Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, February 3, 2012

Rinde Letewwww.



oh oh oh oh
I miss them so much. So so much.
I miss hanging out with my girls.
And so in few hours time i'll be having dinner with them!
Yes, all of them!

Jom siap pergi empire jom.

*err yang depan sekali tu pun ai rindu jugaks. Mana boleh tak rindu nyahs, jiwa raga intan payung tuh (tapi selepas riyadh la ekeke).


Thursday, February 2, 2012

Kenapa Saya Isteri Yang Kuat

hehehe tajuk nak makan penampor.


Semalam ada beberapa orang kat court ni tanya aku, macam mana aku hadapi kehidupan alam rumahtangga tanpa suami selaku "rumah", yang ada cuma aku sebagai "tangga", dengan budak riyadh selaku penyeri rumah dan tangga. Pastu aku bagi jawapan, aku isteri yang kuat. Pastu semua orang bantai gelak. Cetttt. Hoi betul lah korang weh, aku kuat tawww bila laki aku tak ada 6 bulan.



Tapi sejujurnya, aku rasa ini semua adalah anugerah Allah buat aku. Hehehe ok siries nak kena tampar aku ni. Aku tiba-tiba jadi kuat semangat lepas kahwin, alhamdulillah. Mengandung bawak perut sana sini pun relax, sakit kaki cramp, sakit dada nak tidur, bangun amik minyak angin, sapu sendiri, urut sendiri. Buat preparation barang-barang anak semua sendiri, jalan bawak shopping bag sebdiri, bila lenguh duduk jap, sambung balik. Walaupun tinggal dengan parents & adik beradik, takdenye aku ketuk pintu diorang kalau sakit, semua sendiri-sendiri. Kalau teringin nak makan pun cari sendiri, masak sendiri. Tapi ada la jugak aku saja menyusahkan family aku & kawan-kawan aku esp ecah. Alaaa bila lagi kann, uolsss niiii.



Tipulah kan kalau aku tak teringat kat laki aku or tak rindu membuak-buak. Memang rindu sangat, lebih-lebih lagi suami aku ni jenis melayan aku macam aku ni kak wok, eh bukan, macam aku ni permaisuri agong. Tapi betul lah kan, Allah itu adalah sebaik-baik Perancang, bila razmin balik je, aku tak perlu buat apa-apa, semua dilayannya hatta nak minum air pun dituangnya. Ok ni siries aku tak tipu. Allah pisahkan kami sementara waktu, tapi Allah gantikan kekosongan 6 bulan itu dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Alhamdulillah. Sebab itu aku redha rezeki razmin di laut, sebab aku tau setiap penantian itu sangat manis, bukan satu penyeksaan.




Malah bila kami berjauhan rasa sayang itu makin erat. Rasa cinta makin mendalam. Ehem. Tiba-tiba je ada delivery bunga kat rumah, tiba-tiba je ada kad i love u lah, kad i miss u lah. Tiba-tiba je nanti dalam email die tulis "sayang buat apa weekend ni, pergi la shopping apa-apa, pakai je duit abang". Ha, tak ke sayang kalau laki cakap camtu? ekekeke.



Sekarang dah ada budak nakal kat rumah ni, makin kuatlah aku jadinya. Kuat sebab nak melayan budak yang suka main ni. Haishhhh. Suka benar menjerit sambil main. Main sapu tangan je pong, menjerit macam dapat pergi disneyland. Over ko nak, ikut bapak ko la nih. Nasib baik tak suka mengamuk, kalau tak confirm aku jadi kuat macam raksaksa.


Kesimpulannya, tips aku, kalau kena tinggal lama-lama dengan laki, korang relax sudah lah ye. Malam-malam tutup lampu, tidur, tak payah la nangis-nangis, nanti esok muka tak cun taww i tell you.




Hehe apa punye tips lah.


Bukan, tapi berdoalah banyak-banyak kepada Yang Satu, pohon selamat semuanya & yang paling penting, aku tak pernah putus-putus pohon diberi hati yang tenang. Anak keluar masuk hospital, aku masih mampu tersenyum. Bila hati kita tenang, kita tak akan mengeluh, tak akan menangis, tak akan mengongoi, tak akan mencaci memerli orang lain sebab hati kita lega, rasa lapang. Itulah yang menjadi kunci kepada kekuatan yang berbaki dalam diri ini; ketenangan hati.




