Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, October 20, 2011

Milk Booster

Entry untuk kak kay..ko ni kak, kan sonang ade FB, takde la aku terlebih rajin buat entry milk booster ni sebagai tanda menyokong ko nak breastfeed anak ko nanti, amin.... Insyallah! Ihiks. =p
*
Alhamdulillah, sehingga saat ni, walaupun masih terlalu baru tapi Allah bagi rezeki untuk breastfeed Riyadh... Mula-mula lepas bersalin hari tu memang semangat nak breastfeed Riyadh immediately after birth tapi Allah Maha Mengetahui, bila Riyadh ada complication, dia tak boleh nak menyusu directly.. Lebih dari tu, Riyadh tak boleh feeding langsung untuk 3 hari, hanya drip glucose untuk beri dia tenaga =(
*
Bila dah jadi macam tu, memang semangat aku merudum sangat-sangat.. Ye lah, time pregnant memang semangat sangat nak breastfeed Riyadh, all preparation dah buat, dah beli pump bagai semua.. Yang paling aku sayu, Riyadh tak dapat the magic colostrum, susu ibu pertama yang ada antibodi paling kuat untuk bayi & boleh elak demam kuning.. Tapi alhamdulillah, Riyadh tak kena jaundice.. Alhamdulillah alhamdulillah.. Ada hikmah kan..
*
*
Masuk hari keempat Riyadh warded kat NICU, baru dia boleh start feeding.. Waktu tu jugak aku rasakan for the first time bengkak susu or engorgement.. Perghhh, memang demam lah, sakit amat! Bila Paed bagi greenlight untuk susukan Riyadh, memang happy tapi blur lah sebab tak tau macam mana, hehe..

Alhamdulillah nurses kat Nursery DEMC memang baikkk sangat, diorang memang bersabar ajar aku cara nak susukan Riyadh.. Sampaikan diorang bagi aku & Razmin lepak kat Nursery tu selepas permitted hours i.e pukul 10 malam.. Aku akan datang Nursery awal pagi dalam pukul 8 or 9 pagi (walaupun buka pukul 10pagi) and balik lewat malam, biasanya pukul 12 malam baru blah dari Nursery tu sebab nak breastfeed Riyadh..
*
Kalau time Riyadh tidur, nurse akan ajar cara pump.. Diorang sediakan pump Medela yang electric dalam nursery tu.. Boleh je nak bawak pump sendiri and pump kat bilik yang diorang sediakan which selesa sangat2, pemandangan memang saujana mata memandang - Masjid negeri aka masjid Shah Alam yang biru nan cantik tu.. Subhanallah, memang tenang & rasa relax je mengepam =)
*
*
Tapi yang sedihnya, sebab kan awal-awal dah tak breastfeed Riyadh, susu sangat susah nak keluar... Aku tau susu memang ada sebab Allah dah janjikan setiap anak itu hak nya untuk dapat susu ibu kan tapi inilah dugaan yang aku hadapi.. Dalam keadaan yang jahil tentang breastfeeding tu, aku selalu stress sebab everytime lepas breastfeed Riyadh, dia akan menangis mengamuk sambil tarik-tarik nipple dengan mulut dia.. So interpretation aku adalah dia TAK CUKUP SUSU. Makanya, dalam pantang hari tu aku pun top up dengan formula milk, s26 Gold, sebab Paed recommend s26...
*
Agak bengap di situ sebab lepas tu, rasa tak puas hati tak dapat breastfeed Riyadh exclusively, aku mula join group sana sini kat FB & forum2, lepas tu barulah dapat tau dari otai-otai breastfeeding mommies yang kalau baby mengamuk time breastfeeding, bukannya tak cukup susu, tapi perut dia masuk angin.. Kena burp kan dia dulu, pastu sambung menyusu.. Gitu sajork! Pang, lempang pipi sendiri!
*
So start dari hari tu aku slow-slow kurangkan bagi Riyadh formula milk and mulakan aktiviti mencari milk booster untuk banyakkan production susu.. Memang tak nak mengalah, tapi aku tahu nikmat dan rezeki ini Dia yang punya, aku doa banyak-banyak agar Allah murahkan rezeki anak aku untuk menikmati susu ibu untuk 2 tahun... insyallah, aminnnnnnnn...
*
Yang paling penting dalam breastfeeding ni ialah DEMAND vs SUPPLY, yakni, kalau makin kerap demand untuk susu, maka makin banyaklah supply susu.. Macam mana nak banyakkan demand?
** Banyakkan direct feeding. First two weeks tu, kejutkan baby 2 jam sekali untuk menyusu. Kalau dia tak nak menyusu, bagi ngempeng pun takpe.

** Tapi takkan baby nak menyusu je kann, so mulakan aktiviti PUMPING. Manual pump ke, electric pump ke, pump pakai tangan ke, gasaklah, janji pump.. Hehe.. untuk stimulatekan breast.. Kalau tak keluar susu pun takpe, janji pump..

