Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, July 8, 2011

Sign Off

Remember this entry?
*
*
Sebenarnya lepas Razmin keluar dari Idku , Mesir 16hb Jun hari tu, dia ada hantar surat kat office untuk minta permission sign off awal, i.e. on 8th July (Razmin signed on 25.1.2011). Kalau ikut kapal punye voyage schedule, kapal akan anchor kat Bintulu OR masuk Singapore jap amik barang on the 8th tu.
*
Lepas Idku tu kapal akan masuk port Yung-an, Taiwan (3rd July), lepas tu next port adalah Punta Europa, Equitorial Guinea (25th July) & kat Punta Europa tak boleh nak sign off.

Lepas Punta Europa kapal sailing pergi Yung-an balik, dijangka sampai 18th August DAN kat Yung-an tu lahh baruuu boleh nak sign off. Makanya, kalau tak sign off kat Bintulu /Singapore 8hb Julai tu, yours truly ni insyallah akan bersalin tanpa laki, gitu. Tak apa lah, kene lah redha kan, dah rezekinya di laut sana, walaupun mesti pasrah & sedih gilos tapi tak apa lahhhhhh...
*
*
Okeh. Lepas dia email surat kat office thru captain dia, disokong pulak oleh Chief Engineer, makanya kami laki bini pun berharap lahh agar dia dapat sign off 8hb tu. Tapiiii tup tup dapat pulak email dari charterer kapal yang kapal tak dibenarkan anchor kat Bintulu 8hb tu tapi terusss ke Punta Europa lepas keluar Yung-an. Okeh, pasrah lagi. !*_____*!
*
So dia pun dengan pertolongan captain & chief yang baik hati, mintak permission dari office untuk sign off kat Yung-an 3hb July tu. Sehari.... dua hari.... tiga hari.... tak ada reply dari office.. Hmmmm... captain call orang yang berkenaan, 'Y' bukan nama sebenar tapi takkk berjawab, berhari-hari... Hmmm...takpe takpe, dah email kannn, insyallah office akan alert, aminnnn...
*
Lepas tu, 1hb July iaitu di petang Jumaat yang indah, office pun email kat kapal nama-nama officer yang akan sign off kat Yung-an pada 3hb July! Cuba teka apa yang jadi, cer teka cer teka! Hehehe!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
YEZZA!!!!!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Nama laki aku TAK ADA okehhhhhhhhhhhhhhh! Peace @_@!
*
*
Makanya di petang Jumaat itu juga lepas Razmin bagitau aku, bercucuran lah air mata mak buyong ni sebab terlalu sedih & kecewa yang amat!!!

Rupanya office ada email captain, tanya boleh ke laki aku sign off kalau tak ada reliever & captain cakap boleh sebab atas kapal dah cukup watchkeeping engineer (minimun diperlukan 3 orang, termasuk laki aku ada 4, so takde hal kalau die balik). Tapi office email captain PETANG JUMAAT tu jugak time orang dah nak habis office hour. Isk. Bijak bijak.

Captain kesian kat laki aku, the whole next day (saturday) dia try call 'Y' bukan nama sebenar tapi tak berjawab sampai sudah. Iskkkk. Last sekali dia try call P.A orang tersebut, dan sukacita dimaklumkan tak ada apa office boleh buat sebab tak dapat nak call agent kat Taiwan, public holiday katenye. Kesimpulannya, tidak balik lah laki saya pada 3 Julai tersebut. *___*
*
*
Lepas dah nangis tido nangis tido nangis tido, aku akhirnya dapat terima hakikat yang laki aku takkan balik sampai akhir August & aku bakal lahirkan anak pertama kami tanpa dia di sisi.. Tak apa lah kan, aku bukan orang pertama yang kena lalui semua ni... Ada ramai kakak-kakak wife seafarers lain yang pernah bersalin tanpa suami di sisi, maka cerita-cerita mereka adalah antara sumber kekuatan aku...
*
Laki aku? Tak payah cakap la kan, memangggggg dia sedih.. Dia cuba nak tenangkan aku, dia cuba redakan kesedihan aku, dia cuba jadi kuat untuk aku tapi aku tahu dalam tenang dia tu ada sebak yang ditahan... Kesian dia, sedaya upaya berceloteh dengan aku, cerita itu ini, buat lawak, jadi se sweeeet yang mungkin tapi bini dia ni tetap cengeng, tapi tak laaaa over sangat kannn, aku pun kuat la jugaks seposen dua. Luar dalam hati aku ni ada taman, tapi taman banjir uolsss....!
*
*
*
Tak apa lah.... mari kita sama-sama doa agar semuanya selamat, insyallah....
Sebak dah ni, bye.