Buat kakak-kakak & kawan-kawan yang berjauhan dengan suami seperti aku, dengan anak-anak di sisi, aku betul-betul kagum dengan semangat korang semua, sebab aku tahu peritnya perpisahan yang kita lalui. Buat yang kehilangan teman hidup buat selama-lamanya, masyallah, kuatnya dirimu, tak terbayang & tak tertanggung rasanya rasa kehilangan itu, semoga Allah terus kurniakan kekuatan buat dirimu.




Sebenarnya mak tak dapat pergi bintulu weekend ni sebab kapal ada audit dari jabatan laut so laki mak tak boleh nak turun darat uolss. sobs. Lagi 2 minggu baru kita pergi ye riyadh. Mencik. ok lah bye. Nak gi Giant beli bekas ice cube dengan cover. Terpengaruh terpengaruh!


Wednesday, January 25, 2012

Solid Food. Bila?

Seriouslyyyy, pagi-pagi udah bikin aku angin la group *tettttttttt* kat FB. Ahaha, aku memang banyak join group-group kat FB ni, biaselah kepoh kan. Ada yang untuk tambah ilmu pengetahuan macam group Kumpulan Ibu Menyusukan (KIM) & group HSFFYB (fka Homemade Solid Food For Your Baby), pastu ada jugak secret group, ada yang best, ada yang merepek macam group BFF yang kawan aku si liza tu buat. Liza oooo liza, ko admin kan, apsal ko tak on FB? ekekeke.
*
Pagi ni ada terbaca post pasal bagi baby bawah 6 bulan makan solid food. Ada yang cakap yang diorang terpaksa bagi makan atas desakan pihak atasan i.e mak, nenek, MIL & ada yg sampai tahap terpaksa akur dengan bebelan babysitter anak sendiri untuk bagi makan anak bawah 6 bulan atas alasan yang anak tu lapar. Well, aku nak tanya, budak tu bagitahu ke dia lapar? +_+.
*
*
Aku tak nafikan yang dah jadi macam 1 kebiasaan orang dolu-dolu untuk bagi baby makan sebelum waktunya, i.e sebelum 6 bulan, malah ada yang bagi seawal 3 bulan. Aku pun tak lari dari masalah yang sama, iaitu desakan dari pihak atasan ni. Mak aku memang tak suruh pun, kalau dia suruh pun aku boleh bertekak (dengan cara baik bukan dengan cara derhaka ye), ye lah sebab mak sendiri kan so kita open sikit. Lagipun setakat ni alhamdulillah mak aku ikut je rentak aku sebab dia cakap aku mesti lebih tahu sebab budak riyadh ni kan anak aku, unless kalau aku tanya, dia akan bagi nasihat. Muahh kat cikgu zainun!
*
MIL aku ada suruh campur nestum dalam susu riyadh sebab dia cakap riyadh kurus, macam tak cukup susu. Yang ni memang aku pangkah awal-awal. Aku iye kan saja bila die suruh tapi sebab MIL aku kat taiping so tak ada lah dia nampak aku bagi ke tak kan, so setel satu hal.
*
Cuti panjang last weekend aku balik kampung ayah aku kat dungun. Ha ni memang stress sikit sebab nenek aku memanjanggggg basuh aku sebab first tak bagi riyadh makan lagi, second sebab tak bagi riyadh minum air masak lagi. Yang bab air tu aku jawab je yang aku masih fully breastfeed riyadh, susu ibu adalah 88% air, so tak payah bagi air, kang gemok air lak anak aku. Bab makan tu aku sengeh-sengeh je sebab orang tua kan, buat apa ko nak gaduh pun. Dia bebel je, aku pi cium pipi die, die bebel je, aku urut2 kaki die, last-last die malas nak bebel dah.
*
Tapi berdesing gak lah telinga ni kan bila orang cakap anak aku kurus sebab tak bagi makan lagi. Choyy tawww! Korang tau ke tinggi anak aku berapa? Tinggi anak aku time 4 bulan hari tu 71cm okay, lebih kurang baby 6 or 7 bulan. Berat 6kg. Kan okay je tu, cuma tak nampak tembam la sebab dia dah panjang. Kalau dukung naik lenguh jugak. Ish. Asal sihat anak aku, alhamdulillah.
*
*
Pastu budak dah masuk 5 bulan kan dah pandai macam-macam, itu semua perkembangan dia, bukan sebab dia lapar. Adoyaii. Ini antara perkembangan baby yang orang ingat baby dah kena makan solid food :

