Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 30, 2012

11 Months Young Riyadh Iman

Walaupun sebenarnya riyadh hari ni dah 11m2w, tsk. Mak lewat update sebab hari 15hb Julai tuh kelam kelibut nak balik USJ dari taiping pastu dah sampai rumah malam, terus sadaqallahulazim lah jawabnya. Takpela kan yadh, janji ado.

Ni pun bersiaran dari taiping, nak puasa kat sini 3 minggu insyallah. Bahagia rasanya jadi housewife sementara ni, bila laki balik bercuti lapang je dada pergi sana sini tanpa perlu isi borang cuti macam dolu dolu, best best! Insyallah bila razmin naik kapal semula title housewife tu gantung balik kat belakang pintu, agak-agak nak berhabuk yakni bila laki mak dah jadi jutawan (aminnnnnnnnnnnnn) baru kita sarung balik apron housewife tu eh.

Ok riyadh, sorry, ni riyadh dah tidur boleh lah mak mengupdate seketika. Riyadh dah 11 bulan dah. Ni bulan terakhir dia pakai title 'bulan', pasni pakai title 'tahun' dah. Sobs sobs. Mak sensitip sikit bab nih. Bukan tak suka riyadh makin membesar tapi ntah la, feeling tuh lain sikit sebab tak pernah rasa jadi mak kan sebelum nih, perasaan over tuh mencanak sikit lah, pasni rilek la sikit kot hehehe.

Apa yg riyadh dah pandai ek? Dia makin banyak mulut, adala few words yang faham, yang lain kita angguk angguk geleng geleng je lah layankan dia. Siries banyak mulut budak nih. Kalau dia diam maknanya dia tido, takpun dia tengah buat projek mengutip benda atas lantai pastu ngap masuk mulut. Nak buek camno time mak ngandung dulu hari-hari masuk court pung pang pung pang bawak kes, nak nak pulak time tuh misi menghabiskan kes-kes lama, memang terkenan habis kat riyadh.

Few words yang riyadh dah boleh sebut :
1) Nak/mak : nak
2) Oloh :  Allah
3) Appa : papa
4) Amma : mama
5) Yohjek : ayoh Z (abang aku)
6) Ter : water
7) Bubu : susu
8) Mam : makan/mamam

Yang paling ketara bila dah masuk 11 bulan ni dia makin pandai terima arahan. Kalau time dia 8-10 bulan tu dia pandai salam & kiss bila kita suruh, sekarang ni dah pandai angkat tangan tinggi2 bila kita tanya "siapa nama riyadh??", pastu tunjuk & tepuk perut dia bila kita tanya mana tummy, pastu tunjuk papa bila kita tanya mana papa, pandai aminkan doa makan, pandai bagi barang kat tangan dia bila kita cakap "give mama please" pastu pandai bukak pampers sendiri bila kita suruh, kalau tak suruh pun dia bukak jugak +_+.

Sukaaaa sangat main air, semua budak pun aku rasa suka main air. Apa lagi ekk. Oh selera makan dah kembali alhamdulillah. Sekarang ni suka sangat makan spageti, kue teow, bihun, bubur nasi kurang sikit, tukar selera kot tapi mak tak kesah, lagi senang kottt masak benda alah bihun2 nih. 

Current favourite buah tembikai, lajuuu je makan tapi bagi at room temperature ye kawan2 (8 bulan ke atas). Oh pandai minum air dari cawan jugak tapi kalau minum sendiri tu masuklah seteguk dua pastu yang lain buat amik wudhu je ye yadh. Eh lupa lak nak ajar dia pakai straw, esok lah ye yadh hehehe. Tapi gigi masih nan hado, bayang2 dah ada dah, bengkakkk dah gusi tuh. Tak kisahlah bila nak kuar pun yadh ek, janji sihat.

Oh pastu sendu sikit dia nih. Pantang aku & razmin buat-buat nangis mula lah dia cebik sekali nangis berjujuran air mata hehe. Suka nau aku usik dia, feeling dia sayang kat aku ekeke.

