat Bintulu. Sebab crew change akan melibatkan ramai officer sebab time dia sign on hari tu pun sekali dengan 2nd engineer, 3rd engineer, admin officer, pastukalau tak silap ada 2 orang 5th engineer yang dah due nak sign off jugak. Captain pun nak sign off jugak. So elok la buat crew change kat Bintulu kan, yang nak sign off ramai, yang nak sign on pun haruslah ramai jugak kan, so dah boleh jimat flight tickets & hotel, kan kan kan? KAN?
*
*
Walaupun dah faham sangat takde yg certain bab-bab sign on/sign off ni TAPI please please pretty please, biarlah 8 Julai. *____*
*
Rindu ni. Rindu gilos.
*
*
Pastu kaki asyik cramp, perut dah makin besar, nak tunduk urut kaki dah susah, maka saya perlukan suami saya. Boleh KAN?
*
*
Tsk tsk tsk.

Monday, June 6, 2011

Kenangan Lalu Mengusik Jiwa

Alhamdulillah. Dah masuk third trimester. Tinggal lagi 2 bulan lebih sebelum lahirnya budak tembun ni, insyallah. Macam-macam perasaan sekarang. Kalau 7 bulan lepas otak and hati lebih fikir kepada macam mana nak harungi this pregnancy tapi bila dah sampai this stage, fikir pulak pasal bersalin, pasal preparation, pasal belanjawan, pasal nak jaga baby, pasal pantang. Isk, banyak la puloks. +___+
*
Tapi bagi yang mengenali aku, rata-rata tau yang aku ni jenis relax, tak gelabah mana pun & an easy person. Okay, puji memuji diri sendiri di situ. Tapi mungkin sebab aku ni jenis tenang macam tu, aku jadi okay jadi bersuamikan pelaut/pelayar/jurutera marin. Rindu memang ler rindu, 6 bulan tak jumpe ko, tapi relax-relax je, hidup mesti terus, takkan nak meroyan. Gitu. So aku akan buat preparation mana yang termampu, dalam time frame yang tak menyesakkan napas. Apa yang penting, ukur baju di badan sendiri, jgn terikut-ikut dengan orang, jgn ikut nafsu. Ingat tu nyah.
*
*
Tapi entry kali ni bukan pasal preparation. Kali ni entry kenangan lalu mengusik jiwa. Aku tengah cuba nak ingat balik the pregnancy journey yang aku lalui untuk 7 bulan yang lepas, esp bab mabuk-mabuk, bab teringin, apa yang aku boleh makan atau tak, perangai-perangai pelik, semua-semua lah. Untuk tatapan di masa hadapan, untuk perbandingan dengan pregnancy yg akan datang (insyallah kalau ada rezeki lagi Allah nak bagi) & untuk suami aku baca bila dia dah balik nanti. Baca banggg, jangan tak bacaaaa, rasailah apa yang ai rase bang. kehkehkeh.
*
*
FIRST TRIMESTER
1. Bau ikan goreng adalah satu penyeksaan. Kalau mak goreng kat dapur, dari pagar depan umah dah boleh bau. Isk, benci.
2. Tahap kekerapan muntah adalah bergantung kepada berapa kerap aku makan. Kalau 6 kali aku makan, 6 kali la aku muntah. Sekali muntah, keluar semua isi perut.
3. Sebulan yang pertama, masih boleh control muntah untuk sempat sampai ke toilet. Lepas tu, memang wassalam, di mana ku berada, di situ kita bertemu. Makanya, air sickness bag adalah peneman setia. Terima kasih kepada parents aku, abg long & tasha sebagai frequent travellers yang 'tapaukan' air sickness bag untuk aku. Muahhh.
4. Sangat sukeeee nasi goreng seafood dari carlos (kedai kat umah aku). Boleh dikatakan tiap-tiap malam untuk sebulan pertama tu suami tercinta belikan.
5. Sangat sukeee burger tepi jalan, tapi yang gerai tepi shell USJ 9 saje, burger otai yang jadi kegemaran seisi keluarga tu mak tak sokaa.
6. Sangat sukeee susu strawberry, seminggu sebelum tau pregnant dok telan dah susu strawberry padahal seumur hidup paling tak suke susu strawberry.
7. Tapi kejap je suka susu, lepas tu sampai end of first trimester memang tak bleh telan susu. Muak. Apa saja jenis susu, termasuk milo.
