Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, July 23, 2011

His First Toys

Sekejappp je masa berlaluu.. dah 2 minggu suami terchenta sign off..
Takkk takkk, bukan sedih masa berlalu dengan cepat tapi rasa bersyukur sangat-sangat lah! Happy je sejak dia balik ni, rasa macam seronok je manjang dapat gelak-gelak, dapat jalan-jalan, dapat makan-makan, dapat masak untuk dia, dapat buli dia urut kaki, ekekeke.
*
Dan begitulah ketentuanNya, bila dia balik ni automatik segala penyakit sakit nak bersalin muncul. Dengan cramp kaki, dengan braxton hicks contractions, dengan sengal badan, dengan demam selsemanya (ye, sekarang tengah demam selsema, srott srettt), macam-macam lah. Memang saje je kot sebenarnya, hehehe, bile lagi kann nak bermanja time sakit-sakit, 6 bulan sekali uolsss. =p
*
Tapi tang braxton hicks or contraction tipu-tipu tu memang sakittttt, tiap-tiap malam mesti termengah-mengah beristighfar sambil cengkam tangan laki sebab nak bangun & duduk, macam nak tercabut pinggang ni. Takpelah, dah memang time die pun kan, nak prepare kan rahim & cervix ni untuk bersalin normal insyallah, amin...........!
*
*
Pasal bersalin, alhamdulillah hari ni complete semua barang baby & barang mama baby! Yeayyy akhirnyaaaa! Lama gak amik masa nak prepare barang-barang baby & aku ni, dalam 4 bulan lebih gak la, sebabnya mula-mula dulu banyak prepare sendiri, dengan bantuan aishah untuk ke hulu ke hilir, time kaseh kawan! Pastu simpan sikit nafsu shopping nak habiskan beli semua benda sebab nak bagi Razmin beli bila die sign off, kasi can katenye.
*
So tadi misi terakhir cari toys untuk baby & cari nursing bra untuk aku. Sebenarnya aku selalu ingat-ingat lupa pasal nursing bra ni, 3,4 hari ni dah teringat terus ajak Razmin beli.

Misi paling penting bapak budak ni adalah untuk cari mainan anak die +____+. Pasrah je aku. Tadi gi Toys r Us kat Empire, habis die memborong macam-macam.
*
*
Rattle
*

Musical teether
*
Ni semua mainan nak main time baby mandi. Memang kemaruk laki aku beli mainan ni, hangin mak. +____+
*
Foot finder & wrist rattle
*
*
Pastu tak jumpa lagi mainan yang die nak, balik umah, research kat internet pulak, jumpa satu kedai baby kat Damansara Utama, 'Baby Jaya', yang jual mobile swing melody untuk playpen baby, terus pegi Damansara pulak.

Sebenarnya playpen Graco yang die beli kat US hari tu dah ada dah mobile swing ni tapi die tak berapa berkenan sebab mainan die tu bentuk bunga kaler pink (awwww), hehe, pastu simple, color tak berapa striking & mengikut research die, infant perlukan color yang striking-striking ni untuk stimulate sight die. Layannnn.

Dah dapat yang die nak semua baru sengeh bahagia sambil main PS3 sekarang ni. =p
*
Aku pun naik excited tengok mainan budak tembun ni, hehe.. Dah siap pasang kat playpen dia dah, sekali dengan Little Bean activated crib light. Benda alah crib light ni memang fevretttt aku sebab comel macam telur, pastu muzik Mozart die best, pastu kalau put on auto mode, die akan start play music & lampu bila baby nangis, hehe... comel sangat, aku asyik on off, letak auto mode, pastu jerit ala-ala baby nangis nak bagi die berbunyi sampaikan laki aku nak cabut bateri crib light tu,hehehe.. jelesssss!

Mobile swing & macam telur tu, crib light ^^
*
Crib light by Little Bean. Sokaaaaa!
*
Comelllll! tinggal nak pasang sheet je. Actually dah ada tilam playpen kat bawah tilam putih tu tapi aku beli gak tilam yang full latex yang warna putih tu. Nanti dah bersalin baru pasang sheet die.
*
*
Oh, hospital bag pun dah ready, esok tinggal nak masukkan barut baby, nursing bra & towel aku sebab semua tu baru dapat/baru beli so esok Razmin akan buat operasi basuh membasuh. Ada sikit lagi baju baby tak basuh sebab shopping lagi hari tu, bukan aku, laki aku yang shopping, siries nih, aku cuma bagi pandangan. hehehehe..

