Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 15, 2011

The Labour. Part 4

Mari sambung... =)
*
Bila Razmin bagitau yang baby ada problem, aku terdiam. Semua orang dalam bilik diam. Takut nak bertanya tapi akhirnya aku tanya jugak, walaupun aku sumpah tak nak tahu masa tu, aku takut sangat sangat. Aku tak pegang lagi anak aku, aku tak dukung lagi anak aku... Ya Allah... =(
*
Razmin cakap dia tak berapa tahu, nurse cuma cakap baby ada breathing problem, dia macam struggle untuk bernafas secara normal, details yang lain, kena tunggu Paed brief... Aku terus pejam mata, aku tak nak dengar apa-apa lagi, aku tak nangis, tapi dalam hati aku cuma berdoa agar anak aku selamat & dilindungi Allah... Aku terlalu takut masa tu, mujur ada suami, family & kawan2 baik aku dalam bilik dengan aku, pandai diorang tukar topik & sembang-sembang, tak nak bagi aku risau, walaupun aku tau semua orang pun risau..
*
*
Dalam setengah jam, masuk Paed untuk baby aku, Dr.Roliza. Cantik orangnya, lemah lembut.. Dia kenalkan diri kat semua yang ada & terus brief aku pasal Riyadh.. Katanya Riyadh ada breathing problem, dia sangat struggle untuk bernafas secara normal & bunyi pernafasan dia sangat kuat bila kat Nursery untuk the 1 hour observation. Bila check, oxygen saturation dia sangat rendah, dalam 60-70 sahaja, normal 100, and untuk newborn, condition tu sangat bahaya.
*
Aku terdiam, semua orang pandang aku tapi aku tak mampu nak cakap apa-apa.
And aku ingat itu je.
*
Tapi rupanya... Paed cakap lagi, diorang dah buat x-ray kat anak aku.. Sedih aku, belum apa-apa anak aku dah kena x-ray.. Dah check breathing semua, Paed cakap dia ada lung infection.. Ya Allah... Lepas tu sugar level dalam badan dia rendah dari biasa... Aku dah tak tau nak fikir apa time tu, dengan lemah badan lagi, dengan pening-pening, and aku tau Paed tu kesian tengok aku tapi dah jadi tanggungjawab dia untuk explain kat aku & Razmin as parents apa yang berlaku..
*
Ada lagi..
*
Paed cakap baby kena put on oxygen, and diorang letak dia dalam oxygen globe *kot* and diberi 10liter oxygen untuk bantu dia bernafas.. Paed tu cakap lagi, anak aku tak boleh feeding untuk 48 jam, dia cuma akan di drip dengan glucose untuk pastikan dia ada tenaga.. Drip. Anak aku dah dicucuk jarum tak sampai 2 jam hidup di bumi Allah ni... Sedih sangat time tu...
*
Paed cakap Razmin boleh pergi tengok Riyadh, aku pun sama, parents sahaja and ayah aku cakap kat Paed tu, "takpe lah doctor kalau tak boleh dukung pun, tapi boleh lah kan kitorang tengok cucu through tingkap nursery kan?" Penuh harapan ayah aku tanya Dr.Roliza tu... Aku faham, sebab ayah aku memang excited sangat-sangat nak jumpa cucu dia, and dia yang banyak beli macam-macam untuk anak aku.. Tau doctor jawab apa? Dr.Roliza cakap, "Maaf cik, parents saja yang boleh jumpa & baby bukan kat nursery, tapi kat NICU - Neo-natal Intensive Care Unit".
*
*
Panggg!!! Anak aku di ICU...! Masa tu aku terus pejam mata rapat-rapat, cakap terima kasih kat Paed and aku tak nak dengar apa-apa dah. Susah betul aku nak telan semua ni...

