Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 14, 2011

Loya Itu Indah

*
isk... makin menjadi-jadi morning sickness ni, tak kire time... kadang-kadang sehari sekali, kadang-kadang jadi macam hari ni, all the time loya je manjang... =(
*
Bila dah macam ni, walau apa pun, makan tetap makan, mak cakap kena makan, muntah tak apa, yang penting kena ada zat masuk dlm badan.. multivitamin, folic acid & fish oil memang telan penuh perasaan, especially multivitamin, itu sumber tenaga yang penting... jadi tips nya, makan selepas breakfast ye, kalau makan malam, agak kerugian ye kawan-kawan...
*
*
Toilet dengan office adalah jauh, al maklum lah bangunan antik... Makanya, air sickness bag jadi peneman.. ala, yang macam dalam flight tu la, yg depan seat tu, kan ada air sickness bag tu, ha, bawak gi keje 3,4 keping, bila nak muntah je standby..tapi sorok-sorok la kan, jgn muntah depan orang pulak.. tapi kalau sempat gi toilet, memang gi toilet dulu..
*
Tapi yang penting, bila dah loya malam-malam macam ni, memang hati ni sebak tak hengat kat suami tercinta... Kalau dia ada, haruslah rasa lega sikit... Mesti dah belikan makanan, dah sapu kepala dengan air sejuk, dah sapu minyak angin... Tapi tak apa la, dah rezeki dia di laut kan, takkan tiap kali loya nak suruh dia balik =p ada kena lempang satgi. Ehehe.
*
*
Abang, abang jgn risau ye sayang, insyallah saya kuat utk tempuhi semua ni.. Biasala first time kannn, haruslah rasa macam-macam yg tak pernah saya rasa sebelum ni, rasa macam tak sihat je selalu... Lepas-lepas ni mungkin dah biasa, saya akan jadi okaykan sayang... Wah, tibe ade "lepas-lepas ni", kuarkan baby dalam perut tu dulu elya oiii, baru boleh "lepas-lepas ni". Hehehehe...
*
Tapi memang siries rindu kat mamat yang kuat tido di bawah ni. Memang la selama ni rindu jugak tapi bila loya macam ni, rindu tu jadi agak gembeng. Hehe.
*
Memang suka tidur... abang balik ni kita datang sini lagi ekk ekk...
*
*
*
^____^
*
Salam Maulidur Rasul... Sesungguhnya rindu itu adalah anugerah dari Allah... namun rindu kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w adalah rindu yang paling agung... Itulah sebaik-baik rindu, semulia-mulia cinta... Marilah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w, semoga diri kita, keluarga kita & seluruh umat Islam dikurniakan syafaat di Hari Perhitungan kelak, insyallah..

Friday, February 11, 2011

Makan Jom!

*
Okay, sekarang tengah bosan. Kat depan ada TV, kat sebelah kanan ada kucing gemok tengah tidur, dari pagi sampai petang, tidooooooo je. Tido pulak bersepah, atas katil orang la, dalam bakul la, atas meja la. Ni ada aircond, lagi die layan, nyampahss. Pastu bila bangun, kedek2 gi toilet minum air, pastu bebel marah2 suruh orang bukak pintu depan sebab nak makan. Pastu makan nak kena teman, kalau tak, dia makan sikit, pastu masuk dalam balik, cari kite pastu bebel lagi sambil kedek2 jalan ke arah pintu depan, marah sebab tak teman die. Diva. Tapi kucing jantan ye uolsss, tak seswaiii... Malu mak nak ngaku anak.