Yang trolley bag tu barang aku & baby, yang bag kecik tu barang Razmin.
*
*
Esok pagi-pagi jugak nak gi pasar tani, nak beli ayam katenye, ade orang nak makan nasi tomato so bini die nak masakkan. Alhamdulillah, sejak Razmin balik ni Allah bagi aku semula kekuatan nak masak memasak kat dapur. Kesian jugak kat laki aku kan, macam-macam die nak makan.. Ye la, orang bile dah turun kapal ni memang dah plan siap-siap nak makan ape, ade orang tuuu siap buat list lagi, tak gitu bang? =p

Setakat ni aku dah tunaikan keinginan die nak makan ikan patin masak lemak tempoyak, ikan 3 rasa, ayam pandan bakar, mix vege in oyster sauce, tofu telur in oyster sauce, kangkung belacan, nasi lemak sambal sotong, nasi lemak sambal kerang pastu tadi dinner die nak makan homemade burger, pun dah buat.. Esok nak makan nasi tomato dengan ayam masak merah & pajeri nenas, insyallah, esok saya masak ye bang...

Lantak ler kalau ada yg kat luar tu nak cakap macam-macam kann, nak cakap laki aku tak timbang rase dengan aku yang dah sarat ni ke, ape ke, ape pulak kannn, aku yg selalu tanya die nak makan ape, die teringin nak makan ape, kadang-kadang tu aku teringat die cakap nak makan itu ini time die atas kapal hari tu, aku terus masakkan bile die balik ni, perut laki aku, aku yang jaga uolsss. Giteww.
*
*
K lah, nak gi main dengan crib light anak aku, harus laki mak jeling warning, "habis bateri nanti sayangggggg!" keh keh keh. ade aku kesah? =p

Saturday, July 16, 2011

34 Weeks Check Up + Set Bersalin

Alhamdulillah, dah masuk 34 weeks membawa perut yang makin hari makin besau ^_^.
*
*
Last Monday 11th July 2011 kami ke DEMC untuk check up. Since dah masuk 3rd trimester ni kan, check up tak lagi sebulan sekali tapi 3 minggu sekali. Biasanya 2 minggu sekali kan tapi alhamdulillah gynae cakap my condition is good, baby is good since early pregnancy (kecuali perkara-perkara biasa seperti morning sickness, cyst yg telah hilang alhamdulillah), tak ada perkara-perkara berat yang berlaku, even masih tak perlu untuk minum air gula sebab berat naik okay thru out pregnancy, 34 weeks = 10kg. And baby's weight pun corresponds to pregnancy weeks, tak ringan tak berat, comel & tembun untuk baby boy. Alhamdulillah..
*
WE went there around 11am, appointment was scheduled at 11.30am. Yup, WE went there, hubby & I!!! Yeayyy akhirnya Razmin dapat tengok anak die dalam perut ni.. Last he saw his son, I was 6 weeks pregnant. Masa tu dia cuma dapat tengok heartbeat blinking je thru ultrasound scan tu, rupa baby pun takde lagi time tu, hehe..
*
So die memang excited untuk gi check up that day, tak sabar sangat die, siap pakai smart-smart gitu, nak nampak handsome jumpe anak katenye, ekeke.. Masa scan tu pulak baby tengah gerak-gerak pulak, macam tau-tau je papa die ada sekali. =) Biasenye kan die tidoq jeee..