Wednesday, July 6, 2011

Prewash & London

Hola!
*
Mood berblog agak ke laut seminggu dua ni. Ni semua gara-gara suami tak dapat balik bila kapal masuk Taiwan last weekend (3 Julai 2011). Yang tu nanti cerita ekk.
*
Hari ni jom cerita pasal pre wash barang-barang baby. Umum mengetahui (ayat pidato) bahawa sebelum baby lahir, aktiviti membasuh semua barang-barang baby esp baju adalah perlu. Ini adalah untuk hilangkan bacteria yang wujud pada baju yang datang dari kilang. Ye ke? Eheh, ye la kot. =p Aku start pre wash baju baby ni dari 29 Mei 2011. Bukan basuh sekaligus sebab umum juga mengetahui bahawa laki mak takdok di darat, so kita basuh slow-slow bagi mengelakkan kepenatan melampau.
*
Mula-mula kita basuh booties & mittens & stokin & leggings dulu.


*
Seminggu lepas tu kita basuh cloth diaper. Ye, satu pelaburan yang menyesakkan nafas jugak beli cloth diaper ni tapi sebagai pencinta alam, cehh, aku decide nak guna cloth diaper ni.


Memang akan agak leceh nanti nak basuh apa semua tapi long term benefit adalah sangat menguntungkan & terpengaruh jugak la seposen dua dengan testimoni mommies yang pakai cloth diaper ni, maka aku pun beli lah. Beli 10 CD + 20 insert (yang warna putih tu). Disposable diapers pun aku akan pakai jugak, tengok keadaan mcm mana.
*
Aku beli CD yang size die adjustable, ada buttons & straps yang bole kita adjust ikut tahap pembesaran baby, dari newborn sampai setahun lebih, so tak perlu dah beli CD at least untuk setahun. Aku beli yang 5 layer bamboo charcoal setiap CD, memang agak mahal compared to CD biasa tapi takpe lah kan, duit bapak die, eh bukan, untuk elak rashes dengan cuaca negara kita yang macam kat switzerland ni kannn. Semoga investment ini akan memberi keselesaan kepada anak kami, insyallah, aminnnnnnnnnnnnnnnnnn.
*
*
Okay lepas tu minggu seterusnya basuh baju-baju budak tembun ni. Mula-mula basuh yang warna putih sahaja. Lepas tu basuh rompers sahaja & last week basuh baju yang pair dengan seluar, basuh kemeja, sweater. Aku basuh jugak segala fitted sheet untuk playpen, sarung bantal, napkin, selimut, towel, wash cloth & bantal. Ye, bantal ye, aku mesin, atas arahan komando mak aku, ehehe. Tapi takde gambar sebab emmm... malas & penat dah time tu. *__*


