Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, May 15, 2011

The Detail Scan + Budak Dompok

*My entry for the check ups done during pregnancy + for self reference in the future too.*

I'm at 25 weeks pregnant now. More or less, tinggal 100 hari lagi before the EDD, insyallah. Wahh, sangat tak sabar nak jumpa si budak dompok ni! ^____^
*
I went for a detail scan appointment last friday, 13th May. Friday the thirteen gitu. Karut marut. Initally the appointment was scheduled on 27th April, tapi lepas tu kena gi kursus BTN kat U.S (ulu sepri ye, bukan united states), rescheduled to 11th May tapi lepas tu aku pulak yang tak free, ade kes court orang besar, sape lah kite yg picisan ni untuk bantah +___+, so 13th May lah pergi buat detail scan tu.
*
*
Detail scan ni optional sebenarnya, tak perlu buat kalau tak nak. Gynae aku cakap kalau nak buat boleh, tak nak buat pun boleh. Last check up aku tanya, detail scan ni untuk apa, doktor cakap untuk check in detail all limbs plus major internal organs, esp the brain, heart & kidney. Nak tengok if there's any visible defect on your baby. Gulp! Seramnya! Aku cakap time tu, nanti aku fikir & discuss dengan hubby dulu. Time tu sebenarnya aku tak sure aku kuat atau tak nak hadapi detail scan tu sorang2. *___*

Aku tanya gynae lagi, boleh tak aku buat scan tu dekat2 nak bersalin nanti (so razmin dah ada time tu kan), gynae cakap boleh tapi recommandable kalau buat between 24-28 weeks sebab IF ada apa-apa defect, all the parties boleh discuss treatment plan & birth plan at an early stage. OKAY, double seram di situ. +___+
*
*
Razmin nasihatkan aku untuk buat, parents aku pun sama. Razmin cakap kita usaha & ikhtiar semua peluang yang ada, kalau ada apa-apa (nauzubillah) we can be prepared at an early stage & if tak ada apa-apa, a bonus for us untuk tau condition baby. Betul lah kan, berserah saja kepada Yang Maha Pencipta.
*
So on friday, I went to DEMC, and all alone seperti biasa. Tak nak susahkan sesiapa. My appointment was at 2.45pm, tapi masuk awal, 2.30pm nama dah kena panggil. Owh, the detail scan was not done by my gynae, tapi oleh pakar scan, dia ni was a gynae but now a specialist + technician in scanning & imaging. Aku lupa nama doktor tu apa, ehehe, sebab dah nervous sangat. Suara dia besar kooo, aku bagi salam lemah lembut, dia jawab macam ada microphone depan dia, terus terjaga anak aku.
*
Aku terus pandai-pandai sendiri naik atas katil & baring tanpa disuruh. ekeke. Kata dah nervous, memang aku diammm sepanjang dia scan tu. Dia cakap all the shortforms, RVOT, LVOT,AC, HC, bla bla, nurse tu pun tundukkk je salin semua, dah la dia cakap lajuuuuu, kalau aku jadi nurse tu aku baling pen kat doktor tu. Hehehe, aku jahat.
*
Lepas dalam 10 minit dia scan untuk amik ukuran yang satu apa pun aku tak faham, dia pun mula sembang2 dgn aku. Dia cakap tadi tu first round, so ni second round, dia akan buat slow-slow & nak explain kat aku, pastu dia senyummm.. wahhhh..manisnya senyuman mu mak cik! ^___^ baruuu aku lega. Hehe.. So dia pun start explain, tapi aku terlalu asyik tengok anak aku yg makin besar, dah nampak mcm baby betul dah pun, aku kurang dengar, yang aku cuma tanya "semua ok ke doktor?". Tak sabar kan kau ni elya oiii. Doktor cakap alhamdulillah semua ok, baby is a healthy baby boy. Senyum di situ. Confirm hero. Alhamdulillah..
*
*
Beberapa perkara yg aku jakun, antaranya mcm mana canggihnya teknologi sekarang, sampai jantung budak tu pun boleh tengok. Dia siap tunjuk lagi the 4 valves (4 kan?) healthily & steadily pumping doktor tu cakap.. Pastu nampak otak dia, nampak the two kidneys, nampak tapak kaki dia, tapak tangan dia.. Semua-semua lah.. Kaki anak aku sebelah kat bawah, sebelah lagi dia tarik gi depan muka dia, tak senonoh sungguh, tapi sebab dia buat macam tu, aku pun nampak birdie dia, ekeke, comel je ko ni nak. Shame shame!
*
So bile aku dah lega, alhamdulillah semuanya okay, mulut aku pun pot pet lah tanya itu ini. Aku tanya berat baby, berat dia 1.14 kg! Wohoooo, berat dia macam baby at 27 / 28 weeks. Adeh.. yang aku pulak berat naik sekilo je dalam masa sebulan ni. Bagus budak ni, dia betul2 serap semua makanan yang aku makan, akhirnya dia yg dompok! Jangan laaa dia ni terlalu besar sampai ada apa-apa complication, nauzubillah...
*
Lepas tu doctor buat 3D scan lak. Ha, yang ni aku suke =p .Tapi anak aku ni mula2 buat 3D scan tu boleh pulak dia buat muka tak puas hati, berkerut seribu sambil tangan dia macam block-block muka dia, ala-ala nak elak paparazzi amik gambar, konon glamer la tu. Hehe.. Pastu doktor try lagi sekali, kali ni baru okay, tapi ala-ala cebik sikit, marah la tuu orang kacau dia tido.
*
*
Sebaknyaaaa aku bila tengok gambar 3D dia tu.. Ya Allah, rasa terharu & tak percaya sangat2! Nampak ruas kening dia macam razmin, tebal! Pastu bentuk mata pun bundar sikit, pun macam razmin. Hidung nampak besar2 mancung, itu gabungan aku & razmin, pastu mulut macam mulut aku, comel & kecik je, kiput bak kata orang ganu. =p Hehe.. ye ye je aku ni kann, sekali keluar muka macam bapak dia, nangis aku. +__+ Tak kisahlaa mcm mana pun, janji sihat sempurna, cukup sifat, alhamdulillah.. Bulatttt sangat muka ini budak, memang 1.14 kilo lah gaya tembunnya tu.
*
Tak sabar tunggu razmin singgah singapore esok, nanti dia ada line phone, bole MMS gambar 3D tu.. Dia lagi laaa tak sabar kan? Aku yang dah 2 hari tengok ni pun angau semacam lagi, asyik sengih je tengok gambar 3D ni, meh nak share =)

