Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 29, 2011

The Labour. Part 2

Okay. Masuk labour room, tukar pakai hospital gown, masa tu dah penat sangat, rasa macam di awangan sebab dah stim dengan sakit yang amat, tapi masih tunjuk muka cuba bertahan kat suami sebab tak nak dia risau lebih, kesian dia nanti, mana nak fikir aku lagi, mana nak fikir baby lagi.
*
Dalam pukul 5 rasanya, Razmin gi solat asar, aku pulak tertidur kepenatan, dalam dok berkontraksi tuh aku mampu lelapkan mata, ehehe, tapi rasanya bukan aku nak tidur pun tapi body macam dah kena switch off, penat. Time tu terfikir jugak macam mana nak push nanti sebab dah penat kan, tapi setakat terfikir je la, pastu tidur jugak.
*
Tak sampai 10 minit tidur, midwife tadi masuk bilik, strap CTG, ha amikk, contraction dah 2 minit sekali, alhamdulillah, padan la sakit lain macam, huhu. Bidan konfiden cakap kalau dah kerap macam ni insyallah dah at least 8cm bukaan. =) Yeay nak beranak!
*
Pastu gynae datang, die pun seluk untuk cek bukaan. Ye, memang hari aku penuh dengan selukan semata. +_+ Aku tengok muka gynae tu berkerut-kerut, macam payahhh je, ishhh.
Pastu baru aku tau kenapa, sebabnya, bukaan aku MASIH DUA SENTIMETER walaupun dah ada contraction selang 2 minit sekali macam dah buka 8cm, dah tumpah darah bagai, dah berkontraksi dari pagi, isk isk. Sadisss.
*
Gynae aku cakap kepala baby masih jauh, lagi masuk ubat, lagi naik kepala dia ke atas, patutnya bila dah ada contraction kuat macam tu kepala baby akan turun dan buka laluan, itu lah point dibuat induce ni tapi dah terbalik kot dah aku ni. Perut aku pun jadi naik ke atas, tak 'jatuh' macam orang nak bersalin pun.. Haihh..

Gynae aku bagi option, sama ada untuk tunggu sampai esok pagi or nak c-sect terus time tu. Aku tengok Razmin, aku cakap terpulang kat die sebab time tu aku dah penat sangat. Aku dengar Razmin tanya gynae & bidan, gynae aku suggest untuk c-sect sebab kepala Riyadh ni besar, dia cakap kemungkinan untuk bersalin normal adalah tipis, boleh cuba tapi takut hilang darah banyak & bahayakan baby.
*
So Razmin cakap proceed dengan c-sect terus time tu jugak. Aku tibe-tibe rasa berdebar dalam kesakitan yang amat. Bidan terus prep aku, shave kan kat bahagian nak di belah tu i.e kat pangkal rahim, pastu terus aku diusung ke OT & Razmin tak boleh ikut masuk OT. Demmm di situ tapi macam aku cakap, aku penat sangat, tak larat nak rasa kecewa, hehe.
*
*
Razmin ikut sampai kat pintu nak masuk ruang lobby OT. Dia cium dahi aku, aku salam dia sambil minta maaf kat dia... Of course aku nangis sebab aku takut & rasa sayu tibe-tibe.. Aku minta dia doakan baby selamat.. Aku lupa untuk minta dia doakan aku, aku cuma cakap doakan baby selamat... Razmin being Razmin, sangat tenang, dia senyum kat aku, usap-usap cium kepala aku, dia cakap "semua akan selamat sayang, abang tunggu sayang & baby kat luar ni ekk..." ~
*
*
TBC

Saturday, August 27, 2011

The Labour. Part 1

Alhamdulillah.. hari ni Riyadh dah berusia 12 hari.. Sekejap je masa berlalu, Isnin depan dah cukup 2 minggu anak aku.. Rasa macam tak percaya dah ada anak sendiri tapi bila dengar die melalak, aku percaya sungguh-sungguh, eheh. =p
*
*
Hari ni baru free nak update pasal labour experience.. Sementara masih fresh dalam otak, baik update kan, kalau tak kang nanti rugi bila dah lupe...