*
*
Alhamdulillah sekarang semua dah setel prewash semua pakaian baby. Tinggal nak basuh barut & kain bedung dia je sebab tak sampai lagi dari johor. Ada akak polis kat court bermurah hati hadiahkan aku barut & bedung baby yang dijahit khas oleh kakaknye yang dok kat johor. Thank you kak Kasmi!
*
*
*
Owh last week juga parents aku balik dari europe trip diorang. Memang dah kaki berjalan kan, biarla depa nak berjalan sebulan *ayat jeles*. Parents aku ni jenis lepak ala-alal omputih, gi jalan berdua je ala-ala backpackers tapi versi warga emas, keh keh keh, sambil sempat bercuti dengan adik bongsu aku yang belajar kat Jordan tu yang tengah cuti semester, dia ke London dengan kawan-kawan dia so sempatlah jumpa parents aku sebelum parents aku merantau gi negara lain - England, Wales, Scotland, Italy, Paris, Switzerland, Austria, Czech Republic & Holland. Nyampahssss!
*
Tapi di blog ini, aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kat parents aku & adik aku yang berjaya gembirakan hati aku dengan hadiah dari London. Memang materialistik. Hadiah untuk aku ade la handbag, kasut, purse, tshirt TAPI yang paling mak seronok sebab si tembun dapat hadiah best-best nyahh. Dah nama barang baby kan, memang excited kannn??? Dah namanye summer sale di sana, mothercare memang jadi tempat serbuan parents aku esp ayah aku yang excited shopping untuk cucu die ni. Love you more lah bah!
*




Romper ' I love Grandad' oleh atuk. comel je ayah aku ni. Bip from aunty DD a.k.a cik su. Toksah nak omputih sangat la ye DD. =p


Baju ni mak aku pilih, dia cakap laki aku lebih cool dari aku. choyyy.


Kasut lampu kelip-kelip. Comel amat tapi lambat lagi laaa budak kecik tu boleh pakai. Tq mak abah!
*
*
Jangan lupa pow atok & tok wan lagi ye baby. Mama & papa ko ni sengkek sikit. Hihihi.
T___T

Wednesday, June 22, 2011

The Third Trimester Diet

Just for my future reference.
*
*
Bila dah masuk third trimester ni, aku lagi aware of my diet. Orang cakap bila dah third trimester ni berat akan naik gila-gila sebab baby akan naik at least half pound per week, atau almost 250 gram seminggu until delivery. Itu baru berat baby, so kita yang nak menampung beratnya tu pun harus lah akan naik jugak kan. Buktinya dah ada, aku naik 4kg sebulan hari tu, sebelum ni sebulan naik 500gram or 1kg je, paling banyak 2kg tapi masuk je third trimester hamik kooo, 4kg terusss. Pasrah nyahhhh. +___+
*
Takut la jugak kot nanti kena minum air gula untuk glucose tolerance test tu kan, nak tengok ada gestational diabetes ke tak, pastu takut high blood pressure, takut baby besar and tak boleh nak normal delivery. Nauzubillah. More info on glucose screening & glucose tolerance test, here.
*
*
Basically, this is what I usually have on daily basis :

BREAKFAST
- 2 or 3 slices of white bread or wholemeal bread + unsalted butter
- a glass of milo or a glass of cereal drink
- a small glass of orange juice or soya milk
- a serving of fruit. Biasanya betik atau mangga
- pramilet (multivitamin)
*
BRUNCH (kalau ada masa, biasanya skip)
- 1 kuih
- milo ais
- drinking water.
*
LUNCH
- nasi satu setengah senduk.
- ayam seketul or ikan keli ( ikan keli je yang aku makan pun kalau kat court)
- a serving of sayur
- tempe atau tauhu (wajib makan hari-hari)
- selang sehari makan telur sebiji (telur mata / telur dadar)
- DHA natal fish oil
- drinking water
*
TEA
- 2 kuih
- drinking water
- kalau teringin air manis sikit : teh o ais mak pah. Mak pah kantin buat teh o ais terbaik.
*
DINNER
- makan macam menu breakfast or masak bihun
(jarang makan nasi waktu malam kecuali kalau petang balik kerja ada lauk mak dah masak, memang aku makan. Tapi kalau makan nasi mesti makan sebelum maghrib)
*
SUPPER
- a glass of hot milo or a glass of fresh milk
- biskut 3,4 keping
- calcium supplement
*
*
Lepas tu in between aku banyak minum air masak / drinking water. Favourite drinking water, drinking water petronas rm2.20. Botol color biru. Aku pun tak tau kenapa aku beli yang tu je. Ehehe.