Tak lama lepas tu, ayah aku kejut aku, dia cakap Razmin dah masuk NICU & tengah video call aku, untuk kitorang semua tengok anak aku... Tu dia, anak aku, dengan wayar berselirat, duduk dalam oxygen globe, hanya pakai pampers.. Sungguh, aku tak sanggup nak tengok lama-lama, sebak rasa hati aku... On the other hand, aku bersyukur dia masih bernafas.. And aku bersyukur aku masih di bawah pengaruh ubat bius, aku pening-pening, aku terus tertidur....
*
*
16 AUGUST 2011. TUESDAY
Selepas mengharungi satu malam yang sangat menyakitkan sebab ubat bius dah habis, akhirnya hari esok tiba... Pagi-pagi lagi subuh hari nurse datang lapkan badan aku, tukar pad, tukar cadar, tukar tiub kencing, tukar hospital gown, bersihkan badan aku and dalam pukul 8, gynae aku datang untuk check luka c-sect... Alhamdulillah luka okay & gynae cakap aku kena bed rest untuk the whole day sebab tak kuat lagi untuk bangun.. Fine.
*
Tapi memang tak lah kan, hati seorang ibu, aku meronta-ronta dalam hati nak jumpa Riyadh.. Aku suruh Razmin call nurse counter, tanya NICU bukak pukul berapa & diorang cakap buka pukul 10 pagi. Pukul 9, aku page nurse counter, datang nurse kat bilik, aku cakap aku nak buka tiub kencing. Nurse tu tanya aku, aku dah boleh bangun & jalan pergi toilet ke, aku cakap aku dah boleh, aku tipu sebenarnya. Dia pun buka tiub kencing tu, and lepas dia keluar, aku minta Razmin page nurse untuk minta wheelchair pulak.
*
Razmin memang berkeras tak nak bagi jalan tapi aku dah nangis-nangis, aku cakap aku kena bangun & jumpa Riyadh, aku tak pegang lagi anak aku, aku cuma kiss dia sikit dalam OT semalamnya, itu saja! Razmin mengalah, dia kesiankan aku mungkin...
*
*
*
Nurse datang bawa wheelchair and aku gagahkan diri bangun dari katil, jalan sikit walaupun pening nya Allah yang tau, sakit kat tempat operate tu memang tak tertanggung tapi malas nak fikir.. Razmin cakap kat nurse dia sendiri akan tolak aku ke NICU, so kami pun ke NICU...
*
Sampai di NICU, kami tekan alarm, Nurse bukak pintu, kami kenalkan diri, cakap nak tengok baby... Nurse suruh kitorang sterilize tangan, pakai lab coat, pakai selipar yang disediakan & aku pun berjalan ke satu bilik ni... Aku nampak ada dua baby, tapi aku terus tahu yang mana satu anak aku...
*
*
*
-stop kejap, nangis ni.-
*
*
Aku akhirnya sampai kat anak aku, my baby... Ya Allah, comelnya dia, mata dia terkedip-kedip.. Kat badan dia ada tak kurang dari 3 wayar... Tangan dia berbalut sebab kena drip, kaki dia ada sensor dipasang untuk monitor keadaan dia.. Dalam mulut dia ada tiub dimasukkan untuk keluarkan angin takut dia kembung... Hanya kepala dia yang aku tak boleh sentuh sebab dalam oxygen globe...

Aku terus menangis, menangis sungguh-sungguh, Razmin peluk aku, minta aku sabar.. Dia tenangkan aku, cakap semua akan okay.. Dia cakap lupakan yang di depan mata, tapi tengoklah anak kita, comel kan dia? Dia memang tembun sangat.. Merah kulit dia, walaupun menggelupas tapi dia comel.. Lebat rambut dia, hitam, cecah tengkuk kat belakang.. Hati aku meronta-ronta nak dukung dia, aku nak peluk cium dia tapi aku cuma boleh usap kaki & tangan dia.. Even badan dia pun aku just boleh sentuh sikit-sikit sebab penuh wayar...

Hilang semua kesakitan aku, aku cuma nak bersama dengan anak aku... Staff nurse yang jaga NICU datang, bagi aku kerusi.. Dia cakap Riyadh baik, tak nangis & tak meragam... Aku masih menangis time tu.. Aku panggil-panggil nama dia, and dia macam faham, dia bukak mata dia sikit, aku pegang jari dia, dia genggam jari aku balik... Aku bahagia sangat-sangat... Aku tau anak aku tau aku datang...
*
*
Untuk seharian tu, aku memang kat NICU, aku baca Yassin, aku sembang-sembang dengan Riyadh walaupun sambil berjuraian air mata aku... Razmin keluar masuk NICU untuk jumpa dengan family & kawan-kawan yang datang,and Razmin akan datang ambil aku bila time makan.. Bila dia free, kami sama-sama duduk dengan Riyadh, sapukan dia baby oil sebab kulit dia menggelupas agak teruk... Hanya itu sentuhan yang aku dapat beri anak aku time tu... Ye, memang ralat, memang sedih tapi Allah itu Maha Penyayang kan... Allah itu Maha Adil...
*
*
Exclusively, ini gambar-gambar Riyadh masa dia kat NICU waktu umur dia 2 hari... Sumpah, aku dah lama tak tengok gambar-gambar ni, bila aku tengok balik, memang aku nangis sangat-sangat... Hati seorang ibu... Walau kuat mana pun aku, pregnant sorang-sorang tanpa suami, harungi macam-macam seorang diri tapi bila tengok gambar ni, aku memang tak boleh nak jadi kuat...
*
*
*
*
3.79kg, 56cm...
*
Tiub dalam mulut, memang buat dia tak selesa, asyik terjelir lidah dia... Memang meruntun hati aku...
*
*
*
Tapi Riyadh anak yang baik, anak yang kuat... Dalam aku menangis di sisi dia, dia masih menenangkan aku dengan senyuman dia... Terima kasih sayang...


TBC.