Tak ke nyampah kalau tengok? Takde ciri-ciri ketimuran =p
*
*
Hari ni nak tayang gambar makanan. Eheh. Nak kate lapor tak jugak tapi saje nak bagi korang lapor. Eheh. Punye la bosan ekk. Btw, makanan ni sume, ehem, masak sendiri ye, sebab kalau makan kat luar memang tak menyempat nak amik gambar, makan terus. Bila masak sendiri baru ade feel masterchef walaupun aku rase masterchef junior lagi hebat.
*
*
Sphagetti carbonara.
*
Grilled Lamb Chop
*
Nasi Lemak Sambal Udang
*
Bihun Goreng Singapore
*
Nasi Goreng Pedas + Isi Ikan Keli
*
Fresh Soya Bean Drink.
Ni mase mood terlebih rajin, buat air soya sendiri. Nanti kalau rajin lagi, buat entri pasal buat air soya ni pulak ye..
*
*
Semua di atas adalah fevret hubby, dia request, kecuali bihun tu sebab die tak suke bihun. Ada a few lagi yg die suke request berulang kali, macam sphagetti bolognaise + meatballs, nasi ayam hainan, nasi goreng ayam, ayam madu, etc. TAPI, ni first complete meal yg aku masak utk die lepas kahwin. =)
*
His fav : Sambal sotong, telur dadar xtra onion & tofu telur + vege in oyster sauce. =)
*
Isk, rindu..
*
Okay, sekian. Mari cari aktiviti lain pulak.

Thursday, February 10, 2011

It's The Little Things I Miss Most

*
I've always been the sensitive type tho I might have the 'strong-woman' look. But when you're pregnant, no matter how cool you are, or how hard-headed you are, when the hormones say cry, you'll cry, okay? =p.
*
I do, I did cry even over the smallest thing, contohnya menangis bila tengok berita pasal student Mesir selamat balik, saya nangis. But I didn't cry because of the students or the emotional parents welcoming their children home, tapi saya nangis tengok kapal terbang mendarat. !___!
*
But of course, I'm trying my level best not to let my emotions get the best of me, tho it's reallyyyy hard as it's uncontrollable, especially when it comes to the owh-hubby-is-not-here thing.
*
*
But it's good to know that he misses you as much. I know he is doing everything he could to make sure I don't miss him too much. He will call me everyday via satellite phone tho it is costly. He'll make sure he sends me at least 4 emails everyday; 1 bila dah bangun, 1 bila lunch break, 1 bila dah habis kerja & 1 before he goes to bed.
*
*
And so, this entry is for him. I know he will read this one day. So abang, these are the little things that I miss the most about you sayang...
*
Saya rindu bila abang bangun pagi, lepas mandi, abg terus kemas katil, even when i'm still sleeping, u still made your side of bed. Tho sometimes it annoys me, =p, but it makes me smile in my sleep without you noticing. =)
*
Saya rindu bila abang amik saya balik keje, abang terus tanya, "kita nak dinner apa malam ni syg?". Okay, tak menyempat, memang abang ni kuat makan ye. =p
*
Saya rindu bila abang tolong saya masak kat dapur, bila abang tanya pasal bawang... "baby, besar mana nak potong ni, banyak mana ni, ish, pedihnya mata", saya rindu bila abang cakap "nanti syg dah masukkan semua dlm kuali, biar abang kacau k, tapi syg ajar dulu mcm mana nak kacau". Saya rindu bila abang cakap "dah masak nanti, biar je semua, nanti abang basuh".
But yang paling saya rindu, "syg....sedapnye! Pandainya isteri abg masak", tho I know, taklah sedap sangat punnn.. =p
*
Saya rindu bila saya sakit, bila saya pening kepala, bila saya demam,bila saya sakit perut, bila saya muntah-muntah, you'll never leave my side, even if it means you cant watch your favourite team in action. You'll do anything to ease my pain, walaupun hanya dengan usap kepala saya...
*
*
I can't think of anything else right now...because my eyes are all blurry...
Banyak lagi yang saya rindu pasal abang...
Saya terlalu rindukan abang... sangat-sangat rindu sayang...
Saya rindu semua benda yang kita buat sama-sama...
Saya rindu pandangan abang...
Saya rindu abang cakap-cakap dengan our baby, telling our baby how much you love him/her... Saya rindu bila abang start cakap pasal baby stuff, baju baby, nama baby, and the list goes on... *
Saya rindu abang... sumpah... saya rindu abang sangat-sangat....

Monday, February 7, 2011

My Baby You.

