Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 3, 2014

S.Angkasa & First 5 Years

Hi. Assalamualaikum :) 

Macam malu pulak nak tulis blog. Lama benor tak tulis blog. Malu macam nak kena lempang haha.

Razmin dah naik kapal. Naik 18 August hari tu. Seri Angkasa kapal kali ni. Kapal yg famous suka anchor lama-lama kat Bintulu hahaha. Kat Melaka pun anchor jugak. Ada aku kesah. Lagi baguss suka anchor boleh cakap tlipon hari-hari. Cumanya laki aku kurang gemar lah anchor2 ni, lambat masa berlalu katanya. Alos rilek lah bang, dari kapal pi Nigeria mana hala, lebih baik dia berlabuh di Bintulu kan kan kan.

Riyadh pulak dah 3 tahun. Alhamdulillah. 15 August 2014 hari tu menginjak lah usianya 3 tahun. Kejap je masa berlalu, bayangan adik tak nampak lagi. Eh. Hahaha. Insyallah tahun depan ye Yadh, biar mama papa betul2 settle down dulu. No doubt anak itu memberi seribu rahmat dan rezeki, insyallah ada rezeki nanti. 

The first 5 years are the period that will test you as a married couple, you will face all the hardships you may encounter - yes during the first 5 years. Alhamdulillah, memang berduri ranjau, financially terutamanya tapi kami berdua tekad nak ada jugak one landed property, untuk besarkan anak-anak insyallah, nak ada kereta selesa biar bukan Cayenne. sobs. Cayenne my love. sobs. haha ampun bang, berangan kan free.

So alhamdulillah, Razmin balik hari tu dah setel semuaaaa, dah masuk rumah sendiri lepas beli tahun 2011 hari tu, dah ada family car, dah tanam rumput hahaha isu betul laki aku dengan rumput, dah berpenat lelah pindah bilik dari rumah mak, dah menangis sengeh menangis sengeh tengok duit keluar macam air, dah register Riyadh masuk school, dah semua semua lah. Elok dah siap semua, Riyadh pulak sakit. Viral fever with ulcer attack masyallah. Lama sangat warded, 10 hari. Dugaan, memang berlelah sangat & Razmin pun sign on di kala kami masih di hospital, tapi itu pun lepas ofis dah bagi belas ihsan tangguh sign on seminggu sebelumnya, alhamdulillah.

Sekarang ni dah boleh bernafas, dah boleh pergi holiday (yeay), dah boleh fokus utk 2nd baby insyallah, shopping tak boleh sangat sebab next project, nak tunaikan fardhu Haji insyallah insyallah. Sama ada 2019 atau 2022. Terima kasih kat mak & mama yang dah awal2 registerkan kitorang dari kitorang kecik hehehe. Tapi bila dah ada anak ni, pergi Mydin USJ pun heaven hew hew hew. In denial kan but live it Elya, live it okay.

Semoga urusan-urusan selepas ini dipermudahkan Allah. Insyallah.

1 comment:

Anonymous said...

�� Finally ade jgk kesinambungan blog..teruskn ye..love to read ur blog!