Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 19, 2012

Yang Kecil Itu Pun Tetap Rezeki

Haluuuuuu.

Hari ni hari sengal aku. On the way pergi office, tinggal lagi kurang 1 kilometer nak sampai court baru teringat yang aku dah apply cuti untuk hari ni & esok. Tapi mak lupeeeeee!

Pekerja cemerlang mane ntah ni yang lupe diri sendiri cuti. Nasiblah, macam ni lah kalau laki dah jauh, weng sikit. Hehehe.

*

Tak apa lah, rezeki akak kantin hari ni sebab sampai-sampai je aku laju menuju ke kantin mencari segelas milo suam, alhamdulillah..

*

Speaking of rezeki, kadang-kadang kita ni selalu terlupa yang setiap hari Allah tak putus-putus berikan rezeki buat kita, hatta sekecil mana pun nikmat yang diberi, ia tetap rezeki dariNya.. Kadang-kadang juga Allah kurniakan kita penyakit dan kita bersungut kerana tak selesa, padahal sakit itulah antara tanda Allah sayangkan kita... Kerna turunnya dugaan itu, walau sekecil mana pun, ia adalah tanda Allah masih sayangkan kita...

*

Alhamdulillah untuk batuk dan lelah ini ya Allah.. Kalau tak sakit, aku tak jaga sangat apa aku minum, apa aku makan.. Alasannya masih cliche. "aku masih fully breastfeed riyadh, cepat lapar". Bila sakit batuk berdengking macam ni, baruuuu terhegeh-hegeh minum air suam bergelen, makan yang bersup-sup, tak makan pedas, tak makan makanan berminyak, tak minum yang berais.


Tapi itulah manusia, kalau tak lupa, bukan manusia.. Fitrah namanya.

*

*

Kadang-kadang juga Allah beri kita rezeki tanpa kita sedari kerana sesuatu yang kita lakukan.. Paling aku percaya, apabila buat baik dengan ibu bapa. Allah bayar cash kepada kita.. Oits, bukan cash wang tunai derr, cash yakni dibayar di dunia ini (dan insyallah di akhirat kelak masih dihitungNya kebaikan itu..) Tapi bukan sekadar untuk kebaikan, kalau kita lukakan hati ibu bapa kita juga, maka cash jugalah bayarannya Allah beri, ingat tu.

*

Beberapa hari ni, murah rezeki aku, alhamdulillah.. Dalam perkara-perkara kecil yang mungkin tak besar mana pun bagi orang lain.. Sampai court untuk beberapa hari ni, satu sen pun tak dikeluarkan untuk sarapan, ada saja yang menjemput diri aku untuk menjamah makanan yang sudah tersedia.. Bukannya american breakfast mahu pun continental.. Cukup sekadar sandwich sepasang, milo segelas, nasi lemak sebungkus.. "Makanlah puan, saya beli lebih tadi, rezeki puan ni.." Alhamdulillah.. Semoga Allah murahkan rezeki mereka juga..

*

Malam tadi juga, pergi ke mydin dengan adik aku yang bercita-cita nak buat kek tiramisu.. Singgah di JM Beriani, nak tapau untuk makan malam.. Order nasi beriani 3 set, abang yang jual beri pulak 2 bekas acar buah, free.. Alhamdulillah, rezeki lagi..

*

*

Jadi jangan pulak lepas ni kita lokek untuk berbakti kepada ibu bapa, memberi seikhlas hati kepada sesiapa pun, tak kisahlah dia dah banyak duit atau tak sebab hakikatnya, yang kecil itu pun tetap rezeki..

*

Dan kita tak akan pernah tahu bila Allah akan murahkan rezeki kita pula...

2 comments:

Momma Qiestina said...

mana button like, nak like 1000x!

sangat agree.

especially buat baik ngan mak ayah tu allah balas cash kat dunia lagi.akak selalu rasainye.tiba2 ada org sedekah itu ini,tak kat mama, kat qies.ini sme rezeki kan :)

Anonymous said...

rezeki dicari, rezeki untuk disyukuri dan rezeki untuk dikongsi (sedekah). InsyaAllah hidup pasti happy. walaupun kocek kempis sana-sini. berkat itu yg kita cari. suka entry kali ni. boleh ingatkan diri sendiri. yg selalu alpa dan lupa diri. nak like seribu kali. :)