8. Pengunjung setia toilet. Biasa la kan, awal-awal pregnant semua orang pun camtu kann?
9. Tak suke jeruk, tak suke benda masam-masam. Mula-mula makan jugak nak hilangkan loya tapi tak jalan, keluar balik.
10. Tak boleh minum air panas hatta air suam sekalipun. Hari-hari minum air sejuk. Air peti la, ais tak sangat. Untuk hilangkan loya pun minum air sejuk. Sejuk perut ibu mengandung. +__+
11. Badan selalu panas time tidur. Tapi ni time razmin ada je sebab dia akan jadi mangsa sejukkan tuala, rendam dalam ais untuk aku lap badan sebelum tidur. Bila dia naik kapal terus okay. Anak nak mengada dengan bapaknye la tu kot.
*
*
SECOND TRIMESTER
1. Masih lagi muntah-muntah, tapi masuk pertengahan 4 bulan, alhamdulillah dah okay terus.
2. Bila travel untuk cuti-cuti, segala jenis mabuk hilang. Hehe. Holiday kat sabah, PD, pergi melaka, balik terengganu, semua okay, takde pulak muntah. Gi sabah & balik terengganu naik flight pun okay. Memang kuat berjalan anak aku nanti agaknye. Like.
3. Awal 4 bulan, kena asthma attack. Dua minggu jugak semput, kena pakai neb kat hospital. Batuk macam orang sakit batuk kering. Memang seksa tapi dugaaann, so layannn.
4. Second trimester ni jugak 3 kali kena urine infection. First time at 18 weeks. Sakit. +__+
5. Selera makan macam juara makan sedunia. Makannnn je manjang. Semua pun sedap esp nasi, hehehe.
6. Mengidam limpa lembu. Hehe. Ni je benda yang aku betul-betul mengidam. Yang lain semua aku teringin je, kalau tak dapat pun takpe. Tapi limpa lembu ni memang aku nakkk sangatt, sampai teringat-ingat, kecur air liur setiap kali terbayang. Dua insan yang baik hati iaitu Kak Kasmi & Kak Ani, anggota polis kat mahkamah bermurah hati masakkan untuk aku limpa masak hitam & rendang limpa. Memang sengih sampai dalam tidur, alhamdulillah.
7. Sangat suka masak bihun goreng! Masak ye, bukan beli kat kedai & makan. Boring kot family aku makan bihun je selalu tapi aku suke!
8. Sangat suka masak! Mak aku pun pelik sebab time dia pregnant baby boy dia malas masak, tapi aku lak suka nau masak. Balik kerja je masak untuk dinner. Masak ye ye lak tu. Nak join masterchef gamaknye anak aku ni. ^__^
9. Suka buah betik. The only buah yang aku makan sampai sekarang ni. Mak aku akan pastikan sentiasa ada betik yang dia dah siap potong-potong masuk dalam tupperware, simpan dalam fridge, senang aku nak makan anytime. Thank you mak! Me loveee youu!
10. Sangat bertenaga kalau tak sakit. Macam tak pregnant pun ke sana ke mari sorang diri. Aktiviti shopping barang baby dimulakan bila masuk 6 bulan. Tak banyak mana pun, sikit-sikit je dulu.
11. Sangat suka ice cream walls selection, cookies & cream. Rasanya dah 4 tub aku makan sorang-sorang. Isk, sedapnye!
12. Sangat suka nugget ayam brand marina. Brand lain tak suka. Kalau dah start goreng, rasanye 8 ketul pun boleh aku habiskan sekali makan.
*
*
Hmm..rasanya setakat tu je kot yang aku ingat. First trimester memang banyak hal sikit aku ni. Tapi alhamdulillah masuk second trimester selera makan tu dah ada. Masuk third trimester sekarang ni dah mula control sikit food intake, esp nasi. Takut diabetic sebab akan berlaku peningkatan berat badan yang kejam di 3 bulan terakhir ni. T___T. So far alhamdulillah masih urine negatif sugar & protein, berat badan pun naik steady je setiap bulan. Semoga tak ada pape sehingga akhirnya, insyallah.
*
*
Okay bye. Nak try tidur lak ni. Buntang je mata ni melayan si tembun yang dari tadi sakan menendang. *___*

Wednesday, June 1, 2011

8 bulan. 8 months.