First & foremost, alhamdulillah semuanya selamat walau banyak drama tapi kalau takde drama, takde sakit-sakit, takde jerih perih, takde la omputih panggil proses bersalin ni 'labour' ye dok? Labour = buruh. Kerja buruh tuuu... Alhamdulillah semua berakhir sudah...
*
*
Okeh. EDD aku sebenarnya adalah pada 24.8.2011.
Hari Jumaat 12.8.2011, Razmin & aku pergi DEMC untuk scheduled check up. Buat CTG, jumpa gynae ku yang bak angel, dia cakap pergerakan baby kurang, jantung alhamdulillah okay tapi movement dia agak merisaukan. Lepas tu buat ultrasound, tu diaaa, kepala Riyadh naik ke atas dan masih jauh dari cervix opening. Gynae cakap kepala dia agak besar, head circumference 35cm, berat dah 3.4kg, and ada 2 minggu lagi untuk tunggu EDD.
*
Lepas tu doctor buat membrane sweep a.k.a seluk menyeluk di bawah, aduhaiiii, sakitnya! +_+
Doctor cakap pintu masih tebal, kepala baby jauhhhh. Dengan semena-mena, doctor cakap "Elya, next monday kita induce ye". Aku pun tanya, "Bersalin terus ke doctor?". Dia pun cakap "Haah, kalau tunggu lagi nanti baby terlalu besar, untuk bersalin normal, takut massive vaginal injury sebab you first baby". Aku tengok Razmin, Razmin tengok aku... "Okay doctor." Confident kan?
*
*
*
Yo lahh, confident lahh sangattt. Lepas check up sampai umah aku diam je. Diam, tarik nafas, diam, tarik nafas. Razmin genggam je tangan aku, pun diam jugak. Macam tak percaya. Maknanye tinggal sabtu & ahad je aku ngandung. Maknanye tinggal 2 hari je lagi aku nak pulun makan macam-macam. Eheh, siriesss, itu yang aku fikir. Seboleh-boleh tak nak fikir sakit ke ape ke, dah nama nye bersalin kan, memang la sakit so takpe lah.. Tapi pastu gatal gak gi google pasal induced labour. Memang rata-rata orang yang pernah lalui cakap bila induce lagi sakit dari sakit normal sebab dah namanye induce, bukaan akan dipaksa untuk dibuka. Terus tamau google dah.
*
*
Hari sabtu, cergas prepare playpen Riyadh, pasang sheet semua. Razmin kemas bilik, tukar cadar, mop lantai, jemur karpet, jemur bantal, lepas tu dia sediakan rencah untuk bakar ikan, rencah untuk masak sup sayur. Dia tumbuk siap-siap simpan dalam tupperware, senang die nak masak untuk aku nanti. Thank you sayang! Pastu pukul 1 pagi aku lapar, ajak Razmin gi SS13, makan A&W sepuasnya. Oh sedapnye golden chicken, mozza burger, waffle butter & syrup + root beer float. Ye, aku makan semua tu. ^_^
*
Hari ahad, pagi-pagi gi pasar tani, Razmin beli ikan-ikan untuk aku makan time pantang, beli sayur, pastu basuh bersih-bersih, marinade dengan rencah yang die tumbuk, simpan dalam plastik-plastik kecik, 2 ekor sehari. Ada ikan cencaru, ikan selar, ikan kembung & ikan talapia. Thank you lagi sayang! Ahad malam, mata tak mau lelap mana... Perasaan bercampur-campur sebab tau esoknya insyallah bersalin... Tak tahu nak expect apa, melainkan sakit.
*
*
Hari Isnin, hari untuk beranak. Eheh. Pukul 7.15 dah gerak dari umah. Jem sikit nak keluar USJ, pukul 7.45 sampai DEMC, pergi bahagian Admission, bayar deposit pastu terus depa hantar pergi Level 2, pergi Daycare di Labour Room. Terusss nyahhh, takde nak lepak-lepak amik semangat dulu ke ape ke.
*
Masuk Daycare dalam 8.15, terserempak dengan gynae aku, die dah ready kat LR tu awal-awal, seram aku. Nurse terus strap CTG, alhamdulillah baby okay time tu.. Nurse suruh rest dulu, so aku & Razmin sembang-sembang, aku SMS2 dengan Aishah & Atun yang setia SMS aku sepanjang hari, thanks kawan! Dalam pukul 9, Gynae aku datang, dan sekali lagi proses seluk menyeluk berlaku.

