Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 15, 2012

7 Months Young Riyadh Iman

Mama mengantuk ni riyadh.
TAPI, Happy 7 Months Young anak mama, anak papa.
*
Dah 7 bulan Riyadh ceriakan hidup kami sekeluarga, semoga semuanya indah sampai ke syurga, amin.
*
Riyadh makin suka makan sekarang, kalau lambat suap siap lah dia buat bunyi berderam macam harimau nak terkam arnab. Kalau dah buat berderam tu tapi kita lambat suap, dia akan jerit macam arnab kena terkam dengan harimau tadi. Haish.
*
Dah pandai bersosial. Tunjuk kamera macam nak ambil gambar dia, confirmmm senyum. Kalau tengok Ipad2 nenek dia,dia dah tau mesti nak skype dengan Mama Chu kat Jordan. Bila skype mesti gelak-gelak jerit-jerit. Nasib baik mama chu layan ko nak.

Kalau kat rumah acik siti, suka sangat buli fadhila anak acik siti. Mentang-mentang lahir tahun yang sama (riyadh bulan ogos, dila bulan mac 2011), memang dibulinya cukup-cukup dila.

Riyadh suka berebut remote control astro dengan dila. Mama report kat papa, papa suruh mama beli remote astro kat kedai DIY untuk riyadh, buat dummy. Mama pulak kena sound dengan papa sebab tak beli mainan macam remote untuk riyadh. Hepp!

Kalau dila tidur kat sebelah dia, bukan sebelah sangat, jarak 1 meter, confirm riyadh bergolek mengengsot ke arah dila sebab nak tarik rambut dila, sampai dila nangis. Rambut kak wawa & kak zureen (kakak-kakak fadhila) pun riyadh suka tarik.

Tapi riyadh paling suka buli dila. Kalau dila merangkak/jalan depan riyadh, riyadh tendang manja manja dila tapi dila nangis jugak. Petang tadi acik siti cakap riyadh tarik kaki dila tak nak bagi dila gerak. Riyadh riyadh, nasib baik acik siti sayang. +_+

Sekarang ni kalau tinggal riyadh sorang-sorang mesti riyadh jerit. Pastu bila nampak kelibat sape-sape kat rumah ni riyadh akan tegur sambil depa tangan. Haipp. Suka nau berdukung. Tapi yang paling buat mama ketap bibir sebab suka sangat masuk bawah coffee table nenek. Siap bawak masuk mainan sekali. Ni tak merangkak lagi ni. Semoga mama cemerlang menjadi kurus dalam program Riyadh Weight Management. +_+
*
*
Riyadh at 7 months :

Mula-mula kontrol comel.
*
Lepas tu golek ke kanan sambil tarik mainan yang paling menarik di mata.
*
Lepas tu sambil sebelah tangan pegang mainan yang menarik hati tadi, tangan sebelah lagi capai kayu meja untuk support yang lebih baik, supaya cepat dapat masuk ke bawah meja sebelum mama tarik keluar.
*
Kalau guna tangan membuahkan hasil yang tidak mapan, tolak dengan kaki pulak ye, setelah stokin ditarik sehingga tertanggal.
*
Akhirnya, dapatkan posisi yang terbaik dan mula sembang dengan mainan yang paling menarik tadi. Setel! Kemudian dengar mama jerit sambil buat muka tak bersalah.
*
*
Happy 7 Months sayang, semoga terus menjadi anak yang soleh dan semoga Allah permudahkan segala urusan kamu sayang.
We love u so much. :-*
*
Ngantuk, tapi tetap mau main.

2 comments:

NADIA vs BERON said...

akak, sejak akak ada riyadh, sy jd silent reader akak. i love bby. n he's too comel n adorable :) kiss for him. mukaa cheeky. :D

eeroslan said...

hi nadia :)
hehe..thank you dear sbb sudi baca blog ntahpape yg takde pengisian nih. Akak tulis pun sebab husband nak tau perkembangan riyadh hehe.. riyadh says hi aunty, muachs!