1) air liur menceceh : Well, memang la menceceh, cuba korang check gusi dia, dah bengkak sikit kan? Memang gatal la gusi dia. Pastu baby mana la reti nak telan-telan air liur lagi, diorang cuma reti tolak lidah diorang keluar sebab kalau nak hisap susu, baby akan julurkan lidah kat nipple or teat botol untuk hisap / suck susu keluar. Bila air liur dah banyak + gusi gatal, makin menceceh la air liur dia.
*
2) tengok orang makan, mulut terkumat kamit : Ini adalah sifat semulajadi baby, to imitate. Memang baby akan perhati dan kemudian akan cuba buat perkara yang sama. Ini adalah fitrah sejak lahir lagi. Cuba jelirkan lidah kat baby yang baru 2 or 3 minggu, buat beberapa kali, nanti baby akan jelir balik. Bukan dia terkumat kamit sebab dia nak makan nasi. Well, memang la dia nak tapi bukan sebab dia lapar, tapi sebab dia nak tiru. Pehey dop?
*
3) masuk tangan / benda dalam mulut : ha ini lagi satu. Bukan setakat tangan dia, cuba kau hulur frame gambar, pun masuk mulut dia jugak kan. Kalau dah masuk benda dalam mulut, dia bukan telan pun, dia cuma nak kemam dengan gusi dia, atas sebab no.1 di atas : gusi gatal.
*
4) nangis malam, kerap bangun malam, kerap menyusu malam : memang sebab dia lapar, ini dipanggil growth spurt. Baby baru lahir, sekali feeding mungkin paling banyak 2oz kan, kalau dah 5 bulan, takkan 2 oz lagi, mesti makin lama makin bertambah. Lepas tu bila dah masuk 5 bulan ni, macam riyadh, dah pandai meniarap bergolek-golek, dah pandai menjerit-jerit, sembang dengan tangan sendiri, dengan buku, dengan kaki kerusi semua, lagi la banyak pakai tenaga, lagi haus & lapar la dia, bukan sebab dia nak makan.
*
*
Sebelum 2008, garis panduan UNICEF cakap baby dah ready untuk solid food time 4 bulan, tapi lepas tu, lepas dah pelbagai incident & research dibuat, UNICEF cakap baby ready untuk solid food time 6 bulan. Maksud baby ready bukan secara luaran sahaja, tapi juga dari segi dalaman, i.e sudah readykah usus baby yang selembut tisu itu untuk proses makanan? Sudah readykah buah pinggang baby untuk tapis segala mala bakteria dalam makanan? Ha jawab jawab.
*
Untuk itu, garis panduan penyediaan makanan untuk bayi diperkenalkan. Tak payah la aku cerita satu-satu, korang google la sendiri, hampir 90% adalah sama jawapannya. PERKENALKAN BUAH & SAYUR TERLEBIH DAHULU. Tanpa perkenalkan bubur nasi kosong atau oat untuk 2 minggu yang pertama.

Kenapa? Sebab kita perkenalkan secara berperingkat adalah kerana baby dah terbiasa dengan tekstur susu ibu or formula milk, maka untuk peringkat pertama, aim kita adalah untuk MEMPERKENALKAN TEKSTUR selain susu, bukannya untuk mengenyangkan baby. Sebab tu untuk baby 6 bulan, dia hanya perlu makan beberapa sudu setiap kali feeding, sehari sekali. Tapi buah & sayur juga ada jenisnya, bukan semua boleh ngap, dan ada juga cara untuk kenalkan kepada baby solid food. Ini lain entri aku tulis, research masih belum memuaskan hati & nafsu. Hehe.
*
*
Ada pula yang bertanya, dalam Islam kan ada dinyatakan penyusuan ibu sepenuhnya selama 2 tahun, jadi kenapa perlu solid food?

Iye, memang ada, boleh disusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya, kalau lah ibunya makan makanan penuh zat. Macam zaman Rasulullah, susu yang ibu minum susu yang diperah fresh dari kambing atau unta, bukan susu kotak macam sekarang. Masak guna minyak zaitun, masak cara bakar atau panggang, roti pula dibuat dari tangan sendiri tanpa bahan-bahan pengawet bagai, air zam zam diteguk, tiada air gas, tiada air sejuk mahupun air berais, tiada kereta hanya berjalan kaki ke sana sini, buah sayur semua dari pokok. Boleh kan kita pastikan kita makan hanya makanan berzat untuk susukan anak kita untuk 2 tahun sepenuhnya? Kalau yakin boleh, alhamdulillah, silakan, pasti seronok!
*
*
Untuk hari ini, setakat itu sahaja. Entri ini adalah dari pembacaan aku yang tak pernah berkesudahan. Dari research di internet, join HSFFYB & dari buku-buku yang hampir setiap minggu aku beli. Kalau ada yang tak setuju it's okay, bukan anak aku pun. Jahat kan? Well, orang kan suka tak bersetuju dan anggap diri sendiri betul, so no sweat la babe, gua tak kesah. Ini untuk share semata-mata apa yang aku tahu.
*
*
Ok bye, nak gi pyramid makan tony romas. Lalalala.