Aktif memanjat buat mama sakit jantung. Berdiri pun berani lepas-lepas tangan tapi pastu takut nak jatuhkan bontot pastu mulalah panggil kita suruh pegang dia. Jaga vontots ye nakk? 

Aaaaaa itu je lah kot yang mak ingat. Nanti kalau ada lagi kira sekali harung dalam update umur riyadh setahun la ek? Keji sungguh huehuehue. 

Speaking of umur setahun, birthday riyadh jatuh pada 15 Ogos nih, masih dalam bulan Ramadhan yang mulia. Nak celebrate pun macam tak teragak-agak lah puloks kan so maybe buat kecik2 je, celebrate time buka puasa dengan mak abah, adik beradik & tasha. Kecik benar la tuh hehe. Venue tak tau lagi, dalam fikiran maybe kat Pizza vs Satay kat USJ 11 or kat The Alicafe 3 Rasa Restaurant kat Taipan USJ 10. Celebrate celebrate jugak kan, yang penting dekat dengan rumah, makanya dekat jugaklah dengan masjid, boleh terus terawih insyallah.

Yang paling penting celebrate time raya kat kampung & lepas raya kat phuket wehuuu. Murah rezeki riyadh tokki & tokwan nak belanja gi phuket sempena 1st birthday & sempena mama chu balik cuti dari Jordan. Lama dah tak cuti-cuti dengan family. Biasanya tiap-tiap tahun tak miss pergi cuti, last sekali tahun 2010 sebelum puasa/sebelum kahwin, pergi Krabi, pastu tahun 2011 aku ngandung & bersalin so tak pi mana-mana. Eh tak lah, 2011 pi KK. Okay silap. Thank you mak, thank you abah!

Mak abah aku nih memang kaki berjalan. Kalau nak jumpa diorang kat rumah ha bulan ramadhan ni je lah yang cukup 30 hari kat rumah. Kalau tak, sebulan 15 hari kat rumah, lagi 15 hari pergi bercuti. Tahun ni je dah pergi buat umrah, pergi China, pergi USA, pergi Indonesia takyah cite lah kan abah tuh suka sangat main golf kat Jakarta & Medan. Kalau tak pi obersea, pergi cuti dalam Malaysia. Ni lepas raya nak pi phuket pastu nak pi London lagi, nak pi Spain, nak pi Turki, nak pi India, abah mak ingat ke idok yang abang long nak kahwin hujung tahun nih hehehe. Aku memang pasang angan-angan nak jadi macam mak abah, kerja kuat-kuat time muda-muda nih pastu nanti bila anak dah besar bebas bercuti keliling dunia, insyallah, amin!

Okay keluar topik macam biasa. Apa-apa pun mak masih berhutang entry pergi melaka & entry ramadhan. Errr nantilah ekk. To riyadh, happy 11 months young sayang! Walaupun riyadh dah mula tunjukkan kenakalan yang memeningkan kepala tapi mama & papa sayanggggg sangat kat riyadh! Semoga terus cerdik, jadi anak yang soleh ye! Malam ni tidur lena-lena ye, tak bangun menyusu pun tak apa, mama tak marah.......mama sukeeeeeee!!! Huehuehuehue!

Happily swimming with papa at the scenic infinity pool facing the Melaka Straits at Holiday Inn, Melaka. Aurat papa aka perut boroi disensor dengan penuh kasih sayang hehe. I love you both so much muah muah.


Wednesday, July 25, 2012

First Family Holiday. Part 3 & Finale

Hamik, gabungan dengan final part terusssss. Memang malasssss kan ko. Hehehe, puasa maaa.

Hari ketiga kitorang bersenang lenang lenggang kangkung bangun lambat sikit, breakfast berjam jam kat hotel sebabnya tak perlu nak mandi sebab nak gi mandi pantai. Haha keji betul, dah la malas, busuk lak tuh. Alaa busuk busuk manja uolss.

Kitorang janji nak jumpa dengan abg long kat Jesselton Point dalam pukul 11 lebih camtu. Abg long sms once dia gerak dari hotel, baru kitorang turun lobby mintak concierge panggilkan taxi sebab Le Meridien ke Jesselton Point dalam 10 minit, tops.

