Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, February 11, 2012

Riyadh's First Solid Food!

Yeay hari ni riyadh udah mangannn!!
*
Seronok banget momma riyadh hari ini sebab budak kecik ini (formerly known as budak tembun) walaupun slim & panjang tapi sangat lah suka makan puree kurma aku buat hari ni. Yes, riyadh's first food is puree kurma, with its consistency adjusted by adding my expressed breast milk. Makanan sunnah, insyallah ini permulaan yang baik. ^^
*
*
Meh nak letak gambar riyadh makan, nanti lusa papa sampai jepun papa boleh tengok. Oh ye, sayu juga hati ni bila suap riyadh puree tu sebab razmin tak ada untuk sama-sama over excited dengan aku. Tapi thanks to mak yang jadi pom pom granny & abang aku yang terpisat-pisat bangun sebab aku paksa dia amik video riyadh makan suapan pertama. First moment, penting wooo.
*
Puree kurma + EBM. Pinggan mangkuk ditaja oleh papa. Kurma ditaja oleh tokwan. Susu ditaja oleh mama. Ihiks. Next entry aku blog kan pasal nak buat puree ni ye.
*
Muka confuse selepas suapan pertama. Hehe. Gigit kang! Bip ditaja oleh mama chu, diterbangkan khas dari mothercare london gitu.
*
Muka masih lagi confuse selepas suapan kedua tapi sudah mau senyum nak mintak lagi.
*
*
*
Selepas suapan ketiga, senyummmm! Suapan suapan seterusnya diteruskan sambil mulut budak ni menganga menadah. Hehe tapi sorry ye nak, not more dari 9 suapan ye for the first week nih. Bukan utk kenyang tapi utk apa kawan-kawan..... untuk RASA.
*
*
Ok itu saja. Happy nih. Tak sabar tunggu esok lak nak bagi riyadh makan. Puree kurma lagi ye, because of the 4 days-wait-rule. Insyallah tiada allergy ke atas kurma ini kan, aminn. Bye.

1 comment:

Anonymous said...

GambR last tu dia suka kat bnglng laa.... :p

-long