Bukan 8 bulan mengandung. Mengandung 7 bulan.
*
*
Tapi dah 8 bulan bergelar isteri kepada Mohd Razmin.
*
*
8 bulan bernikah.
4 bulan suami di depan mata.
4 bulan lagi dia di lautan, aku di sini.
*
Insyallah, kurang 2 bulan lagi, bertemu kembali.
*
*
In 2 months time, he can finally SEE me laugh at his silly jokes, instead of HEAR me laugh at his silly jokes.
*
*
*
Rindu bhaiiiiii.
*
*
Thank you Allah, for him.
Thank you Allah for this marriage.
Thank you Allah for our baby.
*
*
Thank you abang, untuk semuanya.
No, I dont mind waiting for you, if it is YOU i am waiting for.
Worth every second.
*
Okay jom langgar dinding.
*___*

Tuesday, May 31, 2011

Nadiah's Bridal Shower & ...................

Mind you, this entry is pictures-hazardous. Ceh ye ye je. Hehe.
*
Last sunday we (my friends & i) celebrated our soon to be bride, Nadiah by throwing her a bridal shower, at The Drawing Room, Carcosa Seri Negara. The place was chosen because the bride always dreammm (and still do) for her solemnization to be done there tapi sebab Uncle Majid says no, so tinggal kenangan je la ye Nadia, hence, the bridal shower took place. And owh it was a hi-tea event.
*
*
Jom layan gambar je la eh.
*
The prep. Aku cuma pemerhati sebab dapat exemption sebab pregnant. hehe. Sebenarnye aku mengecualikan diri sendiri. ^__^
*
The food + pop cakes.
*
One of the goodies & cakes for the bride to be. Comel kannnnnn??
*
Among the centerpieces. The theme was paris vintage + english sbb makan kat carcosa + purple color themed walaupun aku hanya pakai tudung purple sebab takdok baju preggy color purple.
*
*
Cam-whoring while waiting for the bride to be to arrive. Okay, saye sangat gumbira depan saye ade bertingkat-tingkat makanan. T___T
*
*
*
*
And tadaaaaaa...
HERE COMES THE BRIDE TO BEEEEEE!!!!!
*
The ever lovely nadiah. We were classmates & schoolmates back in primary school, lepas tu classmates for 4 years during our UIA years reading law. Nadiah jugak yg buat my hantaran, my hand bouquets, the bridesmaids' hand bouquets during my wedding & the flowers arrangement utk my bilik pengantin. A very talented girl, jom bukak floral shop, eheh. Wedding is her BIG THING. Love u much nadiah, u'll make a beautiful bride! Muuahhhhh!
*
*
Pastu makan-makan, gelak-gelak, & main few games, "who knows the bride to be", "word jumble", "sperm & ovum" kottt.. ahaha. Memang kecoh. Tapi semua happyyyy.
*
The bride to be 'marking' the 'exam papers' & tengah lekat her 'sperm' to the 'uterus'. =p
*
*
*
TAPI, yang paling tak disangka, kawan-kawan aku yang sengal tu sempat lagi buat surprise untuk mommy to be nih. A SURPRISE BABY SHOWER! Hehehe.. memang korang ni sengal lah, tapi seronok sangatttt! Thanks for the gifts, cup cakes (konon la kann, cover dengan kain kotak tu konon tak nak cair ye aishahhh), & the shower, memang melompat anak aku. HAPPY. Thank you kakak-kakak, eh, AUNTIES sekalian. Mmmuaahhh!
*
Jadi tak muka terkejut / muke nangis aku? =p Thanks for the baby journal, sokaaaa! ^_^
*
Mommy to be & bride to be. Cepatttt nadia, join the club! hehe..
*
Love love love!
*
=)
*
*
THANK YOU SO MUCH korang yang sangat best & sengal. Memang korang lah kawan-kawan aku dunia akhirat. Hehehe. Anak aku pun sayangggg korang, tapi lagi sayangggg kalau dia lahir nanti dapat hadiah. *___*
*
*
And to Nadiah, I, razmin & our baby wanna wish u the best of luck & congratulations in advance! Tak sabar nak tengok u time u nikah & reception nanti, confirm cantik! ^___^
We'll pray for the perfect journey towards your day of becoming a wife. Insyallah,everything will turn out beautiful.
*
*
I love u my darlings!