All measurements normal, all shown baby is at 34 weeks, alhamdulillah..
Berat baby = 2.163kg.
*
Paling razmin excited sebab anak die tarik kaki sebelah masuk dalam mulut, siap nampak semua tapak kaki & tapak tangan,ruas-ruas jari pun nampak. Hehehe.. Baby sound papa ekk suruh papa belanja mama makan-makan =p Haruslah kannn, malam tu jugak papa belanja makan seafood terbaekkk kat Muhibbah, Kg.Sg Penchala (chinese Muslim seafood, sedapppppp!)
*
Mommy's progress pun okay alhamdulillah. BP normal & urine negative both sugar & protein.
So overall, semua okay, next appointment : 3rd August.
*
*
*
Lepas check up kitorang pergi jumpa a friend of mine, eylia. Dia pun keje as DPP jugak but for SPRM, shah alam branch kat Wisma PKPS, opposite DEMC je. Aku jumpa dia sebab eylia sangat-sangat bermurah hati nak hadiahkan aku set bersalin Nona Roguy! Eylia baru masuk kerja after cuti bersalin 3 months ago, gives birth to the ever comel Chinta Zara. Both husband & wife are my friends back from secondary school & classmates kat UIA.
*
Memang murahhh rezeki aku & anak.. Semua pun tau kan, NR punye set tu agak memberatkan poket kannn, paling murah pernah aku jumpa thru online, complete set RM300, itu harga dealer, kalau tak mahal lagi.. Aku pernah post kat FB pasal nak cari & survey set bersalin ni & rata-rata mommies recommended set NR ni tapi tup tup, eylia message cakap nak bagi set NR + few items yang dia dapat dari gynae die + perineal cream from Mothercare. Alhamdulillah... Semoga Allah sentiasa mewahkan rezeki eylia & family, amin....
*
So aku just tinggal beli bengkung, and bengkung pun dah sampai last week, aku beli bengkung dari sorang bidan ni, die buat bisnes online, aku beli bengkung dari Sendayu Tinggi sebab bidan tu cakap bengkung dia agak panjang & besar sikit dari brand lain, amat sesuailah untuk aku yang slim macam kate moss ni, ihiks.
*
Thank you mommy chinta!
*
*
Petang tu lepas check up balik umah jap sebab mak masak sedap, hehe.. Pastu dalam pukul 3 lebih terus gi IKEA, gi Ikano & malamnye dinner di Muhibbah. Kat IKEA beli storage box untuk isi toiletries baby, beli scented candle vanilla sebab aku obses dengan bau lilin tu, hehe..

Pastu kat Ikano beli selimut untuk baby 2 helai, baru perasan yang aku tak beli pun blanket untuk baby, cuma ada selai je mak aku beli kat London hari tu. Tapi mama tak beli mahal macam tok wan ko beli ye nak oiiii.. Pastu laki aku borong magazine die, pastu beli jugak air cooler untuk baby tidoq nanti.. Seronok shopping tak bawak purse ni, keh keh keh.
*
Esoknye puloks terjah KLCC.. Ade orang tuuu nak beli PS3, hadiah untuk baby katenyeee.. Ye la banggg, anak kite tu kuar-kuar nanti pandai pegang controller tuuu, hehe.. Sengeh sampai hari ni laki aku dapat main PS3 idaman kalbu..

Beli jugak seluar-seluar baby kat Isetan, sales kat situ boleh tahan gak ehhh.. Siap sampai 70% baju-baju baby.. Dalam minggu ni nak gi lagi sebab rasa berbaloi sangat. ^_^ Pastu beli jugak selipar untuk aku, dah nak beranak baru nak beli sandal yang selesa sikit.. Ye la kan, selama ni tak gi jalan-jalan sangat, ni laki dah balik haruslah beli uolsss...
*
*
Memang hati sangat gumbiraa sekarang sebab razmin ada kat umah.. ni die takde gi tengok liverpool main, bini die masak untuk dinner.. Cepat sikit balik banggg, ai masak sambal telur, sayur campur & ayam bakar pandan gitewww..

