Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 10, 2015

Krabi 29-31 March 2015

Sepanjang Razmin balik 2 bulan ni, dah nak naik kapal balik dah pun; akhir bulan 3 hari tu baru berkesempatan bawak Riyadh pergi jalan jauh sikit. Tak ada lah jauh mana, Krabi je tapi demi nak puaskan hati Riyadh yang dok berzikir siang malam nak naik aeroplane dengan papa, ayuh kita! Ke Krabi 3d2n, 29-31 March 2015. Balik-balik esok tu dah start GSt. Haha. 

Book tiket pergi Krabi sebulan sebelum pergi, MAS ada buat promotion. Memang murah sangat, dalam RM600 untuk kami bertiga, return. Flight dalam 1h20m. Sebabkan tiket promo, flight dari KUL memang pagi amat, dalam 7.20 a.m. Mula-mula booking tu memang pasrah habislah tapi nak buat camne, nak murah kan haha. Tapi 2 minggu sebelum pergi, MAS hantar SMS & email, cakap flight retimed pukul 9.40 a.m., ha tak ke seronok, legaaaaa tak payah bangun awal sangat. Bangun macam biasa dalam 5.45 pagi, siap-siap, amik adik aku kat rumah parents, minta tolong dia drop kat KLIA. 

Riyadh memang mencicit macam anak burung pagi tu. Excited bukan main nak naik aeroplane. Mak ayah dia mata separuh bukak dah haha. Layankan aje, dalam flight memang aku yang tido, ku serahkan Riyadh dan hal-hal berkaitan Riyadh kat bapak dia hehe. Sampai Krabi, tengok ada 2 flight lain sampai masa lebih kurang, dah la satu tu flight KLM, kapal 777, ha memang ramai ler orang beratur kat imigresen. Airport authority Krabi pun boleh tahan cerdik, bukak kaunter imigresen 2 je, merasalah beratur sejam lebih dalam aircond tak berapa nak sejuk tu. 

Setel hal kat airport, rasa excited menjelma! Baru nak jelma ko, ngantuk kot haha. Okay, untuk airport transfer, aku dah book siap-siap dari KL. Memang highly recommended, kalau ada siapa nak book airport transfer, layarilah www.krabishuttle.com. Ada pilihan tranportation, tour package pun ada. Harga dalam standard range dengan taxi dari airport. Nak booking tak nak bayar dulu pun tak apa. In fact, aku buat macam tu. Bayar bila dah sampai hotel. Memang tourist sangat recommend company ni, trustworthy. Even tak bayar dulu and lambat almost 2 jam keluar dari arrival hall, driver setia terpacak dengan placard nama ko. Eh in my case, nama Riyadh Iman. Hehe.

Kitorang book Luxury SUV (Fortuner) untuk THB1500, return. Dalam RM160+ sebab time aku pergi RM kan merudum so THB jadi mahal sikit dari biasa. Ko bayar dulu ke, nak bayar kemudian ke, sama je harga dia. SUV pun bersih, and bila tau kita ada bawak budak, dia dah siapkan siap-siap car seat/booster seat. Ha ni memang mak kasi 5 bintang. Plus, ada wifi dalam SUV tu. Sempat la nak upload instagram gambar naik flight dari KL tadi haha. 

Hotel. Ni kali kedua aku ke Krabi, first time pergi tahun 2010 dengan family sebelum aku kahwin. So tak payah pening-pening, book hotel yg sama ayah aku book dulu. Phra Nang Inn. Sebab location memang tengah-tengah Ao Nang and betul-betul depan pantai. Itu memang plus point. And nak kemana-mana jalan kaki sahaja. Ao Nang street macam tourist centre. Krabi town & airport dalam setengah jam dari Ao Nang. Selain Ao Nang, ada tempat lain macam Koh Lanta. Ao Nang banyak pilihan Muslim food, kedai massage (favourite!!) and kedai souvenir. Harga pun okay, berbaloi dengan bilik. Untuk 2 malam, aku dapat rate THB5900, breakfast included. 

Aku request bilik di Spa Wing, sebab tau di Spa Wing ada bath tub di dalam bilik, depan katil, tepi balcony hehe. Senang ko nak tengok anak ko berendam sakan sementara ko lepak atas katil. Kalau Beach Wing, bath tub dalam bilik air, jenuh nak menjenguk kan. Nak bercuti pemikiran pemalas tu memang sangat berguna hehe.

3 hari di Krabi memang leisure semata. Sampai first day tu kitorang just pergi lunch, lepak bilik sampai petang, malam lepas maghrib keluar cari banana pancake, cari aiskrim durian belanda & cari package elephant trekking & emerald pool kat kedai-kedai tour yang bersepah tepi jalan. Untuk tour, kitorang memang dah decide untuk buat dua je, elephant trekking & emerald pool visit. Island hopping tak nak sebab dah pernah buat dulu plus island hopping akan amik masa seharian, Riyadh akan kepenatan nanti. 

Survey-survey, jumpa 1 Muslim tour ni, and kitorang nego untuk amik private tour. Kalau ramai, amik group tour lagi murah tapi Razmin cakap amik yang private, bawak anak ni kang nanti dia merengek nak balik awal la, nak berhenti makan kencing berak segala senang, tak payah susahkan orang lain. Gitu pemikiran jauh bapaknye, mak tau nak murah je hehe. Dalam THB4100, termasuk driver and admission fees.