Sebotol besar yang 1.5 liter tu aku akan habiskan dalam waktu bekerja 8am-5pm. Aku akan pastikan habis jugak hari-hari. During pregnancy kita dinasihatkan untuk ambil 64 fluid ounces per day, lebih kurang 1.8 liter of fluid. So bagi aku, okay la kot ekk 1.5 liter air masak, balance 0.3 liter tu ada dalam air milo, air masak yang aku minum kat rumah, buah & makanan yang kita amik, insyallah. (source).
*
*
*
Walaupun kadang-kadang terbabas, seperti makan nasi kenduri tak ingat dunia, atau makan maggi atau makan fast food, tapi itu kadang-kadang je uolss, dalam 2 minggu sekali macam tu. Coffee memang tak amik langsung kecuali sekali tu je, isk. Insyallah, nak makan dengan lagi sihat & elok lagi lepas ni. Semua untuk si tembun ni. Tapi tengok lah camne, ni laki nak balik harus lah terbabas ikut dia jalan-jalan cari makan. Salahkan laki, ho yeaahh!
*
*
Jom tempek gambar honeymoon. Pasni nak babymoon. Gituuu. Ok takde kaitan dengan entri ni. Bye.


Tuesday, June 21, 2011

31 Weeks Check Up

Baru lepas lunch kat court, makan nasi, AYAM MASAK KICAP fevret, sayur kacang buncis goreng & tauhu. Alhamdulillah, kenyang. Petang dah tak ada kerja, semua kes dah habis, OKT semua mengaku salah. Alhamdulillah lagi sekali.. Ye la kan, kalau betul dadah tu ko punya, ngaku je la. Kalau betul ko pecah masuk rumah orang, ngaku je la. Nak bicara apa nye kan. Okay, emo di situ.
*
*
Semalam pergi monthly check up. Semalam sebenarnya 30 weeks 5 days pregnant tapi halal la kan tajuk entry 31 weeks tu. Cantik sikit nombornya. Ihiks. So semalam amik cuti, bukannya ada apa pun tapi sebab saja nak amik cuti.
*
*
Check up pukul 9.30am. Pukul 9.20am sampai DEMC, terus timbang berat dan berat NAIK 4 KG DALAM MASA SEBULAN, YEEHAAA! Memang buntang biji mata mak tengok penimbang tu tapi pastu sengih sorang-sorang. Kehkehkeh. Bahana makan nasi kenduri 3 hari 3 malam.
*
Bila dah sampai turn dalam pukul 9.35 camtu, gynae aku pulak dipanggil untuk attend satu emergency labor. Takpe la kan, nyawa si ibu & anak itu lebih penting. Tapi tak lama pun, dalam 20 minit je. Pastu bila dah masuk bilik gynae, gynae aku pun minta maaf sebab lewat attend aku, isshhh, baik sungguh gynae aku ni. Dia cakap si ibu tu bersalin anak ke-4, sebab tu kejap je. Teran sekali dua terus keluar baby nya, alhamdulillah.
*
Lepas tu, seperti dijangka, gynae aku yang baik hati tu sound aku pasal berat badan aku. +___+
Insyallah la ye doctor, akan ku coba control. Katanye kalau berat naik macam ni jugak next month, kena minum air gula. All in all;
-Blood pressure : Normal
-Urine : Negative both sugar & protein
*
Lepas tu scan budak kecik ni, dan seperti yang ku jangka juga, die tengoh tidoq sebab sekarang time dia berjaga ialah time maghrib hingga subuh. Heartbeat dia steady, memang nampak relax, kaki tengah silang, sekejap-sekejap die kuis-kuis rahim aku & memang aku rasa, lepas tu tangan ala-ala garu perut. =) Tapi tak nampak muka si tembun ni, dia malu-malu, nampak kepala je & bahagian belakang dia termasuk his sexy ass. Pheewiiit. Sekejap je scan sebab senang gynae nak ukur semua yang patut, kata tengah tido kan, memang diam je la budak kecik ni. Pusing kepala pun idak.
*
*
All measurements show baby's gestational age is at 30 weeks 4 or 5 days, alhamdulillah, tak besar, tak kecik. Berat pulak 1.65 kg, which gynae cakap normal for a baby boy at this gestational age. Si tembun ku sudah pandai berdiet. Hehe... Takpe syg, nanti lahir kita sama-sama montokkan diri eyy. Biar botak papa kena pow dengan kita.
*
Oh pastu kena tetanus injection, utk kancing gigi tu lah. Sakit tak payah cite la ye. Sampai sekarang bengkak nye. Gynae cakap kalau allergic, maka amik masa seminggu jugak la bengkak dia nak surut. Oh terima kasih! +__+
*
*
Alhamdulilah semua okay. Bapaknya pun lega, maknya lagiiii la lega kan, tengok budak kecik ni alhamdulillah sihat.
*
*
My condition sekarang memang dah macam first trimester balik. Sangat cepat penat & mengah, esp naik turun tangga kat rumah. Jemur kain pun penat. Tapi tak nak layan sangat, dah lumrah orang ngandung kan, tak apa la. Selera makan pun dah macam ping pong, kejap selera, kejap tak. Tapi sangat suka makan roti time breakfast & supper, cicah dengan milo, perghhh! Mau nya berat tak naik 4 kilo kannnn. Ni laki aku tak balik lagi, kalau dia dah balik mau dia ajak jalan-jalan cari makan. +____+ Owh pastu sangat rindukan masakan bonda ku, lama sungguh mak abah ke europe, sebulan tu, cepat la minggu depan, tak sabar tunggu diorang balik!
*
Speaking of laki nak balik, mak tengah menghitung hari ni uolsss, 17 hari lagi ke 8hb Julai. Marilah sama-sama kita berdoa agar dia dapat sign off. Insyallah.... rinduuuuuu!!!
*
*
Ok lastly, mak buyong at 31/32 weeks. Tak kose nak amik gambar sendiri, curi gambar dari album ecah. Comel kan aii? Ihiks. Bye.
*
ini time baby shower hari tu, at 29 weeks. =) Liza totoi buat profie picture FB dia, aww.