Elok je kitorang sampai, abg long pun sampai, sama-sama pi beli tiket boat. Kat Jesselton Point ni banyakkk kaunter jual tiket bot nak ke pulau, aku rasa harga semua sama je kot cuma ada additional services yang kita boleh pilih lah kan, terpulang selera masing-masing. Oh Jesselton Point ni adalah tempat nak naik boat nak pergi pulau-pulau yang ada berhampiran, ada 5 pulau : Gaya, Sapi, Manukan, Mamutik & lagi satu aku lupa heehe. Semuanya terletak dalam Tunku Abdul Rahman Marine Park. Jesselton adalah nama lama bagi Kota Kinabalu. Masuk kelas sejarah siketttt huehuehue.

Tiket dewasa all in incl tax dalam RM30+, sampai kat each pulau kena bayar conservation fee RM3 sorang. Riyadh FOC. Pastu sewa goggle & mask untuk snorkeling RM10 each rasanya, pastu kitorang sewa tikar jugak sebab tau budak riyadh ni mesti nak bergolek-golek, RM10. Gerak dari JP dalam pukul 12pm. Oh kitorang pilih nak pergi Pulau Manukan, ini yang paling famous sebab pulau dia besar. Dulu aku pi dengan BFF aku time tahun 2007 kitorang pi Pulau Mamutik, ok ok je tapi best lah kan sebab pi dengan kawan-kawan.

Yang aku paling risau dari rumah lagi (freak, biasalahkan) is nak bawak Riyadh naik bot. Sebabnya naik bot pancung kannn, time aku pi tahun 2007 dulu tuh memang teringat ingat melambung-lambung vontots kitorang so agak kerisauan takut riyadh cuak dengan bunyi bising enjin lagi kan. Sudahnya dia diam je, diam kejakunan, keras kejung tangan dia hahaha. Dengan pakai life jacket versi budaknya lagi, dia pelik kott tapi sempat jugak jeling-jeling ke laut sebab dari kat jeti lagi dia dah tak menyabar nak terjun masuk air, siap suruh-suruh orang dukung dia bawak pi tepi air. Aku rasa kalau dia dah dapat kaki konfem dia lari terjun bodoh je adesssss.

Alhamdulillah, riyadh okay je the whole time naik bot, dalam 25 minit camtu, sampai lah Pulau Manukan. Memang best amat terpaling best sebabnya tak ramai orang langsung! Lengang je so air pun cantik je, ikan pun banyakkk sangat berenang2 dengan kitorang, memang best! Riyadh pun enjoy, papa dia siap belikan pelampung ultraman nak bagi dia duduk dalam air, memang dia feeling habis lah dalam tuh. Dah la cuaca redup je, tak terik pun, tak terasa 4 jam berlalu. Abang aku & razmin siap main bola lagi dengan budak yang kerja kat sana, betul-betul feeling pelancong, gitu.

Bab makan kat Manukan ni pun okay, kalau korang poket berat cecah lantai, boleh lah makan BBQ buffet, RM96 plus plus per pax hehe. Takpun beli je kat satu kiosk ni, ada jual nasi lauk-lauk, sedap pun sedap, dah dah lagi perut lapar berenang kan, razmin belikan nasi sorang satu ada lauk ayam/daging, telur dadar & sosej, pastu air limau ais, around RM10 sorang. Okay lah kan, kenyang alhamdulillah. Riyadh pulak macam biasa, mama bawakkan dalam thermos bubur labu. Makan dalam laut gitu. Sambil suap riyadh sambil tabur bubur dia dalam air, banyakkk ikan datang makan, ngekek ngekek riyadh ketawa :)

Lepas makan, lepak lepak jap, riyadh minum susu, pastu yohjek & papa pi main bola, mama & riyadh masuk laut, pastu semua orang last round snorkeling, pastu pi jeti tunggu bot. Dalam bot riyadh dah tak jakun tapi dia memang kepenatan, bot gerak je terus tidur, sampai kat Jesselton Point pun tidur lagi.