So esoknya, bertour lah kami. Elephant trekking dekat je dengan Ao Nang. Riyadh memang enjoy naik gajah ni. Aku memang seram sebab rasa side kerusi dia yang aku duduk tu menyenget. Perli betul gajah ni haha. Dalam sejam jugak la round-round dalam hutan. Sempat la gajah tu berak & makan buluh sekali haha. Kuat weh belalai dia. Selamba je patahkan buluh. Pastu ada baby elephant show. Suka sangat sebab anak gajah tu comel gila, playful pulak tu. Dia macam suka kat aku tau. Siap jalan lompat-lompat menghala kat aku, pakaikan aku topi. Nampak sangat ada chemistry haha.

Lepas tu, gerak ke emerald pool. Jauh jugak, dalam sejam. Sudahnya tidur je dalam SUV. Sampai-sampai, jalan dalam 1km nak ke emerald pool. Jauh tapi berbaloi! Cantiknya air dia subhanallah! Air dari bukit batu kapur, dengan few minerals poooofff jadilah 1 pool dengan air jernih warna emerald. Macam batu jed tu air dia. Tak menyabar kitorang nak terjun. Air pun suam-suam. Memang best, Riyadh sampai mengamuk tak nak balik. Ada lagi 1 pool kat atas, kena jalan lagi 800m. Ala-ala hiking. Yang gigih boleh lah naik lagi. Kami tak gigih. Haha.

By petang sikit dalam pukul 3 sampai dah kat hotel. Riyadh & Razmin lepak hotel, aku amik kesempatan pergi massage & buat treatment rambut. Murahss. Dalam RM50 untuk sejam massage, wash,cut & scalp treatment sekali. Dua jam yang sangat syurga. Petang tu swimming kat pool hotel. Malam tu kitorang pergi makan kat Somkiet Buri Hotel. Muslim hotel. Pernah dinner kat sini dengan family aku. Memang sedap gile! Razmin sampai sekarang angau dengan green curry dia. Jalan kaki je dari hotel aku. Malam sebelum tu kami makan kat the famous Lemon Restaurant. Sedappp. Authentic thai food. Pun kat Ao Nang street. Nak jalan kaki pun boleh dari hotel tapi naik tuk tuk nak bagi Riyadh merasa naik tuk tuk. 

Balik bilik, tidur. Pagi esoknya sebelum check out, bawak Riyadh swimming lagi. Hotel ni ada 2 pool. Satu yang mengadap laut, satu lagi tengah-tengah hotel. Kitorang swimming kat tengah-tengah sebab tak ada orang plus tak ada la Riyadh tu nak berlari arah laut pulak. Seronok cuti relaks2 macam ni. Hassle free, ikut time kita je. Yang penting anak happy :)

Dalam pukul 12.30, shuttle datang, on the way ke airport dia singgah kedai souvenir kejap pastu lansung ke airport. Check in, and tunggu flight balik. Alhamdulillah all went well! Thank you hubby for the wonderful short trip, looking forward for moreeeeeeee! Hehe







Wednesday, March 18, 2015

Of being domestic goddess - wannabe.

Found this article on FB. Berangan sekejap feeling seorang yang kemas macam Bree Van de Kamp. Dalam kena bebel dengan mak & suami sebab ada malasnya dalam kemas rumah, but all those stated in the article, I really do on daily basis. Sampai tahap tahan ngantuk, tak boleh tidur kalau pinggan tak berbasuh. Lambat macam mana pun, katil akan dikemas, termasuk katil Riyadh, & ruang tamu, pinggan mangkuk kat rak yang dikeringkan malam tadi akan dikemas masuk dalam almari & laci yang sepatutnya.

Terima kasih kat mak sebab memang sangat particular pasal benda-benda ni. Dari zaman sekolah rendah membawak zaman anak dara sampai dah beranak pun mak masih setia bebel pasal benda-benda ni. Agaknya mak mesti lega bila aku dah pindah rumah sendiri hahahaha. 29 tahun kot dok ngendeng menumpang berteduh rumah mak abah kekeke. Mak jangan risau ye mak, semua bebelan mak Y dah praktik kan kat rumah Y. muackss. Abang pun, terima kasih ye sebab anda bukanlah lelaki yang suka sepah-sepah ni, terima kasih sebab suka nak kemas rumah hari-hari walaupun rumah dah kemas. Over sangat tau abang ni. :p

Bila dah duduk sendiri baru tau penatnya kemas rumah. Rumah kecik pun penat. Padan muko kau Y. Jom baca, semoga bermanfaat. Mari muhasabah diri. Bersih itu Nabi kita suka kan.

