Baru lepas lunch kat court, makan nasi, AYAM MASAK KICAP fevret, sayur kacang buncis goreng & tauhu. Alhamdulillah, kenyang. Petang dah tak ada kerja, semua kes dah habis, OKT semua mengaku salah. Alhamdulillah lagi sekali.. Ye la kan, kalau betul dadah tu ko punya, ngaku je la. Kalau betul ko pecah masuk rumah orang, ngaku je la. Nak bicara apa nye kan. Okay, emo di situ.
*
*Semalam pergi monthly check up. Semalam sebenarnya 30 weeks 5 days pregnant tapi halal la kan tajuk entry 31 weeks tu. Cantik sikit nombornya. Ihiks. So semalam amik cuti, bukannya ada apa pun tapi sebab saja nak amik cuti.
*
*
Check up pukul 9.30am. Pukul 9.20am sampai DEMC, terus timbang berat dan berat NAIK 4 KG DALAM MASA SEBULAN, YEEHAAA! Memang buntang biji mata mak tengok penimbang tu tapi pastu sengih sorang-sorang. Kehkehkeh. Bahana makan nasi kenduri 3 hari 3 malam.
*
Bila dah sampai turn dalam pukul 9.35 camtu, gynae aku pulak dipanggil untuk attend satu emergency labor. Takpe la kan, nyawa si ibu & anak itu lebih penting. Tapi tak lama pun, dalam 20 minit je. Pastu bila dah masuk bilik gynae, gynae aku pun minta maaf sebab lewat attend aku, isshhh, baik sungguh gynae aku ni. Dia cakap si ibu tu bersalin anak ke-4, sebab tu kejap je. Teran sekali dua terus keluar baby nya, alhamdulillah.
*
Lepas tu, seperti dijangka, gynae aku yang baik hati tu sound aku pasal berat badan aku. +___+
Insyallah la ye doctor, akan ku coba control. Katanye kalau berat naik macam ni jugak next month, kena minum air gula. All in all;
-Blood pressure : Normal
-Urine : Negative both sugar & protein
*
Lepas tu scan budak kecik ni, dan seperti yang ku jangka juga, die tengoh tidoq sebab sekarang time dia berjaga ialah time maghrib hingga subuh. Heartbeat dia steady, memang nampak relax, kaki tengah silang, sekejap-sekejap die kuis-kuis rahim aku & memang aku rasa, lepas tu tangan ala-ala garu perut. =) Tapi tak nampak muka si tembun ni, dia malu-malu, nampak kepala je & bahagian belakang dia termasuk his sexy ass. Pheewiiit. Sekejap je scan sebab senang gynae nak ukur semua yang patut, kata tengah tido kan, memang diam je la budak kecik ni. Pusing kepala pun idak.
*
*
All measurements show baby's gestational age is at 30 weeks 4 or 5 days, alhamdulillah, tak besar, tak kecik. Berat pulak 1.65 kg, which gynae cakap normal for a baby boy at this gestational age. Si tembun ku sudah pandai berdiet. Hehe... Takpe syg, nanti lahir kita sama-sama montokkan diri eyy. Biar botak papa kena pow dengan kita.
*
Oh pastu kena tetanus injection, utk kancing gigi tu lah. Sakit tak payah cite la ye. Sampai sekarang bengkak nye. Gynae cakap kalau allergic, maka amik masa seminggu jugak la bengkak dia nak surut. Oh terima kasih! +__+
*
*
Alhamdulilah semua okay. Bapaknya pun lega, maknya lagiiii la lega kan, tengok budak kecik ni alhamdulillah sihat.
*
*
My condition sekarang memang dah macam first trimester balik. Sangat cepat penat & mengah, esp naik turun tangga kat rumah. Jemur kain pun penat. Tapi tak nak layan sangat, dah lumrah orang ngandung kan, tak apa la. Selera makan pun dah macam ping pong, kejap selera, kejap tak. Tapi sangat suka makan roti time breakfast & supper, cicah dengan milo, perghhh! Mau nya berat tak naik 4 kilo kannnn. Ni laki aku tak balik lagi, kalau dia dah balik mau dia ajak jalan-jalan cari makan. +____+ Owh pastu sangat rindukan masakan bonda ku, lama sungguh mak abah ke europe, sebulan tu, cepat la minggu depan, tak sabar tunggu diorang balik!
*
Speaking of laki nak balik, mak tengah menghitung hari ni uolsss, 17 hari lagi ke 8hb Julai. Marilah sama-sama kita berdoa agar dia dapat sign off. Insyallah.... rinduuuuuu!!!
*
*
Ok lastly, mak buyong at 31/32 weeks. Tak kose nak amik gambar sendiri, curi gambar dari album ecah. Comel kan aii? Ihiks. Bye.
*


ini time baby shower hari tu, at 29 weeks. =) Liza totoi buat profie picture FB dia, aww.

2 comments:
dah habis shopping brg baby blom??
blommmmmmm lgi la kak... tangan mmg gatal nak beli tpi razmin sruh tnggu die balik dulu.. tpi x bnyak dah kott.. =p
Post a Comment