Wednesday, June 15, 2011

10 more.

10 more weeks to go!
*
Alhamdulillah, dah 30 minggu aku ngandung rupenye.
Sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru je blur-blur tengok pregnancy test punya result. Tak tau positif ke tak time tu. *__*
*
First time upload gambar ni di sini. The very HPT kit =).
Tuesday 14.12.2010, 7.34am.
At that point of time, coincidently, I was reading the novel in the pic. Harvesting the Heart by Jodi Picoult. Cerita pasal baby + motherhood.
Inai masih merah. ^_^
*
*
Rupanye memang bukan senang mengandung ni. In short, tolong lah jangan derhaka kepada ibu anda semua. Tak tertanggung peritnya mengandung ni, apatah lagi sakit nak bersalin. Setiap kali teringat semua dosa diri sendiri dengan mak, macam mana dulu selalu sakitkan hati mak, rasa menyesal tak sudah, rasa bersalah yang amat. Sedih. Sesal. Ya Allah, ampunkan lah dosa-dosa ini.. Ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku...
*
*
Next monday, 20th june, will go for my monthly check up. So updates for the pregnancy thingy next week la ye.
*
*
Sekarang ni tengah happy & berdoa dengan extra bersungguh semoga Allah makbulkan doa kami suami isteri untuk sang suami sign off di Bintulu on 8th July! Tadi dia hantar email :

Baby syg...
Ni jadual kapal SS Seri Bakti.