http://www.popsugar.com/home/Habits-People-Clean-Homes-36968492

Find yourself feigning excuses for why your friend can't pop up to your place to use the bathroom before the movie? Ever turn beet red with embarrassment when unexpected guests enter your home? It sounds like you have a messy house.
Imagine how much more enjoyable life would be if you were one of those perpetually tidy people whose homes could be company-ready with 15 minutes' notice. We wanted to turn our clean fantasies into a reality, so we researched the daily habits of people with clean houses — note the word "habits." What we learned is that it takes more than a few deep cleanings to achieve this status of cleaning goddess. It takes daily work and preparation to keep your house in a constant state of near perfection.
Read on to discover the nine habits people with clean houses do every day, and how you can adopt them to get out of the disaster zone you've been living in.
  • Make Their Bed
  • Before you leave the house in the morning (or better yet, before you leave the bedroom), make your bed. If you're in a rush, pull the comforter up to the pillows, and smooth it out to create the semblance of a made bed. This simple act creates a sense of order in your bedroom and sets your day off on a productive note that's likely to carry through.
  • Empty the Dishwasher in the Morning
  • Get the dishwasher emptied and ready to go for the day. Doing this in the morning lays the groundwork for an easy dinner cleanup at night and keeps dishes from stacking up in the sink throughout the day.
  • Do a Load of Laundry Every Day
  • Washing clothes on a regular schedule keeps the dirty pile from becoming overwhelming (not to mention, ensures that you'll never run out of clean underpants). Those with big families prefer doing it every morning, but if you live alone, doing laundry a couple of predetermined days a week should suffice.
  • Use Baskets to Organize Things
  • When there's a place for everything to go, it's easier to keep everything in its place. Scatter cute baskets throughout the house to corral your things, and add shelves to hold the big pieces.
  • Don't Procrastinate
  • When a box is delivered, unpack the goodies inside, and discard the packaging immediately. The same goes for dealing with spills or messes. The longer you wait, the harder they become to deal with.
  • Put Away Their Clothes From the Day
  • As tempting as it is to drop your clothes on the floor after a long day's work before slipping into your sweats, tidy people take the time to fold, hang, or place them in the hamper, as necessary. Do this, and your clothes and floor will both look better for it.
  • Clean as They Go
  • You can dramatically minimize your mess by cleaning as you go. If you rinse the cutting board while the pasta is boiling or start loading the dishwasher while the chicken is baking, the bulk of the work will be done by the time you serve dinner.
  • Never Go to Bed With a Dirty Kitchen
  • Resist the urge to climb directly into bed after a big meal. Take care of any and all kitchen cleanup that night — clean pots and pans, wipe down counters, etc. Not only will the mess harden and be smellier the next day (read: more challenging to clean), but waiting means that you'll have to spend your morning backtracking to make up for what you neglected the night before, instead of getting a head start on the day ahead.
  • Plan Ahead
  • Whether it's picking out your outfit the night before or reviewing what cleaning products you need to restock before tackling the bathrooms that weekend, you can give yourself a jump on the day by planning ahead.


Monday, March 16, 2015

Ultraman Live In Genting 7-8 March 2015

If you expect photos from this post, sorry; none is available hehehe. The phone battery died on me during the show. Cerdik sangat tak charge phone.

Lepas tu the show was surprisingly interesting for adults so our eyes were glued to the stage for 90 minutes. If nak amik gambar pun rasa rugi pulak haha. Alasan. Anyway, thank you Ultraman hehehe,

We came to know about the show from Suraya, kawan aku kat office. Dia naik Genting Highlands (GH) bulan February hari tu dengan husband dia and she said posters were everywhere for this Ultraman show. The show came at the right time, Riyadh is in the phase of everything is Ultraman and Ultraman is everything. Like seriously, dia nampak orang je dia fire hahaha.

So Google about it, wow lama rupanya show Ultraman ni, from 19th February 2015 until 29th March 2015, 4 p.m. & 8 p.m. daily okay, with few block dates. Ye la kan, Ultraman ultraman pun kalau dah asyik berlawan hari-hari letih gak hahaha. Call Razmin, dia cakap okay je silalah booking but we can go only on weekends sebab dia ada 3 weeks course kat ALAM and my, kerja aku sooo demanding these few months. Nak pi dating dengan laki pun tak menyempat lagi sejak dia sign off awal bulan 2 hari tu. sobs.

So we decided to go on 7th March, Sabtu, show pukul 4. Alang-alang tu, book one night stay kat First World Hotel. Sampai GH dalam pukul 1 petang. Check in was super smooth. Ada kiosk je uols, tak payah pergi counter. Sebab dah booking & bayar online kat website, cari je kiosk check in tu, masukkan IC yang membooking and within 2 minutes dah dapat kad bilik.

Masuk bilik, makan nasi lemak sambal udang dengan telur dadar & salad wah gitu meriah, mak masak okay pagi tu, gigih hahaha. Lepas makan, terus pergi naik cable car return trip hehe. Riyadh memang hantu naik benda-benda macam cable car ni, dia memang mechanical type of kid. Dia senang contented and amazed by these things, sooo anak Razmin *yawn*. Cable car kat GH ni second time dia naik. Kat Bukit Bendera pun dia kagum sangat, bulan depan nak bawak naik cable car Gunung Mat Cincang pulak. Nasib lah mak tak gayat, kalau tak harus zzzzzzz.

Lepas naik cable car 2 round (RM12 per pax return trip), terus pergi Genting International Showroom untuk Ultraman show. Wah memang ramai umat. We bought the VIP seats, booked online RM79 per pax, child under 1 y.o FOC. Bawak payment slip or email screenshot, cari the Box Office counter and redeem your tickets. Rupanya we were entitled for the Ultraman projector wrist watch. Dapat tiga pulak tuh, seronok kemain lah Riyadh dapat jam Ultraman.

