Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 25, 2012

Solid Food. Bila?

Seriouslyyyy, pagi-pagi udah bikin aku angin la group *tettttttttt* kat FB. Ahaha, aku memang banyak join group-group kat FB ni, biaselah kepoh kan. Ada yang untuk tambah ilmu pengetahuan macam group Kumpulan Ibu Menyusukan (KIM) & group HSFFYB (fka Homemade Solid Food For Your Baby), pastu ada jugak secret group, ada yang best, ada yang merepek macam group BFF yang kawan aku si liza tu buat. Liza oooo liza, ko admin kan, apsal ko tak on FB? ekekeke.
*
Pagi ni ada terbaca post pasal bagi baby bawah 6 bulan makan solid food. Ada yang cakap yang diorang terpaksa bagi makan atas desakan pihak atasan i.e mak, nenek, MIL & ada yg sampai tahap terpaksa akur dengan bebelan babysitter anak sendiri untuk bagi makan anak bawah 6 bulan atas alasan yang anak tu lapar. Well, aku nak tanya, budak tu bagitahu ke dia lapar? +_+.
*
*
Aku tak nafikan yang dah jadi macam 1 kebiasaan orang dolu-dolu untuk bagi baby makan sebelum waktunya, i.e sebelum 6 bulan, malah ada yang bagi seawal 3 bulan. Aku pun tak lari dari masalah yang sama, iaitu desakan dari pihak atasan ni. Mak aku memang tak suruh pun, kalau dia suruh pun aku boleh bertekak (dengan cara baik bukan dengan cara derhaka ye), ye lah sebab mak sendiri kan so kita open sikit. Lagipun setakat ni alhamdulillah mak aku ikut je rentak aku sebab dia cakap aku mesti lebih tahu sebab budak riyadh ni kan anak aku, unless kalau aku tanya, dia akan bagi nasihat. Muahh kat cikgu zainun!
*
MIL aku ada suruh campur nestum dalam susu riyadh sebab dia cakap riyadh kurus, macam tak cukup susu. Yang ni memang aku pangkah awal-awal. Aku iye kan saja bila die suruh tapi sebab MIL aku kat taiping so tak ada lah dia nampak aku bagi ke tak kan, so setel satu hal.
*
Cuti panjang last weekend aku balik kampung ayah aku kat dungun. Ha ni memang stress sikit sebab nenek aku memanjanggggg basuh aku sebab first tak bagi riyadh makan lagi, second sebab tak bagi riyadh minum air masak lagi. Yang bab air tu aku jawab je yang aku masih fully breastfeed riyadh, susu ibu adalah 88% air, so tak payah bagi air, kang gemok air lak anak aku. Bab makan tu aku sengeh-sengeh je sebab orang tua kan, buat apa ko nak gaduh pun. Dia bebel je, aku pi cium pipi die, die bebel je, aku urut2 kaki die, last-last die malas nak bebel dah.
*
Tapi berdesing gak lah telinga ni kan bila orang cakap anak aku kurus sebab tak bagi makan lagi. Choyy tawww! Korang tau ke tinggi anak aku berapa? Tinggi anak aku time 4 bulan hari tu 71cm okay, lebih kurang baby 6 or 7 bulan. Berat 6kg. Kan okay je tu, cuma tak nampak tembam la sebab dia dah panjang. Kalau dukung naik lenguh jugak. Ish. Asal sihat anak aku, alhamdulillah.
*
*
Pastu budak dah masuk 5 bulan kan dah pandai macam-macam, itu semua perkembangan dia, bukan sebab dia lapar. Adoyaii. Ini antara perkembangan baby yang orang ingat baby dah kena makan solid food :