Friday, May 27, 2011

A seafarer's Love

This is something I've posted as FB note not long ago. Tapi hari ni nak post kat sini sebab nak cukupkan kuota post entri kat blog, hehehe. Boleh gitu?
*
And I think ramai yang akan agree with me, kan kan kan? =)
*
*
[as posted on 15th April 2011]
Salam..
Sebenarnya tengah boring amat di tengah2 malam ni, nak tido tak berapa berjaya sebab yang dalam perut ni tengah sakan bermain bola, biarla dia bahagia seketika :p

Tadi baca emel-emel yg suami kirimkan setiap hari dari emel kapal... Rasa rindu yang teramat sangat tapi baru tersedar yg selama ni diri ni tak sedar betapa bertuahnya memiliki seorang 'pelaut' sebagai suami...

Kata orang, bila dah berumahtangga, romantik si lelaki jadi berbeza.. Mungkin dah kurang sikit dari zaman bercinta, tapi mungkin juga jauh lagi romantik, alhamdulillah...

Aku bersyukur aku dapat rasai suasana bercinta yg tak ada kurangnya sejak dah bernikah & berjauhan... Bukan nak riak mendabik dada tapi nak bagi sesetengah yang kat luar tu faham, bukan senang nak jadi isteri org laut ni... Manisnya ada, tapi pahitnya pun ada... Ditinggalkan 6 bulan lebih tanpa bersua muka, tanpa berhubung hari2...

Kalau kapal yg ada emel, boleh emel lah... Yang tak ada, mengharap panggilan telefon satelit yg mahal tu.. Seminit USD1 kalau tak silap.. Tu pun bukan hari-hari dapat dengar suara yg dirindui... Kalau nak lama lagi, tunggu kapal masuk port... Kalau kapal route dekat-dekat, seminggu sekali dah masuk port =) Tapi kalau kapal jauh-jauh macam yours truly punya suami ni, sebulan sekali lah ye nyah. +____+

Kalau yang berbadan dua, yang punya anak kecil, aduhhh, hebatnya dugaan Allah beri... Tapi ada 1 persamaan yang aku lihat di kalangan seafarers yang bergelar suami ni.. Dari blog-blog yang aku baca, mereka yang terpaksa berjauhan dgn isteri & keluarga ini sangatlah penyayang, sangatlah romantik.. Bukan romantik berpujangga, bukan romantik mat bunga, tapi perhatian & perilaku mereka...

Mereka sangat menghargai isteri & anak-anak... Suami aku sendiri tak pernah putus-putus mengucapkan kata cinta, walau setakat 'i love u' pada setiap sms, email & di akhir panggilan telefon... Dia tak pernah lelah mengucapkan terima kasih kerana sanggup menjadi isterinya yang ditinggalkan sementara kerna dia tahu sukarnya berjauhan dengan teman hidup... Ya,memang teramat sukar... Tapi ye lah, bak kata mak aku, "kalau menangis mengongoi rindukan dia pun apa yg kita dapat, bukannya dia boleh balik pun, baik gembirakan hati.." sentap tawww makkk, tapi betul lah kan? =p

Aku juga tahu di kalangan seafarers ni, rata-rata mereka suka menyanyi (walau suara tak setanding anuar zain, hehe)... Beberapa kali aku baca di blog-blog, sang suami bermain gitar menyanyi lagu cinta utk si isteri di daratan melalui telefon, thru skype.. Suami aku juga tak terlepas, walau tak pandai bergitar & tak berapa elok pitchingnya kalau menyanyi,ihiks, lagu-lagu seperti Apa Saja, Cinta Antara Kita (ni lagu famous atas kapal) & Somewhere Over The Rainbow adalah antara lagu yang pernah didendangkan saat dia terlalu rindu...err... atau bosan mungkin,hehe...

Tapi itulah kenyataannya.. Buat yang berada di luar sana, kami mungkin nampak seperti isteri-isteri yang tidak menjalani kehidupan berumahtangga dalam erti kata sebenar... Tak boleh memasak untuk suami saban hari, tak boleh bermanja setiap malam, tak boleh bersantai bersama di hujung minggu... Namun kami punya cinta yang terlalu indah untuk diceritakan dari lelaki-lelaki bergelar pelaut ini... Mereka menzahirkan kasih sayang mereka tanpa silu di hati, kerna mereka terlalu istimewa...

Biar jauh beribu batu, biar lama hati menunggu, saat mereka pulang adalah pengakhiran kepada sebuah penantian yg amat bermakna... Dan bukan semua boleh merasai rasa malu-malu bila bertemu kembali selepas 6 bulan biarpun yang ditemu itu adalah suami sendiri :) itulah indahnya cinta sang pelaut...
*