Okay, bukanlah sekolah sekolah, mak masih waras hehe. Riyadh masuk playschool dia hari ni, taska berhampiran rumah. Amat hampir, tak sampai 30 saat naik kereta hehe.
Oh dah pindah masuk rumah baru dah ni yeay alhamdulillah. Kesimpulannya, banyak gila mak aih pakai duit nak masuk rumah! Tapi happy, happy sgt sgt! Alhamdulillah semua dipermudahkan. Rumah idak lah meriah dgn barang bagai, yang basic sahaja alhamdulillah. Sekarang dalam proses nak tanam rumput pulak.
Keluar topik itu penting.
Sebab paling utama adalah security. Kawasan rumah ni gated & guarded, dengan hanya ada 1 akses untuk keluar masuk. CCTV complete, hourly clocking pun guard buat kat rumah jiran sebelah, sticker pun pelbagai, untuk owner, untuk penyewa, untuk parents yang nak ambil anak dari Taska & Tadika dalam taman pun diwajibkan beli sticker yang disediakan. Kalau ketegaq sangat merasalah hari-hari turun kereta pi daftar dengan letak lesen bagai. Guard garang oo. Persatuan Penduduk pun sangatlah aktif proaktif. Alhamdulillah. Lega sangat.
Okay keluar topik lagi.
Makanya Riyadh pun didaftarkan masuk Taska yg terletak betul2 sebelah guard house. Agak yakin di situ kan. Taska alhamdulillah berdaftar dengan JKM. Cikgu pun ramai, satu rumah tu ada 8 orang, tak termasuk penjaga untuk babies lagi. Babies pulak ditempatkan kat rumah berasingan. Taska yg Riyadh pergi tu khas untuk 2 tahun ke atas & transit sekolah. Owner pun lemah lembut, sejuk je, budak-budak panggil ibu. :)
Sejak mula pindah 2 minggu lepas dah psiko2 si Riyadh ni. Setiap kali lalu depan Taska tu kita cakap lah, haa itu school sape tuu.. dia pun dengan bangganya jawab itu school abg yadh! Suka bahasakan diri dia dengan panggilan abg yadh sekarang sejak Hannah dah lahir. Hannah ialah anak saudara iols, sepupu riyadh, anak abg iols yg sangat bambambam.
Bila rasa dia dah ready, pastu elok pulak dah masuk bulan Julai plus puasa kan, bawak lah dia pergi Taska tu untuk jumpa Ibu. Malu-malu ntah pape yadh ni hehe. Pastu pagi tadi, 2 Julai 2014 maka rasmilah anak mama papa ni pergi Taska. Malam semalam dah tidurkan dia awal2, pukul 9 dah lena dah dia so bangun pagi pun senang, mandi pun happy, pakaikan uniform pun happy je. Masuk je kereta dia cakap nak pergi McDonalds la beli roti la, so bawak lah kita melayan dia sbb tak nak dia meragam nangis2 kat Taska nanti.
Memang berhasil alhamdulillah, sampai je Taska dia dengan confident nya bagi salam kuat-kuat hehe. Pastu tengok ramai kawan-kawan memang tersengeh-sengeh je dia, pastu dengar pulak lagu-lagu terus dia masuk pastu dengan selamba ajak mama masuk, bila mama cakap mama kena pergi work, dia mcm sedih pastu cakap bye bye.
Ha itu je. Tak ada drama air mata dari pihak Riyadh. Dari pihak mama lain pulak ceritanya. Sobs. Memang over kan hahaha tapi sirius nangis. Bukanlah sedih ke apa tapi macam terharu dan sebak sendu dia dah besar dah pergi taska dengan uniform bagai. Alhamdulillah semoga semuanya dipermudahkan hingga ke akhirnya insyallah.
Sekian update dari saya. Nantikan update seterusnya untuk blog ni bila Riyadh masuk darjah 1 pulak wahaha.




No comments:
Post a Comment