1) air liur menceceh : Well, memang la menceceh, cuba korang check gusi dia, dah bengkak sikit kan? Memang gatal la gusi dia. Pastu baby mana la reti nak telan-telan air liur lagi, diorang cuma reti tolak lidah diorang keluar sebab kalau nak hisap susu, baby akan julurkan lidah kat nipple or teat botol untuk hisap / suck susu keluar. Bila air liur dah banyak + gusi gatal, makin menceceh la air liur dia.
*
2) tengok orang makan, mulut terkumat kamit : Ini adalah sifat semulajadi baby, to imitate. Memang baby akan perhati dan kemudian akan cuba buat perkara yang sama. Ini adalah fitrah sejak lahir lagi. Cuba jelirkan lidah kat baby yang baru 2 or 3 minggu, buat beberapa kali, nanti baby akan jelir balik. Bukan dia terkumat kamit sebab dia nak makan nasi. Well, memang la dia nak tapi bukan sebab dia lapar, tapi sebab dia nak tiru. Pehey dop?
*
3) masuk tangan / benda dalam mulut : ha ini lagi satu. Bukan setakat tangan dia, cuba kau hulur frame gambar, pun masuk mulut dia jugak kan. Kalau dah masuk benda dalam mulut, dia bukan telan pun, dia cuma nak kemam dengan gusi dia, atas sebab no.1 di atas : gusi gatal.
*
4) nangis malam, kerap bangun malam, kerap menyusu malam : memang sebab dia lapar, ini dipanggil growth spurt. Baby baru lahir, sekali feeding mungkin paling banyak 2oz kan, kalau dah 5 bulan, takkan 2 oz lagi, mesti makin lama makin bertambah. Lepas tu bila dah masuk 5 bulan ni, macam riyadh, dah pandai meniarap bergolek-golek, dah pandai menjerit-jerit, sembang dengan tangan sendiri, dengan buku, dengan kaki kerusi semua, lagi la banyak pakai tenaga, lagi haus & lapar la dia, bukan sebab dia nak makan.
*
*
Sebelum 2008, garis panduan UNICEF cakap baby dah ready untuk solid food time 4 bulan, tapi lepas tu, lepas dah pelbagai incident & research dibuat, UNICEF cakap baby ready untuk solid food time 6 bulan. Maksud baby ready bukan secara luaran sahaja, tapi juga dari segi dalaman, i.e sudah readykah usus baby yang selembut tisu itu untuk proses makanan? Sudah readykah buah pinggang baby untuk tapis segala mala bakteria dalam makanan? Ha jawab jawab.
*
Untuk itu, garis panduan penyediaan makanan untuk bayi diperkenalkan. Tak payah la aku cerita satu-satu, korang google la sendiri, hampir 90% adalah sama jawapannya. PERKENALKAN BUAH & SAYUR TERLEBIH DAHULU. Tanpa perkenalkan bubur nasi kosong atau oat untuk 2 minggu yang pertama.

Kenapa? Sebab kita perkenalkan secara berperingkat adalah kerana baby dah terbiasa dengan tekstur susu ibu or formula milk, maka untuk peringkat pertama, aim kita adalah untuk MEMPERKENALKAN TEKSTUR selain susu, bukannya untuk mengenyangkan baby. Sebab tu untuk baby 6 bulan, dia hanya perlu makan beberapa sudu setiap kali feeding, sehari sekali. Tapi buah & sayur juga ada jenisnya, bukan semua boleh ngap, dan ada juga cara untuk kenalkan kepada baby solid food. Ini lain entri aku tulis, research masih belum memuaskan hati & nafsu. Hehe.
*
*
Ada pula yang bertanya, dalam Islam kan ada dinyatakan penyusuan ibu sepenuhnya selama 2 tahun, jadi kenapa perlu solid food?

Iye, memang ada, boleh disusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya, kalau lah ibunya makan makanan penuh zat. Macam zaman Rasulullah, susu yang ibu minum susu yang diperah fresh dari kambing atau unta, bukan susu kotak macam sekarang. Masak guna minyak zaitun, masak cara bakar atau panggang, roti pula dibuat dari tangan sendiri tanpa bahan-bahan pengawet bagai, air zam zam diteguk, tiada air gas, tiada air sejuk mahupun air berais, tiada kereta hanya berjalan kaki ke sana sini, buah sayur semua dari pokok. Boleh kan kita pastikan kita makan hanya makanan berzat untuk susukan anak kita untuk 2 tahun sepenuhnya? Kalau yakin boleh, alhamdulillah, silakan, pasti seronok!
*
*
Untuk hari ini, setakat itu sahaja. Entri ini adalah dari pembacaan aku yang tak pernah berkesudahan. Dari research di internet, join HSFFYB & dari buku-buku yang hampir setiap minggu aku beli. Kalau ada yang tak setuju it's okay, bukan anak aku pun. Jahat kan? Well, orang kan suka tak bersetuju dan anggap diri sendiri betul, so no sweat la babe, gua tak kesah. Ini untuk share semata-mata apa yang aku tahu.
*
*
Ok bye, nak gi pyramid makan tony romas. Lalalala.

4 comments:

myra said...

cik adik, awak ni boleh tulis buku la. mesti org beli!

madam kheyr hameed said...

kalau hajah par..memang pantang bagi makan sebelum umur 6 bulan. dia kata..usus budak lagi.tak sedia usus tu utk proses makan. see..doctor sgt kan mak aku. hahahahaha..

Marsha~ said...

hahaha.. adatlah tu Elya... akak anak dah 2, lagiiii banyak karenah mak dan mertua nak kena layan... lebih2 bab susu dan makan ni.. mmg kena pepandaile nak hidup.. kang melawan diorg kata bodoh sombong... mmg sampai kiamat isu ni takkan habis... telan je lah...

eeroslan said...

kak myra; itu mmg jauh panggang dari api :p bcoz i will write the book halfway, then i'll have a new hobby. always like that. hehe
*
hakak; senang kalau camtu, mak kite mmg pakar kanak2 kannn. huehuehue
*
kak marsha;
hahahaha kannnn..mmg elya diam je kak kalau org2 tua ni sound, sengeh2 je, sabarkan hati..selalu ingatkan diri yg diorang tak marah, cuma sygkan cucu cicit diorang..