Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 7, 2012

Poligami.

Woot woot. Tajuk mengundang kontroversi mak nih. Hehe.


Sebenarnya ni entri rentetan daripada topik kat Hot FM pagi tadi. Diorang bukak topik sudut positif berpoligami. Mula-mula dengar tajuk, fitrahnya sebagai wanita aku terus 'hak eleh apehalll' tapi teruskan jugak mendengar walaupun sekarang aku lebih suka dengar Era sebab ada Johan Raja Lawak dalam JOHARA di pagi Era, lagi simple & of course lawak nak mampsss. Memang sengal habis si Johan ni, sorry la kalau ada yang tak suka dia tapi aku & razmin suka sangat kat Johan ni dari Zizan sebab Johan lagi real. Perghhh champion lah!


Eh terkeluar tajuk lak. Berbalik kepada topik sudut positif poligami ni kan, aku tau dan memang dibesarkan dengan perpektif bahawa poligami itu tidak salah dan dibenarkan dalam Islam. (dibesarkan dengan perspektif dari pengajian di universiti ye, bukan dari pengalaman keluarga. choyy tau speku awal-awal). Kalau nak cerita pasal dalil dalam poligami ni, memang banyak la kan, dari ayat Al-Quran sampaikan sunnah Rasulullah & pendapat 4 Imam besar tapi bukan itu yang aku nak share.


Aku nak share cerita seorang caller ni yang dah buka minda aku sebanyak beberapa percent pasal sudut positif poligami ni. Nama dia ape ntah aku lupa, Hariz kot. Wah terus ombak rindu kannn.


Cerita dia, dia baru berumur 30 tahun tapi dah ada isteri dua. Isteri kedua dia adalah bekas GRO. Senang cite, korang tau lah kan kalau GRO tu kerjanya macam mana, pakaiannya macam mana, wallahualam. Katanya die bukan berkenalan kat kelab, tapi kat kedai makan. Dia mendekati perempuan tu dan setelah kenal, dia minta izin isteri pertama dia untuk bernikah dengan GRO tu.


Surprisingly, first wife dia izinkan. Dipendekkan cerita, si Hariz ni cakap sekarang isteri kedua dia dah bertudung litup, berjubah, sudah kenal semula dengan sejadah dan sudah kembali menemui orang tua di kampung lepas bertahun-tahun tak balik kampung sebab bergelumang dengan dunia GRO. Dia dah jadi muslimah yang baik alhamdulillah.


Apa yang menarik perhatian aku ialah pesanan Hariz kat akhir cerita dia. Dia cakap, sebagai lelaki, jangan main-mainkan hati dan perasaan wanita. Ramai yang berpoligami sebab berpegang kepada nas yang menghalalkan seorang lelaki berkahwin sehingga 4 isteri, tapi kalau dah kahwin lebih seorang, kehidupan lebih huru hara, baik tak payah kahwin lebih.


Nak jaga seorang isteri mungkin senang, tapi kalau ada anak-anak, itu kan amanah Allah.. Macam mana nak tunaikan kewajipan ke atas amanah ini kalau hidup dok pening bertekak dengan bini number one two three four.


Lagi satu, kalau tak yakin boleh bimbing wanita di jalan Allah, jangan kata kahwin dua tiga empat, nak mulakan hidup berumahtangga dengan seorang bini pun kena fikir panjang sebab kalau tak senget lah bahu kiri tu, berattttt.. nauzubillah.


Aku suka sangat dengar penjelasan Hariz tu, memang membuka minda aku dan slowly jadi toned down sikit dengan konsep poligami, nampak keindahan poligami tu kalau lelaki-lelaki yang pasang hajat nak berpoligami ada pemikiran macam Hariz. Dari seorang GRO, dah jadi isteri yang mithali. Mungkin ada keberkatan dalam berpoligami di situ bila niat Hariz bukan berlandaskan nafsu dan isteri pertama dia redha. Dia sendiri cakap, bila dia nak kahwin dengan GRO tu, bukan setakat isteri dia, dia pun sedih sebab dia tahu dia dah lukakan hati isteri dia tapi dia juga redha. Kalau dua-dua tak redha, mungkin tak bahagia macam sekarang katanya. Dan sebab keredhaan itulah dia makin sayang dengan isteri pertama dia.


Above all, aku kagum dengan isteri pertama Hariz tu. Izzah kot namanye ekekeke. Okay siries sikit. Honestly, aku rasa aku tak mampu untuk jadi redha seperti itu dan aku harap razmin tak ada keinginan untuk berpoligami. Uhuk uhuk. Bila difikirkan rasa menusuk nusuk sebak semacam je dada ni. Begitu hebat jiwa isteri yang merelakan seorang suami untuk berpoligami tanpa sebab macam sakit, tak boleh beri zuriat etc. Semoga hidup Hariz sekeluarga bahagia hingga ke syurga, amin...


Tapi siapa tahu kan, satu hari nanti keadaan akan berubah, kita hanya merancang...
Wallahualam..


*DISCLAIMER : ENTRI INI TIADA KAITAN DENGAN KEHIDUPAN RUMAHTANGGA AKU YE NOKS. HIDUP KAMI LAKI BINI BAHAGIA ALHAMDULILLAH, TAK ADA ORANG KETIGA KEEMPAT KELIMA. JANGAN INTAI-INTAI LAKI AKU YE, DIA TAKDOK PONG, ADA KAT LAUT NUN EKEKE.




Tapi riyadh tak kahwin lagi, boleh lah kalau kapel ramai-ramai.

Hehe..budak yang sangat suka skype dengan adik aku, pantang nampak ipad2 tok wan dia, melompat-lompat nak tengok, vain taww!

3 comments:

w|cKa` said...

riyadh kan org ke3 dlm rumahtangga uolss.. adik riyadh nnt org ke4, ke5 dan seterusnya.. hihihihihhi

Anonymous said...

Nape la nama saya bukan hariz...

fith said...

sis.saya copy gmbr riyadh satu eh.comel lah dy