Wednesday, September 14, 2011

The Labour. Part 3

Ehehe. Sorry lambat update. Gituu. Sorry kat sape ntah ko nih. Ihiks.
*
*
Okay, masuk lobby OT, terus jumpa Dr.Jaseem, the anesthesiologist i.e pakar bius. Betul ke aku eja ekk. Baik je orangnya, aku ni dah terkebil-kebil macam ayam berak kapur sebab takut & masih menahan sakit contraction. Lupe lak, dari LR tu aku ditolak atas katil terus ke OT, itu yang tambah terkebil-kebil sebab tengok lampu manjang. LR level 2, OT level 3. Dr.Jaseem brief aku pasal procedure nak bius ni, pastu terus masuk OT.
*
First time aku masuk OT, memang jakun, terus feeling Grey's Anatomy gitu. Time tu sempat pulak aku teringat kat adik aku, si DD yang baru first year belajar medic, agak-agak die jakun macam aku tak? Hehehe. Pastu gynae aku muncul dalam scrub die, pastu aku diperkenalkan dengan Paed yang akan handle baby aku once die dah keluar. Pastu ada few staff nurse yang involve dalam surgery tu. Semua baik-baik, semua menenangkan aku. Oh, kat lobby OT tu depa pasang bacaan ayat AlQuran, dah dekat nak buka puasa kan, alhamdulillah, tak salah pilihan aku dengan pilih DEMC ni walaupun banyak suara sumbang berbunyi. Eh tiberr emo lak.
*
*
Lepas tu Dr.Jaseem suruh aku duduk sambil peluk bantal, pastu belakang aku at the end of spine tu di spray dengan benda apa ntah tapi sejuuuk. Pastu kena cucuk 2 kali, aku tak tau besar mana jarum dia tapi mak aih, memang terasa habis. Owh, bius half way down sahaja. Lepas bius tu sekejap je dah rasa kaki aku kebas and wallaaahh, terus tak rasa pape dah, rasa kebas je.

Lepas dah bius tu, gynae aku pun ready untuk buat ceasarean section tu. Gynae aku baca doa and ajak aku sama-sama baca bismillah & doa. Semua orang dalam OT tu amin kan doa gynae and pesan kat aku jangan risau sangat. Aku ingat lagi sorang staff nurse ni cakap "Puan, puan relax ekk, nanti agak-agak doctor nak kuar kan baby saya bagi specs puan cepat-cepat, boleh puan tengok baby.." Hehe, comel je aku rasa... Ye lah, specs aku depa amik, sebab nak pakai oxygen mask tu kan, so pandangan aku kabur la kejap. +__+
*
*
Time operation started, 5.50pm. Of course aku tak nampak apa-apa sebab depa halang pandangan aku dengan gantung kain hijau depan muka aku, aku cuma nampak lampu yang besar tergantung tu je, memang feeling Grey's Anatomy, ish, teringat McDreamy. Hehehe. Dr.Jaseem ada belakang aku kat kepala, aku rasa die monitor BP aku semua, Paed tu ada kat sebelah kanan aku, kat tempat depa letak baby lepas baby lahir tu, untuk bersihkan baby tu. Sorry ekk, aku tak tau nama benda alah tu. =p
*
Okeh, memang aku rasa doctor belah aku. Rasa la die tengah belah, tapi tak la rase sakit koo. Gilos. Adik aku cakap doctor aku belah layer by layer, kulit, lemak, etc etc. Mesti lama gynae aku nak belah lemak aku, 7 lapisan hado. Akekeke.
*
Pastu aku start rasa gynae godek-godek perut aku. Aku dengar la jugak die cakap "okay, the head...shoulder..okay good...lagi sikit..." pastu last sekali, aku ingat gynae aku cakap, "Jaseem, tolong tolak" and Dr.Jaseem pun dari belakang kepala aku die tolak perut aku ke depan, which sebenarnya die tolak baby untuk last push and tadaaaaa, at 6.16pm, aku dengar gynae aku cakap "Elya, jom cakap assalamualaikum..." and there he is, my baby, my sweet baby...
*
Aku dengar teriakan pertama dia, kuatnye dia nangis, aku nampak gynae aku pass baby kat midwife & then midwife bagi kat Paed... Subhanallah, waktu tu air mata aku mengalir tiba-tiba.. Satu perasaan yang tak pernah aku alami datang.. Kalau masa pregnant aku rasa aku sayang sangat kat baby dalam perut aku, bila aku dengar suara dia nangis, aku rasa lagi sayang, bercampur-campur... Indahnya perasaan tu, Allah je yang tau... Satu perasaan yang aku rasa lebih kepada satu anugerah untuk kaum ibu.. Allahu akbar.. Besarnya anugerahMu ya Allah...
*
*
Seperti yang dijanjikan, staff nurse tadi terus pakaikan aku specs aku.. Aku dah tak hiraukan apa yang gynae aku buat untuk jahit semula, aku cuma tengok ke kanan aku and tengok midwife & paed bersihkan baby aku sambil dengar suara yang aku rindu nak dengar selama ni.. Dalam hati aku, aku cakap "this is it, this is my baby..." okay,takde la aku cakap omputih tapi lebih kurang camtula, hehe.. Aku memang terus menerus nangis, bukan yang melalak or yang tersedu-sedu tu tau tapi yang syahdu tu,hehe.. Alaaa, macam iklan susu Anmum tu, ha, macam tu la aku nangis, feeling seorang ibu, gituu.
*
Lepas tu midwife datang dekat dengan kepala aku sambil dukung baby aku yg togel, hehe.. Dia tunjuk penis baby aku, alrite, bergaya di situ, confirm hero... hehe..