Time tu memang takde bukaan ape lagi, makanya ubat pun dimasukkan. Tak silap aku untuk induce ni ada 2 cara, satu pakai ubat size ala-ala panadol, masuk kat bawah, satu lagi drip ubat, tapi yang drip ni selalu guna bila dah ada bukaan dalam 4cm camtu, untuk terus buka ke 10cm in emergency cases.
*
Gynae aku cakap aku akan rasa sakit dalam masa sejam.. Elok pulak sejam tu aku tidur, Razmin pun tidur, sian die penat tunggu aku.. Waktu ni rasa sayang sungguh kat laki aku, eheh. =p
*
I love u, and thank you.
*
*
Cukup sejam, dalam 10 - 10.30 pagi camtu aku mula tak senang duduk, tak senang baring. Nurse datang strap CTG lagi sekali, tengok-tengok dah ada contraction tapi tak berapa kuat, dalam 20 minit sekali tapi mak aihhh, rasa macam 20 saat sekali. Aku bangun jalan-jalan dalam daycare tu, gi toilet, baring, duduk, sembang dengan Razmin, makan, minum.. Oh, gynae aku cakap jangan puasa, amik breakfast, makan in between meals supaya ada tenaga nak masuk LR nanti.
*
*
Pukul 12 tengah hari, contraction makin kuat, makin sakit tapi aku lega ada contraction & ada blood spotting jugak, itu pun buat aku happyyy sebab itu tandanya ubat tu dah menjalankan tugasnya & contraction menandakan ada bukaan, kan kan kan??? Tapi ye lah, sakit contraction tu memang aku tak bole nak describe di sini, beyond words ~ Allahuakbar...
*
*
Lepas lunch dalam pukul 12 tu, aku dah start ala meroyan, eheh, sakitnye ya Allah.. Razmin urut pinggang tak jadi, urut kaki tak jadi, minum air tak jadi, jalan-jalan pun tak jadi, berak kencing pun tak hilang jugak sakitnye. Masyallah, memang hebat sakit nak bersalin ni, memang betul-betul menginsafkan.. Time tu ntah berapa kali aku minta maaf dengan Razmin, hantar SMS kat mak abah aku minta maaf.. Mulut ni tak henti-henti selawat, doa, Razmin pun terus menerus baca surah Maryam, surah Yassin, minum air zam zam yang mak aku bekalkan, apa saja yang terlintas di fikiran untuk redakan kesakitan tu aku buat tapi itu lah kan, tak ada yang mampu redakan sakit tu (kecuali amik pain killer / epidural la kot ekkk..) ...
*
*
Dalam pukul 2 lebih, gynae aku datang check lagi... Kali ni seluk lagi nak tengok berapa dah bukaan.. Time tu rasa seronok & lega tengok doctor datang sebab mak konfiden nyah bukaan dah banyak sebab sakit dah azab, hehehe.. Semangat ni nak kena tolak masuk LR, bosan dok daycare nih, tak sabar nak tengok anak aku!

Tup tup lepas doctor check, baru SATU cm!!!! Hadoi laa, baru 1 cm? Pastu doctor 'bukakan' lagi 1 cm.. Perghhhhhh, die punya sakit memang best! Hehehe... Robek hatiku! +_+. So okay, baru 2cm.. Gynae aku cakap takpe takpe, kite tunggu sikit lagi... Isk!
*
*
Maka bergulinglah lagi aku kat daycare tu.. Masa ni dah agak kepenatan sebab sakit, so dapat gak terlelap dalam setengah jam.. Aku suruh laki aku baring atas katil, biar aku yang duduk atas kerusi sebab aku dah tak selesa baring/duduk berlunjur atas katil... Pastu aku suruh dia tidur sebab kesian tengok die tapi die tak nak... Aku bangun gak jalan-jalan kat daycare tu, gi toilet basuh muka la, basuh tangan la, janji jalan kan, nak bagi senang buka...
*
Dalam pukul 4 camtu nurse datang strap CTG lagi.. Time tu contraction dah dalam 5 minit sekali, yeayyy! Seronok sangat tapi sakit sangat.

Dannnnn akhirnya, dalam pukul 4.30, midwife datang.. Dia cakap "Puan, puan siap-siap ye, kita nak masuk labor room dah, doctor nak proceed, insyallah dah buka 5-6cm tu, kalau dah, kita pecahkan air ketuban...". Yezzaaaa, aku ni dah sakit sangat dah tak ingat apa dah, ingat nak bersalin je & hilangkan sakit contraction tu... Memang lajuuu je aku turun katil & terus ikut midwife tu, laki aku pun aku tinggal kat belakang, pastu ada staff nurse tu terkejar-kejar tanya aku nak wheelchair ke tak.. Hehe, takpe kak, saya nak jalan. =p
*
*
So here we are, the labor room! ^_^



TBC.