Sampai jeti, amik taxi, balik hotel terus kepengsanan masing-masing penat. Malam tu kitorang tapau nasi bersama dengan siakap bakar, sotong katak bakar, udang bakar & air asam rumpai laut untuk dinner, makan dalam bilik sebab riyadh dah garuk-garuk nak tidur. Tidurkan riyadh dulu, pastu kitorang makan dinner terbaikkkk dalam sejarah hehe, murah gila, sedap gila! Pastu dengan perut yang berat makan tidurlah kami 3 beranak.

Sedar-sedar je riyadh nangis nak menyusu, tengok tengok dah pukul 5.30 pagi, terus kejut laki aku mandi & solat sebab kitorang nak gerak gi airport pukul 6.30 pagi, flight pukul 8am, amik first flight yang abg long aku bawak. Badan riyadh pulak tetibe je dedar-dedar nak demam, aku memang dah agak dah pun sebab dia tak pernah berendam lama-lama dalam laut, pi laut pun tak pernah, terus bagi dia ubat demam & alhamdulillah dia tak merengek sangat sampailah kat subang jaya.

Layan gambar joms :

Jesselton Point


Tangan keras kejung, hidung kembang kempis, senyum pun alahai sikittttt sangat. Gaya macho tak nak nangis hehehe.

Tangan maintain kejungggg.
Pulau Manukan, cantik, subhanallah!


Air yang biru hijauuu
Sesi penerangan untuk rekrut muda ultraman dari ultraman pencen hehehe.

Happy je budak nih dapat masuk air :)


Nak kerja laut macam papa ke yadhhh. Janganlah, sedih mama, sobs.
Ikan jinak jinak berenang dengan kitorang.
Datang sini bawak biskut kering, bagi ikan makan, lagi banyakkk ikan datang nanti. Tapi jangan buang plastik / sampah dalam laut ye!
Fish fish
Ada pun gambar mak. Ketat dah swimming suit dengan mak, bila zaman UIA kottt, memang ketatlah kekdahnya. uhuk uhuk.

Benda ni ada kat sini sebab tu amik gambar hehe.

Keluar dahhhhhh muka ngantuk dia.

Bot jalan je terus pengsan. Riyadh lah, mak posing jeghss.

Riyadh dengan yohjek dalam cockpit. Mama cha cakap riyadh macam model oshkosh. Hai tasha, tengoklah mama riyadh, model gucci dulu nih, kwang kwang kwang. Hari nak balik, ni je gambar yang ada rupanya haha, itupun abg long yang MMS. Hampeh sungguh aku nih. Nampak sangat lemss kalau bangun awal.


Inilah percutian pertama kami sekeluarga :) syukur alhamdulillah dimurahkan rezeki untuk berjalan-jalan ke sabah yang cantik :) we enjoyed ourselves so much and surprisingly riyadh pun enjoy jugak! ^.^ Thank you so much abang sebab bawak saya & riyadh bercuti ad hoc, hehe. Lain kali bawak kami cuti lagi ye papa :p 
Thank you to abang long too belanja makan & tiket pi pulau, you doubled up the fun!

Suami aku cakap dia sign off kali ni bertemakan 'nak pergi cuti'. Dia nak makan angin puas-puas lepas penat kerja atas kapal katanya, dia nak riyadh rasa keseronokan bercuti dari kecik lagi, maka mama riyadh angguk laju-laju tanda setujuuuu dengan tema sign off papa kali ni hehe. Papa cakap sign off lagi sekali tema dok diam-diam kat umah sebab papa nak sambung class & nak masuk rumah baru. isk isk. Tapi takpe, nak masuk rumah baru pun besttttttt jugak!

Okay uols, sekian dari mak. Pasni mak update our short getaway to Melaka. Mula-mula masa laki mak ajak jalan-jalan melaka of coz mak macam 'ala melakaaa?' tapi rupanya melaka best woooo! Pergi 1 malam sumpah tak cukup *hint. hai bang*

Dah dah, nak tidur. Bangun sahur ye noks, bersahurlah anda walau sebiji kurma, amik keberkatan bersahur itu, insyallah.. Selamat meneruskan perjuangan di bulan Ramadhan!