Lepas tu aku kiss baby aku, my first kiss, aku kiss kat pipi & bahu dia.. Bergetar mulut aku, bergetar perasaan aku waktu tu... Siries aku tak tau macam mana nak describe apa aku rasa time tu, beyond words.. Rasa syukur yang tak terhingga, rasa terharu & gembira yang amat, rasa sayang yang paling sayang, tak pernah aku rasa aku sayang seseorang macam mana aku rasa time tu, sungguh!
*
*
And baby aku dibawa pergi dari aku, untuk jumpa papa die kat luar... Lepas tu Razmin bagitau aku yang gynae aku datang dukung baby aku and bagi kat die dalam LR, bonding time katenye.. Time tu Razmin azankan Riyadh & Razmin cakap Riyadh terkebil-kebil tengok dia... Hmmmmm... ^_^
*
Aku pulak, post-op, dibawa ke recovery ward.. Masa tu aku rasa sejuk yang teramat sangat, kesan dari ubat bius, bak kata adik aku, temp badan dah turun and so I was put under a thermal blanket tapi masih berlaga-laga gigi aku & menggigil-gigil badan.. And lepas tu gynae aku, Dr.Jaseem, midwife & staff nurses yang dalam OT tadi datang & jumpa aku, wish congrats & dalam linangan air mata (masih okayyyy) aku ucap terima kasih 18 kali agaknye, esp kat gynae aku & lepas tu aku dengar azan Maghrib, maka masuklah waktu berbuka puasa, 15 Ramadhan 1432 Hijrah..
*
*
Aku kemudian dibawa ke ward, juga di Level 3, Wad Baiduri, Room No.308. Razmin amik single standard room, mula-mula waktu ward tour few weeks before deliver tu hajat nak amik exec suite kat Level 6 tapi lepas tu tak jadi sebab dapat tahu yang Nursery untuk baby kat level 3, so pilih level 3. Bilik sangat okay, toilet luas, ada satellite tv & day bed untuk partner so takde la tidur tercongok atas kerusi or kena angkut comforter bagai dari umah.. Extra pillows + blanket disediakan untuk partner, alhamdulillah, selesa..
*
*
Bila aku sampai kat bilik, Razmin dah tunggu aku, senyum je dia, senyum pertama yang aku nampak, a proud father smile. =)

Aku penat gila time tu, aku ingat aku minta air dari Razmin & tak lama lepas tu the whole family came.. Yang paling excited, of course lah ayah aku.. Dia yang pertama cium dahi aku, lepas tu mak aku & the brothers, plus Tasha.. And then Aishah & Atun datang, hari-hari diorang datang, thanks korang, love korang!
*
*
Aku ingat bertubi-tubi soalan family aku tanya aku & Razmin and aku cuba jawab mana yang aku larat, bukan penat apa pun, rasa lali je sebab ubat bius tu tak hilang lagi kan, plus kaki aku still kebas, aku rasa helpless and lemah sangat..
*
*
And tiba-tiba aku teringat, eh mana depa tak hantar lagi anak aku ekk? Waktu tu dah dekat pukul 9, and seingat aku, depa cakap baby akan diletak under 1 hour observation after delivery untuk panaskan badan die, bersihakn die etc etc.. Ini dah dekat 3 jam kan.. So aku mintak Razmin pi nursery and tanya, sebab aku nak breastfeed baby..
*
*
*
*
Lepas 10 minit, Razmin datang balik bilik, but without my baby...
*
Dia cakap nurse bagitahu, baby tengah undergo proceeding, ada problem...
*
*
Gelap dunia aku tiba-tiba......

TBC.

Monday, August 29, 2011

The Labour. Part 2

Okay. Masuk labour room, tukar pakai hospital gown, masa tu dah penat sangat, rasa macam di awangan sebab dah stim dengan sakit yang amat, tapi masih tunjuk muka cuba bertahan kat suami sebab tak nak dia risau lebih, kesian dia nanti, mana nak fikir aku lagi, mana nak fikir baby lagi.
*
Dalam pukul 5 rasanya, Razmin gi solat asar, aku pulak tertidur kepenatan, dalam dok berkontraksi tuh aku mampu lelapkan mata, ehehe, tapi rasanya bukan aku nak tidur pun tapi body macam dah kena switch off, penat. Time tu terfikir jugak macam mana nak push nanti sebab dah penat kan, tapi setakat terfikir je la, pastu tidur jugak.
*
Tak sampai 10 minit tidur, midwife tadi masuk bilik, strap CTG, ha amikk, contraction dah 2 minit sekali, alhamdulillah, padan la sakit lain macam, huhu. Bidan konfiden cakap kalau dah kerap macam ni insyallah dah at least 8cm bukaan. =) Yeay nak beranak!
*
Pastu gynae datang, die pun seluk untuk cek bukaan. Ye, memang hari aku penuh dengan selukan semata. +_+ Aku tengok muka gynae tu berkerut-kerut, macam payahhh je, ishhh.
Pastu baru aku tau kenapa, sebabnya, bukaan aku MASIH DUA SENTIMETER walaupun dah ada contraction selang 2 minit sekali macam dah buka 8cm, dah tumpah darah bagai, dah berkontraksi dari pagi, isk isk. Sadisss.
*
Gynae aku cakap kepala baby masih jauh, lagi masuk ubat, lagi naik kepala dia ke atas, patutnya bila dah ada contraction kuat macam tu kepala baby akan turun dan buka laluan, itu lah point dibuat induce ni tapi dah terbalik kot dah aku ni. Perut aku pun jadi naik ke atas, tak 'jatuh' macam orang nak bersalin pun.. Haihh..