15 Jun - 1500hrs Anchor Suez.
16 Jun - 0000hrs Transit canal
- 1200hrs clear canal
19 Jun* - Pick up PASKAL team
28 Jun* - Transit Malacca Straits
3 Julai - Arrival Yung An
4 Julai - Departure Yung An
8 Julai* - Anchor Bintulu = Abang balik ^_^

Love u both honey syg!
*
*
Ish, tak ke happy? Anchor Bintulu = Abang balik. Tu yang best tuuuuu!!!
Surat semua dia dah hantar, chief engineer cakap okay, captain pun okay & dah forward surat dia kat office. Semoga dipermudahkan segalanya. Tak nak mengharap sangat sebab faham sangat dahhhh bab-bab nak sign off ni macam mana kann, tapi xpe la, nak happy gak!
Tak sabar wehhh nak jalan-jalan dengan dia!
*
*
^__________^

Saturday, June 11, 2011

Sedih Minum Kopi

Boleh memang boleh.
*
Memang boleh minum coffee, be it black or white bila pregnant. Tapi moderately lah kan. Couple cups of coffee daily won't do any harm, especially bila dah lepas the first trimester. Ini from my reading.
*
*
Tapi lagi best dan bagus kalau di elakkan terus sampai lepas pantang. I did avoid taking coffee untuk 29 minggu 3 hari. Namun akhirnya hari ni tewas. +____+.
*
*
Isk, teringin sangatttt petang tadi. I smsed razmin, asking him if it's alright for me to have a cup, okey bukan, a GLASS of coffee. More specific, the new NESCAFE IPOH WHITE COFFEE. Satu rumah ni suka, esp mak & abah. Terbayang-bayang aroma nya yang sangat menggoda setiap kali bancuh untuk abah. Punya la kuat iman selama ni, lepas kacau-kacau guna sudu, terus campak sudu dalam sink, sikit pun tak curi-curi minum.
Razmin cakap minum la kalau teringin tapi campur air banyak sikit, jangan pekat sangat. Yeahh!
*
Perghhhh, sedapnya! Tapi sebelum minum tu dah siap makan betik 3,4 potong, minum air masak segelas. Teorinya adalah nanti anak aku rasa coffee yang dah dicampur dengan betik & air masak, takde la direct masuk coffee. Jangan percaya sangat, ni teori aku sendiri sebab dah rasa bersalah kannn sebab minum nescafe time ngandung. +____+
*
*
Pape pun, despite rasa bersalah, ada rasa puas yang tak dapat digambarkan. Ekeke. Harap-harap anak aku tak marah. Dan dengan ini aku janji tak minum sebarang jenis coffee hatta ceklat kopiko sekalipun lepas ni sampai la aku dah habis pantang. Gitu.
*
I hate you. *__*
*
*
*
And for a friend whom i miss so much, congratulations! You deserve it more thn anyone else. I always believe in you all this while, i adore your hardwork from far. You'll make a good doctor, Pa'a. Since i know you, you always manage to mend all kinds of hurt and sickness with your bright smile. That's a good start. Congrats again & may Allah bless your journey. Love.

Thursday, June 9, 2011

Boleh kan?

Antara-antara tarikh-tarikh ni, yang mana agaknya?
*
*
3 Julai 2011 : Yung-an, Taiwan
*
8 Julai 2011 : Bintulu
*
25 Julai 2011 : Idku, Mesir
*
*
*
Isk.. tu tarikh-tarikh Seri Bakti masuk port next month. Razmin cakap captain cakap ada crew change kat Bintulu. Sebab crew change akan melibatkan ramai officer sebab time dia sign on hari tu pun sekali dengan 2nd engineer, 3rd engineer, admin officer, pastukalau tak silap ada 2 orang 5th engineer yang dah due nak sign off jugak. Captain pun nak sign off jugak. So elok la buat crew change kat Bintulu kan, yang nak sign off ramai, yang nak sign on pun haruslah ramai jugak kan, so dah boleh jimat flight tickets & hotel, kan kan kan? KAN?
*
*
Walaupun dah faham sangat takde yg certain bab-bab sign on/sign off ni TAPI please please pretty please, biarlah 8 Julai. *____*
*
Rindu ni. Rindu gilos.
*
*
Pastu kaki asyik cramp, perut dah makin besar, nak tunduk urut kaki dah susah, maka saya perlukan suami saya. Boleh KAN?
*
*
Tsk tsk tsk.