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan!

Assalamualaikum wbt :)

Untuk semua yang sudi membaca blog merapu meraban ni, saya ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak buat anda semua. Semoga ramadhan kita kali ini lebih baik dari yang sebelumnya, lebih diberkati Allah dan semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk melipat gandakan amal ibadah kita di sepanjang bulan yang penuh barakah ini, insyallah, amin..

Alhamdulillah, ini Ramadhan kedua aku sebagai isteri, kali ke pertama setengah sebagai seorang ibu. Setengah sebab Riyadh lahir 15 Ramadhan tahun lepas, tengah-tengah bulan puasa hehe, kali ni pulak dia dah hampir nak masuk umur setahun, dah makin panjang akal, panjang langkah, makin menguji kesabaran tapi sesungguhnya dia adalah keajaiban Ramadhan buat aku dan Razmin. :)

Dan Alhamdulillah juga, dengan nature kerja Razmin yang memerlukan dia berbulan di tengah lautan, aku bersyukur sangat sebab diberi peluang untuk berpuasa dan beraya bersama suamiku untuk kali kedua berturut-turut sebab ngam-ngam dua-dua tahun dia balik few weeks sebelum Ramadhan, syukur alhamdulillah.. 

Mungkin tahun depan tak dapat lagi peluang berpuasa beraidilfitri bersama, siapa tahu kan? Kalau tahun lepas kami sambut raya dengan aku masih dalam pantang, Riyadh masih dalam hari, tahun ni insyallah mesti meriah sebab semua orang ada, Riyadh dah besar, adik aku di Jordan akan balik 2 minggu sebelum raya, abang aku pulak dah dapat cuti, maka berkonvoilah kami balik kampung nenek ku di Dungun, Terengganu, tak sabarnya! ^.^

Apa-apa pun, selamat menyambut puasa semua! Banyak entry tertangguh ni, entry pengakhiran holiday ke KK, entry short gateaway ke Melaka sebelum puasa, entry nak sambut raya dengan budak kecik nakal hihihi, pastu tup tup tadi abah ajak kitorang semua pergi holiday end of august nanti sempena DD balik & 1st birthday riyadh, tiket dah beli, tinggal nak book hotel abah cakap, thank you so much abah & mak! Thank you tokki & tokwan! Haih, makin banyak la edisi penangguhan blogging. Alasan ihiks ihiks.

Okeh uolss, laki mak ajak gi bazar nih, nak beli kuih. Uols masak apa berbuka first day nih? Iols masak lala sweet sour, ikan siakap masak kicap halia, sayur campur & mak iols masak kari ikan tenggiri. Untuk sahur nanti iols masak simple je, goreng ikan cencaru, kari ikan tenggiri buka nanti, ulam timun & ikan pekasammmmm ahh bangkitkan selera untuk bersahur nyumsss!

Salam ramadhan!

Tuesday, July 17, 2012

First Family Holiday. Part 2

Woot woot. Sekarang pukul 4.17 pagi, mata mak dah segar bugar dah ni, akibat tidur awal pastu tadi riyadh bangun menyusu terus tak boleh tidur. Pagi nanti nak pi melaka coti coti lagi dengan laki mak anak mak, saja laki mak nak bawak jalan-jalan masuk muzium. +____+ Ye betul tu, laki mak sukaaaa sangat dengan muzium, galeri galeri, tinggalan-tinggalan sejarah ni, lagi besar muzium tu lagi dia suka. Ni dia nak terapkan wah 'terapkan' minat kat riyadh walaupun aku confident riyadh tak berapa minat macam aku jugak sebab hari tu kat taiping laki mak ajak pi First Galleria Taiping tapi muka anak mak berkerut-kerut sebelum sampai kat pintu pagar lagi sebab panas uolsss hahaha. Tapi aku tak kisah, mak okeh jah ikut pi muzium ni sebab laki mak dah minat kan *sambil berkira-kira nak picit bahu laki sambil bagi cadangan sambung shopping raya kat melaka*

Okay jom sambung story pi KK. Second day (25hb Jun 2012) adalah hari nak pergi Kinabalu Park dan tempat-tempat perlancongan yang sewaktu dengannya. Aku cari kat Mudah.my agent yang buat day tour (12 jam) dari KK town ke Kinabalu Park and lepas bertanya itu ini dengan few agent/individu yang buat tour ni, kitorang decide untuk sewa Perodua Alza + driver + minyak dari Nuremma Touch Services. 