Gynae aku bagi option, sama ada untuk tunggu sampai esok pagi or nak c-sect terus time tu. Aku tengok Razmin, aku cakap terpulang kat die sebab time tu aku dah penat sangat. Aku dengar Razmin tanya gynae & bidan, gynae aku suggest untuk c-sect sebab kepala Riyadh ni besar, dia cakap kemungkinan untuk bersalin normal adalah tipis, boleh cuba tapi takut hilang darah banyak & bahayakan baby.
*
So Razmin cakap proceed dengan c-sect terus time tu jugak. Aku tibe-tibe rasa berdebar dalam kesakitan yang amat. Bidan terus prep aku, shave kan kat bahagian nak di belah tu i.e kat pangkal rahim, pastu terus aku diusung ke OT & Razmin tak boleh ikut masuk OT. Demmm di situ tapi macam aku cakap, aku penat sangat, tak larat nak rasa kecewa, hehe.
*
*
Razmin ikut sampai kat pintu nak masuk ruang lobby OT. Dia cium dahi aku, aku salam dia sambil minta maaf kat dia... Of course aku nangis sebab aku takut & rasa sayu tibe-tibe.. Aku minta dia doakan baby selamat.. Aku lupa untuk minta dia doakan aku, aku cuma cakap doakan baby selamat... Razmin being Razmin, sangat tenang, dia senyum kat aku, usap-usap cium kepala aku, dia cakap "semua akan selamat sayang, abang tunggu sayang & baby kat luar ni ekk..." ~
*
*
TBC

Saturday, August 27, 2011

The Labour. Part 1

Alhamdulillah.. hari ni Riyadh dah berusia 12 hari.. Sekejap je masa berlalu, Isnin depan dah cukup 2 minggu anak aku.. Rasa macam tak percaya dah ada anak sendiri tapi bila dengar die melalak, aku percaya sungguh-sungguh, eheh. =p
*
*
Hari ni baru free nak update pasal labour experience.. Sementara masih fresh dalam otak, baik update kan, kalau tak kang nanti rugi bila dah lupe...

First & foremost, alhamdulillah semuanya selamat walau banyak drama tapi kalau takde drama, takde sakit-sakit, takde jerih perih, takde la omputih panggil proses bersalin ni 'labour' ye dok? Labour = buruh. Kerja buruh tuuu... Alhamdulillah semua berakhir sudah...
*
*
Okeh. EDD aku sebenarnya adalah pada 24.8.2011.
Hari Jumaat 12.8.2011, Razmin & aku pergi DEMC untuk scheduled check up. Buat CTG, jumpa gynae ku yang bak angel, dia cakap pergerakan baby kurang, jantung alhamdulillah okay tapi movement dia agak merisaukan. Lepas tu buat ultrasound, tu diaaa, kepala Riyadh naik ke atas dan masih jauh dari cervix opening. Gynae cakap kepala dia agak besar, head circumference 35cm, berat dah 3.4kg, and ada 2 minggu lagi untuk tunggu EDD.
*
Lepas tu doctor buat membrane sweep a.k.a seluk menyeluk di bawah, aduhaiiii, sakitnya! +_+
Doctor cakap pintu masih tebal, kepala baby jauhhhh. Dengan semena-mena, doctor cakap "Elya, next monday kita induce ye". Aku pun tanya, "Bersalin terus ke doctor?". Dia pun cakap "Haah, kalau tunggu lagi nanti baby terlalu besar, untuk bersalin normal, takut massive vaginal injury sebab you first baby". Aku tengok Razmin, Razmin tengok aku... "Okay doctor." Confident kan?
*
*
*
Yo lahh, confident lahh sangattt. Lepas check up sampai umah aku diam je. Diam, tarik nafas, diam, tarik nafas. Razmin genggam je tangan aku, pun diam jugak. Macam tak percaya. Maknanye tinggal sabtu & ahad je aku ngandung. Maknanye tinggal 2 hari je lagi aku nak pulun makan macam-macam. Eheh, siriesss, itu yang aku fikir. Seboleh-boleh tak nak fikir sakit ke ape ke, dah nama nye bersalin kan, memang la sakit so takpe lah.. Tapi pastu gatal gak gi google pasal induced labour. Memang rata-rata orang yang pernah lalui cakap bila induce lagi sakit dari sakit normal sebab dah namanye induce, bukaan akan dipaksa untuk dibuka. Terus tamau google dah.
*
*
Hari sabtu, cergas prepare playpen Riyadh, pasang sheet semua. Razmin kemas bilik, tukar cadar, mop lantai, jemur karpet, jemur bantal, lepas tu dia sediakan rencah untuk bakar ikan, rencah untuk masak sup sayur. Dia tumbuk siap-siap simpan dalam tupperware, senang die nak masak untuk aku nanti. Thank you sayang! Pastu pukul 1 pagi aku lapar, ajak Razmin gi SS13, makan A&W sepuasnya. Oh sedapnye golden chicken, mozza burger, waffle butter & syrup + root beer float. Ye, aku makan semua tu. ^_^
*
Hari ahad, pagi-pagi gi pasar tani, Razmin beli ikan-ikan untuk aku makan time pantang, beli sayur, pastu basuh bersih-bersih, marinade dengan rencah yang die tumbuk, simpan dalam plastik-plastik kecik, 2 ekor sehari. Ada ikan cencaru, ikan selar, ikan kembung & ikan talapia. Thank you lagi sayang! Ahad malam, mata tak mau lelap mana... Perasaan bercampur-campur sebab tau esoknya insyallah bersalin... Tak tahu nak expect apa, melainkan sakit.
*
*
Hari Isnin, hari untuk beranak. Eheh. Pukul 7.15 dah gerak dari umah. Jem sikit nak keluar USJ, pukul 7.45 sampai DEMC, pergi bahagian Admission, bayar deposit pastu terus depa hantar pergi Level 2, pergi Daycare di Labour Room. Terusss nyahhh, takde nak lepak-lepak amik semangat dulu ke ape ke.
*
Masuk Daycare dalam 8.15, terserempak dengan gynae aku, die dah ready kat LR tu awal-awal, seram aku. Nurse terus strap CTG, alhamdulillah baby okay time tu.. Nurse suruh rest dulu, so aku & Razmin sembang-sembang, aku SMS2 dengan Aishah & Atun yang setia SMS aku sepanjang hari, thanks kawan! Dalam pukul 9, Gynae aku datang, dan sekali lagi proses seluk menyeluk berlaku.