As salam.
*
Dia sangat comel!
*
*
Sangat comelllll!
*
Ehehe... hari ni hari pertama pergi check up seorang diri tanpa suami di sisi. *sobs*.
Mula-mula ajak my sister DD teman tapi teringat nak singgah court lepas check up (saya masih cuti sampai 14hb ^___^) so tak jadi ajak DD. Tapi pastu pagi tadi teringat yang Hemy my colleague nak mention kan kes sebab majistret pun cuti, so tak jadi pegi court, tapi tetap pergi check up sorang2. *sobs lagi*
*
Appointment pukul 9am, sampai around 8.45am.. Amik urine dulu, alhamdulillah sume ok... So at 9am sharp, masuk jumpa Dr.Mazita yang sangattttt lemah lembut, motherly & very the comel tu.Suka sangat dgn Dr.Mazita ni, ciri-ciri muslimah professional yang sangat menyejukkan mata yang memandang, menenangkan hati yang mendengar, sangat! DD, jadi specialist yang mcm ni ye..jgn ngeng sangat..ehehe..
*
*
Doctor mula2 tanya ada problem ke tak, makan ok tak, minum susu ok tak, tidur ok tak.. So jawapannya, sumeeee okeh!
*
Pastu doctor start ultrasound scanning... Hmm..time ni memang sayu sangat... belum start scan tapi dah sebak sebab biasanya dia di sebelah sambil genggam tangan ni erat-erat sambil senyum untuk tenangkan jiwa ni... Setiap kali scan memang akan rasa berdebar, bila dia ada, perasaan tu hilang dengan sendiri bila dia mula genggam tangan ni.... Tapi tadi, genggam tangan sendiri...selawat banyak2...hmmm...
*
*
Bila doctor dah scan... rasa berdebar sangat, sbb tak tahu apa yg akan nampak... tak tahu apa nak expect... before scan ada baca-baca pregnancy development kat internet tapi bila dah mcm ni, siries tak tau apa nak expect... tapi bila nampak bentuk seperti baby yang bersandar, subhanallah, rasa sangatttt tak percaya... Sebulan lepas baru nampak jantung....sekarang....
*
There's my baby..happily kicking around, jumping every 2 to 3 second... One hand resting on the head, the other hand waving to me (or at least I thought so)... But I did saw he/she opens & closes the fist few times. The way he/she puts the hand on the head reminds me of my hubby... He sleeps with his hand above his head =) Doctor cakap "eh, dia bangun ni..tengok jantung dia, laju...kalau tidur, jantung dia slow sikit.." Oh sayang, bangun nak tunjuk kat mama skill melompat menendang eh? ^___^
*
*
Lama jugak doctor scan, dia cerita-cerita about the baby position & all... Tapi seriously masa tu memang tak dengar apa dah, terlalu asyik tengok si dia ni... Waktu tu ada sebak yang datang, ada getar dlm hati, kagum dengan kebesaran Yang Maha Mencipta...terasa kerdil & hina diri ni di sisiNya... Seboleh-boleh aku tahan air mata dari jatuh, perasaan bercampur-campur sangat... terharu & bersyukur tengok zuriat sendiri, tapi sangat sebak terkenangkan suami yang jauh... Kalau dia ada, pasti dia yang paling happy & tanya doctor macam-macam....
*
*
Bila keluar bilik doctor, belum sempat nurse panggil nak set next appointment & bagi prescription, tangan ni lajuuu je kuarkan phone, terus email suami panjang-panjang, excited sangat cerita kat die, sambil air mata jatuh laju tiba-tiba... senyum sorang2 sambil nangis laju2... gila kan? =p. Ramai yang tengok...tapi mungkin ramai yang faham jugak sebab semua datang dgn suami, aku sorang je datang xde laki, hehe...
*
*
Tengahari tu dapat call dari suami...dapat email dia... kan betol, memang dia happy excited tak berkesudahan, comel je..hehe... Siap cakap baby boy lah ni sebab suka tendang bola, volehhh?
Tak kesah la banggg, janji sehattt...
*
Alhamdulillah, so far so good....semoga semuanya akan baik-baik saja...doakanlah kami....
*

Rindu la pulokss nak tengok aksi si kecik ni lagi =)
*

Friday, January 28, 2011

See You In July / August Sayang.