Deal direct dengan boss dia nama Razley, sangat sempoi & setiap email dia balas cepat, nak lagi cepat SMS je dia. Yang bestnya time hari kejadian tuh drivers Razley ni semua fully booked so dia mintak tolong adik dia drive kan kitorang so sebab adik boss yang drive memang suka-suka hati je cakap je nak pergi mana, tak ikut time dalam itenerary sangat, sokaa!! Owh semua sekali tour nih RM300 je untuk sehari suntuk sampai ke malam. Entrance & conservation fee & makan sendiri-sendiri la kan. RM300 ni untuk sewa + driver + minyak.

Oh kami tidak bertiga, abang long aku pun join sama, riyadh memang suka sangatlah bila ayoh Z dia (atau riyadh panggil yohjek) ada sekali. Sepanjang razmin belayar riyadh paling rapat dengan abang aku nih, macam favourite person dia. Abang aku baru tengok je (tak senyum pun lagi nih) dia dah ngekek-ngekek gelak. 

Abang aku nightstop 3 malam kat KK, second day tu dia just operate flight KK-Sandakan-KK je, dalam pukul 10 pagi dia dah siap kerja so dia pun join sekali, the more the merrier omputih cakap. Aku, razmin & riyadh gerak dari Le Meridien pergi Novotel Hotel (hotel MAS punya tag/cabin crew stay kalau nightstop kat KK) dalam pukul 9.30 pagi camtu, tunggu abang aku sampai dari airport pastu dalam pukul 11 terus kitorang gerak.

Oh ye aku kan freak sikit bab-bab keselamatan & makanan riyadh ni. Aku bawak siap-siap carrier/car seat riyadh dari KL untuk pakai dalam Alza nih. Ala hand carry je uols, kalau flying with infant kan MAS bagi 10kg nak bawak benda-benda stroller / car seat bagai nih, tinggal je kat tepi pintu aircraft sebelum boarding, tak susah pong. 

First stop kat Tamparuli, rumah terbalik. Razmin & abang aku je yang masuk sebab budak riyadh ni tidoq. Pantang naik kereta, konfem tidoq. Rumah terbalik ni macam nama dia lah, terbalik, dari luar sampai dalam, terbalik. Tengok gambar je lah ye.

Pastu on the way nak ke Kinabalu Park kitorang singgah Pasar Nabalu. Pasar ni banyak jual souvenirs tapi kitorang tak beli pun sebab kat Pasar Filipina jauh lagi murah so kalau korang pi tak payah shopping ye, amik gambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu sudeyy.

Pastu singgah lunch kat Kinabalu Park. Tak masuk pun lagi Kinabalu Park sebab nak pergi Ranau. Aku yang suggest makan kat sini sebab pernah makan sini time pergi tahun 2011 and memang sedap! Sini tu merujuk kepada kedai kat bawah opposite entrance Kinabalu Park, ada tempat parking luas kat situ, pastu ada satu kedai makan ni, satu tu je pong kedai, confirm insyallah takkan miss punya. Kedai ni punya chinese food ah haven. Nak tau haven ke tak, buktinya aku tak amik gambar makanan pun, tak menyempat hehe. Ada gambar riyadh sengih-sengih je sambil aku suap dia makan sementara tunggu makanan sampai. Kalau pi sini, tolonglah aku merayu korang try mushroom soup dia. Inzalllllll!!!!

Next stop yang agak kejauhan dalam 1 jam lebih is Poring Hot Spring, Ranau. Errr bagi aku, biasa-biasa je unless korang nak berendam swimming bagai kan. Kitorang tak nak berendam pun, jalan-jalan kejap, singgah solat jap pastu dah, tu je. Tapi tempat dia memang cantik lah kan. 