Time tu memang takde bukaan ape lagi, makanya ubat pun dimasukkan. Tak silap aku untuk induce ni ada 2 cara, satu pakai ubat size ala-ala panadol, masuk kat bawah, satu lagi drip ubat, tapi yang drip ni selalu guna bila dah ada bukaan dalam 4cm camtu, untuk terus buka ke 10cm in emergency cases.
*
Gynae aku cakap aku akan rasa sakit dalam masa sejam.. Elok pulak sejam tu aku tidur, Razmin pun tidur, sian die penat tunggu aku.. Waktu ni rasa sayang sungguh kat laki aku, eheh. =p
*
I love u, and thank you.
*
*
Cukup sejam, dalam 10 - 10.30 pagi camtu aku mula tak senang duduk, tak senang baring. Nurse datang strap CTG lagi sekali, tengok-tengok dah ada contraction tapi tak berapa kuat, dalam 20 minit sekali tapi mak aihhh, rasa macam 20 saat sekali. Aku bangun jalan-jalan dalam daycare tu, gi toilet, baring, duduk, sembang dengan Razmin, makan, minum.. Oh, gynae aku cakap jangan puasa, amik breakfast, makan in between meals supaya ada tenaga nak masuk LR nanti.
*
*
Pukul 12 tengah hari, contraction makin kuat, makin sakit tapi aku lega ada contraction & ada blood spotting jugak, itu pun buat aku happyyy sebab itu tandanya ubat tu dah menjalankan tugasnya & contraction menandakan ada bukaan, kan kan kan??? Tapi ye lah, sakit contraction tu memang aku tak bole nak describe di sini, beyond words ~ Allahuakbar...
*
*
Lepas lunch dalam pukul 12 tu, aku dah start ala meroyan, eheh, sakitnye ya Allah.. Razmin urut pinggang tak jadi, urut kaki tak jadi, minum air tak jadi, jalan-jalan pun tak jadi, berak kencing pun tak hilang jugak sakitnye. Masyallah, memang hebat sakit nak bersalin ni, memang betul-betul menginsafkan.. Time tu ntah berapa kali aku minta maaf dengan Razmin, hantar SMS kat mak abah aku minta maaf.. Mulut ni tak henti-henti selawat, doa, Razmin pun terus menerus baca surah Maryam, surah Yassin, minum air zam zam yang mak aku bekalkan, apa saja yang terlintas di fikiran untuk redakan kesakitan tu aku buat tapi itu lah kan, tak ada yang mampu redakan sakit tu (kecuali amik pain killer / epidural la kot ekkk..) ...
*
*
Dalam pukul 2 lebih, gynae aku datang check lagi... Kali ni seluk lagi nak tengok berapa dah bukaan.. Time tu rasa seronok & lega tengok doctor datang sebab mak konfiden nyah bukaan dah banyak sebab sakit dah azab, hehehe.. Semangat ni nak kena tolak masuk LR, bosan dok daycare nih, tak sabar nak tengok anak aku!

Tup tup lepas doctor check, baru SATU cm!!!! Hadoi laa, baru 1 cm? Pastu doctor 'bukakan' lagi 1 cm.. Perghhhhhh, die punya sakit memang best! Hehehe... Robek hatiku! +_+. So okay, baru 2cm.. Gynae aku cakap takpe takpe, kite tunggu sikit lagi... Isk!
*
*
Maka bergulinglah lagi aku kat daycare tu.. Masa ni dah agak kepenatan sebab sakit, so dapat gak terlelap dalam setengah jam.. Aku suruh laki aku baring atas katil, biar aku yang duduk atas kerusi sebab aku dah tak selesa baring/duduk berlunjur atas katil... Pastu aku suruh dia tidur sebab kesian tengok die tapi die tak nak... Aku bangun gak jalan-jalan kat daycare tu, gi toilet basuh muka la, basuh tangan la, janji jalan kan, nak bagi senang buka...
*
Dalam pukul 4 camtu nurse datang strap CTG lagi.. Time tu contraction dah dalam 5 minit sekali, yeayyy! Seronok sangat tapi sakit sangat.