Ye, suami aku dah selamat belayar dari Yokohama ke destinasi pertama, singapore waters sebab nak repair barang dalam engine room. Ok silap, itu bukan destinasi, itu persinggahan. Destinasi adalah Idku di Mesir. Kali ni, kapal Seri Bakti, walaupun jauh tapi aku sukeeeee kapal ni!
*
Pertama, laki aku cakap captain nya sangat suka 'dial up satellite', aku pun tak faham, ni aku quote dari SMS laki aku, hehe. Tapi sebab kerajinan captain tu 'dial up satellite' makanye email adalah sangat berbaloi tanpa had maksima or character limit so boleh buat karangan untuk laki tiap-tiap hari pada bila-bila masa sebab boleh email berapa-berapa kali yang aku nak. Ini adalah sangat best sebabnya dulu time dia naik Aman Bintulu email adalah terhad sekali sehari & character limit adalah sikit, kalau terlebih nanti dia bounced back so kena tunggu esok hari untuk email balik. Booooooo!
*
Keduanya, kapal ni belayar jauh-jauh so masa akan jadi sekejap je compare kalau dia naik kapal route Bintulu-Jepun... Ini bagi aku lah. Contohnya Jepun ke Idku, mungkin ambil masa 3 minggu, pastu dari Idku ke Savannah, US, amik masa hampir 1 bulan, patah balik ke Idku, lagi sebulan. Baru 3 port daaahhh 3 bulan dia belayar, tak ke sekejap je tuh? Baik punye psiko aku ni nak sedapkan hati sendiri. Hehee..
*
Ketiganya, sebab laki aku dah ada visa untuk enter US thru port, so lepas ni sampai je kat Savannah aku akan paksa, eh, bagitau dia untuk turun and cari barang aku, eh bukan, barang anak sebab diorang cakap barang baby kat US sangatleeee murah. Contohnye stroller 3 wheels yang multipurpose tu kat sini kan harganye lebih kurang gaji aku sebulan, tapi kat sana cuma lebih kurang Rm500 jeghsss. Tapi kalau dia tak nak beli takpe laaaaa, balik sini dia TETAP kena beli jugokss. So abang, renung-renungkan dan selamat beramal. >____<
*
Keempatnya, laki aku macam happy je dapat naik kapal ni sebab ada ramai kawan dia. Ada batchmate dia, ada junior dia, pastu ada officer yang dia naik sama-sama kat Aman Bintulu dulu, so macam tak kekok lah.. Laki ai hepi, ai pun hepi lah kan. Gitu.
*
*
Owh, time hantar dia kat airport selasa 25hb Januari hari tu, aku ditemani adik aku, abang aku & tasha gf abang aku. Thanks u all, muaahhs! Flight dia pukul 11.30mlm so sementara tunggu tu adik aku nak makan KFC so layankan aje walaupun kakak KFC tu pening dgn order kitorang yang berbelah bagi macam tak pernah makan KFC. hehe..
*
Pastu aku & tasha masuk hantar razmin sampai ke departure hall. Tasha ada pass dia, dia keje dgn MAS. Abang aku pun ada pass dia tapi sebab DD adik aku tu tak dapat pass so abg aku teman DD kat luar. Aku dapat pass masuk jugak atas ihsan seseorang. Bagus kalau ramai kawan seantero airport nih. Hehe. Masa kat departure hall tu aku terlupa yang sebenarnya nak hantar laki naik flight so aku ngan tasha gi round-round window shopping lak kat dalam tu. Ahaks. =p
*
So lepas dah jumpa laki aku, kitorang lepak-lepak dekat dengan Gate G10, aku tengok mamat-mamat & minah-minah jepun ni punya laa semangat beratur awal-awal nak boarding aircraft, bagus depa ni eh, menepati waktu. Laki aku & kawan dia pun amalkan dasar pandang ke timur, nak beratur awal jugoks, maka bermulalah episod salam bersalaman peluk memeluk dengan suami tercinta. Sedih uolsss, kali pertama berpisah laki bini tapi kuatkan hati demi baby dalam perut, maka air mata yang tumpah adalah hanya 3 titik buat cukup syarat. Hahaha. (dan jugak sebab malu dengan tasha & org jepun yang dok pandang *___*)
*
So sekarang aku dah single, haipp, bukan bukan, aku sekarang teruskan hidup mcm biasa, pegi keje, balik keje.. Alhamdulillah duk ngan family so takde la rasa sunyi sepi cuma time nak tidur la rasa sepi sikit sebab biasanya laki aku akan urut kaki, tuamkan tuala sejuk atas kepala, tapi sekarang semua buat sendiri dah takbleh mengada..sobs... =(
*
Tapi baby dalam perut sangat memberikan kerjasama yang tip top untuk mama dia nih. Tiada lagi muntah tepat jam 12 mlm untuk 2 malam ni, alhamdulillah... Tiada lagi bangun 3,4 kali untuk ke toilet di malam-malam hari..kalau ada pun sekali je sebelum subuh... Inilah kuasa Allah, setiap yang duka itu pasti ada gembira... syukur. ^___^
*
*
Buat abang, semoga perjalanan abang dipermudahkan olehNya dan dijauhi perkara-perkara yang tidak diingini...insyallah... Doa saya sentiasa mengiringi abang...tidur saya sentiasa bermimpikan abang...nafas saya sentiasa menyebut doa untuk abang...