**Bila baby dah besar sikit, feed baby on demand, bila dia nangis lapar, baru susukan.. Lepas dia kenyang, setengah jam lepas tu, PUMP untuk kosongkan breast.. Bila breast kosong, susu baru akan di supply kan.. Ha, baru sentiasa ada susu, gituu.. Jangan malas, PUMP selalu! Ingat, DEMAND vs SUPPLY! Garang tak aku kak, ekekeke...
*
*
Bila dah biasa direct feeding baby & pump, carilah milk booster anda.. Kat pasaran banyak milk booster, shaklee lah, jus pegaga lah tapi kena ingat, setiap orang lain milk booster nya, kena rajin try & error, insyallah akan jumpa milk booster yang sesuai dengan diri kita..
*
*
So far, ini semua adalah milk booster yang sesuai dengan aku.. Bila makan semua ni esp cheese, memang rasa berat je breasts, Riyadh pun kalau menyusu sampai meleleh tapi anak aku memang agak gelojoh di situ, ihiks.
*
My main booster - Cheese! Sehari 1 atau 2 keping, makan dengan wholemeal bread. Kalau rajin sikit, pan grilled roti dengan cheese tu, sedap!
*
*
Jamu Phytonatal dari Nona Roguy.. banyak khasiat niii, untuk elak sembelit, bagi tenaga & alhamdulillah susu pun bertambah.. *thanks Eylia!*
*
*
Horlicks.. Ini dari hari pertama selepas bersalin memang aku minum, bawa siap-siap gi hospital, sedap pun sedap tapi tak minum hari-hari, selang seli dengan milo or susu untuk lactating moms.
*
*
Enfamama A+, maternal & lactating formula, perisa chocolate. Oleh sebab aku ni masalah sikit bila bab-bab minum susu tepung ni, so aku akan buat siap-siap & simpan dalam fridge untuk sejukkan dulu. Buat sekali waktu pagi untuk minum malamnya & buat sekali waktu malam untuk minum pagi esoknya. Letak dalam Avent Via cups untuk proper storage. 200ml sekali minum, alhamdulillah tekak aku boleh telan kalau dah sejuk.. Ini bukanlah milk booster sangat, cuma untuk nutrisi susu, nak tambahkan kebaikan susu, makanya sampailah kebaikan itu ke anakku, insyallah...
*
*
Haa, milk booster paling famous kat page Kumpulan Ibu Menyusukan (KIM) kat FB. Longan kering & kurma merah. Rendam segenggam longan kering & 3 biji kurma dalam air panas, bila longan dah kembang, boleh minum, sedap ya amat! Ini pun milk booster yang sesuai dengan aku, alhamdulillah... Minum waktu malam sebelum tidur... Pergi kedai sensei (kedai ubat cina), confirm ada.. Yang aku punya tepeng mali, murah je, sekilo longan & setengah kilo kurma merah RM40, kalau kat sini baru dapat sekilo longan kot.. Thank you mr.hubby!
*
*
Last but not least, makanan sunnah.. KURMA. Ini pun milk booster yang menjadi dengan aku, alhamdulillah.. Aku suka kurma bertangkai ni, sekali makan habis setangkai, makan tiap-tiap malam sambil minum air longan di atas.. Banyak stok dalam peti ni.. Ini petua mak aku.. Thank you mak, muahhh!
*
*
*
Tapi ingat, milk booster takkan menjadi kalau takde DEMAND vs SUPPLY yeee...
*
Alhamdulillah... makin hari makin kurang aku bagi formula milk kat riyadh sebab lebihkan direct breastfeeding, dah tak sekerap dulu... Kadang-kadang tak bagi langsung... Kadang-kadang bagi dua kali atau sekali je sehari, itu pun sekali minum 60ml je, yang lain bagi breastmilk, sama ada directly atau bagi yang expressed. Oh, kena ajar jugak baby minum expressed breastmilk (EBM) dalam botol bila dia dah masuk 4-6 minggu, sebab nak cari puting yang serasi dengan baby & supaya dia tak meragam bila kita dah masuk kerja nanti, insyallah...
*
So far Riyadh okay guna botol, dia pakai Avent, kat DEMC guna NUK.. Anak aku ni sua lah apa saja pun, dia ngap jeghs, ikut perangai sape ntah =p
*
*
Yang paling penting, jangan putus asa.. kalau kita stress & down, production pun merudum.. Dapatkan support, paling penting suami lah kan, siapa lagi... Thank you ye abang sebab support saya, selalu basuh breastpump saya, selalu ingatkan saya untuk amik kesemua milk booster di atas, buatkan saya milo etc, thank you thank you thank you!

Dan paling penting, selalulah berdoa agar Allah takkan tarik balik nikmat yang Dia kurniakan kepada kita ni...
Insyallah, semua akan okay... Tapi bila dah tak ada rezeki anak kita, jangan lah pulak kita sedih & persoalkan macam-macam, yang penting kita sebagai ibu dah bagi yang terbaik untuk anak kita kan?

SEMUANYA adalah milikNya...
*
*
*
Last but not least, budak kecik nak enterprem.. Muka happy & mata dibulatkan tanda galak nak bersembang, kenyang lah katekann.. Cuba kalau lapar, takdenye muka macam ni, ekekeke..



p/s: good luck kak kay!

5 comments:

w|cKa` said...

comelnya!!

myra said...

good one! nak linkkan blog ni boleh? very useful for breastfeeding moms : )

oh ya! soo proud of you for all your effort! your baby is a lucky baby to have a determine mom like you & ur hubby is also lucky to have you as the mother to his baby! Alhamdullilah.

eeroslan said...

wicka, hehe.. thks.
*
kak myra,
tq so much! i hope this determination will last insyallah. Hehe, entry biasa2 je kak myra but if u do feel it will help other moms even in the smallest way, Y tak kesah pun if u nak link. =)

Adlin Haryati said...

Y, jumpa blog Y ni kat aji punya blog..Congrat Y sebab dapat breastfeed Riyadh..takpe sikit2 pun asal rajin. Betul ke Y taknak guna pump Avent tu?

Mama Izz~ said...

dear,

cheese adalah azie punya milk booster jgk..selain horlick...:)

bestkan bfeed..eventho susu tadelah semeriah org2 lain dlm KIM tu tp alhamdulillah cukup utk baby punya demand..semoga Allah murahkan rezeki anak kita utk teruskan bfeed sampai umur 2 tahun..amin...