ehehe.. boyfriend aku yang baru, bisa bikin angau.
*
*
Alhamdulillah semua okay, harapnya biarlah semuanya selamat hingga lahir nanti & di sepanjang kehidupannya, insyallah...
Owh ye, for mommies out there yang nak buat detail scan + 3D scan, boleh lah buat kat DEMC, Shah Alam. Memang lama detail scan dia, 3D pictures pun dia bagi banyak, both in CD & print out (black & white 2pcs), RM250. Aku tak tahu murah ke mahal compare kat luar tapi maybe standard price. Kalau salah jgn marah aaa.. Ha yang ni ING tak cover ye kawan-kawan.
*
Okay bye. Selamat bekerja esok & bercuti lusa.


5 comments:

AizaZiha said...

slm nk tnya..detail scan tu termasuk gak ke ngan scan 3d..ke lain2..sbb sy ingt nk tggu hubby blik bru nk wat..tp time tu dh 34 weeks dah..

eeroslan said...

wsalam.. yg sy buat tu skali detail scan & 3D scan.. klau awal2 preggy rasenye asing2 so bayar pun asing2 la, hehe.. sy tnye nurse bfore set appointment hri tu die ckap since sy dh 25 weeks, so die skali kan detail scan & 3D.. better tnye dulu bfore set for appointment, sy tny dulu the price sume, lgi senang, insyallah.. hppy scanning! =)

AizaZiha said...

owh ye ker..thankz elya..hsband u balik bile..die on kpl pe..hsband sy ckp die kenal hsband awk..

eeroslan said...

u r welcome.. eh, ye ke.. kenal bile la tu ekk..hehe.. ur hsbnd naik aman bintulu kan? before this my husbnd pun naik aman bintulu, now die naik seri bakti. Insyallah die balik early july kalau dpat sbb kapal jlan jauh kan, nk masuk port pun sebulan skali, klau tak, end of july..

AizaZiha said...

maybe kot kenal ms naik aman bintlu before ni kot..owh seri bakti kpl jln jauh la ek..hsband sy pn ckp nk blik awl bln 7 or prtghan bln 7..due awk bile ek..sy 31 ogos..detail scan tu ada limit x..nk buat tp hsband mtk tuggu die blik..mslahnya die kn blik lmbat,tkt ade limit kan utk detail scan..bby u pn boy gak ek..hehe..musim boy kot..