Kita bertemu lagi 6 bulan dari sekarang, demi menyambut anak pengikat kasih kita, insyallah...
I love you.
*

Thursday, January 20, 2011

Entri ke Seratus.

wah.
Tibe-tibe dah entri ke seratus. Ni tahun ke-3 berblog dan baru seratus entri? Maka dengan ini anugerah blogger tak tegar sah milik aku. Hehe..
*
Quick updates, tapi dalam point form gak sebab aku dah jatuh cinta dengan point form ni. Senang dan mudah. Tapi kadang-kadang tu bila baca balik macam boring pun ada sebab sebenarnya blog yang menceceh merepek panjang-panjang itu adalah lebih enak untuk dibaca sebab feeling dia over sikit, kan kan kan? Tapi tu pandangan aku lah, jangan lak korang terasa ai cakap blog uols menceceh panjang-panjang tu over, maksud ai, ai lagi attach hati dan perasaan kalau ai baca story uols yang panjang lebar tu, ha giteww.
*
*
1) Alhamdulillah aku dah masuk 2 bulan pregnant. Perut pun dah nampak tapi kalau pakai baju kurung tak nampak sangat pun cuma orang akan cakap aku makin bolat walaupun laki aku cakap aku dah susut. Pandai kan dia amik hati aku? hehehe..
*
2) Adik bongsu aku a.k.a DD atau nama manja dia Gem (bukan gem yang permata tu tau, tapi Gem singkatan untuk Gemok,wahahaha) buat surprise gila dengan tiba-tiba muncul di rumah pada hari Sabtu 15hb Januari hari tuh walhal dia cakap dia balik 18hb. Gilos punya adik, nasib baik aku masih mampu menerima kejutan gila dia tuh. Mak aku la yang teresak-esak. Sian die, hehe...tapi happy tuh.. Adik aku la ngeng gi pakat dengan abg aku nak wat surprise. Cett.. Oh, adik aku belajar kat Jordan. Doctor to be cum Ustazah celup. Hahaha.

Yang tengah tu adalah DD. Muka dia lain sangat dari muka aku sebab dia ikut darah cina belah abah aku, aku pulak ikut darah pakistan belah mak aku, so aku lagi cantik, ahaks. Time ni kitorang baru sampai Krabi tu yang berlagak mcm tangan topekong siam. Yang boleh tahan handsome tu pulak adik aku no.4, DD no.5. Kalau berkenan boleh contact aku. =p
*
*
3) BFF aku, si aishah tu dah ada blog. Kenapa ini penting untuk aku? Sebab aku dah berjaya tingkatkan tahap kerajinan dia. Penat aku hasut dia selama ni suruh buat blog. Hehe... Actually 1hb Januari hari tu dia kena transfer gi Melaka, jadi majistret kat sana. Before this dia kat court PJ, and rumah dia kat Shah Alam tu adalah port aku melepak everytime aku balik kerja. Tapi sekarang sedih lak aku sebab dah hilang port nak lepak. Dia juga adalah teman shopping & lepaking aku. Iskk..ko dah takde kat shah alam pasni boring la aku bila razmin belayar balik..huhu.. Berbalik kepada blog dia, so at least sekarang aku boleh tau apa dia buat kat Melaka tuh, sebab sekarang dia tengah rajin update blog, biaselaaa, blogger baru, ai faham perasaan tu..wakaka =p
*
4) Alhamdulillah, berita baik untuk kerjaya suami aku.. fuyoo ayat. Sebenarnya hari tu dia macam susah gila nak naik kapal sebab dia kan baru 5th engineer, so tengah perlambakan 5th engineer sekarang.. masing-masing tengah tunggu kapal... beratur dalam list standby.. Pastu laki aku hari tu terlambat hantar NOR, so nama dia jauh di belakang... Kalau tak naik kapal before bulan 2, harapan untuk balik sebelum aku deliver adalah sangat tipis..huhu.. So, ada officer di MISC tu nasihatkan dia untuk buat test & interview untuk promoted to be 4th engineer. Dan tibe-tibe dia dah lulus dengan jayanya dan setelah interview sambil berpeluh hampir 2 jam hari selasa lepas, alhamdulillah dia dah jadi 4th engineer sekarang...amin....
*
5) Tapi bila dah promoted hari selasa, hari rabu dah dapat kapal. *pitam* Office call cakap ada kapal, flight 25hb malam gi Jepun & naik Seri Bakti dari port kat mana ntah aku lupa. Hadoii...jauh maa ini kapal belayar... Dulu before tunang dia dah pernah naik kapal Seri B jugak, kapal Seri Bijaksana and memang aku kena bijaksana habis lah tunggu dia call... Lama woo baru masuk port, kadang-kadang belayo sebulan baru masuk port... Takpe la, janji rezeki halal, naik kapal sebelum bulan 2, so insyallah akhir bulan 7 dah boleh balik.. Boleh puasa, raya & sambut baby..amin.........................................