Wednesday, August 17, 2011

My Baby Is Here

Alhamdulillah...
My baby boy is here. ^___^
*
Welcome to Muhammad Riyadh Eeman Bin Mohd Razmin.
15th August 2011
6.16pm
56cm
3.79kg - budak tembun, confirmed! hehe..
*
More updates on the labor thingy later ekk...
*
*
*




Semoga membesar menjadi khalifah Allah yang soleh, amin......................

Monday, August 8, 2011

Duriannnnnnnnnnnn!

Entry khas untuk suami.
*
Suami saye hantu durian. Tapi bukan dia sorang je, seisi keluarga saye amat suka makan durian, kecuali abah saye. Abah saye tak jadi hantu kalau makan durian, die biase-biase je, tak macam bini, anak-anak & menantu die yang akan sengih-sengih menyeringai macam mak lampir kalau nampak durian & apa saje yang bersekutu dengannye yakni pulut durian, serawa durian, kek durian etc etc. Kawan baik saye, aishah pun hantu durian. Dulu die selalu bagi saye durian letak dalam tupperware sejuk-sejuk sebab mak die kaye ade kebun durian kat Tangkak tapi sekarang die dah tak bagi dah. Opss. haha.
*
*
Lepas turun kapal hari tu, saye & laki saye balik ke Taiping, yakni rumah keluarga suami saye. Maka kami laki bini berhempas pulas makan durian dengan banyaknye di tepi jalan di belakang hospital taiping iaitu durian dari bukit gantang yang sangatlah lemak manis. Kemudian sambung makan di rumah mertua dan kemudian tapau durian di Hentian Sebelah Simpang Pulai on the way back to Subang Jaya. Hajatnye nak bawa balik rumah tapi akhirnya kami tewas dengan bau durian tersebut dan makan di gazebo R&R Tapah di Maghrib hari.
*
Saya juga beli sebekas kecil tempoyak dan telah habis digunakan untuk masak ikan patin masak tempoyak & saya buat sambal tempoyak untuk makan dengan ulam. Berat suami saya naik 2kg dengan mendadak.
*
*
Kemudian abang kami & aweknya Tasha telah membeli 5 biji durian di USJ 14 dengan harga kalau tak silap saya RM10 dan membawa pulang ke rumah. Mujurlah di rumah waktu tu hanya ada saye & suami saye, owh mak saye ada tapi sedang tidur, maka kami simpan sebiji untuk mak dan 4 biji yang lain kami makan dengan senyap, tau-tau dah habis. Tasha juga salah seorang hantu durian yang tegar.
*
*
Kemudian hari apa ntah saye dan suami saye ke Mydin untuk beli plastik untuk menyediakan pek-pek kecil kurma untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan sekerja saya di mahkamah sempena Ramadhan tapi rupa-rupanya bukan plastik sahaja yang kami beli. Kami terlihat pekerja Mydin sedang melelong durian kampung yang telah siap di pek memandangkan hari dah malam : 2 pek RM15. Dengan berlagaknya kami cuma beli 2 pek sahaja kerana kami rasa kami dah banyak sangat makan durian sebelum ini dan takut tak berapa sedap walau hakikatnya isi-isi durian tersebut nampak sangat kuning, berkedut & berlemak.
*
*
Dari durian Mydin tersebut maka terhasillah pengat durian & pulut durian. Suami saya memperkenalkan kepada saya cara makan pulut cara orang kelantan kerana mak mertua saya adalah orang kelantan (mak saye pun tapi mak saye tak pernah ajar) iaitu makan pulut dengan buah durian fresh, tuang santan segar & tabur gula atas pulut, suami saye parut gula melaka / nisan. Saye rase pelik dan mengambil keputusan untuk teruskan makan pulut dengan pengat durian sahaje. Hari tu kami sekeluarga kenyang makan pulut durian semata. Terasa indah sekali.
*
*
Pengat durian + pulut.
*
*
Kegemaran suami saye.
*
*
Hantu-hantu durian. (kecuali yang baju putih =p ) Adik bongsu saye, DD takde dlm gambar sbb die kat jordan tapi jordan takde durian.
*
*
Saye harap si tembun dalam perut saye juga akan gilakan durian. Owh comelnye die makan durian!
*
Maka dalam kerugianlah anda-anda yang tak suke durian. Ekeke. Sedappp seyh, apsal korang tak suke? ^___^

Friday, August 5, 2011

Menghitung Hari - 19 Days Left!