Thursday, January 19, 2012

Yang Kecil Itu Pun Tetap Rezeki

Haluuuuuu.

Hari ni hari sengal aku. On the way pergi office, tinggal lagi kurang 1 kilometer nak sampai court baru teringat yang aku dah apply cuti untuk hari ni & esok. Tapi mak lupeeeeee!

Pekerja cemerlang mane ntah ni yang lupe diri sendiri cuti. Nasiblah, macam ni lah kalau laki dah jauh, weng sikit. Hehehe.

*

Tak apa lah, rezeki akak kantin hari ni sebab sampai-sampai je aku laju menuju ke kantin mencari segelas milo suam, alhamdulillah..

*

Speaking of rezeki, kadang-kadang kita ni selalu terlupa yang setiap hari Allah tak putus-putus berikan rezeki buat kita, hatta sekecil mana pun nikmat yang diberi, ia tetap rezeki dariNya.. Kadang-kadang juga Allah kurniakan kita penyakit dan kita bersungut kerana tak selesa, padahal sakit itulah antara tanda Allah sayangkan kita... Kerna turunnya dugaan itu, walau sekecil mana pun, ia adalah tanda Allah masih sayangkan kita...

*

Alhamdulillah untuk batuk dan lelah ini ya Allah.. Kalau tak sakit, aku tak jaga sangat apa aku minum, apa aku makan.. Alasannya masih cliche. "aku masih fully breastfeed riyadh, cepat lapar". Bila sakit batuk berdengking macam ni, baruuuu terhegeh-hegeh minum air suam bergelen, makan yang bersup-sup, tak makan pedas, tak makan makanan berminyak, tak minum yang berais.


Tapi itulah manusia, kalau tak lupa, bukan manusia.. Fitrah namanya.

*

*

Kadang-kadang juga Allah beri kita rezeki tanpa kita sedari kerana sesuatu yang kita lakukan.. Paling aku percaya, apabila buat baik dengan ibu bapa. Allah bayar cash kepada kita.. Oits, bukan cash wang tunai derr, cash yakni dibayar di dunia ini (dan insyallah di akhirat kelak masih dihitungNya kebaikan itu..) Tapi bukan sekadar untuk kebaikan, kalau kita lukakan hati ibu bapa kita juga, maka cash jugalah bayarannya Allah beri, ingat tu.

*

Beberapa hari ni, murah rezeki aku, alhamdulillah.. Dalam perkara-perkara kecil yang mungkin tak besar mana pun bagi orang lain.. Sampai court untuk beberapa hari ni, satu sen pun tak dikeluarkan untuk sarapan, ada saja yang menjemput diri aku untuk menjamah makanan yang sudah tersedia.. Bukannya american breakfast mahu pun continental.. Cukup sekadar sandwich sepasang, milo segelas, nasi lemak sebungkus.. "Makanlah puan, saya beli lebih tadi, rezeki puan ni.." Alhamdulillah.. Semoga Allah murahkan rezeki mereka juga..

*

Malam tadi juga, pergi ke mydin dengan adik aku yang bercita-cita nak buat kek tiramisu.. Singgah di JM Beriani, nak tapau untuk makan malam.. Order nasi beriani 3 set, abang yang jual beri pulak 2 bekas acar buah, free.. Alhamdulillah, rezeki lagi..

*

*

Jadi jangan pulak lepas ni kita lokek untuk berbakti kepada ibu bapa, memberi seikhlas hati kepada sesiapa pun, tak kisahlah dia dah banyak duit atau tak sebab hakikatnya, yang kecil itu pun tetap rezeki..

*

Dan kita tak akan pernah tahu bila Allah akan murahkan rezeki kita pula...

Sunday, January 15, 2012

5 Months Young Riyadh Iman

My happy baby, Is now 5 months old.
Awww so fast lah time!