And the show started! Ada 8 Ultraman semuanya, main cast adalah Ultra Seven & Ultraman Zero, anak beranak. Super packed action & high tech lighting semua. Ada lah fire-fire laser-laser semua tu. Riyadh memang menganga je lah, jerit-jerit excited termasuklah mak bapak. SEMUA mak bapak okay hahaha. Kenangan zaman budak-budak habis.

Interaction dengan penonton pun ada. Cari moon fragments bawah kerusi lah, pastu rasaksa, Ultraman and the crew main belon besar sama-sama haha & Ultraman berlari-lari celah penonton, memang menjerit-jerit semua orang hahaha. Excited excited! Tak terasa sejam setengah. Rasa tak cukup lagi ada hehe.

Towards the end, aku nampak orang dah start beratur kat sebelah kanan dewan. Rupanya akan ada sesi bergambar dengan Ultraman right after the show. Terus suruh Razmin pergi beratur, we were the 10th in line so tak tunggu lama sangat pun. Lambat sikit je habis sampai ke belakang dewan beratur. Kalau ada rezeki lebih, please buy the VIP tickets, worth every single cent sebab dekat dengan stage and the Ultramans lari-lari kat area kita. The taking picture plus gambar with cute ultraman babies frame will cost you RM35. Should've pay more for two sessions, won't mind at all sebab Riyadh was so excited he even fire the photographer and that fire moment was captured hehe. 

Lepas habis show, climbed the bed and us three slept soundly throughout the cold night. Penat weh rupanya pergi tengok Ultraman haha. Next morning, had breakfast, another round of cable car (I know!!! haha) we checked out and brought Riyadh to the indoor theme park. RM86 for the three of us, unlimited ride and by unlimited - 6 rounds x 3 circle of mini train (yes, 18 pusingan weh naik ketapi), 4 rounds of the reindeer ride & rounds of the afloat ship ride. We'll do anything for our child kan? 

But Riyadh was so so so happy! He still talks about the Ultraman show until now! And all the rides too. He was so happy his father promised him another round of trip to GH insyallah. So while the show is on, go bring your children okay especially them boys yang obses dengan Ultraman. 


Friday, January 16, 2015

Bali 16 -19 Nov 2014

Hi blog, long time no see. Dah tahun 2015 pun, aku pun dah umur 30 tahun 9 Januari hari tu. Alhamdulillah, tak ada feeling apa pun, rasa seronok ada hehe. Age is just a number uols. 

Aku dan kawan-kawan ke Bali bulan November 2014 tempoh hari. Rasa macam dah lama sangat tak bercuti cukup korum 7 orang. Selalunya jumpa makan2 cukup la korum tapi nak pergi bercuti ramai-ramai masing-masing sibuk macam nak amik alih Malaysia haha makanya nak ke Bali ni pun tiket dah beli berbulan awal. Like really, berbulan awal, macam 7,8 bulan awal. Beli awal tahun nak pergi akhir tahun so tak ada alasan lah masing-masing tak ada cuti ke tak sempat amik cuti ke kerja banyak ke, sapa bagi alasan kita lempang hehe.

Pergi hari Ahad, balik hari Rabu. 4 hari 3 malam. Memang syok. Dah namanya dengan bestfriends kan, pergi Klang pun syok. Kitorang naik Air Asia. Diorang yang lain beli time promo, dalam RM200 return, murah kann. Aku pulak beli lambat lepas confirm Razmin sign on bulan 8 tu. Merasa lah tiket mahal RM800 sekali dengan Riyadh. Ingatkan nak amik tiket family MAS under abang aku tu murah la kan tapi Razmin tak bagi, dia suruh aku naik same flight dengan diorang yang lain, risau katanya. Lagi bagus, lagi senang aku nak berjimba haha.

Untuk trip Bali ni, kitorang stay kat villa dengan private pool. Masing-masing feeling nak terjun pool pakai bra & panties sebab private kan haha. Takde lah, kitorang masih pemalu lagi. Tapi memang fokus trip ni untuk lepak kat villa sambil tak buat apa-apa. You know, lounging doing nothing. Like, nothing at all. Kedip-kedip tengok langit rendam kaki dalam pool pastu alih-alih tertidur. Ha nak macam tu lah. Tak pun sembang-sembang gosip-gosip tepi pool pastu kau rasa macam nak berendam tiba-tiba so ko pun masuk pool tanpa notice. Ha macam tu lah fokus trip kali ni.

Kitorang stay kat Le Jardin Villas, area Seminyak. Main focus area kat Bali adalah Kuta, Legian, Seminyak & Nusa Dua. Kitorang pilih Seminyak sebab dia tengah2 tapi tak sibuk hustle bustle macam Kuta. Lagi tenang. Memang syok sangat lah Le Jardin ni. Harga pun syok jugak tapi pejam mata je lah. Three bedroom villa. Dah pergi 7 orang takkan kau nak bersesak kan. Villa pun besar, lengkap dengan living room & mini kitchen. Yang penting pool memang best. Service memang tip top, berbaloi lah dengan harga. Ada personal butler tapi semua staff Le Jardin ni memang baik sopan ramah lembut berbudi bahasa lah. Gila kau bayar kat RM7000 kau nak layan macam rumah tumpangan. Haha.