Thursday, July 14, 2011

He Is Home

Hai uolss.
I bersiaran khas dari taiping bandar warisan gitu. Yup, di rumah mertua ku lah, di mana lagi kannn.
*
I cuti peristiwa ni, cuti seminggu sempena peristiwa laki I dah balik. Yezza, laki I dah selamat pulang ke pangkal jalan, hehehe. Dia balik hari Ahad lepas 10hb Julai. Sign off di Merak, Jakarta. Memang kepulangan yang tak disangka-sangka, terperanjat I uolss bila dia bagitahu yang dia maybe dapat balik, cuma tunggu confirmed flight details je. Ye lah kan, I kan dah pasrah habisss last entry cite pasal die tak dapat balik, huhu.
*
Ceritanye, waktu kat Yung-an hari tu (3/4hb Julai), ada sorang captain ni sign on untuk buat audit kapal Seri Bakti ni. Jangan tanya aku audit ape ekk, Razmin dah explain tapi aku angguk je, ekeke. Captain ni audit sekejap je, dalam 5 hari camtu, pastu kapal terpaksa la masuk ke bandar Cilegon, kat pelabuhan Merak, Jakarta untuk turunkan captain tu semula. Makanya, laki aku pun dapat lah tumpang sekaki. Tanker LNG tak pernah masuk ke Merak ni, yang masuk ke sini mostly kapal chemical, ferry, general cargo etc.
*
Memang happyyyy sangat bila dia bagitau sehari sebelum dia sign off yang tiket semua dah confirmed, alhamdulillah.. Dia sampai KLIA hari Ahad pukul 2.10pm, so aku gi amik dia dengan adik lelaki aku, thank you Q. ^^
*
*
Hari ahad tu aku pagi-pagi dah masak nasi lemak fevret Razmin, dia siap request sambal sotong, sambal kerang & ayam goreng berempah. Kannnn, kalau dah request tu macam-macam lauk nak macam order kat kedai, layannnn. Hehe..semangat ni uolss nak masak untuk laki walau perut dah ke depan sampai tak dapat capai kepala paip kat sinki. !*__*!
Last dia makan air tangan aku, hari dia nak sign on 25 Januari hari tu, itu pun dia nak makan nasi lemak lauk sambal udang, memang hantu nasi lemak!
*
*
Owh tiada drama air mata di KLIA, hanya perasaan excited & sedikit malu seperti zaman bercinta sampaikan bila aku salam dia & dia cium dahi aku, aku terkejut sikit sebab rasa macam tak kahwin lagi, dosa nyahh cium-cium ni hahahaha! Yang lagi excited sebab dia bawak balik dua kotak besar Graco, barang anak bujang die, hehe. Yang tu nanti next next next entry lah ye. =p
*
*
Hari Isnin, terus ke DEMC untuk check up. Appointment dah scheduled dari 3 minggu lepas, alhamdulillah, memang rezeki Razmin untuk tengok anak dia ^^. Lepas check up terus ke IKEA, Ikano Power Centre & makan chinese Muslim seafood kat Muhibbah. Hari Selasa nye pulak seharian di KLCC shopping baju anak, selipar mak buyong & PS3 bapak budak. Owh heavennye laki dah balik, jalannn manjang! Hari Rabu shoot ke tepeng, esok (Jumaat) balik Subang Jaya semula sebab bapak budak ni nak tengok game Liverpool hari Sabtu.
*
*
*
Ni dia dah tidoq kepenatan layan selera makan bini dia yang kurang lebih sebulan je lagi nak meletop. Hari ni ai makan nasi lemak ayam masak merah, laksa penang, cendol pulut, durian sebiji, char kue teow udang, nasi lauk udang sambal, durian lagi sebiji, dessert kate omputih. Memang gile sekejap kalau balik tepeng nih, hehe..

So abang, welcome home & thank you for everything!

Untuk kawan-kawan akak-akak yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga di previous entry, TERIMA KASIH TAK TERHINGGA! Hanya Allah yang mampu balas jasa baik korang semua! Loveeeee!

Friday, July 8, 2011

Sign Off

Remember this entry?
*
*
Sebenarnya lepas Razmin keluar dari Idku , Mesir 16hb Jun hari tu, dia ada hantar surat kat office untuk minta permission sign off awal, i.e. on 8th July (Razmin signed on 25.1.2011). Kalau ikut kapal punye voyage schedule, kapal akan anchor kat Bintulu OR masuk Singapore jap amik barang on the 8th tu.
*
Lepas Idku tu kapal akan masuk port Yung-an, Taiwan (3rd July), lepas tu next port adalah Punta Europa, Equitorial Guinea (25th July) & kat Punta Europa tak boleh nak sign off.