19 days left.
*
A maximum of 19 days left before I can hold my baby in my arms =)

Masyallah, cepat nye masa berlalu! Now that my baby is considered in his full term, he can decide when to pop out. I can play along with you baby, just don't make me too tak sabar k? But seriously, I am tak sabar!

Carrying you all this while is a gift, a true blessing from Him. Bukan semua dapat merasai nikmat mengandung, alhamdulillah, walau perit mana pun dugaan dan cabaran mengandung 6 bulan tanpa insan bergelar suami... Terlalu sukar sebenarnya... tapi alhamdulillah, Allah beri kekuatan yang aku sendiri tak tahu wujud dalam diri ini...

Muntah pening, tak ada selera, kaki cramp, sakit pinggang, sakit perut, sakit kaki, segala macam sakit orang mengandung lalui, semua aku lalui dengan senyum, walaupun ada masanya gugur juga air mata rindukan suami yang jauh mencari rezeki, walaupun gugur juga air mata saat mengurut sendiri kaki yang kejang jam 3 pagi... Sikit pun aku tak merungut dengan ketentuan Ilahi, cuma kadang-kadang geram juga dengan insan lain yang perasan diri mereka jauh lagi hebat diduga dan berlagak faham dengan apa yang aku lalui sedangkan tidak, wallahua'lam.
*
*
Tapi pengalaman mengandung ini memang satu pengalaman yang tak akan serik aku lalui selepas ni sekiranya Allah masih mengurniakan rezeki buat kami suami isteri... Dan yang paling penting, pengalaman ini benar-benar menginsafkan aku sebagai seorang anak...

Baru tau betapa besarnya pengorbanan seorang ibu, lebih-lebih lagi bila dah masuk 8 bulan ke atas, payah & peritnya nak membawa perut, payahnya nak lelapkan mata, sakitnya pinggang, sakitnya braxton hicks contractions, itu belum masuk sakit bersalin nanti... Dan ini baru seorang, bayangkan mak-mak kita bersalin 5,6,7,8 orang anak... Subhanallah... Insaf sangat-sangat, baru terasa banyaknya dosa terhadap mak... menyesal tak terkata... =( semoga Allah ampunkan dosa-dosaku...
*
*
*
Hari selasa lepas ke DEMC, untuk 37 weeks check up.. Lepas ni check up seminggu sekali.. Alhamdulillah semua okay, anak aku siap tendang benda alah scanner ultrasound tu lagi, terkejut gynae aku, notty boy eyyy...

Yang paling okay sebab budak tembun ni dah 3.1kg =p My gynae ada tanya berat anak sulung mak aku masa die bersalin dulu i.e abang aku, and aku bagitahu yang abang aku lahir berat die 3.7kg, mak aku bersalin normal, so doctor cakap tak ada apa yang aku perlu risaukan sebab memang kebiasaannya ikut mak, dah-dah lagi pulak baby boy kan, orang cakap kalau baby boy berat tulang. Okay doctor, saye tak risau, saye SERAM. +__+

Kepala baby pun dah kat bawah, gynae cakap sikitttttt je lagi nak engage, dah dekat sangat dah.. Uri pun kat atas, amniotic fluid i.e air ketuban nampak cukup, alhamdulillah... So memang tunggu masa, terserah kat budak kecik ni nak keluar bile ^_^
*

Owh. Hospital bag & checklist pun dah siap, dah standby dalam kereta.

Nama baby pun insyallah dah finalize. In fact, aku sekarang dah kurang panggil dia 'baby' tapi panggil nama dia. Tapi tak tahu lah kan kot ada perubahan, hehe..

Yang penting kena ada 'Muhammad' kat depan nama dia tu, memang itu yang aku nak dari dulu, panjang sikit tak ape lah, janji ada 'Muhammad'. Sebabnya, dari sekolah rendah dulu aku ingat satu Ustazah ni cerita, sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, pada hari kiamat nanti, malaikat akan menyeru dan memanggil, "bangunlah kamu yang bernama Muhammad dan masuklah ke dalam syurga kerana memuliakan Muhammad Rasulullah s.a.w..." wallahu'alam..