Ini lah cik seri yang akan merampas kekanda ai...ouch, mak sedih ye uolss.
*
*
6) So sempena aku takde laki untuk 6 bulan ni, maka 29hb Januari sampai 1hb Februari, mak abah aku bawak kami adik beradik pi holiday kat Sabah..ho yeahhh...hehe... demi nak mengubat hati aku yang lara la ni....hehe....marah DD kalau dia baca ni, perasan sungguh kakak mu ini... Takdela, ni holiday sebab adik aku tu mengada nak gi jalan-jalan...so layann... Pastu following weekend pulak nak balik kampung nun di terengganu..ahh...heaven... majistret aku lak cuti raya cina berbelas hari, maka dengan itu aku tak ada kes untuk berbelas hari jugaks.. Jadi mari kita menghabiskan cuti sebab akhir tahun nanti aku cuti 3 bulan gaji jalaannn... Mari kita bersalin beramai-ramai. ^_____^
*
*
Itu je kot..dah takde update sgt.. pasni update duka lara la sikit ek sebab laki aku nak naik kapal dah lagi 5 hari..takpa takpa, gua cool... !_____!
*
*

Friday, January 14, 2011

Untuk DD baca.

Fuhhh..nak type laju-laju ni sebab malas. hehe. Sebab takut lupa, banyak benda la kononnya ni nak tulis. Konon nak wat memori, konon nak simpan kenangan, konon nak rajin update pasal pregnancy tapi dah banyak sgt konon, sume jadi mak enon, ke lautttt..........
*
Hari ni rasa nak tulis dalam point form. Dulu kan time sekolah rendah boleh tulis dalam point form, pastu masuk Form 1 sampai Form 3, boleh lagi la nak tulis point form time buat nota ringkas. NOTA RINGKAS tu bro, rajin habis nak menghadapi peperiksaan besar yakni PMR. =p
Hehe...time menengah rendah memang kevangaan mak bapak. Tapi masuk je Form 4, memang kita enjoy habis, kata time honeymoon kannn...honeymoon manjangggg sampai habis SPM, lupa dah masuk Form 5. ekekeke. So memang takde buat point form ke nota ringkas ke hape ke, time nak SPM pulun buat buku "Latihan Soalan-soalan Amali Peperiksaan SPM Sebenar, Tahun 1998-2001". Result? Malas nak cite. Sile paham-paham sendiri.
*
Masuk lak U, dah nama amik degree law, memang assalamualaikum lah kalau nak buat point form...menulissssss je kejenyee...berjela-jela kertas kalau exam.. Sekarang baru aku pelik, apa la yang aku tulis time exam dolu2 eh... kalau soalan tu 15 markah, 8 mukasurat belum tentu siap jawapan aku... padan la lecturer juling biji mata baca answer sheets kitorang ekk. Well prof, u trained we olss jadi loyar burok kannn...rasain. =p
*
*
Okay, mari kita menulis point form untuk tajuk hari ni : Perubahan time ngandung anak pertama. Penting tajuk ni, kenangan katakan. Markah penuh, 50% okay?.
*
1) Setiap kali lepas makan, aku akan bilang berapa saat kemudiannya aku akan muntah. Memang akan muntah balik, tapi tak banyak pun, simpan sikit untuk aku & baby. Hehe.
*
2) Kalau aku bau makanan yang aku tak boleh bau, contohnya hari tu laki aku makan fries, aku akan muntah tapi muntah kosong, tapi akan bau fries yang sama. Mengada kan? Diva taww.
