I have so many things to blog about. Like so many I don't know which one to start with so I choose not to blog any.
*krik krik*
Hahaha memang dasar pemalas.
Okay lah, cerita pasal Riyadh masuk hospital. Dah lama Riyadh tak masuk hospital and by hospital maksudnya DEMC. Yes, anak aku ni memang dari baby selalu keluar masuk hospital for various reasons. Asthma, hereditary - sorry baby. Demam - mesti spiking 40 degrees kalau dah demam, kalau setakat 37 or 38 degrees tu takde lah admitted.
Last Riyadh admitted kat DEMC bulan February 2013, dah lama dah. Hari Khamis 7hb Ogos hari tu aku balik kerja lambat sikit, malam dalam pukul 8 baru sampai rumah. Razmin dah text cakap badan Riyadh dedar2, temperature 37.4. Oh demam ni. Aku cakap takpa mandikan dia dulu, nanti balik rumah kita bawak dia pergi klinik.
So sampai rumah, aku tengok Riyadh okay, susu pun minum, main pun melompat, so hunch aku cakap maybe dia ni nak besar ni sbb minggu depannya dah 3rd birthday kan. haaaa mak mak kan aku ni, ole school sangat.
Keluar pergi dinner kat Mohd Chan Kota Kemuning, pastu Riyadh mengadu cakap mulut dia sakit tak nak makan. Hmm. Takpelah, makan cepat-cepat, terus pergi DEMC lepas tu. MO check cakap demam biasa and ada ulcer sebiji dalam mulut dia. Okay takpelah, demam kan, panas dalam tu sebab tu tumbuh ulcer.
Balik rumah, bagi makan ubat, maka berjaga malamlah mak nye ini sebab risau. Tapi malam tu dia tidur lena, panas badan pun tak sangat.
Pagi Jumaat tu ambil emergency leave, tak sanggup nak tinggal dia kat rumah walaupun Razmin ada boleh jaga and rumah pun dekat je dengan office tapi tu lah, sirius tak boleh tinggal, tak sedap hati. Sepanjang hari Jumaat tu merengek je lah dia, melepek je, makan ubat struggle bergelut, minum susu okay tapi makan tak nak.
Sabtu pagi, Allah!! Tengok mulut dia putihhh. Penuh ulcer kat bibir dia, atas bawah. Seram sebab nampak sakit sangat. Ye lah, kita sebiji pun rasa sakit ini kan pulak banyak, memang banyak. Terus melompat katil, mandi, siap-siap semua, gegas pergi DEMC. Kali ni gerak hati cakap memang kena admit ni and yes, doktor suruh admit sebab kena cuci ulcer tu, nak buat blood test & nak drip air sebab Riyadh tak boleh makan.
Time tu baru teringat - Ahad esoknya Razmin kena sign on! Huhu, tiket semua office dah belikan, kapal pun dah ada kat Bintulu. Buntu sekejap, sebab nak call office pun, hari Sabtu kan. So terus search e-mail, amik no telefon Manager Manning MISC, alhamdulillah sangat memahami, dia cakap tak apa, tak payah naik lagi, sehari selepas anak discharge inform office and office akan buat arrangement lain. Alhamdulillah, memang Allah permudahkan sangat.
Maka bermulahlah kami berkampung di DEMC untuk 10 hari. Ye, 10 hari! Virus memang sangat kuat sampai kena masuk 3 antibiotik, kesian Riyadh. Hari-hari menangis & trauma bila nurse masuk sebab nak kena buat mouth toilet procedure. Apa itu? Itu adalah procedure untuk cuci ulcer dalam mulut menggunakan gauze i.e. kapas kasar tu macam ko gosok gigi T__T.
Bayangkan ulcer-ulcer tu dipecahkan, memang berdarah-darah. Kali pertama buat, aku tunggu kat luar treatment room sebab parents tak boleh masuk tapi memang luluh hati aku, Razmin peluk aku kuat2 sebab aku memang menangissssss, sebab dengar Riyadh menjerit-jerit kesakitan. Allah... sedih sangat, sumpah! Itu first & last aku tunggu kat luar treatment room, lepas tu aku dok dalam bilik je. Sumpah tak sanggup.
Untuk 3 hari diorang cuci sampai anak tekak semua - ye ulcer dia sampai ke dalam anak tekak lelangit semua - lepas tu, tekak dah clear sikit, buat kat area luar bibir je. Aku beranikan diri buat mouth toilet tu sendiri sebab bila dengan nurse Riyadh sangat struggle, dengan aku dia nangis jugak tapi dia pasrah sebab aku mak dia kan. Memang sedih sangat, macam dah sakitkan dia tapi aku asyik cakap mama sorry ye yadh, mama sorry sgt2. Itulah yang aku buat sampai lah dah discharge.
Mula-mula cuci dengan normal saline tapi lambat effect nya, pakar prescribed untuk cuci dengan sodium bicarbonate. Pedih sikit tapi alhamdulillah effective. Lama-lama, dah tak berdarah, means tisu baru dah tumbuh dengan jayanya dan tak ada ulcer lain naik.
Bayangkan dari hari Jumaat sampai hari Jumaat seterusnya tak ada apa pun masuk perut Riyadh kecuali susu. Dia memang tak boleh nak makan langsung. Sakit kau. Sampai lah Jumaat malam tu, dia ajak makan kek kat bawah. Dia naik lift je terus dia buat bunyi aaaaaa macam ala2 nak bermain. Sampai kat bawah dia cakap papa lari papa, yadh kejar.
Ya Allah, luluh sangat hati aku. Okay fine aku nangis sebab aku rinduuuu sangat nak tengok dia main and paling aku rindu ialah mulut dia. Ya Allah! Kalau lah korang tau betapa banyak mulutnya anak aku ni! Aku rindu sangat nak dengar dia bercakap, nyanyi, berdoa, baca AlQuran semua, rindu sangat!
Kitorang pun beli lah cheese cake dari Gloria Jean's kat bawah tu. Masuk lah mulut dia dua sudu and yang selebihnya dia sibuk suap papa dia. Takpe lah kan, janji itu dah tunjukkan dia dah mula ada selera. Alhamdulillah! Itulah kali pertama aku rasa legaaaaa sangat sepanjang kat hospital. Oh aku memang on emergency leave sehabis daya. 5 hari tu memang tak pergi kerja. Kalau urgent sangat baru aku buka laptop. Alhamdulillah waktu ni rasa bersyukur sangat kerja kat MISC Logistics ni, bos semua sangat memahami, takda pun yg push untuk kerja, alhamdulillah!
Eh okaylah dah pukul 5 lebih. Nak balik hewhewhew. Nanti sambung lagi. daaaaaa


1 comment:
It was a life learning experience to be in a situation you had went through dozens time before. Thank you syg for all you had did for Riyadh and me. We both love u so2 much!
Post a Comment