Aku pun tak tau kenapa cerita Ustazah aku tu lekat kuat dalam otak aku ni, mungkin dari kecik aku dah gatal nak menikah, hahaha. Rasanye sebab time tu ada budak-budak laki mengejek nama sorang budak ni kot, biasela kan budak-budak, takde keje gi cari keje, dapat mengejek pun jadi laa..

Tapi apa-apa pun yang penting nama untuk anak biarlah membawa maksud yang baik, sebab itu tanggungjawab ibu bapa & hak anak itu sendiri untuk diberi nama yang baik...
*
Panjang pulak aku bebel. Sebenarnya nak tulis entry lain, banyak entry pending. Laki aku pun dah bising, hehe. Nak buat macam mana, dah memang malas pastu badan ni lesu sakit semacam berlawan dengan brxton hicks contractions tu... Ada entry pulut durian, entry air kelapa, entry 1 Ramadhan.. haisshhh.. bile nak tulis ni..
*
*
Speaking of ramadhan, selamat menyambut ramadhan untuk semua. Aku dah puasa 2 hari, tak puasa 2 hari, alhamdulillah...

Ok bye.

Thursday, July 28, 2011

Yang ditunggu dah tibaaaa!


Okay baru lepas tengok MAS v SIN. Kesimpulannya, tahniah Malaysia, and untuk Singapore players, korang memang bengong gila, agak-agak la kalau nak berlakon pon. Hati panas bukan sebab Malaysia kalah tapi tengok depa ni berlakon sakit semata nak delay game, ape daaa, rasanye warga penonton bola sepak yang bukan Malaysians nor Singaporeans yang tengok game tadi mesti garu kepala tengok players Singapore yang macam ayam.
*
*
Sehari dua ni ai tak pergi kerja, nak berjalan pun tak berapa mampu, dengan demam selsema, dengan sakit satu badan, takpe la kan, bos cakap okay, baik rest kat umah je. Dah masuk 36 minggu ni, alhamdulillah...

Budak tembun ni pun makin melasak, lebih-lebih lagi time papa die main PS3, main game bola, die punya tendang, siku & percobaan nak bergolek dalam perut ni bukan main lagi sampai sakit pinggang aku, isk, pasrah. Pastu sekarang dah pandai dahhh, kalau aku minum air sejuk sikit dia punye protes tu sampai berombak-ombak perut ni, siap siku, lutut yang tajam tu timbul kat perut aku ni, haa, lagiiii laaaa aku suke nak minum air sejuk, ekekeke.
*
*
Hari ni jugak barang-barang feeding untuk baby yang aku order dari UK dah sampai! Yeay yeay, seronok sangat, excited habis, dapat botol susu & barang-barang yg sewaktu dengannye je pun tapi kasi can la ekk, hehe...!

Aku order thru sorang akak ni kat FB, korang kalau nak order, kawan la dengan die, nama die Kak Hawa, profile name FB die Elegantly Chic Muslimah. Memang elegant ai tell you. Banyak barang best die jual, barang baby esp Avent & Medela, designer handbags, kasut esp Clarks, semua top quality, harga jauh lagi murah dari sini & paling penting shipment FOC! Kak Hawa ni pun baik sangat, apa saje yang kita tanya die akan reply ASAP & semua thru FB, memang senang & hassle free, very convenient!

Aku punya barang tadi dalam kotak besar so adik dia deliver direct ke rumah terus. Best kan? Click click, bayor, pastu tunggu jeghss sampai depan umah, Kelasss ko maria! Laki aku pun happy je tadi, sama sebok menyusun barang-barang yang dah dapat tadi.
*
*
Jom tengok barang apa yang aku excited sangat nih, ekeke. Jakuns.
*
*
Razmin berdebar nak bukak hasil kikisan duit die oleh bini die. =p
*

Tadaaa..
*

Avent Newborn Starter Set : 2 botol 125ml, 2 botol 260ml, bottle brush & pacifier
Avent Storage Cups (untuk EBM or makanan baby)
Avent Bottle Warmer
-Avent punya bottles sterilizer pun aku dah beli awal dulu tapi aku tak tau mak aku simpan kat mana so tak dapat nak amik gambo. +__+
*

Avent Single Electronic Breast Pump
- Sebenarnya nak beli Medela FS yang digilai ramai tu kannn, Kak Hawa jual pun murah dari harga biasa, RM1500 je, tapi time order breast pump ni rasa kurang confident untuk BF masih wujud, so order yang ni dulu.. Tapi tadi bile dah test pasang semua rasa confident sangatlah tinggi, hehe, maka kita tengok performance untuk BF tak lama lagi, laki aku cakap kalau bagus & consistent, boleh beli FS lak, yeayyy! Insyallah..
*