Sesampai kat Bali kitorang just lepak kat villa je. Malam tu pun makan order room service je. One thing best kalau pergi Indonesia ni, hotel mahal macam mana pun, room service still murah. Mungkin persaingan yang terlalu tinggi dari segi tourism especially kat Bali ni, bersepah villa. Kitorang tidur awal sebab nak gerak pukul 3 pagi esoknya, nak pergi tengok wild dolphin yeay!

So gigihlah bangun 2.30 pagi nak bersiap tengok dolphin kat pantai Lovina di daerah Buleleng, lebih kurang 2 jam setengah perjalanan. Memang lama, tapi kitorang sambung tidur dalam van. Speaking of van, aku in charge bahagian tour guide ni so memang google je. Muslim tourism in Bali kekdahnya. Memang senang sebab banyak, ada la 3,4 Muslim tour agency aku approach and lastly decide untuk deal dengan Bali Indah Holiday. 

Owner nama Choky, memang friendly & yang penting harga sangatlah reasonable. Untuk 2 hari full day tour, van 7 seater including driver cum guide plus minyak segala, sorang cuma bayar RM100. Itu pun aku dah tambah tip untuk driver & expenses untuk makan dia. Ye lah, based on experience driver ni memang takkan join kita makan bila stop untuk makan, dia akan makan kat van or warung2 tepi jalan tu tapi ayah aku kalau aku tengok dia mesti ajak makan sekali. Ye lah macam kesian pun ada so kitorang decide utk buat yang sama, ajak makan sekali, bayarkan sekali. Guide kami nama Edy merangkap babysitter Riyadh haha. Riyadh malas nak melayan kitorang mak & makcik makcik dia yang bising so dia banyak lepak dengan Pak Edy. Supir pun melayan, "gue ada anak kecil jugek" katanya. 

Lepas tengok dolphin kitorang ke Git Git Waterfall, pastu melawat temple/kuil yang jadi tourist attraction kat Bali ni. Pengaruh Hindu kan kuat depa ni. Pergilah Ulun Danu Temple, the Royal temple pastu the famous Tanah Lot pastu dah, balik villa. Banyak jugak skip sebenarnya sebab hehe kitorang tak minat sangat. Untung tour agency tu haha. Tapi tempat memang cantik lah. Sirius. Memang sejukk sebab kat kaki gunung semua tu kecuali Tanah Lot. Sampai villa dah petang so ada yang swimming, ada yang naik basikal pergi pantai. Riyadh tidur kepenatan so aku lepak villa swimming je. Malam pulak aku buat appointment untuk massage kat villa. Memang tip top lah, segar bugar badan aku. Depa yang lain keluar shopping kat Seminyak. 

Esoknya kitorang request tour start lambat, dalam 12 tengah hari. Sebab memang nak lepak villa kan. Oh breakfast memang serve dalam villa, diorang datang serve kan. The night before ko order lah siap-siap nak makan apa. Memang all in dalam harga with complimentary croissant & butter yang sedap nak mamppppp! Lepas makan baring pastu swimming lagi pastu tidur pastu makan haha memang heaven! Tengah hari tu kitorang gerak pergi ke area Jimbaran, nak ke Monkey temple untuk tengok Kecak dance yang famous tu. Mula-mula macam errr apa ni macam kelakar je dengan Riyadh buat hal nak tidurnya haha tapi pastu syok pulak tengok depa menari/drama last-last dengan anak aku berjoget sama hehe. 

Pastu ke Jimbaran beach yg sungguh la overrated. Tak apa sangat pun, tempat cantik lah tapi masing-masing nak balik villa tapi lepak lama jugak lah sambil makan2, bila dah start bercakap memang takdanye lah nak sekejap kan. Balik villa lepak lagi, tidurkan anak pastu lepak depan tv bergosip lagi dan lagi sampailah tidur. Heaven sungguh!

Esoknya last day, sobs. Packing-packing pastu check out, pergi beli souvenirs kat berkedai-kedai. Beli untuk family, untuk officemates. Macam biasalah, beli tshirt beli fridge magnet, beli kacang-kacang bali yang femes tu tapiiii yang paling best sebab aishah & liza jumpa kedai jual sarung kusyen linen yang murahhhhh gila like murah weehhh kalau dah RM6 selai hahaha memang memborong lah jawabnya! Suka mak!

Ohhh ye, kitorang buat surprise birthday celebration untuk October babies. Meen, Aishah & Liza. Atun, Maria, Fatin & aku plan dari KL lagi. Email2 hotel segala. Le Jardin siap bagi 3 kek kau. 1 pun tak habis hehe. Diorang siap sekampung datang nyanyi2 dalam villa. Siap 3 lagu lagi. Comel sangat diorang ni. Memang terkujat lah kawan2 iols bertiga iteww. Dengan tak mandinya, dengan terbongkang depan tv nya haha. Bergegas cari tudung masing2 hehe. Sorry uols :p muah ciked!

All and all, memang happy sangat pergi Bali ni. Tak banyak pun round Bali sebab fokusnya nak together together kan. Kalau diberi peluang pergi Bali lagi, mungkin dah tak buat tour dah tapi stay kat Le Jardin pastu tidur swimming makan tidur swimming sampai lebam. Seriously, Le Jardin was the highlight of our trip. 