Lepas Punta Europa kapal sailing pergi Yung-an balik, dijangka sampai 18th August DAN kat Yung-an tu lahh baruuu boleh nak sign off. Makanya, kalau tak sign off kat Bintulu /Singapore 8hb Julai tu, yours truly ni insyallah akan bersalin tanpa laki, gitu. Tak apa lah, kene lah redha kan, dah rezekinya di laut sana, walaupun mesti pasrah & sedih gilos tapi tak apa lahhhhhh...
*
*
Okeh. Lepas dia email surat kat office thru captain dia, disokong pulak oleh Chief Engineer, makanya kami laki bini pun berharap lahh agar dia dapat sign off 8hb tu. Tapiiii tup tup dapat pulak email dari charterer kapal yang kapal tak dibenarkan anchor kat Bintulu 8hb tu tapi terusss ke Punta Europa lepas keluar Yung-an. Okeh, pasrah lagi. !*_____*!
*
So dia pun dengan pertolongan captain & chief yang baik hati, mintak permission dari office untuk sign off kat Yung-an 3hb July tu. Sehari.... dua hari.... tiga hari.... tak ada reply dari office.. Hmmmm... captain call orang yang berkenaan, 'Y' bukan nama sebenar tapi takkk berjawab, berhari-hari... Hmmm...takpe takpe, dah email kannn, insyallah office akan alert, aminnnn...
*
Lepas tu, 1hb July iaitu di petang Jumaat yang indah, office pun email kat kapal nama-nama officer yang akan sign off kat Yung-an pada 3hb July! Cuba teka apa yang jadi, cer teka cer teka! Hehehe!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
YEZZA!!!!!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Nama laki aku TAK ADA okehhhhhhhhhhhhhhh! Peace @_@!
*
*
Makanya di petang Jumaat itu juga lepas Razmin bagitau aku, bercucuran lah air mata mak buyong ni sebab terlalu sedih & kecewa yang amat!!!

Rupanya office ada email captain, tanya boleh ke laki aku sign off kalau tak ada reliever & captain cakap boleh sebab atas kapal dah cukup watchkeeping engineer (minimun diperlukan 3 orang, termasuk laki aku ada 4, so takde hal kalau die balik). Tapi office email captain PETANG JUMAAT tu jugak time orang dah nak habis office hour. Isk. Bijak bijak.

Captain kesian kat laki aku, the whole next day (saturday) dia try call 'Y' bukan nama sebenar tapi tak berjawab sampai sudah. Iskkkk. Last sekali dia try call P.A orang tersebut, dan sukacita dimaklumkan tak ada apa office boleh buat sebab tak dapat nak call agent kat Taiwan, public holiday katenye. Kesimpulannya, tidak balik lah laki saya pada 3 Julai tersebut. *___*
*
*
Lepas dah nangis tido nangis tido nangis tido, aku akhirnya dapat terima hakikat yang laki aku takkan balik sampai akhir August & aku bakal lahirkan anak pertama kami tanpa dia di sisi.. Tak apa lah kan, aku bukan orang pertama yang kena lalui semua ni... Ada ramai kakak-kakak wife seafarers lain yang pernah bersalin tanpa suami di sisi, maka cerita-cerita mereka adalah antara sumber kekuatan aku...
*
Laki aku? Tak payah cakap la kan, memangggggg dia sedih.. Dia cuba nak tenangkan aku, dia cuba redakan kesedihan aku, dia cuba jadi kuat untuk aku tapi aku tahu dalam tenang dia tu ada sebak yang ditahan... Kesian dia, sedaya upaya berceloteh dengan aku, cerita itu ini, buat lawak, jadi se sweeeet yang mungkin tapi bini dia ni tetap cengeng, tapi tak laaaa over sangat kannn, aku pun kuat la jugaks seposen dua. Luar dalam hati aku ni ada taman, tapi taman banjir uolsss....!
*
*
*
Tak apa lah.... mari kita sama-sama doa agar semuanya selamat, insyallah....
Sebak dah ni, bye.

Wednesday, July 6, 2011

Prewash & London

Hola!
*
Mood berblog agak ke laut seminggu dua ni. Ni semua gara-gara suami tak dapat balik bila kapal masuk Taiwan last weekend (3 Julai 2011). Yang tu nanti cerita ekk.
*
Hari ni jom cerita pasal pre wash barang-barang baby. Umum mengetahui (ayat pidato) bahawa sebelum baby lahir, aktiviti membasuh semua barang-barang baby esp baju adalah perlu. Ini adalah untuk hilangkan bacteria yang wujud pada baju yang datang dari kilang. Ye ke? Eheh, ye la kot. =p Aku start pre wash baju baby ni dari 29 Mei 2011. Bukan basuh sekaligus sebab umum juga mengetahui bahawa laki mak takdok di darat, so kita basuh slow-slow bagi mengelakkan kepenatan melampau.
*
Mula-mula kita basuh booties & mittens & stokin & leggings dulu.