Mothercare Travel Warmer & Medela Cooler Bag
- Gatal kan aku ni? Nak jugakkk aura Medela tuuu, aku pun beli cooler bag die. Hehe.. Pastu travel warmer Mothercare tuh memang fevret lahh, untuk plug in dalam kete.. Boleh panaskan susu & bekas makanan baby sebab strap die adjustable ikut size botol & bekas makanan. =)
*

Beli cooler bag Medela tu dapat free 4 EBM storage bottles & cooling element. =)
*

Yang ni pulak botol 260ml, mak aku gi Jakarta last week teman abah main golf, die beli botol & brush ni. Ada sales katanye, tak silap aku untuk 2 botol ni, RM50 jeghss.
Tadi tengok kat kedai sebijik botol adalah RM52. Thank you mak! Ni mak aku gi pulak Jakarta 2 hari lepas nak jalan-jalan dengan abah, aku order warmer bag Avent, harap-harap die ingat sebab aku order pakai air liur jer. Hehehe..
*
First Years Spinning Drying Rack
- Petang tadi gi kedai Baby Twinkle kat Puchong. Before this dah pernah pegi dengan Bff aku, Aishah, borong beli tilam, comforter, mattress, bantal baby segala bagai. Best kedai tu, nanti aku blog kan pasal kedai tu ekk.
So petang tadi bila tengok banyak benor botol susu budak tembun ni, ajak laki aku gi Baby Twinkle, nak beli drying rack ni. Dulu tak nak beli sebab rasa macam tak pakai tapi tadi bila tengok botol susu & parts botol tu termasuk breast pump punye parts rasa nerves lak nak mengemas. Hehe.. alasannn nak beli sebenarnye. Thank you sayang!
*
*
*
Oh ye, barang-barang yang aku order dari Kak Hawa tu semua brand new & dalam condition yang sangat elok. Pre loved items pun dia ada jual, boleh lah nak tengok-tengok. Semua sekali aku beli Rm1k plus je. Kalau yang dah tau, korang mesti tau kan, breast pump Avent yang single tu pun kat sini dah RM899, so bayangkanlah betapa murah Kak Hawa ni jual, sekali dengan botol susu, warmer, cooler bag semua tu, aku cuma bayar RM1k lebih je, berapa ntah lebih tu tapi siries tak banyak pun. Alhamdulillah...
*
Okay bye. Salam Jumaat semuaaaa!


Saturday, July 23, 2011

His First Toys

Sekejappp je masa berlaluu.. dah 2 minggu suami terchenta sign off..
Takkk takkk, bukan sedih masa berlalu dengan cepat tapi rasa bersyukur sangat-sangat lah! Happy je sejak dia balik ni, rasa macam seronok je manjang dapat gelak-gelak, dapat jalan-jalan, dapat makan-makan, dapat masak untuk dia, dapat buli dia urut kaki, ekekeke.
*
Dan begitulah ketentuanNya, bila dia balik ni automatik segala penyakit sakit nak bersalin muncul. Dengan cramp kaki, dengan braxton hicks contractions, dengan sengal badan, dengan demam selsemanya (ye, sekarang tengah demam selsema, srott srettt), macam-macam lah. Memang saje je kot sebenarnya, hehehe, bile lagi kann nak bermanja time sakit-sakit, 6 bulan sekali uolsss. =p
*
Tapi tang braxton hicks or contraction tipu-tipu tu memang sakittttt, tiap-tiap malam mesti termengah-mengah beristighfar sambil cengkam tangan laki sebab nak bangun & duduk, macam nak tercabut pinggang ni. Takpelah, dah memang time die pun kan, nak prepare kan rahim & cervix ni untuk bersalin normal insyallah, amin...........!
*
*
Pasal bersalin, alhamdulillah hari ni complete semua barang baby & barang mama baby! Yeayyy akhirnyaaaa! Lama gak amik masa nak prepare barang-barang baby & aku ni, dalam 4 bulan lebih gak la, sebabnya mula-mula dulu banyak prepare sendiri, dengan bantuan aishah untuk ke hulu ke hilir, time kaseh kawan! Pastu simpan sikit nafsu shopping nak habiskan beli semua benda sebab nak bagi Razmin beli bila die sign off, kasi can katenye.
*
So tadi misi terakhir cari toys untuk baby & cari nursing bra untuk aku. Sebenarnya aku selalu ingat-ingat lupa pasal nursing bra ni, 3,4 hari ni dah teringat terus ajak Razmin beli.