Dannnnn akhirnya, dalam pukul 4.30, midwife datang.. Dia cakap "Puan, puan siap-siap ye, kita nak masuk labor room dah, doctor nak proceed, insyallah dah buka 5-6cm tu, kalau dah, kita pecahkan air ketuban...". Yezzaaaa, aku ni dah sakit sangat dah tak ingat apa dah, ingat nak bersalin je & hilangkan sakit contraction tu... Memang lajuuu je aku turun katil & terus ikut midwife tu, laki aku pun aku tinggal kat belakang, pastu ada staff nurse tu terkejar-kejar tanya aku nak wheelchair ke tak.. Hehe, takpe kak, saya nak jalan. =p
*
*
So here we are, the labor room! ^_^



TBC.

Wednesday, August 17, 2011

My Baby Is Here

Alhamdulillah...
My baby boy is here. ^___^
*
Welcome to Muhammad Riyadh Eeman Bin Mohd Razmin.
15th August 2011
6.16pm
56cm
3.79kg - budak tembun, confirmed! hehe..
*
More updates on the labor thingy later ekk...
*
*
*




Semoga membesar menjadi khalifah Allah yang soleh, amin......................

Monday, August 8, 2011

Duriannnnnnnnnnnn!

Entry khas untuk suami.
*
Suami saye hantu durian. Tapi bukan dia sorang je, seisi keluarga saye amat suka makan durian, kecuali abah saye. Abah saye tak jadi hantu kalau makan durian, die biase-biase je, tak macam bini, anak-anak & menantu die yang akan sengih-sengih menyeringai macam mak lampir kalau nampak durian & apa saje yang bersekutu dengannye yakni pulut durian, serawa durian, kek durian etc etc. Kawan baik saye, aishah pun hantu durian. Dulu die selalu bagi saye durian letak dalam tupperware sejuk-sejuk sebab mak die kaye ade kebun durian kat Tangkak tapi sekarang die dah tak bagi dah. Opss. haha.
*
*
Lepas turun kapal hari tu, saye & laki saye balik ke Taiping, yakni rumah keluarga suami saye. Maka kami laki bini berhempas pulas makan durian dengan banyaknye di tepi jalan di belakang hospital taiping iaitu durian dari bukit gantang yang sangatlah lemak manis. Kemudian sambung makan di rumah mertua dan kemudian tapau durian di Hentian Sebelah Simpang Pulai on the way back to Subang Jaya. Hajatnye nak bawa balik rumah tapi akhirnya kami tewas dengan bau durian tersebut dan makan di gazebo R&R Tapah di Maghrib hari.
*
Saya juga beli sebekas kecil tempoyak dan telah habis digunakan untuk masak ikan patin masak tempoyak & saya buat sambal tempoyak untuk makan dengan ulam. Berat suami saya naik 2kg dengan mendadak.
*
*
Kemudian abang kami & aweknya Tasha telah membeli 5 biji durian di USJ 14 dengan harga kalau tak silap saya RM10 dan membawa pulang ke rumah. Mujurlah di rumah waktu tu hanya ada saye & suami saye, owh mak saye ada tapi sedang tidur, maka kami simpan sebiji untuk mak dan 4 biji yang lain kami makan dengan senyap, tau-tau dah habis. Tasha juga salah seorang hantu durian yang tegar.
*
*
Kemudian hari apa ntah saye dan suami saye ke Mydin untuk beli plastik untuk menyediakan pek-pek kecil kurma untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan sekerja saya di mahkamah sempena Ramadhan tapi rupa-rupanya bukan plastik sahaja yang kami beli. Kami terlihat pekerja Mydin sedang melelong durian kampung yang telah siap di pek memandangkan hari dah malam : 2 pek RM15. Dengan berlagaknya kami cuma beli 2 pek sahaja kerana kami rasa kami dah banyak sangat makan durian sebelum ini dan takut tak berapa sedap walau hakikatnya isi-isi durian tersebut nampak sangat kuning, berkedut & berlemak.
*
*
Dari durian Mydin tersebut maka terhasillah pengat durian & pulut durian. Suami saya memperkenalkan kepada saya cara makan pulut cara orang kelantan kerana mak mertua saya adalah orang kelantan (mak saye pun tapi mak saye tak pernah ajar) iaitu makan pulut dengan buah durian fresh, tuang santan segar & tabur gula atas pulut, suami saye parut gula melaka / nisan. Saye rase pelik dan mengambil keputusan untuk teruskan makan pulut dengan pengat durian sahaje. Hari tu kami sekeluarga kenyang makan pulut durian semata. Terasa indah sekali.
*
*
Pengat durian + pulut.
*
*
Kegemaran suami saye.
*
*
Hantu-hantu durian. (kecuali yang baju putih =p ) Adik bongsu saye, DD takde dlm gambar sbb die kat jordan tapi jordan takde durian.
*
*
Saye harap si tembun dalam perut saye juga akan gilakan durian. Owh comelnye die makan durian!
*
Maka dalam kerugianlah anda-anda yang tak suke durian. Ekeke. Sedappp seyh, apsal korang tak suke? ^___^

Friday, August 5, 2011

Menghitung Hari - 19 Days Left!