*
Seminggu lepas tu kita basuh cloth diaper. Ye, satu pelaburan yang menyesakkan nafas jugak beli cloth diaper ni tapi sebagai pencinta alam, cehh, aku decide nak guna cloth diaper ni.


Memang akan agak leceh nanti nak basuh apa semua tapi long term benefit adalah sangat menguntungkan & terpengaruh jugak la seposen dua dengan testimoni mommies yang pakai cloth diaper ni, maka aku pun beli lah. Beli 10 CD + 20 insert (yang warna putih tu). Disposable diapers pun aku akan pakai jugak, tengok keadaan mcm mana.
*
Aku beli CD yang size die adjustable, ada buttons & straps yang bole kita adjust ikut tahap pembesaran baby, dari newborn sampai setahun lebih, so tak perlu dah beli CD at least untuk setahun. Aku beli yang 5 layer bamboo charcoal setiap CD, memang agak mahal compared to CD biasa tapi takpe lah kan, duit bapak die, eh bukan, untuk elak rashes dengan cuaca negara kita yang macam kat switzerland ni kannn. Semoga investment ini akan memberi keselesaan kepada anak kami, insyallah, aminnnnnnnnnnnnnnnnnn.
*
*
Okay lepas tu minggu seterusnya basuh baju-baju budak tembun ni. Mula-mula basuh yang warna putih sahaja. Lepas tu basuh rompers sahaja & last week basuh baju yang pair dengan seluar, basuh kemeja, sweater. Aku basuh jugak segala fitted sheet untuk playpen, sarung bantal, napkin, selimut, towel, wash cloth & bantal. Ye, bantal ye, aku mesin, atas arahan komando mak aku, ehehe. Tapi takde gambar sebab emmm... malas & penat dah time tu. *__*


*
*
Alhamdulillah sekarang semua dah setel prewash semua pakaian baby. Tinggal nak basuh barut & kain bedung dia je sebab tak sampai lagi dari johor. Ada akak polis kat court bermurah hati hadiahkan aku barut & bedung baby yang dijahit khas oleh kakaknye yang dok kat johor. Thank you kak Kasmi!
*
*
*
Owh last week juga parents aku balik dari europe trip diorang. Memang dah kaki berjalan kan, biarla depa nak berjalan sebulan *ayat jeles*. Parents aku ni jenis lepak ala-alal omputih, gi jalan berdua je ala-ala backpackers tapi versi warga emas, keh keh keh, sambil sempat bercuti dengan adik bongsu aku yang belajar kat Jordan tu yang tengah cuti semester, dia ke London dengan kawan-kawan dia so sempatlah jumpa parents aku sebelum parents aku merantau gi negara lain - England, Wales, Scotland, Italy, Paris, Switzerland, Austria, Czech Republic & Holland. Nyampahssss!
*
Tapi di blog ini, aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kat parents aku & adik aku yang berjaya gembirakan hati aku dengan hadiah dari London. Memang materialistik. Hadiah untuk aku ade la handbag, kasut, purse, tshirt TAPI yang paling mak seronok sebab si tembun dapat hadiah best-best nyahh. Dah nama barang baby kan, memang excited kannn??? Dah namanye summer sale di sana, mothercare memang jadi tempat serbuan parents aku esp ayah aku yang excited shopping untuk cucu die ni. Love you more lah bah!
*




Romper ' I love Grandad' oleh atuk. comel je ayah aku ni. Bip from aunty DD a.k.a cik su. Toksah nak omputih sangat la ye DD. =p


Baju ni mak aku pilih, dia cakap laki aku lebih cool dari aku. choyyy.


Kasut lampu kelip-kelip. Comel amat tapi lambat lagi laaa budak kecik tu boleh pakai. Tq mak abah!
*
*
Jangan lupa pow atok & tok wan lagi ye baby. Mama & papa ko ni sengkek sikit. Hihihi.
T___T

Wednesday, June 22, 2011

The Third Trimester Diet

Just for my future reference.
*
*
Bila dah masuk third trimester ni, aku lagi aware of my diet. Orang cakap bila dah third trimester ni berat akan naik gila-gila sebab baby akan naik at least half pound per week, atau almost 250 gram seminggu until delivery. Itu baru berat baby, so kita yang nak menampung beratnya tu pun harus lah akan naik jugak kan. Buktinya dah ada, aku naik 4kg sebulan hari tu, sebelum ni sebulan naik 500gram or 1kg je, paling banyak 2kg tapi masuk je third trimester hamik kooo, 4kg terusss. Pasrah nyahhhh. +___+
*
Takut la jugak kot nanti kena minum air gula untuk glucose tolerance test tu kan, nak tengok ada gestational diabetes ke tak, pastu takut high blood pressure, takut baby besar and tak boleh nak normal delivery. Nauzubillah. More info on glucose screening & glucose tolerance test, here.
*
*
Basically, this is what I usually have on daily basis :

BREAKFAST
- 2 or 3 slices of white bread or wholemeal bread + unsalted butter
- a glass of milo or a glass of cereal drink
- a small glass of orange juice or soya milk
- a serving of fruit. Biasanya betik atau mangga
- pramilet (multivitamin)
*
BRUNCH (kalau ada masa, biasanya skip)
- 1 kuih
- milo ais
- drinking water.
*
LUNCH
- nasi satu setengah senduk.
- ayam seketul or ikan keli ( ikan keli je yang aku makan pun kalau kat court)
- a serving of sayur
- tempe atau tauhu (wajib makan hari-hari)
- selang sehari makan telur sebiji (telur mata / telur dadar)
- DHA natal fish oil
- drinking water
*
TEA
- 2 kuih
- drinking water
- kalau teringin air manis sikit : teh o ais mak pah. Mak pah kantin buat teh o ais terbaik.
*
DINNER
- makan macam menu breakfast or masak bihun
(jarang makan nasi waktu malam kecuali kalau petang balik kerja ada lauk mak dah masak, memang aku makan. Tapi kalau makan nasi mesti makan sebelum maghrib)
*
SUPPER
- a glass of hot milo or a glass of fresh milk
- biskut 3,4 keping
- calcium supplement
*
*
Lepas tu in between aku banyak minum air masak / drinking water. Favourite drinking water, drinking water petronas rm2.20. Botol color biru. Aku pun tak tau kenapa aku beli yang tu je. Ehehe.

Sebotol besar yang 1.5 liter tu aku akan habiskan dalam waktu bekerja 8am-5pm. Aku akan pastikan habis jugak hari-hari. During pregnancy kita dinasihatkan untuk ambil 64 fluid ounces per day, lebih kurang 1.8 liter of fluid. So bagi aku, okay la kot ekk 1.5 liter air masak, balance 0.3 liter tu ada dalam air milo, air masak yang aku minum kat rumah, buah & makanan yang kita amik, insyallah. (source).
*
*
*
Walaupun kadang-kadang terbabas, seperti makan nasi kenduri tak ingat dunia, atau makan maggi atau makan fast food, tapi itu kadang-kadang je uolss, dalam 2 minggu sekali macam tu. Coffee memang tak amik langsung kecuali sekali tu je, isk. Insyallah, nak makan dengan lagi sihat & elok lagi lepas ni. Semua untuk si tembun ni. Tapi tengok lah camne, ni laki nak balik harus lah terbabas ikut dia jalan-jalan cari makan. Salahkan laki, ho yeaahh!
*
*
Jom tempek gambar honeymoon. Pasni nak babymoon. Gituuu. Ok takde kaitan dengan entri ni. Bye.


Tuesday, June 21, 2011

31 Weeks Check Up

Baru lepas lunch kat court, makan nasi, AYAM MASAK KICAP fevret, sayur kacang buncis goreng & tauhu. Alhamdulillah, kenyang. Petang dah tak ada kerja, semua kes dah habis, OKT semua mengaku salah. Alhamdulillah lagi sekali.. Ye la kan, kalau betul dadah tu ko punya, ngaku je la. Kalau betul ko pecah masuk rumah orang, ngaku je la. Nak bicara apa nye kan. Okay, emo di situ.
*
*
Semalam pergi monthly check up. Semalam sebenarnya 30 weeks 5 days pregnant tapi halal la kan tajuk entry 31 weeks tu. Cantik sikit nombornya. Ihiks. So semalam amik cuti, bukannya ada apa pun tapi sebab saja nak amik cuti.
*
*
Check up pukul 9.30am. Pukul 9.20am sampai DEMC, terus timbang berat dan berat NAIK 4 KG DALAM MASA SEBULAN, YEEHAAA! Memang buntang biji mata mak tengok penimbang tu tapi pastu sengih sorang-sorang. Kehkehkeh. Bahana makan nasi kenduri 3 hari 3 malam.
*
Bila dah sampai turn dalam pukul 9.35 camtu, gynae aku pulak dipanggil untuk attend satu emergency labor. Takpe la kan, nyawa si ibu & anak itu lebih penting. Tapi tak lama pun, dalam 20 minit je. Pastu bila dah masuk bilik gynae, gynae aku pun minta maaf sebab lewat attend aku, isshhh, baik sungguh gynae aku ni. Dia cakap si ibu tu bersalin anak ke-4, sebab tu kejap je. Teran sekali dua terus keluar baby nya, alhamdulillah.
*
Lepas tu, seperti dijangka, gynae aku yang baik hati tu sound aku pasal berat badan aku. +___+
Insyallah la ye doctor, akan ku coba control. Katanye kalau berat naik macam ni jugak next month, kena minum air gula. All in all;
-Blood pressure : Normal
-Urine : Negative both sugar & protein
*
Lepas tu scan budak kecik ni, dan seperti yang ku jangka juga, die tengoh tidoq sebab sekarang time dia berjaga ialah time maghrib hingga subuh. Heartbeat dia steady, memang nampak relax, kaki tengah silang, sekejap-sekejap die kuis-kuis rahim aku & memang aku rasa, lepas tu tangan ala-ala garu perut. =) Tapi tak nampak muka si tembun ni, dia malu-malu, nampak kepala je & bahagian belakang dia termasuk his sexy ass. Pheewiiit. Sekejap je scan sebab senang gynae nak ukur semua yang patut, kata tengah tido kan, memang diam je la budak kecik ni. Pusing kepala pun idak.
*
*
All measurements show baby's gestational age is at 30 weeks 4 or 5 days, alhamdulillah, tak besar, tak kecik. Berat pulak 1.65 kg, which gynae cakap normal for a baby boy at this gestational age. Si tembun ku sudah pandai berdiet. Hehe... Takpe syg, nanti lahir kita sama-sama montokkan diri eyy. Biar botak papa kena pow dengan kita.
*
Oh pastu kena tetanus injection, utk kancing gigi tu lah. Sakit tak payah cite la ye. Sampai sekarang bengkak nye. Gynae cakap kalau allergic, maka amik masa seminggu jugak la bengkak dia nak surut. Oh terima kasih! +__+
*
*
Alhamdulilah semua okay. Bapaknya pun lega, maknya lagiiii la lega kan, tengok budak kecik ni alhamdulillah sihat.
*
*
My condition sekarang memang dah macam first trimester balik. Sangat cepat penat & mengah, esp naik turun tangga kat rumah. Jemur kain pun penat. Tapi tak nak layan sangat, dah lumrah orang ngandung kan, tak apa la. Selera makan pun dah macam ping pong, kejap selera, kejap tak. Tapi sangat suka makan roti time breakfast & supper, cicah dengan milo, perghhh! Mau nya berat tak naik 4 kilo kannnn. Ni laki aku tak balik lagi, kalau dia dah balik mau dia ajak jalan-jalan cari makan. +____+ Owh pastu sangat rindukan masakan bonda ku, lama sungguh mak abah ke europe, sebulan tu, cepat la minggu depan, tak sabar tunggu diorang balik!
*
Speaking of laki nak balik, mak tengah menghitung hari ni uolsss, 17 hari lagi ke 8hb Julai. Marilah sama-sama kita berdoa agar dia dapat sign off. Insyallah.... rinduuuuuu!!!
*
*
Ok lastly, mak buyong at 31/32 weeks. Tak kose nak amik gambar sendiri, curi gambar dari album ecah. Comel kan aii? Ihiks. Bye.
*
ini time baby shower hari tu, at 29 weeks. =) Liza totoi buat profie picture FB dia, aww.