*
3) Mood swing, ehem, memang teruk. Jangan laaaa laki aku gurau poyo dengan aku, kalau tak nangis, confirm ayat-ayat drama lestary akan keluar. Mak sentap ye u olssss....
*
4) Sangat suka makan nasi goreng seafood di bulan pertama hari tu. Gila sungguh, tiap-tiap malam laki aku gi carlos kat umah ni, beli nasi goreng seafood. Mak tak bleh makan seafood ye kawan2, sikit2 boleh la, tapi kalau dah bertimbun macam dalam nasi goreng tu, biasanya kegatalan melanda tapi kali ni mak okeh jahh.
*
5) Sekarang juga gila gigit cili padi. perghhhh...mengancam habis! Kalau makan nasi goreng harus ada cili padi. Setakat sambal belacan ape ade hal, hehe.. ni nak gigit-gigit cili padi tu.. sorgaaa! Dan aku bukan seorang pemedas..err..aku ni memang tak makan pedas langsung sebelum ni, tak sokaa. Ni anak ikut bapak dia la nih, kaki pedas. Layannnn.
*
6) Dah tak boleh minum maternal milk. Nasib baik hari tu beli tin kecik je, so ada tinggal sikit je lagi Mamil Mama tu...tak boleh bau langsung... tapi Alhamdulillah boleh minum fresh milk yang low fat tu.. dah tanya gynae, dia cakap ok, janji minum susu.. Kalau dah tak boleh langsung nanti baru dia bagi supplement calcium.
*
7) Kalau nak tidur malam, laki aku akan basahkan towel kecik dengan air sejuk dalam peti ais tu, kasi basah basah lembap, pastu aku akan tidur tutup kepala & dahi ngan towel tu, baru boleh tidur. Hehe..yang ni laki aku memang pening kepala sikit... tapi layankan aje... Aku pun pelik tapi memang best la, nyaman je nak tido, air cond pun kalah tuu... =p
*
8) Malam-malam biasalah akan terjaga nak gi toilet kan, tapi kalau terjaga lepas pukul 4 pagi, memang dah tak boleh tido langsung lepas tu...so buatlah apa-apa yg bermanfaat, seperti main FB.. eh takk, haipp! ^_____^
*
9) Dah tak boleh nak goreng-goreng kat dapur tu... kalau tak aku akan rasa macam ada asap ikut aku tido..tapi asap bau ikan goreng..ekekeke... Tapi kadang-kadang kalau mak aku mintak tolong, aku gorengkan jugak, tapi tutup hidung la, sian mak aku penat... Point nye di sini, aku anak yang baik.. hehe... tak la, aku malas sikit nak layan part bau-bau ni, kalau tak memang tak makan la aku kalau itu ini tak boleh bau..ek ek ek?
*
10) Tahap pemakanan adalah sangat tinggi. Asyik nak makan je, pastu bukan nak mengunyah ala-ala biskut ke, roti ke, jajan ke, tapi nak makan nasi berlauk pauk 3,4 kali sehari. Ishh..satgi perut tak berapa nampak, tapi kembang je lebih...tak seswaii tawww.
*
*
Okay, sekian terima kasih. Ai nak gi order nasi goreng cili padi meletop hakak kantin.
hehehehe....

*
*
p/s: Kepada adik ku enida ezrin tersayang, ai tau u bace blog ai, hehe... so u nak balik dah kan next week, u jgn lupa beli kan ai jubah-jubah cantik menarik ye... ai nak made in jordan ye, taknak made in china, panasss.. hehe..