19 days left.
*
A maximum of 19 days left before I can hold my baby in my arms =)

Masyallah, cepat nye masa berlalu! Now that my baby is considered in his full term, he can decide when to pop out. I can play along with you baby, just don't make me too tak sabar k? But seriously, I am tak sabar!

Carrying you all this while is a gift, a true blessing from Him. Bukan semua dapat merasai nikmat mengandung, alhamdulillah, walau perit mana pun dugaan dan cabaran mengandung 6 bulan tanpa insan bergelar suami... Terlalu sukar sebenarnya... tapi alhamdulillah, Allah beri kekuatan yang aku sendiri tak tahu wujud dalam diri ini...

Muntah pening, tak ada selera, kaki cramp, sakit pinggang, sakit perut, sakit kaki, segala macam sakit orang mengandung lalui, semua aku lalui dengan senyum, walaupun ada masanya gugur juga air mata rindukan suami yang jauh mencari rezeki, walaupun gugur juga air mata saat mengurut sendiri kaki yang kejang jam 3 pagi... Sikit pun aku tak merungut dengan ketentuan Ilahi, cuma kadang-kadang geram juga dengan insan lain yang perasan diri mereka jauh lagi hebat diduga dan berlagak faham dengan apa yang aku lalui sedangkan tidak, wallahua'lam.
*
*
Tapi pengalaman mengandung ini memang satu pengalaman yang tak akan serik aku lalui selepas ni sekiranya Allah masih mengurniakan rezeki buat kami suami isteri... Dan yang paling penting, pengalaman ini benar-benar menginsafkan aku sebagai seorang anak...

Baru tau betapa besarnya pengorbanan seorang ibu, lebih-lebih lagi bila dah masuk 8 bulan ke atas, payah & peritnya nak membawa perut, payahnya nak lelapkan mata, sakitnya pinggang, sakitnya braxton hicks contractions, itu belum masuk sakit bersalin nanti... Dan ini baru seorang, bayangkan mak-mak kita bersalin 5,6,7,8 orang anak... Subhanallah... Insaf sangat-sangat, baru terasa banyaknya dosa terhadap mak... menyesal tak terkata... =( semoga Allah ampunkan dosa-dosaku...
*
*
*
Hari selasa lepas ke DEMC, untuk 37 weeks check up.. Lepas ni check up seminggu sekali.. Alhamdulillah semua okay, anak aku siap tendang benda alah scanner ultrasound tu lagi, terkejut gynae aku, notty boy eyyy...

Yang paling okay sebab budak tembun ni dah 3.1kg =p My gynae ada tanya berat anak sulung mak aku masa die bersalin dulu i.e abang aku, and aku bagitahu yang abang aku lahir berat die 3.7kg, mak aku bersalin normal, so doctor cakap tak ada apa yang aku perlu risaukan sebab memang kebiasaannya ikut mak, dah-dah lagi pulak baby boy kan, orang cakap kalau baby boy berat tulang. Okay doctor, saye tak risau, saye SERAM. +__+

Kepala baby pun dah kat bawah, gynae cakap sikitttttt je lagi nak engage, dah dekat sangat dah.. Uri pun kat atas, amniotic fluid i.e air ketuban nampak cukup, alhamdulillah... So memang tunggu masa, terserah kat budak kecik ni nak keluar bile ^_^
*

Owh. Hospital bag & checklist pun dah siap, dah standby dalam kereta.

Nama baby pun insyallah dah finalize. In fact, aku sekarang dah kurang panggil dia 'baby' tapi panggil nama dia. Tapi tak tahu lah kan kot ada perubahan, hehe..

Yang penting kena ada 'Muhammad' kat depan nama dia tu, memang itu yang aku nak dari dulu, panjang sikit tak ape lah, janji ada 'Muhammad'. Sebabnya, dari sekolah rendah dulu aku ingat satu Ustazah ni cerita, sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, pada hari kiamat nanti, malaikat akan menyeru dan memanggil, "bangunlah kamu yang bernama Muhammad dan masuklah ke dalam syurga kerana memuliakan Muhammad Rasulullah s.a.w..." wallahu'alam..

Aku pun tak tau kenapa cerita Ustazah aku tu lekat kuat dalam otak aku ni, mungkin dari kecik aku dah gatal nak menikah, hahaha. Rasanye sebab time tu ada budak-budak laki mengejek nama sorang budak ni kot, biasela kan budak-budak, takde keje gi cari keje, dapat mengejek pun jadi laa..

Tapi apa-apa pun yang penting nama untuk anak biarlah membawa maksud yang baik, sebab itu tanggungjawab ibu bapa & hak anak itu sendiri untuk diberi nama yang baik...
*
Panjang pulak aku bebel. Sebenarnya nak tulis entry lain, banyak entry pending. Laki aku pun dah bising, hehe. Nak buat macam mana, dah memang malas pastu badan ni lesu sakit semacam berlawan dengan brxton hicks contractions tu... Ada entry pulut durian, entry air kelapa, entry 1 Ramadhan.. haisshhh.. bile nak tulis ni..
*
*
Speaking of ramadhan, selamat menyambut ramadhan untuk semua. Aku dah puasa 2 hari, tak puasa 2 hari, alhamdulillah...

Ok bye.