Thank you kawan-kawan, my crazy beautiful girlfriends! Bila dah kahwin dah ada anak ni memang orang cakap kawan sekeliling akan berubah. Aku akui, ada stage yang aku terlalu fokus kat anak awal-awal dulu sampai rasa menyisihkan diri, lukakan hati diorang ni but true friends are for forever omputih cakap. We went that through, I got myself back with their support and of course, ada suami yang sangat faham tentang value of friendship untuk aku. He knows that my friends are so important to me, not equally as him but as important as he is to me. Bila tengok sekeliling, aku rasa bertuah sebab tak ramai yang bernasib baik macam aku ada kawan-kawan macam kawan-kawan aku. Susah senang sama-sama. Yang baik kita celebrate, mana yang tak elok direct je tegur. No sentap2 whatsoevah. Most importantly, they love my son and Riyadh, loves them so much! Okay sebak. Byeeeee.







Wednesday, October 29, 2014

Ke Bintulu Kita

Hehe. Cerita part 2 pasal Riyadh masuk hospital pun tak start lagi ye dok, ada hati tu nak upload cerita lain hehe. Btw, bukan setakat part 2 masuk wad lepas raya je, awal bulan 10 baru-baru ni berkampung lagi kami dua beranak kat DEMC ye uols, Riyadh masuk wad lagi. Kali ni, throat bacterial infection + iron deficiency. Memang pening mak dgn keadaan anak syurga sorang ni tapi dia adalah amanah buat kami suami isteri, akan kami beri segala yg terbaik buat Muhammad Riyadh Iman, insyallah!

Kita lupakan sebentar (lupakan terus la kot hahaha) pasal Riyadh sakit. Kita cerita gumbira. Memandangkan dah cukup 2 bulan suami terchenta belayor, makanya seperti dijanjikan, aku pun ke Bintulu. Kali ni bawak Riyadh ni sekali. Last Riyadh pergi Bintulu bulan Disember 2012, masa tu Razmin naik Seri Alam. Pastu bila naik Seri Ayu, Razmin tak boleh overnight kat Bintulu so aku je yang pergi buat ship visit 3 kali tahun lepas. Kali ni naik Seri Angkasa, memang dah janji akan bawak Riyadh jumpa papa at least 2 bulan sekali macam biasa. Alhamdulillah dipermudahkan semua.

Ngam-ngam pulak kapal Razmin masuk port di kala tengah long weekend. Rabu cuti Deepavali, Jumaat replacement leave untuk cuti awal Muharam hari Sabtu tu. So hari khamis je amik cuti, fly ke Bintulu, hari Jumaat balik KL sebab kapal keluar port. 

Seronok tapi lelahhhh sgt bawak budak kecik ni naik flight haha. Time dalam flight dia okay, memang jenis budaknya asal naik flight je tidur. 2 jam 10 minit tu smooth sailing lah kata orang putih. Yang aku tak tahannya time sebelum boarding kat airport tu ya Rabbi!!! haha memang nak kena ikat kat tiang Riyadh ni, berlariiiii je kerjanya adoiyai. Nasib baik sangat2 bila nak pergi tu dapat gate B11 kat KLIA tu, gate hujungggg sekali so dia berlarian lah kat area cermin-cermin besor tu tengok kapal terbang turun naik. Excited kemain. -__-

Tapi sebenarnya baguslah dia berlarian kan sebab dalam flight tu sebelum take off mata dah kuyu tapi tu lah, selebet serabai aku dibuatnya. Mak nak maintain tudung neelopak pun susah tau haha.

Okay, sampai Bintulu, amik teksi terus ke hotel New World Suites. Memang dok sini je everytime pi Bintulu sebab selesa, room service murah so takdelah nak pening kepala cari makan dengan Riyadh yg tak memberi kerjasama tak nak jalan slow2 dgn mak dia ni. Check in segala, pastu masuk bilik, order nasik haha. Lapor woi. Dalam flight dua2 tidur tak makan pun. Pastu aje baru nak lelap papa Riyadh dah sampai hotel yeayyyyyyy! 

Maka berkepitlah Riyadh dengan papa dia sepanjang2 hampir 16 jam jumpa. Manja kauu. Pastu yg buat makin berkepit sebab papa beli  mainan lah, beli buku lah, beli krayon lah haa memang papa is the best mama is the most boring la kan. -___-

Pastu turun mall kat bawah tu, beli barang2 kapalmate Razmin kirim pastu hajat di hati nak makan sushi, haruslah budak Riyadh ni tak memberi kerjasama kan sudahnya tapau bawak naik bilik hehe. Setel. Tapi syokkk sgt sbb dah lama tak bertiga macam ni, memang melepaskan rindu sgt, paling seronok tengok Riyadh tak berhenti cerita macam2 dgn papa dia, nampak sgt dia rindu.

Pastu esok paginya dalam pukul 7 lebih Razmin nak kena balik kapal dah. Kejut Riyadh slow2, explain kat dia papa nak pergi work dah, alhamdulillah dia okay. Legaaaaaaaaa sangat! Even dah balik rumah ni pun, aku risau jugak sbb ye lah takut dia demam rindu ke apa kan, tapi ni dah seminggu alhamdulillah dia okay. Kadang2 buat2 cakap dengan dia eh Riyadh jom pergi Mydin, ajak papa nak? Pastu nanti dia akan cakap, Papa work la mama ni, papa kan naik ship kat Bintulu. Ha lega kann. Alhamdulillah. 

Panjang pulak bebel haha. Okay sampai sini sahaja. Insyallah akhir bulan depan bawak Riyadh jumpa papa dia lagi, tapi kali ni kat Pasir Gudang pulak, baru dapat email Razmin cakap yg kapal confirm jadi dry dock kat MMHE Pasir Gudang 12 November ni. Mak sukaaaaaa!

Ni masa Razmin mula-mula sampai, happy sangat Riyadh, lebor senyum dia.

Ha ni kali ke berapa puluh pun tak tau. Mama tak pandai dukung camni dia cakap kat papa dia. cett. 

Weewiit. Haha. Ok bye.


Thursday, September 11, 2014

Admitted. Part 1

I have so many things to blog about. Like so many I don't know which one to start with so I choose not to blog any. 

*krik krik*


Hahaha memang dasar pemalas.

Okay lah, cerita pasal Riyadh masuk hospital. Dah lama Riyadh tak masuk hospital and by hospital maksudnya DEMC. Yes, anak aku ni memang dari baby selalu keluar masuk hospital for various reasons. Asthma, hereditary - sorry baby. Demam - mesti spiking 40 degrees kalau dah demam, kalau setakat 37 or 38 degrees tu takde lah admitted. 

Last Riyadh admitted kat DEMC bulan February 2013, dah lama dah. Hari Khamis 7hb Ogos hari tu aku balik kerja lambat sikit, malam dalam pukul 8 baru sampai rumah. Razmin dah text cakap badan Riyadh dedar2, temperature 37.4. Oh demam ni. Aku cakap takpa mandikan dia dulu, nanti balik rumah kita bawak dia pergi klinik.

So sampai rumah, aku tengok Riyadh okay, susu pun minum, main pun melompat, so hunch aku cakap maybe dia ni nak besar ni sbb minggu depannya dah 3rd birthday kan. haaaa mak mak kan aku ni, ole school sangat.

Keluar pergi dinner kat Mohd Chan Kota Kemuning, pastu Riyadh mengadu cakap mulut dia sakit tak nak makan. Hmm. Takpelah, makan cepat-cepat, terus pergi DEMC lepas tu. MO check cakap demam biasa and ada ulcer sebiji dalam mulut dia. Okay takpelah, demam kan, panas dalam tu sebab tu tumbuh ulcer.

Balik rumah, bagi makan ubat, maka berjaga malamlah mak nye ini sebab risau. Tapi malam tu dia tidur lena, panas badan pun tak sangat. 

Pagi Jumaat tu ambil emergency leave, tak sanggup nak tinggal dia kat rumah walaupun Razmin ada boleh jaga and rumah pun dekat je dengan office tapi tu lah, sirius tak boleh tinggal, tak sedap hati. Sepanjang hari Jumaat tu merengek je lah dia, melepek je, makan ubat struggle bergelut, minum susu okay tapi makan tak nak.

Sabtu pagi, Allah!! Tengok mulut dia putihhh. Penuh ulcer kat bibir dia, atas bawah. Seram sebab nampak sakit sangat. Ye lah, kita sebiji pun rasa sakit ini kan pulak banyak, memang banyak. Terus melompat katil, mandi, siap-siap semua, gegas pergi DEMC. Kali ni gerak hati cakap memang kena admit ni and yes, doktor suruh admit sebab kena cuci ulcer tu, nak buat blood test & nak drip air sebab Riyadh tak boleh makan. 

Time tu baru teringat - Ahad esoknya Razmin kena sign on! Huhu, tiket semua office dah belikan, kapal pun dah ada kat Bintulu. Buntu sekejap, sebab nak call office pun, hari Sabtu kan. So terus search e-mail, amik no telefon Manager Manning MISC, alhamdulillah sangat memahami, dia cakap tak apa, tak payah naik lagi, sehari selepas anak discharge inform office and office akan buat arrangement lain. Alhamdulillah, memang Allah permudahkan sangat.

Maka bermulahlah kami berkampung di DEMC untuk 10 hari. Ye, 10 hari! Virus memang sangat kuat sampai kena masuk 3 antibiotik, kesian Riyadh. Hari-hari menangis & trauma bila nurse masuk sebab nak kena buat mouth toilet procedure. Apa itu? Itu adalah procedure untuk cuci ulcer dalam mulut menggunakan gauze i.e. kapas kasar tu macam ko gosok gigi T__T.

Bayangkan ulcer-ulcer tu dipecahkan, memang berdarah-darah. Kali pertama buat, aku tunggu kat luar treatment room sebab parents tak boleh masuk tapi memang luluh hati aku, Razmin peluk aku kuat2 sebab aku memang menangissssss, sebab dengar Riyadh menjerit-jerit kesakitan. Allah... sedih sangat, sumpah! Itu first & last aku tunggu kat luar treatment room, lepas tu aku dok dalam bilik je. Sumpah tak sanggup.

Untuk 3 hari diorang cuci sampai anak tekak semua - ye ulcer dia sampai ke dalam anak tekak lelangit semua - lepas tu, tekak dah clear sikit, buat kat area luar bibir je. Aku beranikan diri buat mouth toilet tu sendiri sebab bila dengan nurse Riyadh sangat struggle, dengan aku dia nangis jugak tapi dia pasrah sebab aku mak dia kan. Memang sedih sangat, macam dah sakitkan dia tapi aku asyik cakap mama sorry ye yadh, mama sorry sgt2. Itulah yang aku buat sampai lah dah discharge. 

Mula-mula cuci dengan normal saline tapi lambat effect nya, pakar prescribed untuk cuci dengan sodium bicarbonate. Pedih sikit tapi alhamdulillah effective. Lama-lama, dah tak berdarah, means tisu baru dah tumbuh dengan jayanya dan tak ada ulcer lain naik. 

Bayangkan dari hari Jumaat sampai hari Jumaat seterusnya tak ada apa pun masuk perut Riyadh kecuali susu. Dia memang tak boleh nak makan langsung. Sakit kau. Sampai lah Jumaat malam tu, dia ajak makan kek kat bawah. Dia naik lift je terus dia buat bunyi aaaaaa macam ala2 nak bermain. Sampai kat bawah dia cakap papa lari papa, yadh kejar.

Ya Allah, luluh sangat hati aku. Okay fine aku nangis sebab aku rinduuuu sangat nak tengok dia main and paling aku rindu ialah mulut dia. Ya Allah! Kalau lah korang tau betapa banyak mulutnya anak aku ni! Aku rindu sangat nak dengar dia bercakap, nyanyi, berdoa, baca AlQuran semua, rindu sangat! 

Kitorang pun beli lah cheese cake dari Gloria Jean's kat bawah tu. Masuk lah mulut dia dua sudu and yang selebihnya dia sibuk suap papa dia. Takpe lah kan, janji itu dah tunjukkan dia dah mula ada selera. Alhamdulillah! Itulah kali pertama aku rasa legaaaaa sangat sepanjang kat hospital. Oh aku memang on emergency leave sehabis daya. 5 hari tu memang tak pergi kerja. Kalau urgent sangat baru aku buka laptop. Alhamdulillah waktu ni rasa bersyukur sangat kerja kat MISC Logistics ni, bos semua sangat memahami, takda pun yg push untuk kerja, alhamdulillah!


Eh okaylah dah pukul 5 lebih. Nak balik hewhewhew. Nanti sambung lagi. daaaaaa

Wednesday, September 3, 2014

S.Angkasa & First 5 Years

Hi. Assalamualaikum :) 

Macam malu pulak nak tulis blog. Lama benor tak tulis blog. Malu macam nak kena lempang haha.

Razmin dah naik kapal. Naik 18 August hari tu. Seri Angkasa kapal kali ni. Kapal yg famous suka anchor lama-lama kat Bintulu hahaha. Kat Melaka pun anchor jugak. Ada aku kesah. Lagi baguss suka anchor boleh cakap tlipon hari-hari. Cumanya laki aku kurang gemar lah anchor2 ni, lambat masa berlalu katanya. Alos rilek lah bang, dari kapal pi Nigeria mana hala, lebih baik dia berlabuh di Bintulu kan kan kan.

Riyadh pulak dah 3 tahun. Alhamdulillah. 15 August 2014 hari tu menginjak lah usianya 3 tahun. Kejap je masa berlalu, bayangan adik tak nampak lagi. Eh. Hahaha. Insyallah tahun depan ye Yadh, biar mama papa betul2 settle down dulu. No doubt anak itu memberi seribu rahmat dan rezeki, insyallah ada rezeki nanti. 

The first 5 years are the period that will test you as a married couple, you will face all the hardships you may encounter - yes during the first 5 years. Alhamdulillah, memang berduri ranjau, financially terutamanya tapi kami berdua tekad nak ada jugak one landed property, untuk besarkan anak-anak insyallah, nak ada kereta selesa biar bukan Cayenne. sobs. Cayenne my love. sobs. haha ampun bang, berangan kan free.

So alhamdulillah, Razmin balik hari tu dah setel semuaaaa, dah masuk rumah sendiri lepas beli tahun 2011 hari tu, dah ada family car, dah tanam rumput hahaha isu betul laki aku dengan rumput, dah berpenat lelah pindah bilik dari rumah mak, dah menangis sengeh menangis sengeh tengok duit keluar macam air, dah register Riyadh masuk school, dah semua semua lah. Elok dah siap semua, Riyadh pulak sakit. Viral fever with ulcer attack masyallah. Lama sangat warded, 10 hari. Dugaan, memang berlelah sangat & Razmin pun sign on di kala kami masih di hospital, tapi itu pun lepas ofis dah bagi belas ihsan tangguh sign on seminggu sebelumnya, alhamdulillah.

Sekarang ni dah boleh bernafas, dah boleh pergi holiday (yeay), dah boleh fokus utk 2nd baby insyallah, shopping tak boleh sangat sebab next project, nak tunaikan fardhu Haji insyallah insyallah. Sama ada 2019 atau 2022. Terima kasih kat mak & mama yang dah awal2 registerkan kitorang dari kitorang kecik hehehe. Tapi bila dah ada anak ni, pergi Mydin USJ pun heaven hew hew hew. In denial kan but live it Elya, live it okay.

Semoga urusan-urusan selepas ini dipermudahkan Allah. Insyallah.