Lepas Poring, kitorang pergi wild fish spa kat Kg.Lanuit, dekat Ranau jugak. Bila sebut fish spa tuh kitorang semua memang bayangkan fish spa dalam erti kata ikan comel comel datang gigit kaki kat gigi air sambil kitorang duduk atas batu menikmati desiran air sungai yang sejuk. Tapi rupanya fish spa ni adalah fish spa hai nama kitorang ikan kelah besar lengan warna hitam berkilat bersisik dan kami sangat ganas tapi jinak meh la masuk sungai ni meh meh. +___+ Siriussssssss aku tak masuk pong sungai! Razmin & abang aku pun takut-takut nak masuk mula-mula bila tengok kawanan ikan kelah yang banyakkkkkkk tapi sebab diorang dah sampai situ kan, mestilah nak masuk. Aku pulak korang bagilah aku rumah sebijik pun belum tentu aku nak masuk, okay mungkin 50% dipertimbangkan huehuehue.

Tapi yang mengejutkan dan mengujakan kitorang ialah betapa anak bujang aku yang cinonet tuh sangatlah berani tak takut langsung dengan ikan yang mengganas iteww! Gugur jantung mak bila dia beriya iya nak tangkap ikan kelah yang datang 'serang' dia, siap jerit lagi bila papa dia & yohjek dia angkat dia dari permukaan air. Ikan-ikan kelah ni pulak jenis kalau kau masukkan penumbuk kau dalam air terus depa melompat-lompat gigit tapi anak aku ni relek je masukkan lengan bagai siap pukul-pukul lagi ikan-ikan tuh sambil jerit kegeraman adeh laa. Ikan-ikan kelah tuh siap lari kottt. Pengunjung lain siap tergelak-gelak & amik video anak aku yang berani amat dah macam pahlawan Kadazan dah aku tengok. Driver kitorang nama abang Jali tuh asyik la dok cakap 'anaknya berani, mamanya takut' haip sadap yu!

Huwaaa baru ku tau anak aku tuh berani sampai tahap tu sebabnya kalau kat rumah bunyi blender pun dia dah merembes air mata syahdu rupanya indah khabar dari rupa. Riyadh riyadh. T____T

Okay next stop kitorang berhenti jap kat Kundasang, beli sayurlah apa lagi kan. Murah memang murahhh. Rasanya kalau esok tu dah nak balik KL maybe aku berborongan tapi sebab ada dua hari lagi kan so aku just beli keledek manis oren & purple. Dapatlah dalam 12 ketul size sederhana, 3 hengget je ko. Murah & manisssss. Sweet potato ni fevret riyadh time breakfast, steam sekali dengan apa-apa buah, lenyek & campur dengan full fat yogurt, sedap!

Final stop, singgah semula kat Kinabalu Park, kali ni masuk dalam park tuh. Oh sedikit tips, tiket nak masuk Kinabalu Park & Poring Hot Spring ni boleh pakai tiket yang sama so kalau dah pergi Poring tuh jangan dibuang tiket masuk sebab nanti nak masuk Kinabalu Park boleh pakai tiket yang sama. Gitu.

Masuk Kinabalu Park ni sebab dekat Park ni adalah starting point kalau sape-sape nak daki Gunung Kinabalu. Kitorang tak dakilah of coz sebab dah biasa naik eh ewah haha. Gila kooo nak naik, tinggi wooo. Naik tangga pun mengah, veranganlah kan nak naik Kinabalu. Actually pada hari yang sama tuh bestfriend abang aku, abang Iwang sampai ke puncak Kinabalu. Dia datang KK fly dengan abang aku, captain jugok tapi dengan Etihad airlines. Dia bukannya kaki jenis panjat-panjat gunung nih tapi dia kata dia teringin so dia cuti jap, balik mesia pastu datang KK nak panjat Kinabalu dan lepas tu dia bertaubat tak nak naik dah haha. Buat kerja gila namanya tuh. Alhamdulillah dia selamat sampai puncak & dia cakap memang cantik beyond words kat atas tu.