Misi paling penting bapak budak ni adalah untuk cari mainan anak die +____+. Pasrah je aku. Tadi gi Toys r Us kat Empire, habis die memborong macam-macam.
*
*
Rattle
*

Musical teether
*
Ni semua mainan nak main time baby mandi. Memang kemaruk laki aku beli mainan ni, hangin mak. +____+
*
Foot finder & wrist rattle
*
*
Pastu tak jumpa lagi mainan yang die nak, balik umah, research kat internet pulak, jumpa satu kedai baby kat Damansara Utama, 'Baby Jaya', yang jual mobile swing melody untuk playpen baby, terus pegi Damansara pulak.

Sebenarnya playpen Graco yang die beli kat US hari tu dah ada dah mobile swing ni tapi die tak berapa berkenan sebab mainan die tu bentuk bunga kaler pink (awwww), hehe, pastu simple, color tak berapa striking & mengikut research die, infant perlukan color yang striking-striking ni untuk stimulate sight die. Layannnn.

Dah dapat yang die nak semua baru sengeh bahagia sambil main PS3 sekarang ni. =p
*
Aku pun naik excited tengok mainan budak tembun ni, hehe.. Dah siap pasang kat playpen dia dah, sekali dengan Little Bean activated crib light. Benda alah crib light ni memang fevretttt aku sebab comel macam telur, pastu muzik Mozart die best, pastu kalau put on auto mode, die akan start play music & lampu bila baby nangis, hehe... comel sangat, aku asyik on off, letak auto mode, pastu jerit ala-ala baby nangis nak bagi die berbunyi sampaikan laki aku nak cabut bateri crib light tu,hehehe.. jelesssss!

Mobile swing & macam telur tu, crib light ^^
*
Crib light by Little Bean. Sokaaaaa!
*
Comelllll! tinggal nak pasang sheet je. Actually dah ada tilam playpen kat bawah tilam putih tu tapi aku beli gak tilam yang full latex yang warna putih tu. Nanti dah bersalin baru pasang sheet die.
*
*
Oh, hospital bag pun dah ready, esok tinggal nak masukkan barut baby, nursing bra & towel aku sebab semua tu baru dapat/baru beli so esok Razmin akan buat operasi basuh membasuh. Ada sikit lagi baju baby tak basuh sebab shopping lagi hari tu, bukan aku, laki aku yang shopping, siries nih, aku cuma bagi pandangan. hehehehe..

Yang trolley bag tu barang aku & baby, yang bag kecik tu barang Razmin.
*
*
Esok pagi-pagi jugak nak gi pasar tani, nak beli ayam katenye, ade orang nak makan nasi tomato so bini die nak masakkan. Alhamdulillah, sejak Razmin balik ni Allah bagi aku semula kekuatan nak masak memasak kat dapur. Kesian jugak kat laki aku kan, macam-macam die nak makan.. Ye la, orang bile dah turun kapal ni memang dah plan siap-siap nak makan ape, ade orang tuuu siap buat list lagi, tak gitu bang? =p

Setakat ni aku dah tunaikan keinginan die nak makan ikan patin masak lemak tempoyak, ikan 3 rasa, ayam pandan bakar, mix vege in oyster sauce, tofu telur in oyster sauce, kangkung belacan, nasi lemak sambal sotong, nasi lemak sambal kerang pastu tadi dinner die nak makan homemade burger, pun dah buat.. Esok nak makan nasi tomato dengan ayam masak merah & pajeri nenas, insyallah, esok saya masak ye bang...

Lantak ler kalau ada yg kat luar tu nak cakap macam-macam kann, nak cakap laki aku tak timbang rase dengan aku yang dah sarat ni ke, ape ke, ape pulak kannn, aku yg selalu tanya die nak makan ape, die teringin nak makan ape, kadang-kadang tu aku teringat die cakap nak makan itu ini time die atas kapal hari tu, aku terus masakkan bile die balik ni, perut laki aku, aku yang jaga uolsss. Giteww.
*
*
K lah, nak gi main dengan crib light anak aku, harus laki mak jeling warning, "habis bateri nanti sayangggggg!" keh keh keh. ade aku kesah? =p