Clap clap clap!
*
*
Alhamdulillah, despite the batuk drama, he is a very healthy baby. Very active little guy. Loves talking so much, he always scream himself to sleep. Scream okay, bukan sembang, tapi scream. Jerit-jerit geram manja gitu. Attention seeker kott. Haha. Pastu penat jerit, tidur.
*
Kalau meniarap now can held his head high, angkat dada bidang aww, turn his head to both directions sambil meniarap and now dah kenal-kenal orang. Kadang-kadang kalau mood tada kena, boleh nangis kalau org yang dia tak kenal tegur dia. Kalau mood manyak baik, sengih sengih sengih.
*
Chin up young guy.
*
*
Tangan sangat laju sekarang, kejap je tup tup dah baling sana sini. Kipas yang foam tu pun tade hal lah, relax je buh tangan kat kipas foam yg tengah pusing, siap pegang bilah kipas tu lagi. Tada takut punya budak. And for the past 3 days sibuk nak masukkan kaki dalam mulut, pelik agaknya ada kaki. Orang tua2 kata baby nak adik. Opss sorry riyadh, papa is not around. =p Insyallah nanti riyadh umur 3 tahun kita cakap pasal adik ye, amin....
*
*
Mama tak ada idea nak tulis panjang2, sakit tekak noks, batuk macam bunyi gorila.
*

Apa-apa pun, to my bubbly baby, happy 5 months young sayang. Mama & papa love u so much. You are my sunshine. Senyum selalu ye, senyuman riyadh manis sangat, reminds me of someone.
Me.

Hahaha.
*
Bulan depan nak masuk 6 bulan dah yeay, nanti kita masak2 ye riyadh. Muah muah! Eh tapi sebelum tu awal bulan februari kite gi jumpa papa yeh! Tak sabarnyeee! ^^
*
This picture of you reminds me of your father. Haih. Miss you abang.

Sunday, January 8, 2012

Good news good news!

Ya ampunnnn, happy sangat ni noks! Okay over kan, tapi happy la anak dah boleh discharge, hehe. Bil? owwhhhh, mak tak kesah, apa guna kad oren tu kalau tak guna.. 4 angka ke, 5 angka ke, kita guna kemudahan opis laki kite ye, janji anak sihat walafiat insyallah. Time kasih bang sebab keje jauh2 tapi dapat employee benefit yang meletops, jangan berhenti keje eyy. Ihiks.
*
*
Pastu aku happy sangat tadi riyadh buat physio, keluar segumpal kahak likat amat. Menangis aku taww. Ha memang over tapi pada yang faham perasaan aku, faham la kan. Mana tak sedih tengok anak ko kena tepuk dengan kuatnye, so bila dia muntah bagai dengan kahak segumpal besar keluar, memang rase legaaaaa. Ni die tengah tido TANPA batuk sikit pun, alhamdulillah, legaaa!
*
*
Pastu laki aku bagitau, insyallah bila die turun bulan 6 ni, die akan register untuk wat combine class kat ALAM terengganu, tempat die belajar dulu. Die buat combine class ni untuk dapat 1st class certificate of competency. Bila dah dapat 1st class COC ni, senang la dia nak minta kerja kat tempat lain, kat darat pun boley. Eh tadi tak bagi berhenti keje. Takpe rezeki Allah di mana-mana. Die tibe-tibe nak buat sebab abang die (seafarer jugak) tibe-tibe nak buat, so diorang dua beradik tibe-tibe nak buat sama-sama. Kalau nak tunggu list office, alamatnye lambat lagi la kan, so takpe laki aku cakap, bayar sendiri. Lagi cepat lagi bagus.
*
Aku happy sebabnya bila dia masuk sekolah balik, dia masuk untuk 6-7 bulan lamanye. Syok wooo laki ada kat darat untuk tempoh macam tu. Anak pun dah makin besar, bleh la kite pi jalan-jalan ye bang. Nak round malaysia lah kononnye, nak celebrate 1st birthday riyadh kat USS. Okay yang ini sebab mak + bapak + pak cik2 + mak cik yang over nak gi main kat USS, so pakai alasan riyadh, baru atuk & nenek dia dengan gumbira tabur RM sponsor kitorang semua. Tak seswai tau! Riyadh dok baik-baik dgn tokki & tokwan ye.. We olls nak naik ride, riyadh kecik lagi, tengok kolam ikan sudah ye.
*
*
Pastu esok umur aku nak masuk 17 dah. Muda kan. Ye lah, 17 tambah 10. Ala mak tak kisah umur berapa-berapa pun, itu semua just a number, yang penting kita makin dekat dengan Allah. Haa khennnnn. Insyallah.

