Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, June 6, 2011

Kenangan Lalu Mengusik Jiwa

Alhamdulillah. Dah masuk third trimester. Tinggal lagi 2 bulan lebih sebelum lahirnya budak tembun ni, insyallah. Macam-macam perasaan sekarang. Kalau 7 bulan lepas otak and hati lebih fikir kepada macam mana nak harungi this pregnancy tapi bila dah sampai this stage, fikir pulak pasal bersalin, pasal preparation, pasal belanjawan, pasal nak jaga baby, pasal pantang. Isk, banyak la puloks. +___+
*
Tapi bagi yang mengenali aku, rata-rata tau yang aku ni jenis relax, tak gelabah mana pun & an easy person. Okay, puji memuji diri sendiri di situ. Tapi mungkin sebab aku ni jenis tenang macam tu, aku jadi okay jadi bersuamikan pelaut/pelayar/jurutera marin. Rindu memang ler rindu, 6 bulan tak jumpe ko, tapi relax-relax je, hidup mesti terus, takkan nak meroyan. Gitu. So aku akan buat preparation mana yang termampu, dalam time frame yang tak menyesakkan napas. Apa yang penting, ukur baju di badan sendiri, jgn terikut-ikut dengan orang, jgn ikut nafsu. Ingat tu nyah.
*
*
Tapi entry kali ni bukan pasal preparation. Kali ni entry kenangan lalu mengusik jiwa. Aku tengah cuba nak ingat balik the pregnancy journey yang aku lalui untuk 7 bulan yang lepas, esp bab mabuk-mabuk, bab teringin, apa yang aku boleh makan atau tak, perangai-perangai pelik, semua-semua lah. Untuk tatapan di masa hadapan, untuk perbandingan dengan pregnancy yg akan datang (insyallah kalau ada rezeki lagi Allah nak bagi) & untuk suami aku baca bila dia dah balik nanti. Baca banggg, jangan tak bacaaaa, rasailah apa yang ai rase bang. kehkehkeh.
*
*
FIRST TRIMESTER
1. Bau ikan goreng adalah satu penyeksaan. Kalau mak goreng kat dapur, dari pagar depan umah dah boleh bau. Isk, benci.
2. Tahap kekerapan muntah adalah bergantung kepada berapa kerap aku makan. Kalau 6 kali aku makan, 6 kali la aku muntah. Sekali muntah, keluar semua isi perut.
3. Sebulan yang pertama, masih boleh control muntah untuk sempat sampai ke toilet. Lepas tu, memang wassalam, di mana ku berada, di situ kita bertemu. Makanya, air sickness bag adalah peneman setia. Terima kasih kepada parents aku, abg long & tasha sebagai frequent travellers yang 'tapaukan' air sickness bag untuk aku. Muahhh.
4. Sangat sukeeee nasi goreng seafood dari carlos (kedai kat umah aku). Boleh dikatakan tiap-tiap malam untuk sebulan pertama tu suami tercinta belikan.
5. Sangat sukeee burger tepi jalan, tapi yang gerai tepi shell USJ 9 saje, burger otai yang jadi kegemaran seisi keluarga tu mak tak sokaa.
6. Sangat sukeee susu strawberry, seminggu sebelum tau pregnant dok telan dah susu strawberry padahal seumur hidup paling tak suke susu strawberry.
7. Tapi kejap je suka susu, lepas tu sampai end of first trimester memang tak bleh telan susu. Muak. Apa saja jenis susu, termasuk milo.
8. Pengunjung setia toilet. Biasa la kan, awal-awal pregnant semua orang pun camtu kann?
9. Tak suke jeruk, tak suke benda masam-masam. Mula-mula makan jugak nak hilangkan loya tapi tak jalan, keluar balik.
10. Tak boleh minum air panas hatta air suam sekalipun. Hari-hari minum air sejuk. Air peti la, ais tak sangat. Untuk hilangkan loya pun minum air sejuk. Sejuk perut ibu mengandung. +__+
11. Badan selalu panas time tidur. Tapi ni time razmin ada je sebab dia akan jadi mangsa sejukkan tuala, rendam dalam ais untuk aku lap badan sebelum tidur. Bila dia naik kapal terus okay. Anak nak mengada dengan bapaknye la tu kot.
*
*
SECOND TRIMESTER
1. Masih lagi muntah-muntah, tapi masuk pertengahan 4 bulan, alhamdulillah dah okay terus.
2. Bila travel untuk cuti-cuti, segala jenis mabuk hilang. Hehe. Holiday kat sabah, PD, pergi melaka, balik terengganu, semua okay, takde pulak muntah. Gi sabah & balik terengganu naik flight pun okay. Memang kuat berjalan anak aku nanti agaknye. Like.
3. Awal 4 bulan, kena asthma attack. Dua minggu jugak semput, kena pakai neb kat hospital. Batuk macam orang sakit batuk kering. Memang seksa tapi dugaaann, so layannn.
4. Second trimester ni jugak 3 kali kena urine infection. First time at 18 weeks. Sakit. +__+
5. Selera makan macam juara makan sedunia. Makannnn je manjang. Semua pun sedap esp nasi, hehehe.
6. Mengidam limpa lembu. Hehe. Ni je benda yang aku betul-betul mengidam. Yang lain semua aku teringin je, kalau tak dapat pun takpe. Tapi limpa lembu ni memang aku nakkk sangatt, sampai teringat-ingat, kecur air liur setiap kali terbayang. Dua insan yang baik hati iaitu Kak Kasmi & Kak Ani, anggota polis kat mahkamah bermurah hati masakkan untuk aku limpa masak hitam & rendang limpa. Memang sengih sampai dalam tidur, alhamdulillah.
7. Sangat suka masak bihun goreng! Masak ye, bukan beli kat kedai & makan. Boring kot family aku makan bihun je selalu tapi aku suke!
8. Sangat suka masak! Mak aku pun pelik sebab time dia pregnant baby boy dia malas masak, tapi aku lak suka nau masak. Balik kerja je masak untuk dinner. Masak ye ye lak tu. Nak join masterchef gamaknye anak aku ni. ^__^
9. Suka buah betik. The only buah yang aku makan sampai sekarang ni. Mak aku akan pastikan sentiasa ada betik yang dia dah siap potong-potong masuk dalam tupperware, simpan dalam fridge, senang aku nak makan anytime. Thank you mak! Me loveee youu!
10. Sangat bertenaga kalau tak sakit. Macam tak pregnant pun ke sana ke mari sorang diri. Aktiviti shopping barang baby dimulakan bila masuk 6 bulan. Tak banyak mana pun, sikit-sikit je dulu.
11. Sangat suka ice cream walls selection, cookies & cream. Rasanya dah 4 tub aku makan sorang-sorang. Isk, sedapnye!
12. Sangat suka nugget ayam brand marina. Brand lain tak suka. Kalau dah start goreng, rasanye 8 ketul pun boleh aku habiskan sekali makan.
*
*
Hmm..rasanya setakat tu je kot yang aku ingat. First trimester memang banyak hal sikit aku ni. Tapi alhamdulillah masuk second trimester selera makan tu dah ada. Masuk third trimester sekarang ni dah mula control sikit food intake, esp nasi. Takut diabetic sebab akan berlaku peningkatan berat badan yang kejam di 3 bulan terakhir ni. T___T. So far alhamdulillah masih urine negatif sugar & protein, berat badan pun naik steady je setiap bulan. Semoga tak ada pape sehingga akhirnya, insyallah.
*
*
Okay bye. Nak try tidur lak ni. Buntang je mata ni melayan si tembun yang dari tadi sakan menendang. *___*

No comments: