Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, October 23, 2011

Masak & Makan

Chef gemuk at home. Chef lah sangat.

Baru boleh masak dengan senang hati sebab Riyadh dah besar sikit ni, dia ada sleeping pattern yang tetap untuk nap die, boleh lah adjust masa nak memasak.
Aku happy dapat masak memasak, laki aku double happy lah dapat request macam-macam.
Oh, memang semua lauk pun die yang request, baru perasan. T_T
Takpelah, kasi can kat orang tengah standby nak naik kapal. Malas la tuu nak keje tuuu.
Hehehe.
*
Ini bukan entri resepi-resepi ye, ni entri nak bagi adik aku kat Jordan tu terliur. Hi DD. ^_^
*
Ini untuk weekdays baru ni. Ada satu hari makan nasi kandar sebab tak reti masak nasi kandar, ekeke, beli kat Kayu lagiiii sedaaaap! Esok nak pegi pasar tani time subuh shafie, nak stock up bahan mentah untuk next week lak. So setiap hari sabtu akan ada lah entry makanan. Boleh lah korang tengok betapa tembunnya kami laki bini.
*
*
Day #1

Sweet & sour red snapper
Udang + kacang panjang goreng kunyit.
*
*
Day #2

Ikan merah stim limau + shitake mushroom
Egg tofu + pak choy in oyster sauce.
*
*
Day #3

Ayam masak lomak cili api
Ikan keli goreng berlada
Pedal ayam + kacang panjang goreng kunyit
*
*
Day #5

Hubby's all time favourite :
Nasi lemak sambal tumis udang + petai
Pedal goreng kunyit
Telur rebus
Timun
Ikan bilis
*
*
TAPIIIII kitorang makan nasi sekali sehari jewww tawwwww.
Heheheheh.




Thursday, October 20, 2011

Milk Booster

Entry untuk kak kay..ko ni kak, kan sonang ade FB, takde la aku terlebih rajin buat entry milk booster ni sebagai tanda menyokong ko nak breastfeed anak ko nanti, amin.... Insyallah! Ihiks. =p
*
Alhamdulillah, sehingga saat ni, walaupun masih terlalu baru tapi Allah bagi rezeki untuk breastfeed Riyadh... Mula-mula lepas bersalin hari tu memang semangat nak breastfeed Riyadh immediately after birth tapi Allah Maha Mengetahui, bila Riyadh ada complication, dia tak boleh nak menyusu directly.. Lebih dari tu, Riyadh tak boleh feeding langsung untuk 3 hari, hanya drip glucose untuk beri dia tenaga =(
*
Bila dah jadi macam tu, memang semangat aku merudum sangat-sangat.. Ye lah, time pregnant memang semangat sangat nak breastfeed Riyadh, all preparation dah buat, dah beli pump bagai semua.. Yang paling aku sayu, Riyadh tak dapat the magic colostrum, susu ibu pertama yang ada antibodi paling kuat untuk bayi & boleh elak demam kuning.. Tapi alhamdulillah, Riyadh tak kena jaundice.. Alhamdulillah alhamdulillah.. Ada hikmah kan..
*
*
Masuk hari keempat Riyadh warded kat NICU, baru dia boleh start feeding.. Waktu tu jugak aku rasakan for the first time bengkak susu or engorgement.. Perghhh, memang demam lah, sakit amat! Bila Paed bagi greenlight untuk susukan Riyadh, memang happy tapi blur lah sebab tak tau macam mana, hehe..

Alhamdulillah nurses kat Nursery DEMC memang baikkk sangat, diorang memang bersabar ajar aku cara nak susukan Riyadh.. Sampaikan diorang bagi aku & Razmin lepak kat Nursery tu selepas permitted hours i.e pukul 10 malam.. Aku akan datang Nursery awal pagi dalam pukul 8 or 9 pagi (walaupun buka pukul 10pagi) and balik lewat malam, biasanya pukul 12 malam baru blah dari Nursery tu sebab nak breastfeed Riyadh..
*
Kalau time Riyadh tidur, nurse akan ajar cara pump.. Diorang sediakan pump Medela yang electric dalam nursery tu.. Boleh je nak bawak pump sendiri and pump kat bilik yang diorang sediakan which selesa sangat2, pemandangan memang saujana mata memandang - Masjid negeri aka masjid Shah Alam yang biru nan cantik tu.. Subhanallah, memang tenang & rasa relax je mengepam =)
*
*
Tapi yang sedihnya, sebab kan awal-awal dah tak breastfeed Riyadh, susu sangat susah nak keluar... Aku tau susu memang ada sebab Allah dah janjikan setiap anak itu hak nya untuk dapat susu ibu kan tapi inilah dugaan yang aku hadapi.. Dalam keadaan yang jahil tentang breastfeeding tu, aku selalu stress sebab everytime lepas breastfeed Riyadh, dia akan menangis mengamuk sambil tarik-tarik nipple dengan mulut dia.. So interpretation aku adalah dia TAK CUKUP SUSU. Makanya, dalam pantang hari tu aku pun top up dengan formula milk, s26 Gold, sebab Paed recommend s26...
*
Agak bengap di situ sebab lepas tu, rasa tak puas hati tak dapat breastfeed Riyadh exclusively, aku mula join group sana sini kat FB & forum2, lepas tu barulah dapat tau dari otai-otai breastfeeding mommies yang kalau baby mengamuk time breastfeeding, bukannya tak cukup susu, tapi perut dia masuk angin.. Kena burp kan dia dulu, pastu sambung menyusu.. Gitu sajork! Pang, lempang pipi sendiri!
*
So start dari hari tu aku slow-slow kurangkan bagi Riyadh formula milk and mulakan aktiviti mencari milk booster untuk banyakkan production susu.. Memang tak nak mengalah, tapi aku tahu nikmat dan rezeki ini Dia yang punya, aku doa banyak-banyak agar Allah murahkan rezeki anak aku untuk menikmati susu ibu untuk 2 tahun... insyallah, aminnnnnnnn...
*
Yang paling penting dalam breastfeeding ni ialah DEMAND vs SUPPLY, yakni, kalau makin kerap demand untuk susu, maka makin banyaklah supply susu.. Macam mana nak banyakkan demand?
** Banyakkan direct feeding. First two weeks tu, kejutkan baby 2 jam sekali untuk menyusu. Kalau dia tak nak menyusu, bagi ngempeng pun takpe.

** Tapi takkan baby nak menyusu je kann, so mulakan aktiviti PUMPING. Manual pump ke, electric pump ke, pump pakai tangan ke, gasaklah, janji pump.. Hehe.. untuk stimulatekan breast.. Kalau tak keluar susu pun takpe, janji pump..

**Bila baby dah besar sikit, feed baby on demand, bila dia nangis lapar, baru susukan.. Lepas dia kenyang, setengah jam lepas tu, PUMP untuk kosongkan breast.. Bila breast kosong, susu baru akan di supply kan.. Ha, baru sentiasa ada susu, gituu.. Jangan malas, PUMP selalu! Ingat, DEMAND vs SUPPLY! Garang tak aku kak, ekekeke...
*
*
Bila dah biasa direct feeding baby & pump, carilah milk booster anda.. Kat pasaran banyak milk booster, shaklee lah, jus pegaga lah tapi kena ingat, setiap orang lain milk booster nya, kena rajin try & error, insyallah akan jumpa milk booster yang sesuai dengan diri kita..
*
*
So far, ini semua adalah milk booster yang sesuai dengan aku.. Bila makan semua ni esp cheese, memang rasa berat je breasts, Riyadh pun kalau menyusu sampai meleleh tapi anak aku memang agak gelojoh di situ, ihiks.
*
My main booster - Cheese! Sehari 1 atau 2 keping, makan dengan wholemeal bread. Kalau rajin sikit, pan grilled roti dengan cheese tu, sedap!
*
*
Jamu Phytonatal dari Nona Roguy.. banyak khasiat niii, untuk elak sembelit, bagi tenaga & alhamdulillah susu pun bertambah.. *thanks Eylia!*
*
*
Horlicks.. Ini dari hari pertama selepas bersalin memang aku minum, bawa siap-siap gi hospital, sedap pun sedap tapi tak minum hari-hari, selang seli dengan milo or susu untuk lactating moms.
*
*
Enfamama A+, maternal & lactating formula, perisa chocolate. Oleh sebab aku ni masalah sikit bila bab-bab minum susu tepung ni, so aku akan buat siap-siap & simpan dalam fridge untuk sejukkan dulu. Buat sekali waktu pagi untuk minum malamnya & buat sekali waktu malam untuk minum pagi esoknya. Letak dalam Avent Via cups untuk proper storage. 200ml sekali minum, alhamdulillah tekak aku boleh telan kalau dah sejuk.. Ini bukanlah milk booster sangat, cuma untuk nutrisi susu, nak tambahkan kebaikan susu, makanya sampailah kebaikan itu ke anakku, insyallah...
*
*
Haa, milk booster paling famous kat page Kumpulan Ibu Menyusukan (KIM) kat FB. Longan kering & kurma merah. Rendam segenggam longan kering & 3 biji kurma dalam air panas, bila longan dah kembang, boleh minum, sedap ya amat! Ini pun milk booster yang sesuai dengan aku, alhamdulillah... Minum waktu malam sebelum tidur... Pergi kedai sensei (kedai ubat cina), confirm ada.. Yang aku punya tepeng mali, murah je, sekilo longan & setengah kilo kurma merah RM40, kalau kat sini baru dapat sekilo longan kot.. Thank you mr.hubby!
*
*
Last but not least, makanan sunnah.. KURMA. Ini pun milk booster yang menjadi dengan aku, alhamdulillah.. Aku suka kurma bertangkai ni, sekali makan habis setangkai, makan tiap-tiap malam sambil minum air longan di atas.. Banyak stok dalam peti ni.. Ini petua mak aku.. Thank you mak, muahhh!
*
*
*
Tapi ingat, milk booster takkan menjadi kalau takde DEMAND vs SUPPLY yeee...
*
Alhamdulillah... makin hari makin kurang aku bagi formula milk kat riyadh sebab lebihkan direct breastfeeding, dah tak sekerap dulu... Kadang-kadang tak bagi langsung... Kadang-kadang bagi dua kali atau sekali je sehari, itu pun sekali minum 60ml je, yang lain bagi breastmilk, sama ada directly atau bagi yang expressed. Oh, kena ajar jugak baby minum expressed breastmilk (EBM) dalam botol bila dia dah masuk 4-6 minggu, sebab nak cari puting yang serasi dengan baby & supaya dia tak meragam bila kita dah masuk kerja nanti, insyallah...
*
So far Riyadh okay guna botol, dia pakai Avent, kat DEMC guna NUK.. Anak aku ni sua lah apa saja pun, dia ngap jeghs, ikut perangai sape ntah =p
*
*
Yang paling penting, jangan putus asa.. kalau kita stress & down, production pun merudum.. Dapatkan support, paling penting suami lah kan, siapa lagi... Thank you ye abang sebab support saya, selalu basuh breastpump saya, selalu ingatkan saya untuk amik kesemua milk booster di atas, buatkan saya milo etc, thank you thank you thank you!

Dan paling penting, selalulah berdoa agar Allah takkan tarik balik nikmat yang Dia kurniakan kepada kita ni...
Insyallah, semua akan okay... Tapi bila dah tak ada rezeki anak kita, jangan lah pulak kita sedih & persoalkan macam-macam, yang penting kita sebagai ibu dah bagi yang terbaik untuk anak kita kan?

SEMUANYA adalah milikNya...
*
*
*
Last but not least, budak kecik nak enterprem.. Muka happy & mata dibulatkan tanda galak nak bersembang, kenyang lah katekann.. Cuba kalau lapar, takdenye muka macam ni, ekekeke..



p/s: good luck kak kay!

Monday, October 17, 2011

A Thank You Note

I've been updating about riyadh in every new entry, again & again, sure menyampah kannnnn? =p. This time, tho it is riyadh-related entry, but it is for riyadh's papa. A thank you note for him.
*
*
Abang,I know I cant thank you enough, for all the things you've done for both of us, there are no words to describe. If there is any, it goes beyond that word. Beyond and beyond. Quoting buzz lightyear, "to the infinity, and beyond!". =p okay woody?
*
*
Abang, terima kasih banyak2 untuk semuanya, esp sebab jaga saya dengan sempurna bila saya berpantang sampai la sekarang ni. The first few nights post operation memang sakit sangat-sangat. Sakit contraction was expected so I was mentally prepared but sakit after the c-section was least expected. I've never experienced such pain but you just bear with me & told me repeatedly everything is going to be fine.
*
With riyadh's alarming condition, with you fasting and whatnot, there was never a moment you seem to tick off with my diva demand for this & that (esp the painkiller jabs & abang, nak airrrrr +_+). And of course, after the operation, my bowel & bladder were unwilling to 'cooperate' with me, so there were 'accidents' like a 4 year old would, and eventho there are nurses to clean the 'aftermath', you were more thn willing to do it yourself, without the slightest hesitation.
You said "ala, sayang kan isteri abang, tak apa..."
*
*
And abang, terima kasih sebab jaga saya masa saya pantang. When I look back, I think you did EVERYTHING! Jaga Riyadh, basuh baju Riyadh, bath him, change him, cook my pantang meals, prep me after shower for the ubat luka operate, for the minyak yu yi back massage, did our laundry, bla bla bla, semua-semua lah, and all you asked me to was only to feed Riyadh. The confinement period was an important stage in our marriage and in my life for I was reassured for the tenth time the reason why I said "I do". I love you so much.
*
And of course, besides all that, thank you for your sacrifice, financially. I know it was not easy to see thousands of ringgit rm**,*** were drained from your account for me & Riyadh, esp at DEMC but it never bugged you. I kept on apologizing both on Riyadh's behalf for being two money munching machines in your life (yeah drama!) but you just laughed, smiled and said that you just want the best for your two babies. awwww. ~ Thank you sayang!
*
*
I know this is a promise that sounds so cliche but abang, I promise I will make it up to you. I will do anything to make you happy and I want you to know that we love you so much. We are going to miss you so much when you start to sail soon.

You are my hero, and you are definitely Riyadh's hero for the rest of his life.
*
*
You are not just a husband and a father,
you are a saint, a gift from heaven.

Thank you sayang.

Saturday, October 15, 2011

2 Months Riyadh Iman

Hehehe.. terus 2 bulan, update time Riyadh 1 bulan dah ke laut. =p
*
*
I guess there are too many wonderful things in Riyadh's milestones & each baby is unique in their own unique ways, so you are too content with baby is doing this baby is doing that, hence no updates. Hehehe, boleh camtu? Kalau dah malas tu, malas lah jugak. =p
*
*
*
Anyways, my baby is 2 months old today, yeay!! So sekejap! Rasa macam baru je semalam dia lahir, tup tup hari ni dah pandai senyum, dah pandai gelak, dah pandai nangis mengada, dah pandai nangis nak susu extra, dah pandai pilih favourite way utk orang dukung, dah berlagak nak headbanging, dah pandai tidur sendiri, tidur sorang-sorang, dah tak merengek bila terjaga tidur tapi senyum je terkebil sorang-sorang, dah pandai tegur orang yang agah die. --> update update!
*
Alhamdulillah tak diserang apa-apa penyakit sepanjang 2 bulan ni lepas discharged from hospital a week after his birth, alhamdulillah syukur syukur... Bila nak beralih bulan seminggu dua lepas dia meragam malam, tak nak tidur tapi asyik nak menyusu & nak orang sembang dengan dia, lepas tu bila siang hari tidur sekejap-sekejap je, memang menguji kesabaran dan kemengantukan!
*
Huhu.. tapi alhamdulillah sekarang dia dah tidur dengan baik, tidur dari pukul 10/11 malam sampai lah pukul 5/6 pagi.. Bangun menyusu pukul 5/6 pagi tu, lepas tu tidur balik sampai pukul 9/10 pagi... Terharu mama riyadh oiiii, lepas 2 bulan akhirnya mama dapat tidur malam, dah tak payah tengok rerun series kat AXN or Starworld or rerun movies kat HBO or SMV sambil susukan ko nakkk...T_T
*
*
So Riyadh sayang, happy 2 months old! Mama & papa love you so much & you are truly our definition of happiness. Be a good boy okay sayang!
*
Keep smiling sayang.
You smile, I smile.

Sunday, October 2, 2011

First Anniversary : The Celebration

My first anniversary celebration was sweet & simple. Alhamdulillah, one great year, full with His blessings and the ultimate one, of course the birth of Riyadh, syukur syukur syukur.
*
I'm talking to myself right now, tulis blog weh, tulis blog pasal anniversary, jangan malasssssss! Tadi bukan main sakan amik gambar (walaupun guna fon cap ayam jeghs) tapi tibe malas nak blog. So akhirnya aku dah jumpa sebab kenapa kena tulis blog sehari selepas anniversary :
1. Sebab tengah ingat lagi, fresh in memory.
2. Sebab sekarang pukul 2.30am, Riyadh tengah main sorang-sorang dalam playpen dia, dok hok hek baik-baik, so aku berjaga teman dia, so baik update.
3. Sebab nak hargai laki aku yang belanja aku makan & hargai surprise die malam tadi i.e entry di bawah. Hehe.
4. Sebab paling utama, aku antara wife seafarer yang bernasib baik dapat celebrate anniversary dengan laki so baik aku update kalau tak ntah bila dapat celebrate sama-sama lagi so kalau tahun depan takde entri anniversary, maknanye laki aku tengah laut la tuh. =p
5. Sebab ini FIRST anniversary, cuba romantik siket weh. Hehe.
*
*
And so, here it goes!
We went to Bangsar Shopping Center to have late lunch i.e sampai sana dalam pukul 3 sebab nak tunggu Riyadh bangun dulu. Both of us finally agreed to have lunch at Chili's. See the word FINALLY? Hehe.. sebabnya laki aku kejap nak makan Tony Romas, kejap nak makan TGIF, kejap nak makan MFM, kejap nak makan kat Muhibbah, kejap nak makan kat hotel, pastu bila tanya aku, aku cakap Chili's je lah tapi pastu die pening balik, heh ado ke patut, layannnn, dah die nak belanja kan. Lagipun Chili's kan dah macam our comfort food so why not. Good food, good mood. Gitu.
*
Mula-mula nak makan kat Chili's Midvalley, so aku cakap kita gerak awal lah, dalam 10.30am, parking senang, orang pun tak ramai, selesa sikit nak bawak Riyadh tapi harapan lah kan, budak ni tak mau tido2 lak lepas Subuh, elok je pukul 10 dia tidur lah puloks, kesian lak nak kejut so aku pun tidur lah sekali sambil tunggu die bangun. Best kan alasan?
*
Pastu bila die dah bangun & kitorang dah siap-siap, terfikir lak takkan nak gi Midvalley di hari minggu, atau nak gi Chili's kat OU atau KLCC kan, sebab hari Sabtu, confirmmm sesak amat. Ish masalah betol lah bila Empire tuh meletup, kalau tak senang pegi je sana dah confirm2 lima minit dari umah. So aku cakap, kita gi BSC lah, walau jarang sangat pi sana tapi rasenye sana tak sesak sebab tak ada cinema and ramai omputih jeghs.
*
And memang betol pun, sampai sana parking pun senang & masuk Chili's terus dapat seat, tak sesak langsung & Riyadh pulak tidur, fuhhh aman bahagia tenang laksana di syurga ekeke.

Order order, macam biase, order macam 5 orang makan. Starter chili's cheese fries, entree beef ribs for him & lamb shoulder for me, dessert of course molten chocolate, drinks ice lemon tea for me & southwest swing for him. Makan diam-diam tak pandang kiri kanan, suap menyuap suapan pertama sebab anniversary so romantik sikettt ihiks pastu makannn sampailah bila nak makan dessert ada budak bangun minta dilepaskan dari stroller sebab nak susu & berdukung sambil mulut dok uu aa uu aa cakap apa ntah.
*
*
Lepas makan terus ke Mothercare sebab tau ada sales. Beli untuk Riyadh 5 pasang socks & sepasang pre walker shoes, very gooood price. Dalam Mothercare mulut si Riyadh ni bising uu aa uu aa sembang apa ntah dengan papa dia yang rajin tunjuk kat dia setiap giant plush toys yang ada, ada penyu, jaws, penguin and semua tu buat Riyadh senyum. Sabar ekk sayang, nanti dah besar sikit mama beli ye, seram pulak nak beli sekarang tengok toys tu besar dari Riyadh. +_+
*
*
Lepas tu terus balik umah. Pukul 6.45 sampai umah. Haha. Itu je sambutan anniversary aku. Ok lah kan? Hehehe. Tahun depan Riyadh dah setahun lebih insyallah kalau ada rezeki suami aku kat darat time tu, kita pi holiday ekk bang ekk.

Oh, campur dengan celebration malam sebelumnya, makan ice cream cake yg sangat sedap! Thank you sayang, tahun depan kalau tak dapat turun darat jangan lupa pakat dengan abg long or adik-adik saya untuk surprisekan saya dengan ice cream BR lagi ek. Hehehehe boleh? =p
*
*
Okeh jom layan gambar laks, penat aku bluetooth masuk laptop nih. Hehehe.
*
*
Big boss layan menu. Thank you so much syg.
*

Anak tido.....
*
......mak bapak bahagiaaaaa..... =p
*
*
*
*
*
Daddy's boy. Selalu senyumm je kalau papa dia dukung.
*
Refuel.
*
Mata bersinar-sinar, tangan tak dok diam, kaki dok tendang-tendang, mulut asyik nak borak. Excited namanye.
*
*
*
Anniversary gift. The best.
*
*
Ok that's all. Yeay ada entry dua hari berturut, mak banggaaa nyahhh! ^^

Saturday, October 1, 2011

Happy Anniversary Sayang! :The First


I think of you often, and always with love.
*
*
*
*
*
*
And there are so many times
when I think of you
and feel proud
and thankful
and very lucky,
that you're my husband.
*
*
*
*
And thank you so much for the wonderful sweet surprise you silly hubby ^_^.



Now it's harder for me to shed off the extra post preggy pounds when there's BR oreo ice cream in the freezer! =p



BUT

I love you. Always & forever.
Thank you abang.

HAPPY FIRST ANNIVERSARY
11010-11011
*and many more to come*
amin.

Thursday, September 15, 2011

The Labour. Part 4

Mari sambung... =)
*
Bila Razmin bagitau yang baby ada problem, aku terdiam. Semua orang dalam bilik diam. Takut nak bertanya tapi akhirnya aku tanya jugak, walaupun aku sumpah tak nak tahu masa tu, aku takut sangat sangat. Aku tak pegang lagi anak aku, aku tak dukung lagi anak aku... Ya Allah... =(
*
Razmin cakap dia tak berapa tahu, nurse cuma cakap baby ada breathing problem, dia macam struggle untuk bernafas secara normal, details yang lain, kena tunggu Paed brief... Aku terus pejam mata, aku tak nak dengar apa-apa lagi, aku tak nangis, tapi dalam hati aku cuma berdoa agar anak aku selamat & dilindungi Allah... Aku terlalu takut masa tu, mujur ada suami, family & kawan2 baik aku dalam bilik dengan aku, pandai diorang tukar topik & sembang-sembang, tak nak bagi aku risau, walaupun aku tau semua orang pun risau..
*
*
Dalam setengah jam, masuk Paed untuk baby aku, Dr.Roliza. Cantik orangnya, lemah lembut.. Dia kenalkan diri kat semua yang ada & terus brief aku pasal Riyadh.. Katanya Riyadh ada breathing problem, dia sangat struggle untuk bernafas secara normal & bunyi pernafasan dia sangat kuat bila kat Nursery untuk the 1 hour observation. Bila check, oxygen saturation dia sangat rendah, dalam 60-70 sahaja, normal 100, and untuk newborn, condition tu sangat bahaya.
*
Aku terdiam, semua orang pandang aku tapi aku tak mampu nak cakap apa-apa.
And aku ingat itu je.
*
Tapi rupanya... Paed cakap lagi, diorang dah buat x-ray kat anak aku.. Sedih aku, belum apa-apa anak aku dah kena x-ray.. Dah check breathing semua, Paed cakap dia ada lung infection.. Ya Allah... Lepas tu sugar level dalam badan dia rendah dari biasa... Aku dah tak tau nak fikir apa time tu, dengan lemah badan lagi, dengan pening-pening, and aku tau Paed tu kesian tengok aku tapi dah jadi tanggungjawab dia untuk explain kat aku & Razmin as parents apa yang berlaku..
*
Ada lagi..
*
Paed cakap baby kena put on oxygen, and diorang letak dia dalam oxygen globe *kot* and diberi 10liter oxygen untuk bantu dia bernafas.. Paed tu cakap lagi, anak aku tak boleh feeding untuk 48 jam, dia cuma akan di drip dengan glucose untuk pastikan dia ada tenaga.. Drip. Anak aku dah dicucuk jarum tak sampai 2 jam hidup di bumi Allah ni... Sedih sangat time tu...
*
Paed cakap Razmin boleh pergi tengok Riyadh, aku pun sama, parents sahaja and ayah aku cakap kat Paed tu, "takpe lah doctor kalau tak boleh dukung pun, tapi boleh lah kan kitorang tengok cucu through tingkap nursery kan?" Penuh harapan ayah aku tanya Dr.Roliza tu... Aku faham, sebab ayah aku memang excited sangat-sangat nak jumpa cucu dia, and dia yang banyak beli macam-macam untuk anak aku.. Tau doctor jawab apa? Dr.Roliza cakap, "Maaf cik, parents saja yang boleh jumpa & baby bukan kat nursery, tapi kat NICU - Neo-natal Intensive Care Unit".
*
*
Panggg!!! Anak aku di ICU...! Masa tu aku terus pejam mata rapat-rapat, cakap terima kasih kat Paed and aku tak nak dengar apa-apa dah. Susah betul aku nak telan semua ni...

Tak lama lepas tu, ayah aku kejut aku, dia cakap Razmin dah masuk NICU & tengah video call aku, untuk kitorang semua tengok anak aku... Tu dia, anak aku, dengan wayar berselirat, duduk dalam oxygen globe, hanya pakai pampers.. Sungguh, aku tak sanggup nak tengok lama-lama, sebak rasa hati aku... On the other hand, aku bersyukur dia masih bernafas.. And aku bersyukur aku masih di bawah pengaruh ubat bius, aku pening-pening, aku terus tertidur....
*
*
16 AUGUST 2011. TUESDAY
Selepas mengharungi satu malam yang sangat menyakitkan sebab ubat bius dah habis, akhirnya hari esok tiba... Pagi-pagi lagi subuh hari nurse datang lapkan badan aku, tukar pad, tukar cadar, tukar tiub kencing, tukar hospital gown, bersihkan badan aku and dalam pukul 8, gynae aku datang untuk check luka c-sect... Alhamdulillah luka okay & gynae cakap aku kena bed rest untuk the whole day sebab tak kuat lagi untuk bangun.. Fine.
*
Tapi memang tak lah kan, hati seorang ibu, aku meronta-ronta dalam hati nak jumpa Riyadh.. Aku suruh Razmin call nurse counter, tanya NICU bukak pukul berapa & diorang cakap buka pukul 10 pagi. Pukul 9, aku page nurse counter, datang nurse kat bilik, aku cakap aku nak buka tiub kencing. Nurse tu tanya aku, aku dah boleh bangun & jalan pergi toilet ke, aku cakap aku dah boleh, aku tipu sebenarnya. Dia pun buka tiub kencing tu, and lepas dia keluar, aku minta Razmin page nurse untuk minta wheelchair pulak.
*
Razmin memang berkeras tak nak bagi jalan tapi aku dah nangis-nangis, aku cakap aku kena bangun & jumpa Riyadh, aku tak pegang lagi anak aku, aku cuma kiss dia sikit dalam OT semalamnya, itu saja! Razmin mengalah, dia kesiankan aku mungkin...
*
*
*
Nurse datang bawa wheelchair and aku gagahkan diri bangun dari katil, jalan sikit walaupun pening nya Allah yang tau, sakit kat tempat operate tu memang tak tertanggung tapi malas nak fikir.. Razmin cakap kat nurse dia sendiri akan tolak aku ke NICU, so kami pun ke NICU...
*
Sampai di NICU, kami tekan alarm, Nurse bukak pintu, kami kenalkan diri, cakap nak tengok baby... Nurse suruh kitorang sterilize tangan, pakai lab coat, pakai selipar yang disediakan & aku pun berjalan ke satu bilik ni... Aku nampak ada dua baby, tapi aku terus tahu yang mana satu anak aku...
*
*
*
-stop kejap, nangis ni.-
*
*
Aku akhirnya sampai kat anak aku, my baby... Ya Allah, comelnya dia, mata dia terkedip-kedip.. Kat badan dia ada tak kurang dari 3 wayar... Tangan dia berbalut sebab kena drip, kaki dia ada sensor dipasang untuk monitor keadaan dia.. Dalam mulut dia ada tiub dimasukkan untuk keluarkan angin takut dia kembung... Hanya kepala dia yang aku tak boleh sentuh sebab dalam oxygen globe...

Aku terus menangis, menangis sungguh-sungguh, Razmin peluk aku, minta aku sabar.. Dia tenangkan aku, cakap semua akan okay.. Dia cakap lupakan yang di depan mata, tapi tengoklah anak kita, comel kan dia? Dia memang tembun sangat.. Merah kulit dia, walaupun menggelupas tapi dia comel.. Lebat rambut dia, hitam, cecah tengkuk kat belakang.. Hati aku meronta-ronta nak dukung dia, aku nak peluk cium dia tapi aku cuma boleh usap kaki & tangan dia.. Even badan dia pun aku just boleh sentuh sikit-sikit sebab penuh wayar...

Hilang semua kesakitan aku, aku cuma nak bersama dengan anak aku... Staff nurse yang jaga NICU datang, bagi aku kerusi.. Dia cakap Riyadh baik, tak nangis & tak meragam... Aku masih menangis time tu.. Aku panggil-panggil nama dia, and dia macam faham, dia bukak mata dia sikit, aku pegang jari dia, dia genggam jari aku balik... Aku bahagia sangat-sangat... Aku tau anak aku tau aku datang...
*
*
Untuk seharian tu, aku memang kat NICU, aku baca Yassin, aku sembang-sembang dengan Riyadh walaupun sambil berjuraian air mata aku... Razmin keluar masuk NICU untuk jumpa dengan family & kawan-kawan yang datang,and Razmin akan datang ambil aku bila time makan.. Bila dia free, kami sama-sama duduk dengan Riyadh, sapukan dia baby oil sebab kulit dia menggelupas agak teruk... Hanya itu sentuhan yang aku dapat beri anak aku time tu... Ye, memang ralat, memang sedih tapi Allah itu Maha Penyayang kan... Allah itu Maha Adil...
*
*
Exclusively, ini gambar-gambar Riyadh masa dia kat NICU waktu umur dia 2 hari... Sumpah, aku dah lama tak tengok gambar-gambar ni, bila aku tengok balik, memang aku nangis sangat-sangat... Hati seorang ibu... Walau kuat mana pun aku, pregnant sorang-sorang tanpa suami, harungi macam-macam seorang diri tapi bila tengok gambar ni, aku memang tak boleh nak jadi kuat...
*
*
*
*
3.79kg, 56cm...
*
Tiub dalam mulut, memang buat dia tak selesa, asyik terjelir lidah dia... Memang meruntun hati aku...
*
*
*
Tapi Riyadh anak yang baik, anak yang kuat... Dalam aku menangis di sisi dia, dia masih menenangkan aku dengan senyuman dia... Terima kasih sayang...


TBC.