Aku tak tau lagi nak pow laki aku ape, takpe ade 5 bulan lagi boleh fikir & buat list. Tapi aku dah fikir panjang lebar nak pow mak abah aku. Hujung bulan ni diorang nak gi Jakarta. Okay bosan, malas nak pow. Tapi next month, february diorang nak gi holiday kat Los Angeles bagai, pastu bulan march diorang nak gi umrah pastu gi tour negara2 arab, haa, memang banyak aku nak pow.
*
Pastu laki aku dah suruh start usha-usha barang rumah. Ish. Berdebarnye. Ish ish. Hehe. Macam mana nak deko nih, macam-macam dalam kepala nih. Senang-senang bentang tikar serawak sudah la ye bang. Senang riyadh nak berlari. Yang aku malas dia suruh survey harga nak tanam rumput. Ye lah, tanah agak luas kan, dia nak buat padang bola untuk dia & riyadh. Tak nak lah survey bang, abang balik abang cari la ye. Panas la nak survey rumput. Kalau survey perabot ada aircond.
*
*
Pastuuu paling seronok ada perkembangan terbaru dalam family aku. Ihiks. Kawan-kawan rapat aku mesti dah boleh agak kan. Gumbira hati ini. Nanti bila dah boleh announce ai buat PC. Gitu.
*
*
Hish seronoknye, banyak betul good news hari ni. Happy sunday lah katakan.
Balik umah kalau sempat nak buat cheese cake, nak buat gi office esok, kate birthday kann.
Ok bye. Ni gambar budak happy nak balik umah.

Saturday, January 7, 2012

Riyadh cepat sembuh ye sayang.


Bukan.Itu bukan razmin..
Itu abang aku, pak cik nye si riyadh..Satu-satunya abang aku.
Tengah nyanyi lagu ombak rindu kat riyadh. Mengekek budak tu.
*
Ini kat hospital, wad mutiara DEMC Shah Alam.
Dari hari Rabu sampai saat ini (Sabtu) riyadh masih di ward. Tempoh hari masa new year, Jumaat hingga Ahad, pun riyadh di ward. Balik rumah, Isnin & Selasa okay, rabu pagi batuk lagi. Tak henti-henti. Masuk balik ward.
*
*
Hmm.. aku? tak menangis, sudah pasti. Nak jadi isteri seafarer ni kena kuat luar dalam, kan akak-akak semua?
Family memang ada tak berhenti bagi support, tapi diri sendiri haruslah kena lagi kuat, nak bagi semangat kat anak & kat suami yang tak habis-habis risau. Kesian dia.
*
Riyadh? Aku tak tipu, sikit pun dia tak nangis. Buat physio tak nangis, makan ubat tak nangis, pakai nebulizer tak nangis, demam pun tak nangis, meragam pun tidak, menyusu seperti biasa, happy sepanjang masa. Senyum seperti sediakala, buat orang sayu tengok dia yang tak faham apa-apa. Semua nurse suka dengan riyadh, paed pun cakap dia ni hebat sebab tak nangis. Besar sungguh kurniaan Allah yang satu ini.
*
Ni pun tak tahu lagi discharge bila, harap-harap boleh balik esok. Tapi kalau keadaan riyadh tak mengizinkan, sungguh aku tak kisah ada di sini lama-lama, asalkan dia sembuh. Oh, riyadh ada bronchiolitis, a viral infection yang buat dia batuk. Batuk dia lambat baik sebab dia baby kan, mana nak bagi ubat bagai. In fact untuk antibiotic pun aku fight dengan doctor, aku tak nak bagi. Alhamdulillah paed faham concern aku.
*
*
Buat abang, jangan risau sangat ye sayang. Riyadh di bawah jagaan yang sempurna. Pakar kat sini semua baik, nurse pun friendly sangat. Saya jarang sorang, cuma malam je, waktu lain akan ada orang datang. Mak, abah, abang long, ee & tasha. Q pun datang di kala sibuk dengan final exam sebab nak datang tengok anak saudara dia yang sorang ni. DD pun nak balik dari jordan isnin ni, siap cancel trip dia ke spain sebab nak balik tengok riyadh. Ramai sayang anak kite bang. =) Bilik pun selesa sangat. Bak kata abah, macam vacay kat hotel. Insyallah tak lama lagi riyadh akan sembuh seperti biasa & terbang ke bintulu jumpa papa die.
*
*
Cepat sembuh ye anakku.
*
I love u too.