Lepas pusing-pusing amik gambar feeling feeling dejavu di Kinabalu, kitorang pun turun dinner kat kedai yang sama. Time nih dah petang-petang rembang maghrib memang sejuuuukkk sangat, perut pun lapar lah kan. Abang aku tough, dia tak pakai sweater pun, pakai tshirt nipis jeww, kellassss you. *hai bang long*

Time dinner nih makanan riyadh dah habis. Aku bawak bubur dia satu thermos penuh 8oz, ingatkan nak makan lunch & dinner tapi time lunch dia dah habiskan, pastu snack buah & roti dia pun habis, banyok dia makan. Menyusu pun banyok. So time dinner tuh aku request kat kedai tu buatkan riyadh bubur ayam tak nak garam tak nak perasa, cuma ayam & sayur & depa senang hati dapat masakkan bubur untuk riyadh, memang tawaq hebiaq macam aku masak untuk riyadh tapi sedap sebab depa perasakan dengan daun bawang & bawang goreng. Teringat-ingat sampai sekarang.

Lepas dah makan, terus shoot balik KK town. Oh perjalanan dari KK town ke Kinabalu Park dalam 2 jam so on the way back tuh memang masing-masing ketiduran kekenyangan kedengkuran. Memang aku tak menyesal bawak car seat riyadh sebab pertamanya bukan aku yang kena angkut kat airport tapi razmin haha tapi siriuss sangat memerlukan di kala jalan nak ke atas tuh sangatlah berpusing-pusing & bahaya. Lagipun rasanya kalau berdukung je letih jugak budak riyadh tuh, at least dia boleh baring untuk tidur dengan selamatnya dan mak dia pun boleh tidur dengan aman dan itulah point sebenarnya hehehe.

Sampai KK, hantar abang aku dulu balik Novotel pastu kitorang balik Le Meridien dan bila sampai hotel choyyyyy budak riyadh ni terjaga dari tidur penuh segar bugar dan buntang matanya di kala pukul 11 malam maka kami pun bergilir-gilir melayan dia bermain di atas katil sambil tersengguk-sengguk uhuk uhuk.

Layan gambar joms!

1) RUMAH TERBALIK, TAMPARULI

Model gong





2) PASAR NABALU & PORING HOT SPRING, RANAU

Kalau dah ngantuk tuh puting pun dia sumbat terbalik. Tangan ayoh Z.

At Pasar Nabalu. Riyadh tak reti dok diam part 1. Belakang tu Gunung Kinabalu awan di bawah or orang sana panggil bawah Nabalu.
Kegemukan di Nabalu

Tak reti dok diam part 2.

The boys.
Menyengih dengan ayoh Z sambil mama mengorek bubur yang sekelip mata licin.

At Poring Hot Spring


Tempat rebuih teloq

Tak reti dok diam part 3. Ntah bila dia petik bunga raya tu, tau tau sekelopak dah masuk mulut. Ini cubaan ayoh Z kuarkan bunga raya dari mulut. +_+


3) WILD FISH SPA, KG.LANUIT, RANAU

Anak-anak ikan kontrol macho tapi sebenarnya cuak haha.
Baju hitam tu, terserlah kegelian melanda hehe.
Close up sikit kegelian yang melanda.

Orang laut masuk sungai.

Nangis nangis nangis. Geliiiiii!
Jeng jeng jeng jaga-jaga ye ikan semua, budak nih dah masuk.

Aaaaa put me down put me down i want alllll the fishhhhh.
Video keterujaan riyadh.

4) DEJAVU DI KINABALU BERSAMA TIZ & AQASHA. GITEWW.

My happiness :)

My strength.
My backbone.
The boys part 2.

Ala weols dah hafal dah track nak naik atas nih.
 Ihiks.
Tak reti dok diam part 4.

Macho letewww.
Reti dok diam 3 saat. Gigit kang. Ayoh z macho berbaju nipis hehe.

Majestic! Subhanallah.
^____^

Sekian untuk part 2. Lepas ni ke pulau kita bah!